Pages
▼
Thursday, February 9, 2017
RUU 355, PKR Nak Perkasa Mahkamah Syariah atau nak elak diri?
PKR hari ini menampilkan sebuah buku risalah mengenai pendiriannya berkenaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. Buku risalah setebal 34 muka surat berkenaan merupakan terbitan Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.
Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu memuatkan pendirian parti itu berhubung pindaan akta tersebut, berasaskan kepada pendirian presidennya pada 20 Oktober 2016 (Kena jelas bukan berasaskan keputusan ulama dan sebagaianya).
PKR juga akan mengedar buku risalah berkenaan melalui saluran PKR negeri dan cabang PKR seluruh negara terutamanya kepada masjid-masjid, surau dan madrasah.
Saya tak pasti kenapa PKR memilih untuk bertentangan dengan cara PAS dalam usaha memperkasa Mahkamah Syariah?
Saya pernah bertanya seorang pakar agama berkenaan boleh tak makan tupai? Dia tanya saya nak makan atau tak nak makan? Kalau nak makan dia akan beri dalil nak makan. Kalau tak nak makan dia akan beri dalil yang tak boleh makan tupai.
Perkara yang sama juga berlaku dengan PKR. Samada benar-benar PKR mahu meperkasakan Mahkmah Syariah atau PKR mencari hujah dan dalil untuk mengelak melaksanakannya.
Ini bukan perkara pelik, Iblis semasa Allah menyuruh sujud kepada Nabi Adam pun memberikan hujah yang sangat logik untuk mengelak dia tidak sujud kepada Adam a.s. antaranya dia kata dia lebih 'senior' daripada Adam. Memang betul, mana ada senior akur kepada junior? Iblis juga kata dia daripada api sedangkan Adam daripada tanah.
Kalau nak kira logik memang logik hujah Iblis.
Perkara yang sama juga berlaku kepada geng IKRAM dan parti PAN. Mereka juga mencari hujah mengatakan bahawa bukan masanya melaksanakan hukum Hudud. Mereka meletakkan kemenangan lebih utama.
Mereka cuba mempengaruhi penyokong dan ahli-ahli PAS bukan masa kita memperjuangan hukum hudud. Yang lebih utama dapatkan kemenangan dulu.
Persoalan timbul, apakah selepas memang nanti hukum Islam akan dilaksanakan? Adakah anda mempercayai?
Sekarang pun di Pulau Pinang 'orang agama PKR dan PAN' menjual agama untuk meraih sokongan DAP.
Haji paling bodo dan bebal pernah aku jumpa.
ReplyDeleteDemi secebis kuasa ada manusia yg sanggup belakangkan kepentingan agama. Dlm al Quran ada menyebut golongan munafik menganggap org yg ikut Islam pd masa Nabi sebagai bodoh.
ReplyDeleteSatu perkara bagus dibuat pkr...print booklet to reach masses...sesuatu yg pas sepatutnya dah buat and still not too late.
ReplyDeleteSbb tu yg organize dan kreatif lbh berjaya
Saya juga dipelawa masuk PAN dengan alasan "kita menang dulu kemudian kita buat hukum Islam" oleh 'kawan2'.
ReplyDeleteJelasnya kita lawan dulu, bila menang dapatlah kita buat hukum Islam.
Jika kita lawan kawan yg nak buat hukum Islam dulu, macam berjalan 1 tapak kedepan undur 2 tapak kebelakang. Sehingga KIAMAT pun tak sampai.