Prof. Agus Menangis Di Kelantan Kerana PAS akan kalah semua kerusi atau Jentera HARAPAN Ciput?


Lebai banyak kali mengulas pendapat Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof, rasa macam malas nak ulas. Tapi memandangkan ramai sangat penulis, pengulas politik dan termasuk penulis buku politik mengambil pendapat dia ni, nak tak nak kena ulas juga.

Sesetengah penulis ada yang bukan turun pun ke lapangan kerana pelbagai masalah. Mereka sekadar duduk depan komputer, baca berita daripada media sosial, petang-petang sembang kedai kopi bercakap teori itu dan ini kemudian buat penulisan panjang lebar sehingga ramai yang terpersonal kerana kehebatan bahasa dan tatacara mereka menyusun ayat.



18 Mac 2018 lalu Prof Agus meramalkan ‘Tsunami Mahathir’ dalam PRU 14 nanti berdasarkan sambutan terhadap ceramah beliau di Kelantan pada masa itu.

Katanya setelah meneliti ceramah tiga pemimpin kebelakangan ini, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof meramalkan kemungkinan berlakunya “Tsunami Mahathir” dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

Dalam satu tulisan di Facebook beliau, Agus berkata, beliau telah mengikuti tiga ceramah awal bulan ini.

Pada 3 Februari 2017, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi ceramah di Alor Limbat, Terengganu.

Pada 13 Mac 2017, Datuk Seri Najib memberi ucapan di Bachok, Kelantan.

Pada 15 Mac 2017, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ceramah di Cherang, Kelantan.

“Setelah meneliti ceramah tiga pemimpin ini, mungkinkah yang muncul dalam PRU14 nanti ialah Tsunami Mahathir? Pertanyaan ini wajar diberi perhatian,” tulis Agus yang sebelum ini meramalkan kemungkinan kerajaan Pas Kelantan akan jatuh.
 Pada 17 April 2018 sekali lagi penganalisis politik Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff meramalkan pilihan raya kali ini sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

PAS pula, menurutnya, akan kalah teruk dan malah kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan.

"PAS adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRU ini (dan) kerajaan PAS akan jatuh di Kelantan.

"Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini," katanya.

Minta maaf hari Lebai Hassan bin Omar ingin mengatakan  Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof hanya sekadar PROFESOR TOUGEL (bukan kangkang) yang "menjual akedemik" dan diri dia untuk meraih undi kepada PAKATAN HARAPAN dengan membuat kenyataan PALSU terhadap PAS.

TAK ADA MARUAH DIRI...

Nanti pembaca tanya pula, eeh lebai marah sangat ke?
Kenapa??

Lihat video ini terkini ini...


Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menangis di hadapan Jeming (sepupu Husam Musa), sehingga tak sempat nak hisap rokok kerana sedih pengorbanan Jeming untuk bertanding melawan Mohd Amar Nik Abdullah dalam keadaan daif tiada Jentera parti membantu kerana kekurangan ahli.

Apa tujuan mereka berlawan di kawasan Mohd Amar?
Nak jatuhkan BN?
Hanya sekadar nak perkena Mohd Amar kerana dia paling banyak membuat kenyataan mempertahankan PAS daripada serangan AMANAH (PAN)

Mana kajian Ilmiah Prof. Agus??
Kononnya di Kelantan pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Semuanya TIPU dan BOHONG untuk memanipulasi rakyat untuk menjatuhkan PAS bagi memberikan laluan kepada BN dan UMNO ambil balik Kelantan.

Itulah buruknya sikap mereka...
Lebai telah menulis Dengan Ahli 1458 orang Mampukan Parti PAN bertanding 40 Dun di Kelantan?
bahawa AMANAH (PAN) tak mampu bertanding di Kelantan melainkan mereka hanya sekadar MENJADI TONGKAT UMNO.

Kalau tuan dapat video visi penuh nanti tuan/puan akan lihat sebelum bertanding mereka sudah tahu HARAPAN TAK ADA HARAPAN DI KELANTAN. sekadar menjadi TONGKAT UMNO sahaja.


Nanti 2, 3 sebelum hari menggundi keluar muka Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata di akhbar Malaysiakini, akhbar penyerang utama PAS setelah saya bersama-sama masyarakat Kelantan dan membuat kajian di lapangan saya dapati PAS AKAN HILANG WANG PERTARUHAN DI SEMUA KERUSI..... kih kih kih..

Tidak lain melainkan untuk melemahkan sokongan kepada PAS terutama sekarang orang Melayu Islam beralih kepada PAS...

# Screenshot akhbar fake (seperti di atas) sangat mudah dibuat, oleh itu jangan percaya ada screenshot whatsapp dll kerana boleh dibuat.. hati-hati maklumat daripada media sosial - Lebai Hassam

Share this article :
 

+ comments + 17 comments

Anonymous
May 1, 2018 at 12:30 PM


Kita dulu pun belajar di universiti dan kita memang diajar cara membuat kajian ilmiah atau saintifik maka kita tahu spesies proffessor kangkung adalah spesies PANdir yang suka membuat kesimpulan bodoh berlapis-lapis tanpa kajian ilmiah yang sempurna tahap universiti untuk menyokong dan mempromosi pakatan wayang pimpinan parti kafir harbi roket secara membabi buta atau mengkhinzir buta.

Tindakan bodoh berganda-ganda ini jelas menjatuhkan imej dan maruah golongan proffessor dan menghilangkan rasa hormat orang ramai pada golongan proffessor kerana seekor dua kerbau main najis, habis semua terpalit.

Oleh sebab itu, perlulah ada golongan proffessor yang berhujah menolak kesimpulan bodoh yang dibuat oleh proffessor kangkung.

Malanglah universiti yang membayar gaji proffessor kangkung berbelas ribu ringgit setiap bulan yang hanya pandai buat kesimpulan bodoh berganda-ganda.

Anonymous
May 1, 2018 at 1:23 PM

Agus ni rasakan pas akan kalah teruk sebab pas ni bersih rasuah. Rakyat zaman moden perlukan pemimpin kuat rasuah. Point of view seorang bergelar kunun 'professor'

Anonymous
May 1, 2018 at 1:25 PM

Kita sokong dan undi parti Islam PAS kerana:

1. PAS menjadikan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan politik PAS.

2. Pemimpin-pemimpin PAS sentiasa berjuang untuk membela, memartabatkan dan memperkasakan agama Islam, institusi Islam, ulama Islam dan hak umat Islam dan hak rakyat walaupun puak munafik dan puak kafir harbi bergabung menyerang, memfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

3. Pemimpin PAS mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll berbanding dengan pemimpin Be End dan pemimpin PH yang telah atau sedang disiasat oleh SPRM kerana ked rasuah.

4. Hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah yang bererti kita wajib menolak semua agama lain dan ideologi buatan manusia sesat seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, kafir harbisme dll.

5. PAS menentang kemungkaran dan kesesatan yang dipromosi oleh parti sekularisme, liberal, pluralisme, dan kafir harbi.

Anonymous
May 1, 2018 at 1:28 PM

Betulkah TGHH dah menang saman sarawak report? Tular di fb

Klu benar Alhamdulillah....takbir!

May 1, 2018 at 3:00 PM

Kisah Sebenar Sebalik Kes Saman Fitnah Sarawak Report. Sehingga kini, katanya, ia mengeluarkan £200,000 (RM1,079,542) untuk perbelanjaan pra-perbicaraan, manakala Hadi pula sudah membayar £305,250 (RM1,647,651). - free malaysia today
Itulah laporan sebenarnya. Tetapi masalah skrg ada parti suci itu menggunakan nama Islam sebagai perisai tetapi kerosakan di muka bumi dan kecurangan tak dapat dinafikan.

Anonymous
May 1, 2018 at 5:45 PM

BERITA BAIK : PAS MEMENANGI SAMAN KE ATAS SARAWAK REPORT.

BANGI, 15 Syaaban 1439H, Selasa – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenangi semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Peguam mewakili PAS, Wan Rohimi Wan Daud dalam kenyataan ringkas di Facebook rasminya memaklumkan perkara itu lewat malam tadi.

“Alhamdulillah. Sarawak Report menggelupur. TGHH menang semua lima permohonan interlokutori.

“Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791),” katanya.

Sumber: ismaweb

Nota: Kekalahan SR membuktikan semua dakwaan yang dicipta dan dijaja oleh pakatan wayang roket adalah fitnah keji untuk memburuk-burukkan PAS.

Anonymous
May 1, 2018 at 5:48 PM

PAS menang dan SR kalah dalam perbicaraan saman ke atas SR membuktiksn SR dan pakatan wayang roket adalah penjaja fitnah.

Anonymous
May 1, 2018 at 11:43 PM

Kikikiki..
Pandai saje pebai temberang tuding org xde harga diri.
Lebai ada harga diri ke bila menulis?

Kikikiki
Antara Dr Agus dan Dr Kamarul mana yg lg tiada harga diri?

Kikikiki..
Antara pelacur dan penunggang agama, mana yg lg hina?

Anonymous
May 1, 2018 at 11:44 PM

Sbb tu pas nk bersahabat dgn umno.

Tgk mana lebai ada kritik umno mahupun bn

May 2, 2018 at 6:54 AM

Anonymous 11:44 engkau lahir daripada usus umno. Membesar dnegan duit UMNO. Baru kenal Mahathir tuduh lebai dan PAS tak kritik UMNO. Singkatnya cara engkau berfikir

Anonymous
May 2, 2018 at 10:52 AM

Kita tidak melayan pesakit mental seperti barua dedak roket 11:43 pm yang menulis pelbagai komen bodoh berganda dan sanggup menjadi khadam pemimpin-pemimpin evangelis roket menentang dan menghina perjuangan Islam.

Anonymous
May 2, 2018 at 11:09 AM

Jika Kelantan dan Terengganu tak usah meroyanlah Pakatan Haprak nak menang PRU 14. Dalam keadaan PAS bantu pun, PKR tidak menang apalagi hari hari Pakatan Haprak wirid fitnah terhadap PAS kerana terpengaruh punahsihat PAN. BN pun panas punggung dengan gelombang anak muda yang akan melakukan tsunami hijau. Pakatan Haprak yang diketuai DAP pun akan pulang ke jirat cina di kubu mereka Pulau Pinang..Pakatan Haprak berkongsi DNA dengan BN bab rasuah ..baru pegang 2 negeri pun dalam sepenggal aje, dah lebih 20 kes disiasat kerana kes rasuah...lebih teruk dari BN. Kamu Pakatan Haprak usah bercakap soal integriti dan keadilan sedang lidah penuh dengan fitnah yang tidak berasas...Hanya PAS mampu selamatkan negara

Anonymous
May 2, 2018 at 4:56 PM

Kikiki..
Tulisan lebai hassan temberang xbodoh plk?

Kikikiki
Kritik penunggang agama dpt title khadam evangelis.

Kikikiki
Itulah jadi ahli pas,xboleh ada semangat inquiry.

Kikikiki..
Selamanya kena simpan akal umpama lembu yg wala' kpd si pengembala

Anonymous
May 2, 2018 at 5:05 PM

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.

Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous
May 2, 2018 at 5:11 PM

Haah sbb tulah pru14 ni perlawanan 2 penjuru. Pas langsung tak ada lawan kerusi umno kan kan kan..

Anonymous
May 2, 2018 at 9:12 PM

Wah benarlah dakwaan karut barua-barua ternakan DA-Pig konon PAS bersahabat dengan umno dan ph. Sebab itulah PAS bersungguh-sungguh lawan umno dan ph dalam PRU14 untuk memenangi PRU14.

Barua-barua dedak roket mabuk todi daun ketum.

Anonymous
May 29, 2018 at 11:39 PM

Panggil perosak bangsa lagi bagus ..agus

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger