Relavenkah Hasil Kajian Dr. Mazlan Ali?


Dua minggu lalu lebai ada berjumpa dengan bekas Ketua Pemuda PAS kawasan lebai. Dia tanya lebai, "Tak menulis sekarang?".

Lebai menjawab "Tak". Mungkin sehingga PRU-14. Masih ada minat nak menulis, tapi kekangan masa mungkin tidak mengizinkan.

Semalam nampak Ilham Centre menggunakan kajiannya untuk mempengaruhi pengundi menyokong parti Amanah. Kononnya kajian mereka menepati 100% untuk dua PRK sebelum ini.

Sebelum ini terbaca beberapa kali isu tentang perbentangan Dr Mazlan Ali berkenaan analisis politik serta kajian yang juga nampak menyerang PAS. Lebai tak berapa berkenaan dengan ulasan Dr Mazlan Ali atas beberapa isu kajian. Kita tak pertikaikan rekabentuk kajian, populasi dan persampelan, instrumen dan pengumpalan data tetapi kita ada sedikit keraguan atas kesahihah pengumpulan data yang mungkin melibatkan integriti Dr. Mazlan itu sendiri.

Kita tak menuduh Dr Mazlan buat sendiri data, kerana lebai percaya data itu mungkin juga datang daripada sumber lain di UTM tempat dia bekerja.

Lebai juga terlibat dengan beberapa kajian yang melibatkan kerajaan negeri di bawah pimpinan UMNO. Kadang kala kesimpulan kajian sudah wujud sebelum kajian dilakukan atas kehendak exco tertentu di atas maksud tertentu.

Jadi ada kajian yang team lebai buat sudah tahu akan hasilnya. Kebetulan pula lebai bolehlah sikit-sikit berkenaas SPSS. Jadi kita manipulasi data atas kehendak tukang sponser kajian. Itu menyebabkan lebai "left group" kajian (bukan kena remove)

Lebai juga ada terbaca tulisan Dr Kamarul Yusof berkenaan Dr Mazlan Ali yang menyatakan rasa terkilan beliau bila Dr. Kamarul merujukkan beliau sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" di dalam satu komentar Facebook pada 4 November 2017 lalu.



Lagi lucu difahamkan Dr. Mazlan juga mencari pengurus laman Tranungkite untuk menarik balik satu tulisan yang menyebut Dr. Mazlan Ali adalah MACAI AMANAH.

Sehebat Dr. Mazlan Ali boleh keliru antara tulisan Tranungkite atau tulisan daripada sumber lain yang dipetik oleh Tranungkite. Setahu lebai yang mengeluarkan artikel itu adalah Blog Gagasan Sejahtera buka Tranungkite.

Ini bukan nak merendah-rendahkan Dr Mazlan. Lebai sangat suka "Ustaz Mazlan Ali" bila dia bercakap berkenaan Firman Allah dalam Kitab Veda yang bersumberkan Kitab Zabur Nabi Allah Daud dan kemudiannya diselewengan menjadi agama Hindu. Itu memang seronok...

Tapi ramai ahli PAS panggil dia Macai Amanah. Kenapa ya? Sehingga blog Gagasan Sejahtera menukar tajuk petikan artikel daripada The Malaysia Insight kepada tajuk seperti gambar di atas. Siapa XOXO yang menukar itu sehingga Tun Dr Mahathir pun mencarinya??



Dr Mazlan Ali ini "Macai Amanah" atau tidak?

Mari kita buat sedikit kajian ringkas.

Sering kali kita mendengar dan membaca tentang perkataan “macai” di laman-laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, dan sebagainya. Apabila kita melihat komen-komen di ruangan “page”, terutama sekali di “page” yang bersifat politik, kita akan melihat banyak perkataan “macai” yang muncul.

Jadi apa makna sebenarnya "macai" yang dimarahi oleh Dr Mazlan Ali?
Tiada perkataan “macai” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, tidak dijumpai maksud perkataan “macai” dalam laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Mengikut laman web PRPM, perkataan “macai” tidak terdapat dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka dan belum diterima sebagai perkataan rasmi bahasa Melayu. Selain itu dalam laman web Malay Concordance Project juga tiada perkataan “macai” ditemui.

Sering kali kita mendengar bahawa perkataan “macai” itu sebenarnya didenotasikan kepada perkataan “pencacai”.  Namun malangnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan laman web PRPM, perkataan “pencacai” atau “cacai” merupakan perkataan yang tidak wujud.

Untuk pengetahuan pembaca
,
Tan Sri P. Ramlee telah menggunakan perkataan “pencacai” ini di dalam filem 3 Abdul pada tahun 1964. 

Jadi boleh disimpulkan perkataan ini lebih merujuk kepada orang yang terlalu taksub dengan sesuatu parti politik tertentu. Parti politik yang dimaksudkan ini bukan sahaja parti kerajaan yang memerintah ketika ini, tetapi juga merujuk kepada parti pembangkang di Malaysia.

Sekali lagi kita tanya adakah Dr. Mazlan Ali Macai Amanah?

Lebai ada beberapa orang sahabat IKRAM di kawasan Gombak. Lebai tanya kawan-kawan tersebut, Dr. Mazlan Ali ni ahli parti AMANAH atau tidak? Mereka jawab menjadi ahli.

Ada bukti ke? tanya lebai. Sekarang ni orang tak cakap tanpa sebarang bukti, kata lebai. Semak di pejabat kawasan Amanah.

Malam tu lebai dapat masej.

MAZLAN BIN ALI
710221******

No. Ahli : 010000185
Tarikh menjadi ahli : 6 Disember 2015
Dun : HULU KELANG
Parlimen : GOMBAK

Ada lagi tapi lebai letak sebahagian yang penting aje.

Terkejut juga lebai, kerana Dr Mazlan Ali adalah antara ahli terawal parti AMANAH. 3 huruf pertama pada nombor ahli adalah menunjukkan kod negeri. Jadi 010 itu menunjukan 10 mewakili negeri Selangor.

Selangor ada 22 Kawasan yang mana ahli parti Amanah terkini ialah 7,866 orang. Lebih kurang 350 orang setiap kawasan.

Bayangkan Dr Mazlan Ali adalah orang yang ke 185 mendaftar menjadi ahli daripada 7,899 orang. Ini menunjukkan DR MAZLAN ALI adalah MACAI mengikut kajian ringkas lebai.

Itu mengikut maklumat daripada kawan IKRAM lebai. Takkan puak IKRAM pembohong??

Untuk berlaku adil, lebai tunggu reaksi balas daripada Dr Mazlan Ali, betul tak dia ahli parti AMANAH?? Kita hanya mendapat maklumat daripada sumber Amanah Kawasan. Hanya Dr Mazlan boleh mengsahkannya.

Jika benar Dr Mazlan Ali ahli parti AMANAH memang sah integriti perbentangan kajiannya yang kononnya Abdul Hadi dan PAS akan kalah sangat meragukan.

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
February 1, 2018 at 4:52 AM

Kajian yang baik dilakukan oleh pihak berkecuali bukan oleh pihak yang mempunyai kepentingan.

Selama ini kita mendengar hasil 'kajian' Pakatan Haprak yang boleh dikatakan keputusan syok sendiri seperti iklan sabun cap x . Keputusan yang terlalu luar biasa untuk dipercayai.

Maka jelaslah kajian oleh macai Pakatan Haprak adalah propaganda Pakatan Haprak yang tidak mempunyai integriti atau keobjektifan atau kesahan.

March 3, 2018 at 11:24 PM

http://www.amanahnegara.my/Semak

Anonymous
December 2, 2019 at 2:52 AM

No ic tu salah boss... Tu no org lain... mungkin nama sama...tp org lain..

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger