Mufti mana pilihan anda?


Isu rakyat seperti kenaikan harga gula, barangan asas yang makin meningkat sekarang menjadi tidak terfokus kerana ada alim ulama suka berbalah dan tidak sepakat dalam memperkasa perjalanan agama di negara. Masing-masing nak tunjuk pandai dan orang lain tidak betul.


Saya diminta mengulas kenyataan Mufti Perli, Dr Asri Zainal Abdidin dikatakan mempertikaikan RUU 355.

Bagi mereka yang kurang arif tentang Islam, perkara ini tidaklah susah. Anda hanya perlu memahami beberapa perkara sahaja. Islam mengajar kita keputusan terbaik adalah keputusan syura. Jadi dalam banyak-banyak mufti yang ada di Malaysia berapa orang Mufti setuju dan berapa orang mufti yang menentang. Anggaplah keputusan yang berbeza itu pendapat terkeluar.

Anda boleh berfikir kenapa mufti UMNO pun menyokong?

Ada Mufti dikatakan mufti Pakatan Harapan, tapi bekerja dengan kerajaan UMNO menentang dengan beberapa alasan. Betul ke pendapatnya?

Kalau dia seorang dikalangan mufti yang menentang anda boleh abaikan dia, anggapakan pendapat dia terkeluar daripada kebiasaan. Itu biasa dalam beberapa perkara dalam agama. Saya bagi contoh anak nabi adam Habil dan Qabil.

Kemudian, Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali tanah di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya ia menguburkan mayat saudaranya. Berkatalah (Qabil), "Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?" (QS Al-Maa-idah: 31).

Dalam kurungan pada ayat Al Maidah menyebut Qabil yang membunuh adalah pendapat ulama tapi seorang ulama yang menyebut Habil dan dia seorang sahaja yang berkata demikian dan menulis kitab. Kita tak faham macam mana dia tertukar antara Qabil dan Habil. Tapi oleh kerana dia ni ulama dan menulis kitab maka pendapatnya ada tercatat. Maaf saya tak ingat nama dia ni. Anda boleh cari.

Sama juga dengan Dr Asri. Apa nak hairan.

Lagi satu anda boleh lihat kelulusannya. Walaupun saya tak setuju sebab ada yang mengajar di kampung ada ilmunya tinggi. Tapi nak sesuai orang-orang yang berkiblatkan kelulusan pHD maka melihat kelulusan mereka boleh dijadikan ukuran. Rasanya pendapat Mufti Wilayah Persekutuan lebih baik diikuti berbanding dengan Mufti Perlis.

Pendapat-pendapat liar penentang, pe'ragu' dll dalam usaha memperkasakan undang-undang Islam di Malaysia hanyalah kemuncup yang mengganggu perjalanan. Kalau anda layan anda akan ketinggalan dalam perjalanan. Sebaik-baiknya bila kita sampai sahaja dalam perjalanan tersebut kita BUANG kemuncup yang mengganggu ini.


Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
March 5, 2017 at 3:13 PM

Assalamualaikum,
MAZA mufti wahabi...nak dihairankan apa puak2 ni dari dulu lagi tali barut orang2 kafir...
Kalau 'alim seseorang itu diukur dgn Phd..maka yg keluarkan Phd tu lebih hebat dari Allah...yg lantik ulama hanya Allah bukan manusia, klu manusia macam ni jadinya. Ulamak adalah orng yg takut pada Allah

Anonymous
March 5, 2017 at 3:22 PM

Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari hamba-hamba-Nya hanyalah ulama.” (Fathir: 28)

Anonymous
March 5, 2017 at 10:46 PM

Inikan projek umno dan pas? Takkanlah mufti umno nak bantah? Kerana ruu ni PR berpecah. Umno suka hati. RUU kona macam mane pun, kerajaan kena ambil alih, usulkan, bahas, undi baru jadi undang2. Patut buat short cut je. Tak payah hadi usulkan dulu, kerajaan terus usulkan. Tapi memang trick nak pecahkan PR......

Anonymous
March 6, 2017 at 10:30 AM

Yg herannya... Yg Cakap ni projek umno and pas, p layan sampai berpecah2 PR tu... Apa salah nya kalau sokong ruu355, mesti Umno mati kutu, ni perajakan dap lebih drp agama sendiri. Sekurangnya2 dapat juga bantu agama walaupun tu umpan... Ni p duk layan dap. Ni la hasilnya... Sama dgn hasil langkah kajang.

Cuba bygkn if pkr sama pan ikut Pas, paling kurang pun separuh pengundi Cina akan bersama Pas pkr dan pan. Berbanding dgn strategi skg pkr pan dap dapat cina 80%, 5% kat pas 15% kat bn; undi Melayu dapat 20% , pas dapat 42%, bn dapat 38%...

Anonymous
March 6, 2017 at 12:57 PM

Harap2... Tuan tarik balik kata2, takkan lah mufti wilayah Dr.zul mufti Umno n Perlis tu kerajaan Umno, mufti perlis tu mufti umno

Anonymous
March 6, 2017 at 2:52 PM

Banyak dok fikir kepentingan politik bukan fikir kepentingan Islam. Sbb tu perkara mcm ruu355 jdi kecoh tak tentu pasal.

Anonymous
March 6, 2017 at 3:38 PM

Kenapa hadi tak tolak je cadangan umno suruh usulkan ruu. Jk teknikal hudud dah cadangkan agar kerajaan yg bawa usul tu. Alih alih hadi hijack usul tu tanpa musyuarah dgn JKP pusat sendiri. Bukan soal terima hukum Allah ke dak ke. Tapi soal hukum Allah jd mainan politik. Tak de raaa ape2 ke bila org permainkan hukum Allah.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger