Dulu Ampu Hadi, Kini Kecam Hadi


Ada yang masej, "Lebai tak nak ulas ke pasal Husam minta Hadi letak jawatan". Yang peliknya yang masej ni daripada ahli parti PAN di Kelantan. Tak tahu dia mungkin dah meluat dengan Husam kot!

Asalnya Lebai tak nak ulas kerana sudah pasti ramai orang lain pasti akan ulas. Tapi Lebai rasa macam bersalah kalau tak sentuh mengenai Husam ni.

Kalau sesiapa yang mengenali Husam secara peribadi sudah pasti anda akan tahu 'feal perangai' si Husam ini. Ada sesiapa yang kenal Wan Jo (dulu su parlimen MP PAS dan sebahagian gajinya drp MP PAS), boleh tanya dia. Dia ni memang baik dengan Husam tetapi belakang Husam macam-macam dia cerita perangai Husam. Kalau dia call mesti Husam datanglah kalau Husam free...



Dulu semasa menjadi Naib Presiden PAS, Husam Musa kalau berucap mesti bergegar punya. Puji Tuan Guru Haji Abdul Hadi melangit. Dia bukan setakat puji dia juga mengatakan azamnya sebelum Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghembuskan nafas dia nak tengok Abdul Hadi menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Husam tanya hadiri, tak layak ke Presiden PAS menjadi Perdana Menteri?
Berkobar-kobar semangatnya sehingga bergegar dewan muktamar PAS!

Kebetulan sebelum itu Tun Mahathir ada membuat kenyataan bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi PM berbanding Anwar Ibrahim. (anda boleh baca di sini)


Apa lagi makin men'cancang'lah Husam menjaja dalam ceramah-ceramahnya bahawa Presiden kita bakal menjadi PM jika Pakatan Rakyat memang!



ITU SEMASA ADA CITA-CITA dan HARAPAN menjadi MENTERI BESAR KELANTAN ganti Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sangat uzur ketika itu. Dipanggil gaya 'mengampu' secara halus tanpa diketahui akan niatnya....

Ya memang kita tak tahu niat manusia, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi biasanya orang yang tak IKHLAS akan didedahkan secara tidak langsung kemudiannya apabila cita-cita itu tidak tercapai.

Kita ambil contoh Tun Mahathir, ketua penyamum 22 tahun semasa dia memerintah. Dulu dia kata Hadi lebih layak daripada Anwar, tapi sekarang dia kata Hadi kurang mempunyai karisma.

Mahathir semua orang tahu cakap dia ada banyak yang tak boleh pakai. Masa dia nak Najib dia pencen pun sanggup keluar UMNO nak jatuhkan Pak Lah. Dia nak Najib ambil jawatan daripada Pak Lah. Apa Paklah buat semuanya tak betul.

Bila Najib tak ikut NAFSUnya dia serang Najib giler-giler. Apa dia tak kata kepada Najib yang dia sanjung dan ampu sebelum ini. Orang kata orang macam ini sudah nyanyuk. Tapi Lebai tak setuju.

Nampak Husam pun macam Mahathir. Sebelum dia dapat sesuatu dia sanjung dan ampu Presiden PAS tidak seperti orang lain. Takkan Husam pun nyanyuk juga! Dia masih muda dan mampu kahwin 3 (bukan dua). Lebai mungkin boleh setuju kalau ada yang kata "Huse meroyan akibat bai'ah".


Sebab itu banyak ulama mengajar kita kalau kita nak ambil contoh, ambillah orang yang dah mati kerana orang hidup belum tentu lagi dia ISTIQAMAH dengan amalan dan perbuatannya. 


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

April 1, 2017 at 9:00 PM

aik...org lain nmpk. yg dulu kata mcm2 pd amngok, skrg peluk dakap tu x nmpk pulak. nyanyuk lah tuh. atau meroyan nk jd pm?

Anonymous
April 1, 2017 at 11:03 PM

sama la tu dulu kutuk mahathir skrg ciom molot

Anonymous
April 3, 2017 at 3:58 PM

Kesian Husam...meroyan...perasan pan kuat padahal segelintir penyokong pas yg trpedaya dgn fitnah je yg sokong pan. Ahli umno jauh sekali utk sokong pan. Pan hanya kuat sembang tpi ahlinya masih delima utk sokong sepenuhnya.

Anonymous
April 7, 2017 at 10:59 AM

amboi..dulu tak sah solat berimamkan org umno,sembelihan,munafik..lani kekasih awal dan akhir..walaun betui la..

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger