Pages

Saturday, May 5, 2018

Serang Najib Kleptokrasi, Tapi PKR juga kleptokrasi kata Faekah


Kleptokrasi (berasal dari bahasa Yunani: kleptes (pencuri) dan kratos (kuasa), Kleptokrasi ("pemerintahan para pencuri") adalah istilah yang menunjukkan sebuah bentuk pemerintahan yang mengambil wang pungutan (cukai) yang berasal dari rakyat untuk memperkaya kelompok tertentu atau diri sendiri.

Kita diseru seluruh nagara untuk menjatuhkan Najib kerana Najib adalah seorang pemimpin kleptokrasi. Ok kita setuju. Adakah Najib sahaja. Bagaimana dengan Azmin dan PKR di Selangor. Bagaimana Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang. Bagaimana Ustaz Ahmad Yaakob dan PAS di Kelantan?

Kita kena adil dalam membuat keputusan pilihanraya.
Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin membuat pendedahan bahawa Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor selepas Abdul Khalid dipecat daripada jawatan Menteri Besar empat tahun lalu.



Menurutnya, namun begitu rancangan Anwar itu tidak menjadi kenyataan selepas dia disabitkan kesalahan meliwat dan dikenakan hukuman penjara lima tahun bermula 11 Mei 2015 lalu.

“Anwar memecat Abdul Khalid sebab beliau mahu jadi Menteri Besar, lagi teruk akhirnya dia gagal juga capai impiannya itu kerana dia merancang dan Allah juga merancang.

“Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan, apa yang saya nampak kezaliman yang dibuat Anwar terhadap Abdul Khalid lebih teruk daripada kezaliman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan terhadap beliau (Anwar) ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri,” dakwanya.

Beliau mendedahkan perkara itu kepada umum semasa program Teh Tarik untuk Selat Klang “Anda tanya kami jawab” di Dataran Balai Raya Kampung Sungai Sireh Tambahan, Selat Klang, di sini tadi.
Hadir sama, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, calon Pas Parlimen Kapar, Dr Abdul Rani Osman dan calon Pas Dun Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Pada masa sama, Faekah mendakwa, tindakan Abdul Khalid mempertahankan duit rakyat Selangor menyebabkan dia dipecat oleh kepimpinan PKR.

“Abdul Khalid ketika itu mahu menyerahkan RM250 juta kepada syarikat konsesi air.

“Namun Anwar meminta Abdul Khalid membuat bayaran yang lebih yang mana pada masa itu syarikat konsesi berkenaan mahukan bayaran RM2,000 juta dibuat kepada mereka, kegagalan Abdul Khalid itu menyebabkan beliau dipecat serta merta,” dakwanya.

Berikutan itu, beliau menyifatkan Kerajaan Pakatan Harapan begitu zalim hingga gagal memberi peluang kepada Abdul Khalid untuk membela diri.

“Pada 9 Ogos 2014, Abdul Khalid terus dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR tanpa kehadiran beliau sendiri, walhal pada ketika itu Abdul Khalid berada dalam program rasmi bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sebagai Setiausaha kepada Abdul Khalid, saya sudah tulis surat kepada kepimpinan PKR memaklumkan ketidakhadiran Abdul Khalid pada hari berkenaan dan meminta penetapan dibuat pada tarikh lain.

“Bagaimanapun pada tarikh itu juga Jawatankuasa terus bermesyuarat dan tarikh yang sama juga Abdul Khalid dipecat,” katanya.

Tegasnya, pihaknya turut kecewa apabila sehingga ke hari ini surat yang dihantar kepada kepimpinan PKR itu tidak dibalas.

Terdahulu pada 9 Ogos 2014, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu serta merta.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR.




Bila di serang oleh kepimpinan PKT Tan Sri Khalid mendapat nasih Tok Guru Nik Abdul Aziz, lebai ingat lagi Tan Sri Khalid kata Tok Guru nasihat bersabar dan maafkan. Dia ingat Tok Guru suruh 'lain-lain'. Tapi sabar dan maafkan.

Itu sebab untuk elak KLEPTOKRASI dalam pentadbiran kena undi PAS hanya PAS sahaja parti yang dijamin bersih. Bukan sahaja tak ada kesalahan tapi nak buka fail mencari kesalahan pun tak ada.


14 comments:

  1. Mengapa parti munafik sekular liberal dan parti kafir harbi menentang parti Islam PAS pimpinan ulama Islam?

    Jawapan:

    Mereka tidak mahu pemimpin-pemimpin PAS yang mempunyai rekod yang bersih dari rasuah memerintah negara ini kerana negara ini masih mempunyai banyak sumber asli yang boleh disamun oleh puak sekular liberal dan puak kafir harbi.

    Skandal banglo terlajak diskaun, skandal tanah, skandal kertas kerja, skandal terowong, skandal roboh berpuluh kampung Melayu Islam dll masih belum mampu memuaskan kehendak dan nafsu serakah parti kafir harbi dan khadam-khadam sekular liberalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skandal banglo. Check
      Skandal tanah. Check
      Skandal terowong. Check
      Skandal roboh rumah. Check

      Skandal 1MDB. X
      Skandal Jho Low. X
      Skandal EDRA. X
      Skandal ECRL. X
      Skandal 2.6B dlm akaun peribadi. X.
      Skandal 45 juta duit SRC. X
      Skandal tanah mindef diswastakan. X
      Skandal MARA. X
      Skandal Tanah Felda disemarak. X
      Skandal hotel Felda dilondon. X
      Skandal duit IPIC tersalah byr. X

      Sah musang berbulu ayam.
      Cacai najis membawa dungu bersma berlakon jadi penyokong pas

      Delete
    2. Woi macai ternakan pandap 1:21 pm, kita adalah penyokong PAS ikhlas kerana Allah.

      Kita merasa kasihan melihat macai pandap menfitnah kita secara membabi buta.

      Pakatan wayang roket mahu menggantikan pahlawan boogeese dengan mahafiraun sedangkan kedua-keduanya adalah 'pencuri' mengikut dakwaan pemimpin-pemimpin parti roket.

      Adakah menggulingkan seorang 'pencuri' dan melantik 'pencuri' lain untuk memerintahkan negara merupakan langkah pakatan wayanh roket yang bijak?

      Budak tadika pun tahu tindakan pakatan wayang roket adalah bodoh berlapis-lapis.

      Sebab itulah kita sokong PAS kerana PAS bersih dari rasuah.

      Delete
    3. Sepatutnya balaci 1:21 pm ternakan pakatan wayang roket menyenaraikan semua skandal yang berlaku di zaman Dr M berkuasa. Barulah adil kan.

      Ada berani ka?

      Delete
    4. Kikikiki..
      Ialah penyokong pas.

      Kenapa skandal umno xsebut?
      Ke xberani sebut?
      Ke dh jadik kawan?
      Nk lawan umno ke x?

      Delete
    5. Wah barua pakatan wayang takut mendedahkan pekung pakatan sendiri tetapi sibuk menfitnah pemimpin-pemimpin PAS yang bersih dari rasuah.

      Barua roket kepala bapak hipokrit.

      Delete
    6. Kikikiki..
      Cacai najis xberani nk sebut kleptokrasi bos dia.

      Tapi berani jual nama islam..
      Punya celaka jenis manusia

      Delete
  2. Setiap hari Pemimpin Pakatan Haprak menyerang peribadi TGHA dengan cerita bohong PAS ingin bergabung dengan UBN.Bencinya PH seolah olah pemimpin PAS ini pernah bunuh rakyat yang tidak berdosa,melebamkan mata,mengaibkan seteru politik,terlibat skandal rasuah dan salahguna kuasa,membuli rakyat dengan gst,beban hutang dan lain...rakyat yang banggang sahaja percaya dengan PH atau UBN .Dua pakatan ini serupa rimau dan buaya sahaja

    ReplyDelete
  3. BN ada 71 skandal siasatan kes rasuah..PH pun ada 21 skandal siasatan kes rasuah...PAS sifar rasuah...Habis modal Kemudian PH canang PAS sokong BN ...lawak bodoh Mat PH three four yang sedang khayal ingin membetulkan BN tapi menyalahkan PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi hadi xbg tumbangkan kerajaan sedia ada.

      Pas nk jdk kerajaan bape kerusi parlimen ada?

      Jdk majoriti ke minoriti?

      Jdk king maker ke coffe maker?

      Nk jdk pembangkang ke penasihat?

      Delete
    2. Mangkuk ayun 5:53 pm ternakan pakatan wayang roket sedang mabuk todi tulis komen merapu dan merepek tanpa fakta atau bukti untuk menfitnah PAS.

      Nampaknya pakatan wayang roket panik dan histeria kerana pakatan akan kalah PRU14.

      Delete
    3. Kikikiki...
      Tu saje mampu dijawab...

      Yg jawab pun bkn org pas, tapi cacai najis

      Delete
    4. Mangkuk ayun 9:09am ternakan sifu evangelis roket adalah penjaja fitnah yang cuba menfitnah PAS.

      Fakta:

      Calon-calon PAS menentang calon-calon BN dan PH dalam PRU14 bererti PAS tidak bersekongkol dengan BN dan PH.

      Dan matlamat PAS ialah untuk menubuhkan kerajaan mesra Islam untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

      Dalam PRU14 ini, BN dan PH akan mendapat sedikit kerusi maka suka atau tidak suka BN dan PH terpaksa meminta bergabung dengan PAS untuk menubuhkan kerajaan persekutuan jika mereka menerima syarat Islam.

      Delete
    5. Menentang bagi memecahkn undi..
      Bkn kira menentang pun..

      Menurut rekod terdahulu bape bnyk je kerusi pas utk banding dgn BN yg ada majoriti?

      Meminta bergabung dgn harapan PAS boleh ugut mengugut BN.
      Pembahagian jawatan dlm kerajaan sendiri adlh mengikut peratus kerusi yg disumbangkan.

      Kalau majoriti, jdklah king maker.
      Kalau minoriti jdklah coffe maker.

      BN dah bergabug dgn PAS sblm ni dan PAS juga sudah dibuang kelongkang juga sblm ini.

      Yakin sungguh PAS lbh tinggi dgn kerusi minoriti nk dibangding dgn parti gabungan dari swak.

      Delete