Pertemuan Dr. Asri, Dr. Khairuddin: Syaitan Menangis, Al-Abror Mohd Yusof Penulis Malaysiakini Juga Menangis



Pada 3 Mac 2017 lalu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menziarahi Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin di kediamannya di Kangar, Perlis. Lawatan itu dibuat di tengah-tengah kehangatan isu debat melibatkan mereka berdua.

Asri dalam Facebook itu mengucapkan terima kasih atas ziarah ukhuwah Khairuddin, yang juga anggota parlimen Kuala Nerus.

“Beliau datang sendirian dari jauh atas persahabatan antara kami. Selama dua jam kami berbincang penuh harmoni dan cuba sering memahami sudut pandang masing-masing.

“Selepas ziarah beliau terus berangkat pulang ke Terengganu. Semoga Allah memberikan keselamatan untuk perjalanannya,”
kata Asri.

Sementara itu, Khairuddin juga menulis perkataan sama di Facebook beliau hari ini. “Alhamdulillah. Pagi ini sempat menziarahi sahabat saya Sohibus Samahah Datuk Dr Asri di kediaman beliau di Kangar atas semangat ukhuwah yang sudah sekian lama terjalin,” katanya.



Saya tak setuju kata-kata Dr Khairuddin pada ceramahnya terhadap Dr Asri. Saya lagi tak setuju cara pensyarah fikah dan usul fiqh Dr Rozaimi Ramle menjawab cabaran Dr. Khairuddin. Dr Rozaimi ni hebat hadis tapi cara dia menjawab dia sendiri tak ikut hadis nabi. Tapi kita akan susah nak berhujah dengan orang yang rasa dirinya betul dan orang lain semuanya salah dan tak ikut nabi.

Ok kita terima Dr. Khairuddin tidak beradab, tapi lagi bodoh orang yang tegur Dr. Khairuddin juga tidak beradab dan tidak mengikut sunnah (ikut hadis). Apatah lagi dia ni pensyarah hadis.


Ok stop pasal Dr Rozaimi.

Pertemuan Dr. Asri dengan Dr. Khairuddin sebenarnya menyelamatkan salaturrahim, ukhuwah Islamiyyah. Pada pendapat saya syaitan pasti menangis. Blogger dan Facebooker 'celaka' yang pernah wujud zaman Tok Guru Nik Abdul Aziz dulu pasti menangis juga. (Itu pun ada lagi posting bersifat syaitan).

Walaupun kita faham pertemuaan itu masih belum menyelesaikan permasalah perbezaan pendapat antara Dr Asri dengan PAS dalam RUU 355 tapi kita kena rai pertemuan itu.

Pasal itu saya masih membuat teguran dalam tulisan saya kepada Dr Asri berkenaan RUU 355.

Tapi mempersoalkan pertemuan itu, itu adalah kerja syaitan.

Malaysiakini hampir setiap hari selepas 3hb, masih mengulas soal pertemuan antara Dr. Asri dan Dr Khairuddin. Entah Malaysiakini nak jadi syaitan juga.

Malaysiakini memang anti-Islam. Malaysiakini pernah meraikan kejatuhan PAS Terengganu, walaupun Malaysiakini dikatakan akhbar pro pembangkang.



Al-Abror Mohd Yusof adalah penulis baru dalam Malaysiakini. Dia sepatutnya bertanyakan kepada Fathi Omar Aris tentang sikap Malaysiakini terhadap Islam.

Bagi Malaysiakini, berita lebih utama. Jika Dr. Asri dan Dr. Khairuddin berbaik, maka Malaysiakini akan kekurangan berita hangat, Al-Abror Mohd Yusof tak boleh menulis analisis. Maka kalau tak ada berita, mereka akan mereka cipta berita untuk menghangat situasi. Itulah akhlak penulis yang tidak berasaskan Islam. Sedangkan Islam mengajar kita untuk menjurus kepada kehormonian.

Malaysiakini mengkritik Utusan Malaysia, akhbar pro-UMNO tetapi amalan Malaysiakini sama dengan akhbar UMNO tersebut. Mereka sanggup ketepikan nilai kewartawanan untuk berita-berita Islam.

Malaysiakini lebih suka Islam atau PAS jatuh daripada UMNO jatuh.


Mungkin Al-Abror Mohd Yusof seronok dan akan bersama-sama Malaysiakini meraikan kejatuhan PAS Kelantan pada PRU-14

Haji Hassan Omar
Share this article :
 

+ comments + 9 comments

Anonymous
March 6, 2017 at 5:08 AM

Sifat atau ciri2 yg dimiliki oleh Wahabi iaitu membidaahkan orang...menyesatkan orang yg tidak ikut fahaman mereka...Maza...Rozaimi mmg tak boleh pakai..

Din JB
March 6, 2017 at 10:59 AM

Ceramah-kuliah ust ust yg dilabel "wahabi" ni aku mmg suka ikuti. Penjelasannya mmg jelas, berdalil. Cuma bila ulas ttg tauhid, dan amalan amalan tradisi umat, yg tu mmg tak boleh nak terima. Lbh selamat ikut ulama ulama nusantara terdahulu.

Anonymous
March 6, 2017 at 11:54 AM

aku ni penyokong Pas totok, tp sejak akhir2 ini ayat2 pemimpin dah macam kurang ajar, dlm usrah suruh kita berakhlak tp mereka suka hati hentam orang, aku tau manusia x sempurna tp kawal la ego tu

Anonymous
March 6, 2017 at 2:00 PM

https://aidcnews.wordpress.com/2017/03/03/penang-institute-sarang-penyebar-islam-liberal/

Penang Institute Sarang Penyebar Islam Liberal

AIDCNews – 03/03/17 –Penang Institute bakal menjemput aktivis liberal Singapura Dr Azhar Ibrahim Alwee untuk memberi ucap utama dalam forum anjuran badan pemikir Kerajaan Pulau Pinang itu.

Dr Azhar telah dikenal pasti sebagai penggerak Islam Liberal nusantara dalam kumpulan The Reading Group sebaris dengan penggerak Jaringan Islam Liberal Indonesia Ulil-Abshar Abdalla dan Lutfhi Assyaukanie.

Moderator forum itu ialah Dr. Mustafa Kamal Anuar yang merupakan Ketua Bahagian Kajian Nusantara, Penang Institute.

Dalam kenyataan media bertajuk “Islam Liberalism and Illuminati” Dr. Mustafa mengakui Penang Institute telah memperkasakan misi badannya dengan menjemput tokoh-tokoh liberal dari seluruh dunia.

Mereka termasuklah Prof Tariq Ramadan, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Dr Syed Farid Al-atas, Dr Anas at-Tikriti, Ahmed Keeler, Dr Chandra Muzaffar, Prof James Piscatori, Dr Maszlee Malik, Dr Nader Hashemi, Mustafa Akyol, Prof Abdullahi Ahmed An-Naim, Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dan Dr Azhar Ibrahim.

Baru-baru ini, DC Leak mendedahkan Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki Soros telah menyalurkan dana kepada Penang Institute.

Selain itu, dana OSF turut disalurkan kepada beberapa pertubuhan awam tempatan termasuk BERSIH, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

Namun, perkara itu dinafikan Pengarah Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari.

Kemudian, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff turut mendakwa Penang Institute merupakan sarang yang menyebarkan Islam liberal di negeri itu.

Sekali lagi Zairil bersama Exco dari PKR yang menjaga Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim menafikannya.

“Penang Institute bukan badan agama yang mempromosikan agama atau mazhab.

“Institut hanya menyediakan wadah untuk rakyat membincangkan topik ‘maqasid syariah’. Dalam Islam, nilai-nilai agama juga terdapat dalam perkara seperti tadbir urus dan keadilan.

“Saya tak faham apa yang Fauzi cuba sampaikan. Saya rasa ada motif politik di sebalik dakwaannya,” kata Zairil dalam kenyataannya.

Ironinya, Penang Institute walaupun menafikan menyebarkan Islam Liberal, namun sering bekerjasama dengan badan-badan yang sudah dikenal pasti penyebar agenda liberal antaranya, Islamic Renaissance Front (IRF), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan G25 Malaysia.

Sebelum ini, Muhammad Fauzi dalam pendedahannya menyebut Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dan PAS telah menghalang hak umat Islam dalam memartabat dan memperkasa undang-undang syariah apabila tidak menyokong pindaan Akta 355.

Beliau turut mendedahkan campur tangan kerajaan negeri dalam proses fatwa dan peranan Penang Institute dalam menyebarkan Islam Liberal.

Anonymous
March 6, 2017 at 2:03 PM

https://aidcnews.wordpress.com/2017/03/03/20-sebab-kenapa-rakyat-malaysia-harus-tolak-dap/

20 Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Harus Tolak DAP

Demi Negaraku – 1) DAP sudah bersatu dengan sekutu – sekutunya iaitu PAN dan PKR untuk memerintah Malaysia. Mereka melihat inilah masa terbaik untuk berkuasa ketika orang Melayu berpecah kepada pelbagai parti. Mereka amat perlukan undi orang Melayu untuk mencapai cita-cita tersebut. DAP MAHU KUASAI PUTRAJAYA!.

2) Lihat Manifesto DAP dalam Pilihanraya 2008. Mesej tersirat mereka adalah untuk mengajak semua orang Cina bersatu. Mereka tulis “Hanya DAP yang kuat dapat melakukan semua ini”, itu bukan maksudnya. Maksud sebenar adalah “HANYA CINA YANG KUAT DAPAT MELAKUKAN SEMUA INI”. Apakah orang Melayu masih tidak sedar lagi?

3) Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair (MP Bangsar pada waktu itu) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia.

4) DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan kententeraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930.

5) Pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis dan komunis antarabangsa. Salah seorang Naib Presiden Socialist International adalah Ehud Barak (Bekas Perdana Menteri Israel). DAP bukanlah demokratik, ideologi DAP sama seperti Parti Buruh di Israel. Dari sinilah Lim Guan Eng meniru konsep “Middle Malaysia” dari konsep “Middle Israel”.

6) Dalam ucapan Lim Guan Eng di DAP Melaka State Annual Convention, pada Disember 2005, Guan Eng ada menyatakan akan adaptasi 3 People’s Principles (Nationalism, Democracy dan Equality yang diterapkan oleh Dr. Sun Yat Sen (Pengasas Parti Nasionalis Cina Koumintang). Guan Eng percaya dengan teori Sun Yat Sen bahawa “Oversea chinese as the mother of revolution”. DAP mahu membuat revolusi cara chauvinisme Cina. Guan Eng bukanlah ikut cara Umar Abdul Aziz tetapi ikut Chauvinisme Cina (Assobiyah).

7) Berapa bintang di bendera Singapura dan China? Lihat pula logo DAP dan PAP serta bendera Singapura dan China. DAP adalah serpihan PAP yang bersifat chauvinisme Cina.

8) Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena kempen Tahun Melawat Selangor 2011. Logo bintang 3 tersebut adalah sama dengan logo bintang 3 komunis yang dibawa oleh Chin Peng. DAP cuba menghidupkan dan membawa masuk kembali fahaman komunis di Malaysia.

9) Pada 22 November 2009 Karpal Singh (Pengerusi DAP) mempertikaikan keputusan kerajaan Malaysia mengapa tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Dari sini jelas Karpal Singh sokong Chin Peng pulang ke Malaysia.Bukti DAP sokong komunis.

10) Lim Kit Siang dan Ronnie Liu mengatakan bahawa Zainuddin Maidin buta sejarah kerana menggelar Memorial di Nilai, sebagai Memorial Komunis. DAP menggangap bahawa ahli-ahli MPAJA (komunis) yang gugur tersebut sebagai pejuang kebebasan yang berjuang melawan pendudukan tenteran Jepun di Tanah Melayu. Di sini jelas DAP begitu menggagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Anonymous
March 6, 2017 at 2:04 PM

SAMBUNGAN

11) ADUN Baruas Ngeh Koo Ham adalah anak saudara kepada Chin Peng (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya). Manakala Nga Kor Ming adalah sepupu Ngeh. Chin Peng pula dikatakan menggunakan peguam yang sama digunakan oleh Ngeh. Ngeh juga merupakan ahli pertubuhan Socialis International yang mendukung ideologi komunis dan sosialis.

12) Pada 1969 DAP pertama kalinya menyertai Pilihanraya Umum. Ketika Pilihanraya tersebut DAP berkempen untuk mansuhkan perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu. Perarakan kemenangan DAP di Kuala Lumpur yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

13) Perarakkan oleh Pemuda DAP yang mengangkat penyapu gergasi bertujuan untuk ‘sapu’ orang Melayu. Ada yang kencing pada orang Melayu, maki hamun serta menunjukkan kelakuan yang kurang ajar kepada orang Melayu pada 13 Mei 1969. Melayu dilabelkan sebagai ‘sakai’ ‘melayu masuk hutan’ dan ‘balik kampung tanam jagung’.

14) Pada 12 Mac 2008 Kit Siang mengarahkan semua ADUN DAP Perak memboikot perlantikkan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang tidak mahu PAS menjadi MB. Kit Siang dikatakan mahukan Ngeh Koo Ham sebagai MB Perak. Selepas perjanjian Pangkor 2 diadakan barulah DAP bersetuju Nizar Jamaluddin menjadi MB bagi negeri Perak. Dalam perjanjian itu Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyatakan mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa arab seperti Hudud dan Qisas. Jelas Nizar Jamaluddin hanyalah MB boneka kepada DAP!

15) Pada 6 Februari 2009 Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan biadap kepada Sultan Melayu di Malaysiakini. Beliau berkata “Saya meminta Sultan menghenti dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini”. Kenyataan ini boleh dibaca di Malaysiakini. Ini menunjukkan bahawa DAP cuba untuk menghapuskan kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.

16) Dalam sebuah buku bertajuk “Conversation With Lee Kuan Yew” tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas bahawa ” Bangsa melayu adalah suatu bangsa yang pemalas dan kurang berkemampuan (M/S 53). DAP menggunakan hujah ini dengan menyatakan kaum melayu sebagai bangsa pendatang. Mereka menafikan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu atau kini dikenali sebagai Malaysia.

17) Lim Guang Eng mempunyai cita-cita yang sama dengan Lee Kuan Yew, DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘Singapura kedua’. Guan Eng dikatakan sudah menyiapkan cadangan untuk menyerahkan Seberang Prai kepada Kedah dan membatalkan perjanjian lama antara Kedah dan Francis Light. Cadangan ini mahu dibawa kepada Sultan Kedah.

18) Pada 18 Oktober 1990, Karpal Singh (Pengerusi DAP) mengeluarkan kenyataan “Kami memberi pengakuan, untuk mewujudkan negara Islam. “LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU”. Di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang. Butakah Melayu Islam terhadap kenyataan Karpal Singh ini? Atau sememangnya Hudud sudah tiada lagi dalam perjuangan Islam PAS?

19) Pada 25 Februari 2009 Karpal dilaporkan berkata”SAYA SINGH IS KING”. Ketika mengulas mengenai 100 laporan polis dan dua peluru hidup yang diterima beliau. Malah beliau memberi amaran kepada Pemuda UMNO supaya ‘jangan main-main dengan beliau’. Adakah Karpal Singh ingin menjadi Raja di Tanah Melayu?

20) Pada 10 Januari 2008 Karpal Singh telah menafikan kenyataan Haji Hadi Awang berhubung dalam isu Hudud dimana di sini jelas menunjukkan bahawa DAP MENOLAK HUDUD! Ini bermakna DAP anti undang-undang Islam dan anti agama Islam!

Anonymous
March 6, 2017 at 2:06 PM

https://aidcnews.wordpress.com/2017/03/04/mereka-mahu-malaysia-jadi-seperti-barat/

“Mereka Mahu Malaysia Jadi Seperti Barat”

KUALA LUMPUR – “Golongan ini bukan sahaja tidak mahu syariat Islam, malah pengawalan moral pun mereka tidak mahu.”

Itu pandangan pemimpin PAS, Idris Ahmad ke atas peguam dan aktivis pro-Pakatan Harapan, Siti Kassim serta pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf).

Kata beliau, permintaan Siti Kassim dan Hindraf kepada pihak mahkamah supaya pendakwah Islam terkemuka, Dr. Zakir Naik ditangkap dan diusir dari Malaysia sangat tidak bertamadun.

“Mereka mahu Malaysia seperti negara barat. Mungkin golongan ini pening lalat tidak sedar bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ialah Malaysia.

“Paling malang tindakan golongan ini merugikan parti politik dan individu yang sewaktu dengannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Parti politik dan individu yang maksudkan dipercayai Pakatan Harapan dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Umum sedia maklum Siti Kassim merupakan seorang aktivitis pro-Pakatan Harapan kerana sering `memperjuangkan’ isu-isu yang dibangkitkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kelmarin, Siti Kassim dan Hindraf memfailkan tuntutan mahkamah meminta pihak berkuasa menangkap dan mengusir Dr. Zakir daripada Malaysia serta membatalkan statusnya sebagai seorang pemastautin tetap negara ini.

Mereka turut memohon deklarasi bahawa Dr. Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini dan menyaman kerajaan Malaysia.

Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa kononnya Dr. Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.

Kehadiran Dr. Zakir berdakwah di Malaysia mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pemimpin dan aktivis Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Malah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P.Ramasamy merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP pernah dikecam umat Islam kerana menggelar pendakwah Islam terkenal itu sebagai setan.

Dr. Zakir merupakan seorang pendakwah Islam tersohor di dunia dan pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H/2013M daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tahun 2013.

Dalam kebanyakan siri dakwahnya di seluruh negara menyaksikan bukan Muslim yang mengikuti ceramahnya mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas berhujah tentang isu agama dengan beliau.

“Apa dosa dan salah Dr. Zakir? sehingga hendak bertindak kasar sebegitu rupa. Datangkan hujah yang bernas untuk lawan fakta Dr Zakir. Sebenarnya golongan ini sudah menjadi melukut di tepi gantang.

“Mereka hanya hidup dengan media yang mempunyai agenda seperti mereka. Tindakan mereka bukan sahaja dibenci oleh orang Islam, malahan orang bukan Islam yang bersopan dan bermoral,” kata Idris lagi.

Beliau seterusnya meningatkan supaya semua pihak supaya menjaga hati umat Islam yang merupakan majoriti di Malaysia.

Anonymous
March 6, 2017 at 2:47 PM

Golongan anti Islam wujud sejak dulu hingga kiamat.

Anonymous
March 6, 2017 at 10:28 PM

Maaf, off topic..
Blogger nordin ali dah lama sangat tak menulis, hj hassan tolong pujuk dia berkarya, ye..

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger