Saya tak ambil serius mengenai cabaran Dr. Rozaimi Ramle terhadap kenyataan Dr Khairuddin dalam ceramah, kerana saya anggap sudah menjadi kebiasaan cara gaya ceramah umum politik berbeza dengan kuliah pengajian. Hanya yang berfikiran sempit dan emosi sahaja akan mengganggap ceramah politik itu suatu serius yang perlu kepada perdebatan atau diskusi ilmiah.
Sama juga dengan perbahasan di parlimen antara parti politik; mereka bertegang leher, dan kadang kala terlanjur sehingga kepada maki dan hamum. Tapi pada sesi minum, mereka boleh duduk bersama dan gelak ketawa. Yang bodoh siapa?
Kalau ada manusia, membuat andaian bahawa perbahasan di parlimen itu (bukan isi perbahasan tapi cara gaya perbahasan) suatu yang mutlak maka manusia itu sebenarnya sudah lari daripada memahami situasi, suasana dan keadaan. Dalam bahasa mudahnya tidak berilmu tentang ilmu perbahasan parlimen (bukan ilmu hadis).
Bodohlah kalau kita nak ambil sesuatu dalam CERAMAH UMUM POLITIK sebagai suatu yang serius dan perlu didiskusikan secara ilmiah.
Lagi bodoh kalau seseorang itu yang mahir ilmu, contohnya seperti ilmu hadis, tentang nasnya tentang perawinya, tentang sebab munasabab, tentang perbezaan pendapat dan bahasa penggunaan tidak memahami pula bahasa, cara gaya dan sebab manasabnya suatu CERAMAH POLITIK.
Bila saya mendengar ceramah Dr. Khairuddin, saya anggap dia kertelaluan dan salah. Sama juga bila saya mendengar ceramah tentang ramainya Melayu masuk kristian, atau ceramah Mat Sabu dengan angka-angka yang berbeza setiap tempat. Isinya Mat Sabu hendak menyampaikan bahawa ada Melayu masuk Kristian dan bodoh kalau ada seseorang pensyarah mempersoalkan bilangan angka yang Mat Sabu sebut dalam ceramah tersebut.
Saya berpendapat lagi keterlaluan dan emosi bila Dr. Rozaimi Ramle membuat cabaran di facebooknya berdasarkan video kiriman sahabatnya.
Malang bagi seorang yang bercakap tentang sunnah Rasulullah s.a.w. tetapi tidak mengikut sunnah dan beremosi dalam membuat cabaran. Di'tular'kannya pula difacebook sebelum menghantar cabaran.
Kalau kita anggap seseorang itu bodoh kemudian kita buat perkara BODOH yang sama, "ta'k bodoh" namanya. Mana ilmu hadis kesabaran? Mana sunnah nabi tentang sikap baik sangka, sabar dalam menghadapi cercaan? Kenapa boleh hilang semua ilmu yang kita syarahkan itu, sedangkan orang itu lebih fokus kepada mufti.
Seperti yang saya menulis sebelum ini saya tak berminat mengulas cabaran (atau sahut cabaran) Dr. Rozaimi ini kerana saya anggap suatu yang tidak betul dari segi kebiasaan orang-orang yang berilmu. Tapi saya ambil sedikit masa awal pagi hari ini untuk menulis komen secara santai kerana melihat gelagat beberapa orang daripada Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia nampak beriya-iya menjaja surat sahut cabaran dan menularnya di media sosial yang tidak menampakkan itu sunnah Rasulullah s.a.w.
Saya sangat kecewa dengan Setiausaha Agung, Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia Abu Hafiz Salleh Hudin yang merosakkan imej pertubuhan tersebut. Persepsi bukan ciptaan awak tetapi persepsi adalah tanggapan orang terhadap awak dan pertubuhan awak.
Malang bagi pertubuhan kebajikan yang lari daripada visi dan misinya.
Kenapa saya kata Dr. Rozaimi emosi (bukan kata sombong)?
Saya tak banyak masa pagi ini kerana saya kena buat kerja lain, jadi tak sempat untuk mengumpul bukti dan fakta yang lengkap. Walaupu bagaimanapun, cukuplah untuk isu ini, saya beri satu posting jawapan Dr. Rozaimi bila dia menjadikan cabaran itu sebagai 'harian hidupnya'. Saya tak nampak SUNNAH RASULULLAH S.A.W. dalam dirinya. Maaf saya tak nampak. Mungkin ada pembaca boleh berpendapat menunggu cabaran itu SUNNAH boleh tolong panjangkan hadis kerana saya yang bukan ilmuan dan pakar hadis ini.
Saya anggap Dr Rozaimi Ramle ini adalah kemuncup dalam memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. Dia bukan sahaja kemuncup tetapi dia menjadi seolah-olah (bukan betul ni) penghalang kepada usaha memperkasa Undang-undang Syariah di Malaysia.
Kemuncup sifatnya mengganggu perjalanan kita. Kalau buang kemuncup kita akan ketinggalan atau terlambat dalam perjalanan. Cara terbaik sampai dulu ditempat tuju baru kita kita buang kemuncup. Tapi memang tak selesa.
Dr Rozaimi nak jadi kemuncup. Dia ibarat orang yang cuba menghilang fokus PAS kepada isu sebenar. Tugas PAS untuk menjayakan RUU 355 adalah satu usaha yang bukan mudah terutamanya untuk melepasi halangan pertama UMNO dalam perbentangan, kemudian langkah-langkah seterusnya yang sangat jauh lagi perjalanannya.
Tiada jaminan perjalanan ini selamat.
Kalau zaman Rasulullah s.a.w.Ketika Rasulullah s.a.w. nak berperang, orang munafik sibuk membina masjid. Masjid itu dirobohkan kerana dikatakan masjid dirab. Saya tak kata Dr. Rozaimi munafik, tetapi dia 'kemuncup'.
Dia dijadikan sandaran kepada mereka yang menentang RUU 355. Dia membuka ruang. Dia dan beberapa orang daripada kumpulannya memberikan jalan kepada penentangan RUU 355.
Nak 'sekeh' kepala bahasa pantai timur juga perlu dipelajari semacam kita belajar bagaiaman perbezaan pendapat dalam menentukan hadis. Misal isu dalam sembelih binatang yang ada anak dalam kandungan. Hadis menyatakan "...sembelih ibu sembelih anak". Ada mazhab berkata sembelih ibu dan sembelih anak. Ada yang berpendapat sembelih ibu seperti sembelih anak.
Bahasa menyebabkan perbezaan persepsi. Takkan pakar hadis bodoh dalam memahami bahasa percakap orang pantai timur. Kalau Dr. Rozaimi mendengar kuliah Tok Guru Nik Aziz atau Ustaz Azhar maka banyak surat cabaran boleh dihantar untuk berdiskusi. Maka bercambahlah ilmu hadis masyarakat Malaysia.
Dr. Khairuddin berkasar kepada Dr. Asri. Dia ke Perlis untuk menjalinkan ukhuwwah Islamiyyah. Saya bangga dengan Dr. Khairuddin. Saya ada menulis mengenai "syaitan menangis, cybertropper pun menangis juga atas isu pertemuan ukhuwwah ini".
Tak pelik kerana sebelum ini Dr. Asri pernah mengkritik hudud Kelantan dan ditegur oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Dua kali peritiwa ini berlaku. Yang pertama pada tahun 2012. Yang kedua pada tahun 2014. Yang 2014 dah ditular secara meluas kerana ada video kuliah Jumaat TGNA mengatakan pensyarah bodoh seperti mamak jual rempah.
Pada Ogos 2012 Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat kenyataan dan siarkan antaranya;
"Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali,”
Antara yang ditegur oleh TGNA, TG Nik Aziz berkata, beliau berterima kasih dengan teguran Asri dan menegaskan, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan, tapi biarlah ianya berasas dan ada hujahnya.
" Nak tegur tak der apa, boleh tegur, tapi biarlah teguran itu berasas, ini tak der apa, hujah pun tiada, ini kita tak panggil teguran tapi kita panggil tuduhan".
Masa itu TGNA tidak sihat masih dalam
keadaan fizikalnya lemah dan sedang direhatkan di HUSM, tapi beliau masih
lantang menjawab kenyataan Dr. Asri, dan kelihatan beliau kurang
menyenanginya. Pada masa sama di laman sosial Facebook milik beliau, TG Nik Aziz turut sertakan satu foto yang menunjukkan beliau
dikunjungi Asri, kiriman foto itu seakan-akan memberi mesej jelas bahawa
kucupan bekas Mufti Perlis itu bukan satu lesen untuknya menghentam
PAS.
Tapi Dr. Asri ni jiwa sama seperti Dr. Khairuddin. Dia pun jiwa lembut. Dia pergi jumpa TGNA lagi. Tapi kali tak kucup dahi. Tak makan martabak.
Jadi apa beza antara Dr. Khairuddin dengan Dr. Asri? Kenapa cybertopper parti PAN dan IKRAM menyerang Dr. Khairuddin bila Dr. Khairuddin menziarihi Dr. Asri atas isu 'sekeh' kononnya takut nak berhujah?
Berbalik kepada isu Dr. Rozaimi, saya suka menurunkan satu kata-kata cerdik pandai Islam "HATI YANG MATI TIDAK DAPAT MENGHIDUPKAN HATI-HATI MATI YANG LAIN"
Jangan sampai nanti hati pendengar tidak lagi boleh menerima apa-apa yang baik yang disampaikan dalam kuliah kerana hati pendengar sudah tertutup. Tidak ada kebaikan selepas itu kerana ilmu tidak lagi boleh memanafaat, sebagaimana bencinya makmum kepada imam yang tidak disukai sehingga Allah melaknat imam berkenaan.
+ comments + 7 comments
Beza sudut pndgn antara ASWJ dgn golongan zahiriyah ;
ASWJ menilai dr segenap sudut, situasi, tradisi setempat dan sbgnya, berbanding golongan zahiriyah yg hanya melihat secara zahir semata mata.
sepatutnya ornag Islam pakat pakat bagi idea yang bernas
untuk buka langkah ke arah memantapkan lagi hukum hukum Islam
bukan pakat duk hentam macam puak kapir n munafik
betul tu anon selain hukum islam maslahah masyarakat juga perlu dipertingkatkan. Jangan biarkan rakyat kelaparan tetapi pemimpin berkereta mewah.
Puncanya krn tinggal ajaran Islam. Rosaklah masyarakat sama ada sosial mahupun ekonomi. Bila ada usaha nk kmbali kpd ajaran Allah maka bangkitlah kuffar dn munafik utk menghalang.
Maaf artikel ini tiada nilai ilmiah bahkan kejian dan ketaksuban semata-semata yang ditonjolkan. Sentimen dimainkan untuk kebencian. Pesan saya bertakwalah.
Ehh..tajuknya komen santai..keh keh..
KABAR BAIK
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Zara, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzaninvestment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 400 juta rupiah (Rp400.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Zaradam@yahoo.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
Post a Comment