Latest Post
Showing posts with label PH. Show all posts
Showing posts with label PH. Show all posts

Program Multaqo Alumni Al-Azhar 2015 dikatakan Perhimpunan UMNO Jahatnya fitnah dan bodoh facebook HARAPAN percaya fitnah


Dari semalam lebai melihat komen-komen di facebook penyokong HARAPAN yang menyerang pimpinan PAS Nasruddin Tantawi dan Nik Abdul. Kata jelik, maki hamun dan macam-macam nista dihambur dengan emosi.

Apa yang boleh katakan fecebooker HARAPAN ada 2 kategori;

Satu jenis yang jahat suka buat fitnah. Contohnya ialah Muhammad Radzi Ismail
Mereka menepikan tentang azab fitnah dan ajaran Islam dek kerana dendam politik. Perbezaan politik sepatutnya diraikan. Tapi mereka tidak. Mereka ingin musnahkan sesiapa yang mereka benci.

Allah SWT berfirman yang artinya;
“Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Q. S. Al-Hujarat : 12).
Seorang Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah;
“Wahai Rasulullah, apakah ghibah itu? Lalu Rasulullah menjawab; ‘Menyebut sesuatu yang tidak disukai saudaramu di belakangnya.’ Kemudian Sahabat kembali bertanta; ‘Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?’ Rasulullah kemudian menjawab; ‘kalau sekiranya yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah. Tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar).” (H. R. Muslin, Abu Daud, dan At-Tirmidzi).
Kedua fecebook yang bodoh. Kenapa lebai kata bodoh. Bodoh bila lihat aje gambar terus komen berjela-jelas sedangkan mereka tak tahu apa cerita sebenar. Malang yang bodoh ini ada yang profesional, kerja jawatan penting. Tapi akal 'agama' cetek.


Alah berFirman dalam Surat Hujurat ayat 6
Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Gambar yang diseberkan kononnya perjumpaan di Perhimpunan Agung UMNO adalah majlis Multaqa Alumni Al Azhar pada akhir tahun 2015 dimana YB Dato’ Asyraf Wajdi,  YB Ust Nik Mohd Abduh dan Nasrudin Hassan bergambar kenangan bersua pada majlis tersebut di Hotel Grand Season Kuala Lumpur.




Apa faedah penyokong HARAPAN menyerang pimpinan PAS? Mereka bukan sahaja berhadapan dengan UMNO/BN tapi kini dengan juga berhadapan dengan penyokong PAS. Akibat kerja bodoh mereka ini musuh tradisi UMNO menjadi melebar. Melebarkan musuh dan memecah belahkan pembangkang ada sebahagian kerja-kerja bodoh. UMNO goyong kaki kerana adanya manusia penyokong HARAPAN yang bodoh.


Yang ulas pun tak siasat.. lagak macam profesinal tapi akal "pendek"

BIASANYA ORANG BODOH TAK LAYAK MEMERINTAH.


 

BERSATU Tuduh PKR “Sabotaj” Himpunan Kleptokrasi


Sebelum diadakan Himpunan Kleptokrasi Pengarah Mobilisasi Himpunan, Mohamad Sabu  yakin mereka akan mencapai matlamat 100,000 peserta. Keyakinan ini disokong oleh Pengarah Teknikal Himpunan, Muhammad Faiz Fadzil (anak Ustaz Fadzil) yang yakin mereka boleh gerakan penyokong parti AMANAH (PAN) untuk ke himpunan berkenaan.

Setelah diadakan himpunan orang tak datang. Yang datang pun yang tua-tua. P
enganjur tidak mahu malu, umum sendiri pada akhir himpunan bahawa jumlah kehadiran peserta adalah 25,000 orang. Malaysiakini agar 8,000 orang. Tranungkite (TKO) kata hanya 5,000 orang manakala Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, pula kata 4,000 orang.



Tak kira berapa orang yang hadir himpunan itu GAGAL dan MEMALUKAN. Mat Sabu beri pelbagai alasan, mula-mula kata sebab ada bola. Kemudian anak muda tak suka himpunan macam tu, suka bentuk jalanan. Ceramah terakhir kata kerana padang basah.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya menyebut dia melihat padang yang hijau. Maknanya padang tak diusik oleh orang. Yang ini lebai ada terima posting ta'asub Pakatan Harapan buat perbandingan padang bersih dengan himpunan Fastaqim 2.0 yang terpaksa guna lori sampah. Tak bersih macam mana padang, tak ada orang datang pijak.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua akui himpunan anti-kleptokrasi bertemakan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi yang diadakan tidak berjaya. "Apa yang merisaukan ialah perhimpunan tersebut diadakan di Petaling Jaya, iaitu kawasan yang padat dengan penduduk Cina, tetapi jumlah mereka yang hadir tidaklah begitu menggalakkan," kata Tony seperti dipetik dalam Nanyang Siang Pau.


Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung di Ibu Pejabat Parti Pribumi BERSATU Malaysia semalam juga banyak salah menyalah antara satu lain dalam perkara ini. Kenapa tidak, himpunan Kleptokrasi telah memberi IMFAK SANGAT NEGETIF kepada PAKATAN HARAPAN.

Wakil BERSATU (PPBM) Selangor, Samat Sharif  pula menuding jari kepada PKR sebagai punca HIMPUNAN SELAMATKAN MALAYSIA Tolak Kleptokrasi gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.




BERATU menuduh PKR tidak bersungguh untuk menjayakan himpun an tersebut. Malah  dilihat dari kurangnya penyokong mereka yang hadir.  Malah, bendera parti tersebut juga tidak banyak dilihat dalam himpunan tersebut, seterusnya tidak menarik minat penyokong mereka untuk datang.

Lokasi himpunan yang terletak dalam parlimen Petaling Jaya Utara yang diwakili PKR, sepatutnya tidak ada masalah untuk mengumpul ratusan ribu penyokong seperti yang disasarkan pada awalnya.

Malah ada pimpinan PKR juga tidak hadir termasuk Rafizi. Azmin Ali datang sekejap sahaja.

Jika ambil 'Statistik PRU-13 " untuk menjadi ukuran kehadiran sokongan rakyat sepatutnya kehadiran sangat memberangsangkan.

Undi Pakatan Harapan(dulu Pakatan Rakyat dengan wujudnya sokongan PAS) bagi 5 kawasan Parlimen Petaling Jaya)

P106 PETALING JAYA UTARA
Jumlah Pengundi: 85,401
Chew Hoong Ling (BN) - 12,735
Pua Kiam Wee (DAP) - 54,407
MAJORITI: 41,672


P105 PETALING JAYA SELATAN
Jumlah Pengundi: 79,558
Sheah Kok Fah (BN) - 21,846
Hee Loy Sian (PKR) - 41,062
Ibrahim Bin Khatib (Bebas) - 1,447
MAJORITI: 19,216

P107 SUBANG
Jumlah Pengundi: 128,543
Pakas Rao A/L Applanaidoo (BN) - 39,549
Sivarasa A/L K. Rasiah (PKR) - 66,268
Edros Bin Abdullah (Bebas) - 218 (HD)
Nazaruddin Bin Mohamed Ferdoos (Bebas) - 460 (HD)
MAJORITI: 26,719

P108 SHAH ALAM
Jumlah Pengundi: 99,957
Datuk Zulkifli Bin Noordin (BN) - 38,070
Khalid Bin Abd Samad (PAS) - 49,009
MAJORITI: 10,939

P100 PANDAN
Jumlah Pengundi: 83,857
Lim Chin Yee (BN) - 21,454
Mohd Rafizi Bin Ramli (PKR) - 48,183
Tan Yew Leng (Bebas) - 2,415
MAJORITI: 26,729









Kalau didasarkan kepada angka yang diperolehi  pada PRU-13 yang lalu, perkara yang mengaibkan ini tidak berlaku melainkan PKR MEMANG SEBOTAJ TUN MAHATHIR

Keadaan ini telah mencemarkan imej Pengerusi BERSATU (PPBM) dan Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohammad yang pertama kali menganjurkan himpunan besar seperti ini.  Seterusnya menimbulkan persoalan adakah dendam lama PKR terhadap Tun Mahathir masih ada sehingga sehingga menyumbang kepada keadaan seperti ini kata wakil BERSATU.


Bukan rahsa masih ada pihak dalam PKR yang tidak berpuas hati atas tindakan Tun memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Samat Sharif bagaimanapun tidak mengiyakan hanya meminta semua pihak menunggu post mortem yang bakal dijalankan penganjur untuk mencari punca sebenar kenapa himpunan ini gagal menarik orang ramai.  Banyak yang sudah dilakukan dari segi promosi dan sebagainya tapi masih gagal menarik ratusan ribu rakyat seperti yang dijangkakan.

Adakah ketiadaan PAS menjadi sebab kuat kepada himpunan selepas PAS keluar daripada Pakatan HAMBAR juga menjadi makin BENAR.

 

Selepas Fitnah Anak, Fitnah Bapa. Itulah Amalan Akhir Ramadan Macai Pakatan. UMNO Boleh Goyang Kaki


'Character Assassination' atau dalam bahasa melayunya 'Pembunuhan Karekter' adalah suatu perlakuan atau tindakan yang dilakukan oleh satu pihak untuk merosakkan reputasi dan peribadi seseorang atau pihak seterunya.Tujuan dan objektif utamanya hanya satu, melakukan 'total damage' (kemusnahan seteruk mungkin) terhadap reputasi dan peribadi seterunya sehingga karakter beliau dilihat seperti 'mati' di mata orang-orang disekelilingnya atau masyarakat amnya.

 

Kalau Inilah Cara Pemikiran Penyokong Pakatan Harapan, Sampai Bila Pun UMNO & Najib Tak Tumbang


Tun Mahathir telah membelanjakan wang besar kepada satu pasukan pemikir strategik yang bekerja sepenuh masa sehingga PRU-14 nanti untuk mengumpul data serta maklumat, membuat perancangan dan plan tindakan untuk menjatuhkan UMNO dan Najib.

 

Pakatan Harapan Buat Kerja Bodoh Fitnah PAS.... Apakah mereka fikir ahli-ahli PAS diam diri?


Hari ini lebai dapati Malaysiakini menyiarkan surat muhajir (berpindah) yang kononnya didakwa dibuat bagi memastikan kemenangan PAS di parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

 

Selepas Berjaya Hijack BERSIH Kini Mahathir Cuba Hijack PAKATAN HARAPAN


MAHATHIR pernah berkata dalam politik hari ini kawan, esok musuh dan lusa mungkin menjadi teman akrab semula.Politik ialah seni memburu kuasa yang memungkinkan segala yang mustahil. Siapa sangka teman karib dan anak didik politiknya kini menjadi musuh yang seru. Siapa sangka hak negara boleh bertukar menjadi hak kroni di zaman Mahathir sehingga hari ini diteruskan oleh anak didik Najib Razak, hanya berbeza cara "merompak".

 

Yang Tampar NGO Yang Kena Tuduh PAS Yang BODOH Macai PAKATAN Yang tepuk tangan UMNO


Isu Mejar Zaidi ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George telah dijadikan senjata untuk memburuk dan menyerang PAS.

 

Kita ‘mungkin’ boleh maafkan Tun Mahathir Jika dia menyesal dan minta maaf



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalannya yang beliau pernah memecat 2 dekad yang lalu dan kemudian menjalani hukuman penjara.

 

Bila makan gaji Cybertropper Hilang akal, hilang agama Fitnah jadi mainan


Bila ahli-ahli UMNO yang bekerja sebagai cybertropper parti UMNO berhijrah kepada BERSATU. Ada melihatnya satu perkara yang positif. Tapi bagi lebai ini merupakan satu ancaman besar kepada cara dan corak kerja cybertropper PAKATAN HARAPAN.

 

Puak PAN + PH kini Sanggup Berbohong Dengan Petikan Tok Guru Abdul Nik Aziz



Saya hairan kenapa puak-puak PAN (IKRAM) dan PAKATAN HARAPAN suka menyebar fitnah dan bohong sedangkan Allah melarang perkara ini. Mereka mengamalkan politik menghalalkan cara sedang Islam ajar kita berhati-hati dalam perkara berhubung fitnah.


 

Parti Ezam Nak Serta PAKATAN HARAPAN? PSM yang lama pun diketepikan


"Insya-Allah, dengan izin Allah sekiranya parti baru kami diluluskan pendaftaran oleh ROS maka perkara pertama yang Ezam serta saya lakukan adalah untuk memohon menjadi rakan 'coalition' dalam Pakatan Harapan,” Kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.


 

Pelik, Kenapa DAP Begitu Prihatin dengan PAS



PAS hanya boleh menang besar dalam pilihan raya jika bekerjasama dengan parti-parti pembangkang utama atau menjadi anggota sesebuah gabungan, kata Lim Kit Siang. Veteran DAP itu berkata, rekod menunjukkan, jika PAS memasuki gelanggang secara bersendirian, parti itu hanya boleh menang paling banyak 13 kerusi parlimen.

 

Pakatan Harapan Memaksa PAS Bertanding bersendirian



Dalam PAS ada beberapa orang tokoh politik veteran yang pandangan politiknya sangat baik untuk difahami dan dikaji. Salah seorangnya ialah Tuan Haji Subky Abdul Latif.

 
 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger