Pages
▼
Tuesday, February 14, 2017
Mahfuz kata PAS Patut Keluar Dari Kerajaan Selangor, Aku Kata Mahfuz Patut Keluar Dari PAS
Ada seorang kawan menghantar masej agar saya mengulas artikel Malaysiakini berkenaan kenyataan Mahfuz pada artikel "Mahfuz: PAS perlu tarik diri dari k’jaan S'gor".
Mahfuz kata PAS perlu tarik diri daripada kerajaan Selangor dan tak perlu menunggu muktamar PAS April ini.
“Oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Presiden PAS,” kata Mahfuz.
Bila pula Presiden PAS ada kuasa untuk batalkan Tahaluf?
Dulu semasa berkempen di pada pemilihan muktamar sebelum kalah, Mahfuz juga yang berkacap bahawa Tahaluf dengan DAP dan PKR hanya boleh diputuskan oleh Muktamar. Dia pula semasa itu pengerusi jawatankuasa penapis usul.
Kalau ikut logik Mahfuz, dah tak setuju dengan PKR keluar aje dari Selangor. Maka tak setuju dengan PAS keluar sahaja daripada PAS. Itu logik mudah. Tapi Mahfuz mungkin dia sendiri tak faham pasal dia bukan cerdik sangat. Maaf aku bukan nak perlekehkan kelulusan akademiknya. Ada pemimpin PAS lain sama macam dia setakat SPM tapi tak bodoh macam Mahfuz ini.
Kalau kita berbeza pandangan dan tak setuju dengan PAS keluar sahaja masuk parti lain. Lihat Saifudin Nasution daripada ahli PAS sepanjang hayat keluar PAS senyap-senyap bersama PKR. Selagi dia tak serang PAS, ada PAS serang dia. Melainkan dia kini jadi bodoh juga macam Mahfuz membuat fitnah kononnya PAS nak lantik Kuli jadi PM sedangkan DAP yang minta PAS berhubung dengan Kuli. Kena sebiji dengan Cikgu Pa, Rafizi dan Saifuddin terduduk. Akhirnya orang tahu cerita sebenar disebalik pertemuan 10 mata antara 5 pemimpin PAS dan 5 pemimpin PKR.
Ok rasa saya pun malas nak layan Mahfuz, biar dia 'sasau' sendiri. Dulu ada juga BERSATU nak lantik dia jadi AJK, tapi dengar cerita ada orang kuat BERSATU tak setuju, takut hubungan dengan PAS jadi panas.
Cepatlah keluar Pas mahfuz atau akn terkeluar dgn sndirinya.
ReplyDeleteAku tak kesah kalau si mahfuz masih tak berani tinggalkan pas. Yg aku simpati ialah daripada hendak memburukkan PAS dia sebenarnya telah membangangkan diri sendiri yg dah sedia bodoh. Yg tambah bebalnya lagi ialah bila dia kata hendak bawa suara akar umbi. Dia lupa ke disebabkan akar umbi yg mengundilah menyebabkan dia tersingkir dari tampuk kepimpinan PAS!
Delete