Pakatan Harapan Memaksa PAS Bertanding bersendirian



Dalam PAS ada beberapa orang tokoh politik veteran yang pandangan politiknya sangat baik untuk difahami dan dikaji. Salah seorangnya ialah Tuan Haji Subky Abdul Latif.

Tokoh wartawan dan orang lama dalam PAS, Tuan Haji Subky Abdul Latif mempunyai pandangan politik yang saya rasa boleh kita jadikan panduan untuk masa depan PAS terutama dalam isu-isu terkini, PAS yang sering diserang oleh pembangkang sendiri terutama PAKATAN HARAPAN.

Subky berkata PAS tidak ada pilihan yang banyak buat masa ini. Katanya jika pembangkang bersatu nescaya UMNO/BN mudah dijatuhkan. Bersatu bukan bermakna bersama dengan Pakatan Harapan tetapi bersama-sama menjatuhkan BN dan UMNO.

Konsep bersama yang dikemukan oleh PAS iaitu PAS akan bertanding disemua kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS pada PRU-13 lalu jika dipersetujui oleh PAKATAN HARAPAN memang UMNO dan BN mudah dijatuhkan dan pembangkang tidak menghadapi masalah besar. Tidak akan wujud dan berlaku kecamuk seperti sekarang dalam pembangkang.

Tapi malangnya PAKATAN HARAPAN tidak ada "belas ehsan" kepada parti PAN sendiri. Mereka tidak sanggup untuk memberikan kerusi mereka kepada parti PAN, rakan PH mereka sendiri. Mereka hanya mahu PAS bersama PH untuk melindungi niat mereka yang tersirat iaitu mereka nak 'perkudakan' PAS apabila bersama dengan PH, PAS berkorban kerusi untuk PAN dan BERSATU. Itu yang menjadi objektif utama mereka.

Mereka nak jadikan PAS tangga untuk dipijak.
Bila PAS setuju PAS bodoh dan diperbodohkan.
Bila PAS tak setuju dijaja pula PAS nak UG dengan UMNO.
Ini POLITIK JAHAT PAKATAN HARAPAN.

Subky berkata adalah ‘membuang masa’ berbincang dengan parti-parti lain kerana mereka tidak bersedia menerima syarat yang dikemukakan PAS.

Kata Subky lagi “parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian" jadi PAS tak ada pilihan.

"PAS akan menjadi pembangkang yang tunggal yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya" tanpa ada halangan.

Tambah Subky “Mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat"

Parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian, maka pilihan PAS tidak ada melainkan bertanding bersendirian.

Saya setuju.

Mungkin pada masa sekarang PAS 'sakit' dan 'menderita' kerana PAS terpaksa berhadapan dengan UMNO dan juga dengan fitnah dan tohmahan JAHAT PAKATAN HARAPAN.

Percayalah, PAS tetap utuh dan menjadi kuat. PAKATAN HARAPAN pasti akan hancur dan kepalsuan mereka dalam ikatan PH akan terbongkar. Masa itu kita akan kenal siapa sebenarnya TUN MAHATHIR dan kita akan tahu sifat 'munafik' yang ada dalam pimpinan parti PAN yang mengkhianati JANJI dan SUMPAH SETIA kepada JAMAAH ISLAM dan perjuangannya. Kita akan sedar dalam PKR juga ada 'najis-najis UMNO' yang sembunyi disebalik kata-kata manis reformasi. Sudah pasti kita juga dapat melihat dengan jelas sifat ANTI-ISLAM DAP.


Share this article :
 

+ comments + 9 comments

March 21, 2017 at 9:35 AM

yahoo tak sabar nak tengok penceramah ceramah dengan orang bunian macam masa PRK KUala Kangsar aritu.

March 21, 2017 at 10:41 AM

Assalamualaikum wbt.
Kadangkala terfikir juga saya dan rakan-rakan, apakah ajaran agama dipatuhi oleh pemain politik di negara ini. Kami berfikir sedemikian kerana kami mendapati bahawa ada dalam kalangan politikus ini tanpa mengira latar belakang, hanya melihat salah pihak lain sahaja tanpa mahu melihat keburukan pihak sendiri. Adakah amalan itu selari dengan ajaran agama? Pihak A menuduh pihak B memfitnah mereka, pada hal dalam masa yang sama mereka juga rancak memfitnah pihak B. Dalam setiap tindak-tanduk, kepentingan politik lebih diberi keutamaan berbanding soal mencari kebenaran dan kepentingan serta hak masyarakat. Kami kecewa melihat gelagat parti politik semacam ini - banyak sangat putaran kata dan madah berhelahnya. Malang sungguh kami yang selama ini mengharapkan ada pihak yang benar-benar matang dan rasional. Kami dapati harapan kami itu sekadar tinggal harapan. Wassalam.

March 21, 2017 at 10:53 AM

Kalau mengikut situasi sekarang, tidak ada jaminan PAS tidak akan bersama UMNO selepas pilihanraya akan datang. Oleh itu adalah berisiko utk membiarkn PAS bertanding mewakili pembangkang.

March 21, 2017 at 10:58 AM

Mahligai seni....jangan lemahkan minda dengan persepsi yg dilemparkan.mmg masing masing menuding jati...tapi kita ada akal tgk hujah yang siapa kuat.melihat keadaan politik malaysia....budak sekolah rendah pun tahu pas di pihak yang benar.semua tindakan pas boleh dijelaskan melalui hujah dan nas buat masa ini.tiada parti selain pas yang setiap perkara meletakkan agama sebagai penanda aras.

Anonymous
March 21, 2017 at 12:37 PM

Bukankan pemimpin dah jelaskan mrk nak jadi king maker. TITM sendiri beberapa tahun dulu dah kata, PAS nak bertanding bersendirian supaya selepas PRU tak ade pakatan partinyg boleh bentuk kerajaan kecuali buat kerajaan campuran dgn PAS. Baru2 ni Haji Hadi ber gambaran mcm tu. Sendiri punya pemimpin tarak pecaya ka? Mcm2 teori keluar knp PAS bersendirian. Kalu PAS memang kuat, boleh berjaya. PAS boleh bg syarat buat hudud kalu nak bentuk kerajaan campuran dgn mrk. Tapi rasanya PAS blm cukup kuat utk PRU 14, tapi utk PRU2 akn dtg, hanya Allah yg tahu. Tak perlulah fitnah, salahkan org lain yg menyebabkan PAS nak bersendirian.

March 21, 2017 at 3:31 PM

Saudara Uda, saya dan rakan-rakan saya bukan lemah minda. Kami menjadi pemerhati yang teliti. Atas ketelitian itulah kami menemukan pelbagai "kerancuan" dan "ketidaktekalan" pendirian parti politik. Kami mengharapkan ada parti politik yang jujur dan istiqamah, namun kejujuran dan keistiqamahan itu kian menjauh. Walau bagaimanapun, saya hargai ulasan anda yang terjalin dengan kata-kata yang sopan. Wassalam.

Anonymous
March 21, 2017 at 10:12 PM

Terbaik...pak Subki. Kena dan tepat.

June 4, 2018 at 1:16 PM

pak subki tak berpijak di bumi yang nyata,semau orang tahu pas nak jadi king maker

June 4, 2018 at 1:19 PM

pas cari helah macam-macam nak keluar dari pakatan rakyat dulu,mula nak gaduh dengan pkr lepas cari gaduh dengan dap pula,semua orang boleh lihat permainan pas ni sejak dulu lagi,saya bekas ahli seumur hidup PAS dah sign out dari PAS sejak kepimpinan hadi awang ni

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger