Seperti lebai menulis sebelum ini, parti PAN melalui lidah rasminya akhbar AMANAH dan portal MalaysiaDateline menyedapkan hati para pembacanya dengan pelbagai andaian-andaian yang semuanya seronok dibaca dan sedap didengari seolah-olah esoknya PAKATAN HARAPAN akan memerintah Malaysia dan Najib Razak serta UMNO akan bungkus serta gulung tikar.
Lebai setuju dengan komen seorang pembaca kalau UMNO BN mengumpan dengan duit dan kebendaan PAN melalui akhbar AMANAH dan MalaysiaDateline mengumpan andaian-andaian dan membina persepsi buruk kepada PAS. Memang ada penulis yang 'berhimah' seperti Ahmad Lutfi tidak memburukkan PAS tapi mereka mencipta persepsi yang negetif kepada PAS dengan maklumat yang sangat diragui kebenaran sekadar cakap-cakap pimpinan yang terpinggir. Orang seperti Mahfuz menjadi rujukan dengan angka keahlian Bersatu 10,000 setiap Parlimen. Apakah orang yang kredibitinya sudah tiada ini menjadi rujukan perbandingan dalam artikel?
Sekali lagi akhbar parti PAN membuat berita bohong dan fitnah dengan memutar belitkan maklumat, kononnya seorang yang terlibat sebagai pengarah kempen untuk calon PKR bagi kawasan parlimen Machang mendedahkah muslihat sulit Pas memenangkan calon Umno dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
Daripada tahun 2008 mereka mengulangi, mereka menghubungkait berita dengan kejadian untuk menjadi UG BENAR-BENAR WUJUD. Tapi kini 2017 hampir 10 tahun UG tak juga wujud. Malah sepatutnya PAS lebih mudah berUG kerana semua yang menentang PAS dan tak ada dalam PAS.
Itu fitnah. Fitnah itu ibrarat api yang akan membakar sesiapa yang menyalakannya.
Tak hairan apa terjadi kepada penulis Penarik Beca yang pernah menulis kononnya Ustaz Nasharuddin Mat Isa pergi ke London untuk mendapatkan kebenaran Dr Yusof Qardawi dengan istilah Penarik Beca "nak mendapat izin Berpeluk Cium UMNO". Sedangkan fakta sebenarnya Dr Yusuf Qardawi tidak pergi ke Londoan kerana tak dapat visa. Pertemuan Dr Yusof Qardawi hanya berlaku dengan Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Harun Taib di Paris pada masa itu. Sikap Presiden PAS berubah dengan PKR selepas pertemuan ini, sehingga timbul isu 16 Sepetember Cikgu Pa. Setakat ini lebai menyiasat tiada sesiapa memberikan maklumat tepat apa yang disampaiakan Dr Yusof Qardawi kepada Ustaz Hadi berkenaan Anwar Ibrahim.
Yang menyala, fitnah tidak meminta maaf walaupun lebai pernah menghantar emel kepadanya. Dia mengakui itu tak benar. Tapi dia tidak meminta maaf. Lebai tak tahu apa terjadi kepadanya, semoga Allah memaafkan orang yang membuat fitnah.
Berbalik kepada akhbar PAN.
18/1/2008, Tok Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) mengatakan PKR parti celaru. Berita ini keluar dalam akhbar. Arkib Harakah ada menyimpan berita mengenai masalah kerusi PAS dan PKR di Kelantan. Anda boleh baca di sini.
TGNA mengatakan PAS lebih rela menghadapi Barisan Nasional (BN) secara bersendirian tanpa mengharapkan kerjasama PKR. Menurut sumber, rasa tidak puas hati ini berpunca daripada keputusan Nik Aziz selaku Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS yang mahukan speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Haji Wan Ab. Rahim Wan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Rahim (gambar di atas, sekarang dia dah jadi orang kuat PAN, dia pun nak ikut macam Mat Sabu juga. Semasa dengan TGNA mana boleh buat macam ni...) menjadi calon bagi kawasan parlimen Kota Bharu. Sedangkan sejak tahun 1999, PKR atau sebelum ini dikenali dengan singkatan keADILan diperuntukkan kerusi tersebut.
Menurut sumber dalaman PAS, keputusan Nik Aziz hendak meletakaan Cikgu Rahim kerana faktor kemenangan yang tidak mampu dijana oleh PKR di Kota Bharu. Berdasarkan rekod pilihan raya tahun 2004, ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Kota Bharu dimenangai oleh PAS tetapi calon PKR di peringkat parlimen kalah di tangan BN. Dengan rekod berkenaan, PKR bukan merupakan parti yagn menjadi pilihan pengundi di Kota Bharu dan dengan sebab itu, PAS ingin bertanding di kawasan berkenaan bagi memastikan kemenangan.
Semenjak 2004 lagi rakyat tak percayai PKR. Jika PKR bertanding di Parlimen, mereka yang berikan undi kepada PAS DUN dan tidak kepada PKR.
Ini bukan isu PRU 2013.
Ini Bukan Isu UG dengan UMNO
Kenapa bodoh sangat nak faham?
Kesian kepada cybertropper PAN, PAKATAN HARAPAN yang membesarkan perkara yang tak sepetutnya. Mereka seperti
Othman Don
Awang
Ustaz Sepatu Al Gombaki
Amin Cilik
Hadi Anakwang
Roslan Bin Ahmad
Hussin
Mukhlis Eddie
dan ramai lagi BUTA MAKLUMAT atau memang JAHAT.
Apa yang berlaku di Parlimen Machang sebenarnya berlaku di hampir semua parlimen PKR bertanding di kawasan majoriti Melayu. Begitu di Terengganu bagaimana Shamasul Iskandar kalah bertanding di parlimen sedangkan PAS menang untuk DUN.
Sedarlah orang melihat PKR dan BERSATU sama seperti UMNO. Mereka keluar UMNO pun kerana kalah dalam perebutan "harta rampasan samun wang rakyat".
+ comments + 1 comments
Banyak fakta dicelarukan demi menjatuhkan Pas. Tpi rakyat skrg tidaklah bodoh sangat dlm menilai permainan politik persepsi dan fitnah.
Post a Comment