Selepas Ziarah Kubur Ustaz Fadzil, Apa Salahnya Ziarah Pula Kubur Nik Aziz



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menziarahi pusara bekas presiden Pas Datuk Fadzil Mohd Nor di Muasasah Darul Ulum Kedah semalam.

Ini berlaku sehari selepas Mahathir memohon maaf atas keterlanjuran katanya mengenai mangsa tragedi Memali.

Datuk Fadzil Mohd Nor Persuruhjaya PAS ketika kejadian Memali antara pimpinan PAS yang hebat yang meminta kerajaan menyelesaikan masalah Ustaz Ibrahim Libya. Mari kita dengar apa kata Ustaz Fadzil Nor di Dewan Rakyat.


Mahathir tersilap apa bila mengatakan mereka yang mati di Memali adalah "MATI KATAK". Dia TERPAKSA meminta maaf demi meraih undi.

Bekas Pimpinan PAS yang mengkhianati PAS, kini berada dalam parti AMANAH (PAN) membisu. Mereka ini tak ada maruah diri.


Dinsman, seniman dan budayawan terkenal mengakui perbuatan meminta maaf adalah sesuatu yang baik Dinsman berkata ucapan sekadar kata-kata saja tidak memadai.

"Luka dan derita yang dialami oleh mangsa tragedi Memali sangatlah besar, dalam dan berbisa.

"Ia masih perlukan rawatan," katanya dalam satu kenyataan

Nasib baik Ustaz Fadzil sudah meninggal, jika Ustaz Fadzil masih hidup... lebai boleh jangka perjumpaan Mahathir dengan Ustaz Fadzil seperti berikut:-
Lebai jangka, ayat pertama Tun M, “how are you Fadzil?
Fadzil jawab, “I’m fine, and you, Tun?
Tun M jawab, “baik..”
Tun M kemudian bertanya Fadzil, “how is your shoulder. ”
Fadzil  jawab, “Alhamdulillah, getting better.”
Tun M tanya lagi, “do they allow you to get treatment?”
Dijawab Fadzil, “yes they do.”
Bertemu selepas 18 tahun “berperang” sengit, begitu rupanya komunikasi dua tokoh ini!
Ini hanya khayalan lebai. Sekarang orang banyak memperkata mimpi... boleh jadi ini mimpi lebai.. (boleh rujuk tulisan di sini


Nak buat macam mana Ustaz Fadzil Nor telah meninggal dalam PAS, dia istiqamah sehingga akhir hayat. Kitalah kena meneruskannya jika ada keluarga mereka yang terpesong.


Hari ini, atau tak pun esok mungkin Mahathir akan melawat kubur Tok Guru Nik Abdul Aziz pula. Kan Nik Omar dah panggil dia AYAHANDA. Dia kan ayahanda Nik Omar yang baru.

Mahathir POLITIKnya SANGAT LICIK. Sekurang dia akan "ceramukan" ahli-ahli PAS. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju. SEBAB UTAMA DIA NAK UNDI PAS. KALAU PAS TAK UNDI dia akan malu besar kerana Perompak Negara si Najib anak muridnya akan mengalahkan Bekas Ketua Penyamum.

Ini dipanggil politik PERSEPSI
POLITIK UNTUK MELAYU MUDAH LUPA
dan boleh diperbodohkan dengan lakonan.


Share this article :
 

+ comments + 22 comments

Anonymous
May 6, 2018 at 1:04 PM

Ok la jgk berani mintak maaf.
Yg cakap politik suku agama suku dah mintak maaf lum?
Pasal masih ada yg percaya dan jadi ekstrim mcm ibrahim libya

Anonymous
May 6, 2018 at 1:42 PM

Tiada yang salah kenyataan politik suku agama suku...Sama juga salah jika orang kata solat suku agama suku,puasa suku agama suku..haji suku agama suku..habis.. solat,haji,puasa itu bukan agamakah...kena faham dalam agama tiada yang suku suku..tiada sudut yang terpisah suku suku..semuanya saling berkaitan...ia berkait dengan iman dan kufur..halal dan haram..sah dan batal...pahala dan dosa..jika tak faham basic ini...tak usah sembang bab suku suku kerana akan jari kepala tiga suku

Anonymous
May 6, 2018 at 2:45 PM

Ibrahim Libya bukan ekstrimis. Sebaliknya dia adalah ulama Islam Dia dan orang kampung yang tidak bersalah telah dibunuh oleh mahafiraun yang mahu menjadikan mereka sebagai kambing hitam untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam sebagai parti ekstrimis.

Jika Ibrahim Libya didakwa ekstrimis kerana membela agama Islamnya dan dirinya, keluarganya, pondok pengajian Islam, pelajarnys dan hartanya dari pencerobohan mahafiraun, maka sesungguhnya beliau dan oramg kampung mati syahid maka aku juga suka dilabelkan 'ekstrimis'.

Puak munafik dan kafir harbi akan melabelkan umat Islam yang mentaati Allah dan RadulNya dan mengamalkan ajaran Islam sebagai ekstrimis, taliban, pengganas di waktu tentera kafir sibuk membunuh umat Islam yang tidak bersalah di Iraq, Somalia, Libya, Afghanistan dll.

Maka sudah pasti ahli politik kafir, kerajaan kafir dan tentera kafir adalah kepala bapak pengganas.

Anonymous
May 6, 2018 at 3:17 PM

Ungkapan politik suku, agama suku adalah sesat kerana mengasingkan kehidupan dunia dari agama Islam sedangkan Islam melibatkan iman yang dibuktikan dengan amal ibadah dan agama Islam bersifat universal meliputi seluruh cara hidup manusia seperti politik.

Rasulullah s.a.w. dan para sahabat juga mengamalkan politik Islam untuk mentadbir negara Islam di Madinah dan empayar Islam.

Tanpa politik Islam, pentadbir akan penindas menjadi zalim kerana mengamalkan ' matlamat menghalalkan cara'.

Anonymous
May 6, 2018 at 5:49 PM

Apa benar menurut cerita sebelah pihak?

Kalau menyerah utk apa serangan dilakukan?

Kenapa tidak mahu menyerah?

Adakah kerana seorg kafir dan seorang tak kafir?

Anwar sbg tpm pun harus akur kpd undang2.

Nk tnya kenapa buku "kafirkah aku" diharamkan pas utk dibaca ahlinya?

Manakah pergi kutipan wang derma memali?

Berapa banyak yg diterima waris dan bape bnyk yg dikelepet?

Anonymous
May 6, 2018 at 8:23 PM

Masalah Ibrahim Libya boleh diselesaikan secara aman jika mahafiraun mahu seperti menggunakan perisik, menculik Ibrahim Libya atau mengepung tempat tersebut sehingga mereka menyerah diri atau melalui kaedah diplomasi seperti menggunakan pemimpin PAS untuk berunding dll.

Pembunuhan beramai-ramai ke atas orang kampung berlaku kerana mahafiraun berlagak bodoh sombong mahu tunjuk kuasa dengan melancar perang ke atas ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah dll kerana mahafiraun mahu menjadikan mereka kambing hitam untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS.

Kita pun tidak merasa hairan melihat mahafiraun memecat timbalan-timbalannya sendiri semata-mata untuk melindungi kepentingan dirinya sendiri.

mahafiraun pun bukan suci kerana pelbagai skandal berskala besar berlaku di zaman pemerintahan mahafiraun yang menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.

Dan mahafiraun masih belum memulangkan berbillion RM wang skandal kepada rakyat dan negara yang mahafiraun hidup mewah di atas penderitaan rakyat.

Bukankah ini bererti mahafiraun belum bertaubat ?

Mahafiraun sendiri telah menentang dan menghina ajaran Islam seperti Hudud contoh hukum potong tangan pencuri.

Keberanian mahafiraun melawan Allah dan RasulNya menyebabkan mahafiraun berani menumpahkan darah ulama dan orang kampung yang tidak bersalah.

Dan sekarang parti kafir harbi yang telah menghina ajaran Islam sedang memperalatkan mahafiraun untuk mengkhianati umat Islam dan agama Islam.

Anonymous
May 6, 2018 at 8:43 PM

Anon 5:49 pm berlagak bodoh sombong kerana percaya semua masalah boleh diselesaikan dengan membunuh mangsa kezaliman mahafiraun.

Apakah kesalahan Ibrahim Libya sehinggakan mahafiraun melancarkan perang ke atas ulama Islam tersebut dan orang-orang kampung yang tidak bersalah?

Mana bukti-bukti yang menyokong dakwaan mahafiraun terhadap ulama tersebut dan orang kampung?

Mengapa mahafiraun tidak mahu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pembunuhan beramai-ramai ke atas ulama tersebut dan orang kampung ysng tidak bersalah?

Kezaliman mahafiraun melampaui batas kemanusiaan kerana mahafiraun telah menahan ramai orang tanpa perbicaraan di mahkamah selama bertahun.

Akibatnya keluarga mangsa menderita kerana kehilangan bapa, ibu, suami, isteri, abang, kakak , adik atau anak dll

Setakat mahafiraun berkata ' sorry' kepada mangsa dan keluarga mereka tidak cukup untuk menghapuskan penderitaan mereka.

Bukankah kezaliman mahafiraun setara dengan Hitler, Stalin, Mussolini, Tojo dll?

Anonymous
May 6, 2018 at 9:06 PM

Mahafiraun sepatutnya kena culik ibrahim libya?
Kah kah kah kah...

Ko paham x cacai najis anwar sbg tpm pun kena tunduk dgn undang2.

Skrg siapa yg keluarkan fatwa sesat yg jdk ekstrem sebegitu?

Bape banyak derma memali pas kutip?

Brape bnyk diserahkan ke waris dan brapa bnyk pas klepet?

Kenapa buku cn afghani diharamkan?

Anonymous
May 6, 2018 at 11:27 PM

Woi mangkuk ayun 9:06 pm ternakan Pakatan Haprak,

Nampaknya kamu kelihatan semakin bodoh apabila kamu semakin banyak menulis komen. Simpanlah sikit bodoh kamu itu.

Fatwa apa ? Mana bukti fatwa sesat?


Anonymous
May 7, 2018 at 12:49 AM

Kikiki..
Xle jawab..

Mahathir berani mntk maaf psl memali.
Hadi berani mengaku mana pegi duit derma memali?

Oppps.. pas mana pernah buat salah.
Maksum

Anonymous
May 7, 2018 at 1:18 AM

Anon 11:27 pm tak perlu layan pesakit mental 12:49am.

Anonymous
May 7, 2018 at 8:24 AM

Jika anda ingin Tun Madey yang dulunya pemimpin PH panggil mahazalim dan mahafiraun untuk datang ziarah..ia tiada faedah sedikitpun...yang si tua bangka liberal ni mampu buat hanya doa mati katak kepada arwah

Anonymous
May 7, 2018 at 9:02 AM

Aduh tersepit..

Susah btl nk terima pas konon berlandaskan alquran dan sunnah tp klepet duit

Anonymous
May 7, 2018 at 9:10 AM

TGHH bukanlah presiden PAS ketika insiden Memali dan Mat Sabu lebih tahu bab isu tabung Memali..Jika berlaku penyelewengan duit Memali kenapa sehingga kini tiada repot polis,dakwa di mahkamah.Opsss lupa pula...macai PH dan UBN dah sebati dengan adu domba serta fitnah hahaha

Anonymous
May 7, 2018 at 12:19 PM

Barua pandap 9:02 am,

Mana bukti? Dakwaan klepet duit tanpa bukti adalah fitnah maka kamu adalah penjaja fitnah yang cintai oleh sifu evangelis roket dan iblis.

Anonymous
May 7, 2018 at 3:09 PM

Kikiki..
Cikgu zainon bertahun2 menunggu jawapan dari butir tahi mana pergi duit memali.

Smp kena tulis buku nk ceritakan kisah sipenunggang agama dari marang.

Buku pulak kena haram..

Tulis lagi buku "kafirkah aku".

Kena haram lg..

Xubah mcm najib bila tnya psl 1mdb.

Padanlah bukan main sedondon.. derma dan klepet jadi modal.

Cuma satu target dia bodohkan org melayu.

Satu lagi bodohkan org islam.

Anonymous
May 7, 2018 at 11:02 PM

Barua ternakan pandap 3:09 pm,

Adakah kamu telah laporkan dakwaan kamu ini kepada pihak berkuasa?

Kamu tak buat sebarang laporan pun.

Mahkamah mana yang telah buat keputusan PAS bersalah berdasarkan dakwaan kamu itu?

Tak ada kan .

Woi barua pandap, berhentilah dari menjaja fitnah. Jika kamu orang Islam, bertaubatlah sebelum terlambat.

Jika kamu kafir, sukakah kamu kami campurtangan dalam agama kamu selepas kamu campurtangan dalam agama Islam?

Anonymous
May 7, 2018 at 11:06 PM

Pakatan opera DA-Pig dan fitnah adalah seperti kembar siam yang saling memerlukan.

Anonymous
May 8, 2018 at 1:05 AM

Kikiki..
Tahu x kenapa butir tahi haramkan buku cikgu zainon dari dibaca oleh ahli pas?

Anonymous
May 8, 2018 at 1:07 AM

Mmg hadi belum jadi presiden tapi sblm tu dia dh keluar fatwa politik suku agama suku

Anonymous
May 8, 2018 at 1:19 PM

Non muslim vs non muslim = non muslim menang...Non muslim vs muslim...non muslim menang kerana ada pengundi muslim liberal dan makan dedak jadi barua...muslim vs muslim...Calon muslim menang...Realitinya umat muslim terancam kerana terkepung...ada faham tak macai

Anonymous
May 8, 2018 at 1:37 PM

Mari kita berfikir secara waras...apa kita nak kata kepada puak puak dedak dan liberal dalam BN dan PH...baca analogi ini.. saya muslim tapi menolak hudud sebab itu hukum zalim,tidak adil...saya muslim tapi menolak syariat seperti menutup aurat,haram minum arak...saya muslim tapi saya nak solat kiblat ke cina,puasa sebulan dalam bulan rejab..naik haji bulan ramadhan..saya muslim tapi tolak shahadah...saya muslim tapi saya solat ganti bacaan fatihah dengan nyanyian...ini adalah fahaman puak liberal yg gila berpolitik dan bagi orang yang waras..bolehkah kita harapkan spesis muslim seperti ini untuk memertabatkan umat Islam dan negara...ada faham tak macai

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger