Pengerusi parti PAN Selangor, Ir Izham Hashim berkata, PAS Selangor berbalah sama sendiri (tembak sama sendiri) dan sekaligus bukti Pas sudah hilang tumpuan dalam menyerang Umno-BN.
Katanya lagi, Pas ini rosak pemikiran bukan kerana Ustaz Hadi seorang sahaja tetapi pemikiran ini sudah meresap sampai ke cawangan.
Bila timbul satu-satu isu, yang ini tembak, yang itu tembak. Bukan tembak Umno tapi tembak rakan sendiri. PKR, DAP, PAN dan Bersatu.
Katanya Pas tidak akan kembali kepada prinsip perjuangannya yang rasional dan berhemah walaupun Abdul Hadi tidak lagi menjadi Presiden parti sekaligus menyaksikan pentingnya penubuhan parti baharu seperti PAN.
Lebai tak nak komen banyak.
Hanya nak pembaca memahami situasi.
Beza pandangan normal, apatah lagi pendekatan politik. Dalam membuat keputusan mesti ada beberapa pendapat dan logiknya tak akan ada hanya satu pendapat sahaja. Malah dalam menentukan siapa pimimpin sudah tentu ada beberapa pendapat, sebab itu ada pertandingan. PAN dia tak payah bertanding dia orang lantik siapa dia nak macam lantik Husam Musa. Perlembagaan pun masih belum ada (lengkap) kerana PAN tak ada keputusan nak letak "ISLAM" dalam perlembangaannya. Lebai cabar Ustaz Ahamad Awang menafikannya, atau sesiapa pimpinan PAN untuk menafikannya.
Yang dijaja itu draf aje.Kononnya itu petikan perlembagaan... semua nak kabur orang ramai (baca di sini)
Bagi PAN kalau PAS ada berbeza pandangan, itu yang akan dibesarkan. Zaman nabi misal nak berperang diluar Madinah atau bertahan di Madinah pun ada yang canggah Nabi. Itu Nabi. Jadi apa yang hairannya kalau ada yang canggah Ir. Iskandar Samad?? Lebai percaya Ir. Iskandar akan kekal sebagai Naib Presiden.
Akhbar parti PAN, AMANAH dan MalaysiaDateline adalah akhbar yang kini mencipta persepsi buruk kepada PAS secara halus. Mereka membina tanggapan negetif kepada PAS dengan membesar isu kecil, memutar belitkan tajuk berita.
Mereka didalangi oleh bekas-bekas orang besar akhbar Harakah, seperti Zul Sulong, Taufik dan Ahmad Lutfi. Hanya Ahmad Lutfi sahaja menggunakan nama sebenar yang lain bersembunyi disebalik nama samaran, pengecut, bacul. Mereka mengguna nama samaran supaya mudah menipu, memutar belit dalam tulisan-mereka mereka.
Kalau parti PAN tertubuh kerana ada pimpinan PAS yang kalah pemilihan dan ahli-ahli akar umbi menolak mereka. Manakala Malaysiadateline tertubuh kerana mereka yang tidak boleh bekerja secara fikrah Islam dan menghayati perjuangan PAS.
Akhirnya mereka meninggalkan Harakah dan berkumpul dalam akhbar talian parti PAN Malaysiadateline.
Lebai memberikan peringatan kepada PAS, apabila mereka yang asalnya bersama kita tetapi berkumpul dengan dendam membara, mereka boleh membuat sesuatu yang sukar kita ramaikan kerana dendam boleh membuatkan orang menjadi jahat.
Jahat-jahat UMNO kita dah tahu jahatnya... tapi jahat mereka ini kita tak tahu sejauh mana. Oleh itu lebai harap ada yang ambil cakna!
+ comments + 2 comments
Assalamualaikum.
Saya membaca Harakahdaily, Dialog rakyat, aidcnews, Malaysia dateline secara tetap. Dan saya baca posting 2 arkib semua yg mana ada dari tahun 2015 lagi.
Hari ini, pagi ini terlintas difikiran dengan 1 soalan. "Adakah SEMUA rakyat dapat BERITA PAS yang BENAR dan TERKINI?"
Pas sangat perlu sebarkan berita sbenar dalam apa jua wadah yg mampu utk lawan fitnah drpd umno mahupun pan dap dan lain2 parti yg sengaja memburukkan pas.
Post a Comment