Wan Abdul Rahim Buat Lawak Lagi Pasal Parti PAN Kelantan
"Menjelang 31 Ogos ini, kita mensasarkan 541 cawangan ditubuhkan bagi mewujudkan sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap peti undi," kata pengerusi parti PAN negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada di majlis bersama 6 orang pelanggan parti PAN Kelantan di perkarangan pejabat PAN Kelantan.
Untuk makluman pembaca setiap pagi Rabu, parti PAN Kelantan mengadakan hari bertemu pelanggan di Kiosk Bunga Raya berhadapan pejabat PAN negeri. Kalau 6 orang itu kira paling ramailah. Kalau anda tak percaya kata-kata saya datanglah Rabu minggu depan dengan kamera ada boleh buktikan kata-kata saya.
"Hari Bertemu Pelanggan" itu kira macam sedap didengar dan nampak hebat tapi sebenarnya sarapan pagi aje...
Saya tak akan banding dengan PAS, baik kita lihat rakan baru parti PAN, UMNO. Pasal PAN ni tongkat UMNO. Kalau tak ada PAN dah lama UMNO akan tumbang.
Kalau dibandingkan PAN dengan UMNO, lagi hebat UMNO pasal setiap pagi UMNO Ketereh terutama pemudanya Muhammad Azam Ismail sarapan pagi dengan pelanggan. Entah-entah Wan Abdul Rahim dapat idea dengan UMNO Ketereh kot!
541 cawangan kata Wan Abdul Rahim menjelang 31 Ogos ini??
Dulu dia ini juga kata 10 orang Adun PAS akan keluar parti dan Wan Abdul Rahim ini juga yang mewar-warkan Husam Musa akan masuk parti PAN tapi sampai sekarang parti PAN sendiri pun tak nak Husam Musa yang banyak masalah dengan parti. Takkan bodoh Mat Sabu dan Salahudin nak terima orang bermasalah dalam parti bersama mereka. Mat Sabu dan Salahudin cukup kenal siapa Husam bercakap di pentas lain buat lain.
Saya rasa adalah lebih baik Wan Rahim tingkatkan ahli PAN daripada 700 kepada 800 orang seluruh Kelantan menjelang 31 Ogos ini, sekurang-kurangnya aada peningkatan sebanyak 14%.
Kalau setakat ahli 700 orang nak agihkan kepada 541 cawangan rasanya macam puak PAN ni tak tahu kira-kira ilmu hisab!
Blog Archive
-
▼
2016
(199)
-
▼
August
(12)
- Ingat Logo PAN aje ciplak, rupanya logo BERSATU pu...
- Mufti kata ROKOK HARAM tak ada pun yang “MAKI”
- Parti BERSATU macam bayangan “PERKASA” aje
- Bongkar: penerima wang RM90 Juta rasuah UMNO dikesan
- Tarian Gelek Puteri UMNO tapi parti “PAN” serang PAS
- Ada video seks “Mat Said” pulak?
- Husam tersasat mencari haluan “politik” masa hada...
- MAIS selepas mesyuarat jamu “JAHEAIK” makan pun P...
- Parti Baharu Tajaan Tun Mahathir Terdiri Daripada ...
- Dulu Geng PANlah yang cuba mewahkan pimpinan PAS
- Muhammad Radzi Ismail (Baca PAN) Buat Kempen kono...
- Wan Abdul Rahim Buat Lawak Lagi Pasal Parti PAN Ke...
-
▼
August
(12)
+ comments + 2 comments
800 orang tu macam ahli direct selling.
Minta Wan Rahim makan PANadol. Dia PANing tu
Kah kah kah pasal itu blogger PAN macam Tolang Basi dgn Greenfork merapu. Boss depa pun merapu.
Post a Comment