Adakah Mahathir Kini Menghidupkan UMNO Baharu lagi?



Semalam keluar minum dengan rakan-rakan UMNO (betul-betul UMNO bukan Bersatu). Bukan  bincang nak berUG dengan mereka tetapi sekadar bertukar pandangan dan pendapat tentang politik semasa.


Kami banyak berbual pasal kehebatan politik Tun Mahathir. Saya akui Tun bukan sebarangan orangnya dalam politik Malaysia. Dia sangat licik orangnya.

Pada tahun 1987 dahulu, Mahathir telah ditentang hebat oleh Ku Li dengan menyaksikan beliau cuma menang tipis 43 undi sahaja. Itupun undi tipu hasil dari perwakilan haram yang dieksploitasi oleh Sanusi Junid yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO.

Kemenangan dan kekuatan Mahathir pada tahun 1987 sebenarnya banyak dibantu oleh kelebihan pengaruh Anwar. Walaupun Anwar ketika itu cuma Pemuda Umno sahaja, tetapi beliau berjaya mengimbangi pengaruh Team B Kuli dan juak-juaknya dengan imej Islamiknya.

Tun Mahathir yang hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718 undi berbanding Tun Mahathir mendapat 761 undi. Daripada mana mana 43 undi itu datang? Menurut sumber sumber orang lama, undi itu datangnya daripada Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.
Ini bermakna, jika tidak mendapat pertolongan 43 undi tersebut, sudah tentu karier politik Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan bertahan selama 6 tahun sahaja (1981 – 1987).

Menyedari yang dirinya yang sudah begitu tersepit dan terhimpit oleh asakan Team B yang sudah menguasai 70 % UMNO, Mahathir sudah tiada pilihan untuk menyelamatkan dirinya. Maka DIHARAMKAN UMNO untuk menyingkir Kuli dan kunco-kunconya.

UMNO Baru di lahirkan.
Kuli dan kunconya terpaksa memnunbuhkan Semangat 46 dan mencari sokongan pembangkang, PAS ketika itu.

Mahathir berjaya dalam misinya.

Kini Mahathir nak singkirkan Najib. Tapi malangnya Mahathir tidak berada dalam UMNO kerana dia pencen. Mahathir tak berjaya menggunakan Muhyiddin untuk misi kali ini. Akhirnya Mahathir tubuh PPBM.

PPBM itu sebenarnya UMNO BAHARU
Malaysian United Indigenous Party or Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Indigenous = Natives
Malaysian United Natives Party (UMNO)

Untuk misi jatuhkan Najib diluar, Mahathir kena hijack PAKATAN HARAPAN.

Kalau kita kaji semua ucapan Mahathir dan corak dan cara gaya dia bercakap semuanya berpusat nak jatuhkan Najib tidak lebih daripada itu.

Persoalan timbul.
Adakah Anwar tahu misi Mahathir ini. Adakah Mahathir perlukan Anwar dalam misi kali ini seperti dia perlukan Anwar dalam misi jatuhkan Kuli?


Artikel saya kali ini bersifat santai sekadar meleparkan idea dan pandangan untuk para pembaca berbincang.




Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
March 24, 2017 at 8:38 AM

Jgn percaya dgn cakap Madey. Dia dah bnyak buat onar semasa berkuasa dulu. Yg percayakan dia hanya melayu yg mudah lupa.

Anonymous
March 26, 2017 at 3:30 AM

Madey dah terlalu tua, dah hilang bisanya..Najib pula Berjaya mentadbir Negara dgn cemerlang hingga dianggap lebih hebat berbanding Madey dulu.. Sahlah Najib akan terus menerajui Negara selepas PRU 14 nanti..

Anonymous
March 26, 2017 at 3:38 AM

Dr Jomo Sundaram meramalkan BN akan
Menang PRU 14..Ramalan Professor terkenal Ini biasanya tepat..

Anonymous
March 26, 2017 at 12:03 PM

Madey dah terlalu tua, dah hilang bisanya..Najib pula Berjaya mentadbir Negara dgn cemerlang hingga dianggap lebih hebat berbanding Madey dulu.. Sahlah Najib akan terus menerajui Negara selepas PRU 14 nanti..

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger