Media sosial saya (whatsapp, telegram, facebook, blog dan emel) dihujani dengan gelak ketawa, sindiran dan macam-macam kasta nista seolah-olah PAS bodoh dalam politik apabila Mesyuarat Majlis Tertinggi BN menolak cadangan kerajaan membawa RUU 355. BN menyerah kembali kepada Undang-Undang Persendirian yang akan dibawa oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang.
Puak PAKATAN HARAPAN menuduh PAS dipermainkan oleh Umno dan Datuk Seri Najib.
A. Kadir Jasin, seorang penulis mengganggap RUU355 ini adalah sarkas politik tahap maksimum yang mendedahkan hipokrasi Umno-PAS. Itu kadir Jasin dia bergelumang dengan UMNO terlalu lama sehingga dia faham Islam sebagaimana UMNO faham Islam.
Kalau Hishamuddin Rais dia kata RUU 355 dan Hudud adalah undang-undang kolot dan ramai bukan Islam bertepuk tangan. Saya tak nak komen apa pentaksiran kita terhadap dia ini. Manakala Zaid Ibrahim ini lagi hebat, dia membuat bantahan terhadap RUU 355. Siti Kassim lagi kehadapan. Ini saya pun tak perlu komen anda pembaca lebih arif daripada saya.
Mujahid Rawa "konar leper" mengatakan kononnya pembersihan golongan progresif dalam PAS (Saya lebih berpendapat golongan liberal) kerana RUU 355. Ini nak menghalalkan mereka tubuh parti baru dan khianat perjuangan PAS.
Katanya “Tetapi oleh kerana motif awal ialah kepentingan politik maka RUU 355 digunakan untuk pecahkan Pakatan Rakyat ketika itu dan melemahkan PAS dengan pembersihan golongan progresif dan pro-Pakatan."
APA ISU SEBENARNYA.
PAS nak bawa RUU 355, Presiden PAS mengambil peluang (opportunities) daripada kelemahan UMNO dan BN, mencadangkan Undang-Undang Persendirian (RUU 355) ini.
Beberapa kali ditanguhkan dengan pelbagai sebab, antaranya memang BN cuba melambatkan, masalah teknikal RUU 355 dengan sedikit pindaan dan masa yang diberikan untuk proses penerangan bagi jelajah negara.
Tiba-tiba BN (UMNO) umum nak bawa atas nama kerajaan. Maybe dia orang nak dapatkan peluang (opportunities) daripada "tsunami Islam" yang kian membangkit dikalangan rakyat beragama Islam di negara ini.
Abdul Hadi Presiden PAS berkata, PAS bersetuju dan boleh menerima BN yang membawa demi untuk kebaikan Islam bersama tapi PAS akan meneliti dahulu persedian BN.
Tiba-tiba UMNO cakap BN tak jadi nak bentang. Abdul Hadi kena bentang semula sebagai
Undang-Undang Persendirian.
APAKAH PAS TERTIPU?
Saya tak faham puak-puak PAKATAN HARAPAN kata PAS tertipu dalam hal ini. Macam mana dia orang berfikir boleh kata PAS tertipu sedangkan salur galurnya menunjukkan UMNO yang tersempit. Kalau lebai kata dia orang bodoh, nanti Azmin marah lebai guna bahasa kasar walaupun dulu dia marahkan Najib dia kata Najib BINATANG TERNAKAN ORANG TUA (Tun Mahathir bapa angkat dia sendiri). PKR tak apa, PAS aje tak boleh.
Itu belum masuk lagi Hanipa Maidin. Mulut hodoh juga. Bukan sekarang semasa Muktamar Pemuda PAS dahulu dia ini bercakap tak ada akhlak dengan perwakilan. Tapi sekarang yang mulut hodoh sudah tidak ada lagi.
Puak-puak PAKATAN HARAPAN ini orang lain semua tak betul dia orang aje betul walaupun dia jilat ludahnya sendiri. Nasib baik puak-puak ini bukan kaki makan BABI (hanya ada sesetengahnya minum ?? aje) kalau tidak dia orang kata babi baik untuk kesihatan, fakta sains pun dia orang boleh auta terutama Rafizi... dia menangis dan sebut kajian itu dan kajian ini semuanya cair... jadi bodoh!
Berapa puluh tahun puak ini serang Tun Mahathir kerana membela Anwar, tapi bila nampak PUTRAJAYA semuanya kabur. Lagi kabur bila Tun Mahathir nak belanja 500 juta bagi persediaan jatuhkan Najib. Tun Mahathir menjadi suci dan mereka melutut kepada Tun Mahathir kononnya untuk membela rakyat nak jatuhkan Najib.
Mereka tolong PENYAMUN untuk jatuhkan PEROMPAK. Bila penyamun berkuasa, mereka ini akan disembelih hidup-hidup. Semasa itu mereka datang merangkap di pentas-pentas PAS dengan koyak rabak luka... dan mereka ambil lebai (kupiah) untuk berpidato maki hamum KETUA PENYAMUM seperti mana semasa Anwar Ibrahim dituduh liwat. Jangan hairan masa itu mereka lebih warak dan Islam daripada lebai-lebai PAS.
Lebai-lebai PAS janganlah buat kerja bodoh lagi beri kerusi, pekerja, wang dan sebagainya kononnya bersahabat TAHALUF.
IKHLAS KEPADA ALLAH
Perjuangan menegakkan agama Allah bukan perjuangan yang mudah, dihampari dengan permaidani merah. Perjuangan penuh dengan onak dan duri.. fitnah dan nista. Kita dihimpit kiri kanan oleh musuh-musuh serta kawan yang munafik.
Jangan kita bersedih, kerana Allah tidak bertanyakan kerjayaan yang kita capai tetapi sejauh mana kita berjuang untuk menegakkan agamanya.
Lihat bagaimana Nabi Nuh a.s. yang ejek-ejek segenap lapisan masyarakat. Malah anak dan isterinya tidak bersama. Semua tindakan Nabi Nuh a.s. dianggap kerja bodoh termasuk membina kapal besar di atas bukit.
Lihat Nabi Allah Zakaria, dibelah kepala dengan gergaji. Dia mati sebelum melihat kerjayaan. Ada Nabi Allah Zakaria a.s. gagal?
Adakah kita akan bersedih hanya kerana RUU 355 BN tak nak bentang? Itu dianggap kena tipu. Kecil sangatlah perjuangan Islam ini.
Mereka yang tidak bersama perjuangan Islam tidak akan merasai KEMANISAN PERJUANGAN ini. Mereka yang memperolok-olok dan mempersendakan perjuangan menegakkan Undang-undang Syariah di Malaysia pasti Allah akan 'balik-balik' hati mereka sehingga mereka 'buta' dengan kebenaran dan sesat sepanjang hayat. Nauzubillah.
AKIDAH PEMIKIRAN
Kita masih ingat bagaimana Suraqah bin Malik yang dijanjikan GELANG KEBESARAN Maharaja Farsi. Dia ditawarkan oleh kaum Musyrikin Mekah dengan 100 ekor unta betina (sangat besar nilainya dibandingkan sekarang) untuk menangkap Rasulullah s.a.w.
10 tahun selepas itu, Suraqah bertemu Rasulullah SAW setelah Madinah di bawah pemerintahan baginda menyatakan keislamannya di hadapan baginda. Semenjak itu, Suraqah menjadi pendukung setia gerakan dakwah walaupun hanya berkesempatan bersama dengan baginda selama 9 bulan sahaja. Kemudian Rasulullah s.a.w. wafat. Kemudian Saidina Abu Bakar mengambil alih. Saidina Abu Bakar pula meninggal dunia. Farsi masih megah dengan kekufuranya.
Kalau puak-puak PAKATAN HARAPAN itu adalah Suraqah bin Malik nescaya Rasulullah s.a.w. dicerca sebagai pembohong. Penuh whatsapp pemuda Qurasy dengan kata nista kepada Rasulullah s.a.w. sebagai LEBAI PENDUSTA.
Farsi jatuh pada zaman Umar bin Khattab. Longgokan harta rampasan perang terlalu banyak melimpah ruah, di saat itu juga khalifah Umar menemui mahkota dan gelang kebesaran Kisra bin Hurmus lalu memanggil Suraqah bin Malik mengenakan pakaian kebesaran Kisra itu di tubuh Suraqah lengkap dengan seluar dan kasut. Kemudian Umar menyisipkan pedang dengan tali pinggang kebesaran Kisra. Mahkota diletakkan di kepala Suraqah dan memakaikannya gelang kebesaran itu ke dua-dua tangan Suraqah dengan diiringi laungan takbir.
Suraqah bin Malik terdiam mematung mengenang kebenaran ucapan Rasulullah SAW belasan tahun yang lalu. Itulah dia AKIDAH PEMIKIRAN disebut oleh Syed Qutb dalam Petunjuk Sepanjang Jalan bab "Laillah haIllallah Manhajul Hayat". Syed Qutb menerangkan bahawa Akidah Islam itu adalah "gambaran pemikiran" bermaksud kepercayaan kita meliputi apa yang kita fikir mampu tidak. yakin kita akan Islam itu berdaulat di negara ini!
NGO ISLAM BERSAMA PAS
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zain, menyifatkan harapan untuk membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen kini umpama senipis kulit bawang putih. Katanya “Tinggal Tuan Guru Haji Hadi dan MP PAS bergelut untuk bangkit. Harapan kita kini senipis kulit bawang putih,”
Memang kita ada perbezaan pandangan dengan Zamihan tetapi kita ada persamaan dalam RUU 355. Ini suatu pertanda kebaikan.
Begitu juga dengan ABIM yang mesra sebelum ini kini lebih mesra kepada PAS dalam usaha menegakkan undang-undang Islam. Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Muhammad Faisal Abdul Aziz pula mendesak supaya kerajaan memberikan penjelasan kerana sebelum ini Najib telah memberi jaminan RUU355 itu akan dibawa ke parlimen.
Masih ingat IRC (dikenali Alami di Mesir) meresapi dalam PAS cuba menguasai Lajnah Tarbiyyah PAS melalui 7 orang anak usrah Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHA). Salah seorangnya Ustaz Alias Osman penterjamah buku "Apa Erti Saya Menganut Islam" projek Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat di bawah TGHA. Komplot mereka terbongkar apabila Meor Saari kini dipercayai menjadi guru di Terengganu mengedar surat 3 muka surat.
Hubungan PAS-IRC menjadi makin rumit sekitar tahun 1980an pusat pengajian tinggi menjadi perbalahan antara puak PAS dan IRC. Abu Urwah (Saari Sungip) akhirnya menubuhkan JIM. Kemudian JIM pecah lagi kepada IKRAM dan ISMA. IKRAM mewarisi IRC cuba menguasa PAS dengan kemasukkan beramai-ramai ahlinya dalam PAS.
Semasa itu wujud Jamaah dalam Jamaah dan keputusan mesyuarat tertinggi PAS sentiasa bocor. IKRAM/IRC hampir menguasai sepenuhnya PAS sehingga lebih daripada 17 anggota mereka menjadi AJK Tertinggi PAS Pusat. Saya tak sambung cerita kerja jahat IRC ini.... Mungkin kalau ada masa saya panjang isu ini.
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam pecahan JIM yang pro kepada UMNO sebelum ini kini lebih pro kepada PAS. Sebahagian daripada mereka kini menguasai parti BERJASA dan menjadi rakan Block ke-3 bersama PAS dan akan bertanding di beberapa kawasan Melayu yang diwakili bukan Islam.Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman, Anggota Majlis Syura ISMA berkata keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 bukan satu perkara yang mengejutkan kerana parti itu sejak merdeka dahulu lagi memang tidak mempunyai aspirasi Islam.
Malah Tabligh yang dulunya dikatakan Jamaah yang tidak menghiraukan politik kini telah di dekati oleh PAS. Tuan Guru Abdul Hadi berjumpa dan berbual dengan barisan Majlis Syura Jemaah Tabligh.
Malah Pemuda PAS juga berbuat demikian.
Kalau saya senarai NGO-NGO lain, sudah parti artikel kali ini akan jadi cerpen.... Apa yang saya nak simpulkan bila PAS memperjuangkan RUU 355 masyarakat Islam bersama PAS.
NGO YANG TAK BERSAMA ISLAM
Kita sudah maklum, Sisters In Islam (SIS) memang menentang RUU 355. Siti Kasim, Zaid Ibrahim dan beberapa blogger yang minuman keras menjadi amalan. Mereka yang tidak mengamalkan Islam.
Seperti yang saya coret di atas, IKRAM kini mengarah ahli-ahlinya untuk menjadi ahli pari PAN. Mereka bersama dengan PAKATAN HARAPAN antara yang menyerang hebat PAS.
Akibat daripada sikap mereka ini, IKRAM kini tidak mendapat sambutan muda mudi. Malah ramai ahlinya yang dulu sokong PAS keluar daripada IKRAM kerana IKRAM telah lari daripada landasan perjuangan Islam sebenar.
IKRAM akan mengalami nasib yang malang, tadikanya merosot, sekolahnya kini menghadapi kekurangan pelajar, walaupun DAP telah memberikan peruntukkan RM15 juta untuk sekolahnya (baca di sini) tetapi perkembangan mutakhir ini menunjukkan agak menurun sangat ketara.
Dr Maszlee Malik perancang utama masa hadapan IKRAM melihat fenomena 'tsunami Islam' sekarang mengacam kedudukan IKRAM yang pada asalnya ingin menguasai parti PAN sebagaimana mereka buat kepada PAS. Tidak hairan kini Maszlee Malik dilihat cuba lunak dengan perjalanan RUU 355. Katanya pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara itu malam tadi tidak boleh dianggap sebagai anti-klimaks.
“Kita tahu ia tak akan berlaku, dan RUU itu akan dikembalikan kepada (Presiden PAS, Abdul) Hadi Awang. Tidak seperti sesetengah orang yang menunggu klimaks, pengumuman berkenaan langsung tidak mengejutkan.
AKHIRNYA
Saya sangat setuju dengan kata-kata Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS "Kepada PAS tidak ada perkara yang rugi. Siapa bawa pun tidak mengapa, asalkan agenda Islam dapat dilaksanakan. Hatta jika DAP hendak bawa pun PAS akan sokong."
+ comments + 12 comments
Admin Jgn jual nama Allah.Allah xsuruh pun kita perbodohkan diri nk laksanakan ruu355.Sendiri.Dah tau BN penyamun masih percaya penyamun nk laksanakan ruu355.Sendiri salah kemudian kata takdir Allah.Buka minda sikit wahai admin.kalau x, xkanlah tgna sendiri menolak ruu355 suatu ketika dulu...dan tgna bpesan jgn masuk lubang 2 kali.tp pas yg mmg suke kena kencing kmdian jual nama Allah.
Anonymous March 31, 2017 at 4:11 PM
Tak ada nama ke?
Malulah sikit. Nak komen nak letak nama tak berani.
Sekadar boleh kutuk tanpa hujah.
Saya nak juga tahu hujah kamu nak banding dengan penulis bukan admin
Assalamualaikum wbt.
Tuan, apa kata kalau saya sarankan PAS terus (istiqamah) mengikut cadangan UMNO dan melihat saranan Datuk Seri Najib sebagai suatu peluang yang masih terbuka luas untuk membentangkan Bil Persendirian dalam konteks RUU355 ini. Ini hanya suatu saranan. Harap maaf dan jangan marah.
Wassalam.
Nama atau x, apa mslhnya?xda nama bermakna takut?kenapa terlalu dangkal otak anisah omar nih?
Pada pendapat ruu355 tidak akan diberikan peluang.hanya mainan tolak sana tolak sini utk tarik perhatian pengundi.Km serawak dan seluruh jentera nya menolak, mca gerakan juga menolak.adakah kjrn berani bentangkan ruu355.Sendiri fikirkanlah
Saya sarankan perkara itu kerana untuk mendapat pahala yang besar, PAS mestilah teruskan usaha membentangkan Bil Persendirian RUU355 itu. Semakin kerap UMNO menipu PAS semakin banyak pahalanya. Jangan cepat mengalah. Teruskan usaha tersebut.
Nampak dari gaya tulisan ni, tuan haji kena sindrom self denial. Tuan haji mi tulis nak sejukkan hati. Ya lah irg semuavoeg tahu kita kena tipu, tapi nak bg tak nampak rasa malu, mcm2 lah alasan keluar sampai isu isu IRC, JIM, ISMA semua keluar. Alahai ....
Di sebalik apa yg berlaku...antara hikmatnya menjelaskan lgi sifat munafik yg sdg merebak di kalangan umat ini.
Kita ketawa di sini bukan sebab kegagalan ruu atau hudud. Kita ketawa kerana ada sekumpulan orang yang konon bijak pandai nak tangani umno mengabai sabda Nabi SAW supaya mukmin jangan terjatuh di lubang yang sama dua kali. Malah nasihat ulama tersohor TGNA supaya jangan percaya dengan umno diabaikan.... sekarang padan muka.
Salam.
Betul, Saudara 11:18 PM. Saya faham maksud saudara. Saya harap rakan-rakan kita dalam PAS memahami perkara ini dan semakin matang dalam menilai kelicikan pihak yang selalu mempermainkan mereka dalam persoalan RUU355. Saya harap rakan-rakan kita dalam PAS hadam betul-betul sabda Rasulullah SAW berkaitan perkara "jatuh dalam lubang yang sama" itu. Semoga rakan-rakan kita dalam PAS tidak mencela nasihat saudara dan sokongan saya kepada saudara berkaitan perkara ini. Semoga Allah SWT membuka pintu hati mereka dan melihat nasihat ini dengan jiwa besar. Amin. Wassalam.
bila sokong kata ug..x sokong kata tipu lak
Buat kerja Islam berterusan. Jgn hirau fitnah dn nista drpd kuffar dn munafik.Allah akan beri kejayaan akhirnya.
Post a Comment