Kalau SD Rafizi sebagai Hujah benarnya Tuduhan, Maka Benarlah SD Azizan, Saiful, Dato' Eskay dll


Rafizi Ramli membuat SD mendakwa bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menerima dana daripada SRC International, yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB. Dia juga mendakwa dana itu datang dari akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan telah dipindahkan kepada Nasharudin melalui seorang peguam.

Rafizi juga membuat SD menafikan penerimaan seperti yang diperkatakan oleh Raja Petra. Maka riuh rendah cybertropper, macai PAKATAN HARAPAN menyerang PAS (yang kini UMNO bukan lagi sasaran utama mereka) yang mengatakan kumpulan lebai makan duit dedak.

Lebai dah boring nak berhujah dengan puak-puak macai ini. Bukan apa mereka ini kalau kena batang hidung orang lain, bukan main naik tocang tapi kalau kena batang hidung sendiri mereka mula tersengeh macam kerang busuk.

Untuk tulisan kali ini, lebai suka mengulas hujah Fais Al-Hajari. Sangat baik untuk 'sekolah'kan macai PAKATAN HARAPAN yang kurang daya berfikir.

Rafizi menggunakan SD sebagai senjata untuk "membenarkan" tuduhannya keatas Dr Nasruddin Mat Isa dan juga hujah menafikan tuduhan Raja Petra serta Chegubard keatas dirinya.

Macai PAKATAN HARAPAN pun hebohlah dalam media massa kononnya lihat bertapa HEBAT si RAFIZI kerana berani buat SD. Kalau Rafizi tak benar, maka mana berani si Rafizi buat SD?? Tanya macai dalam fecebook dan whatsapp.

Memang SD ada "precedence" dalam penghakiman di mahkamah tetapi SD bukannya satu-satu perkara yang menjadi keyakinan mutlak inilah bukti yang sah.


Kalau SD itu satu-satu bukti mutlak, sudah tentu kita boleh yakin bahawa Anwar Ibrahim liwat dan songlap wang  RM3 billion dengan SD daripada Azizan, Dato' Majid atau Ummi Hafida yang mengandungi 38 muka surat yang 3 muka surat utama melibatkan saksi 5 orang yang dikenali. Itu baru 3 SD. Lebai rasa semua orang tahu ada banyak lagi SD.

Kenapa semasa mereka ini buat SD kita menolakknya tetapi apabila Rafizi yang sekadar "hearsay" tanpa saksi yang jelas kita boleh kata ini benar? Sifat kluk klup (hipokrit) ini membuatkan orang mula SANGSI, dan boring dengan PAKATAN HARAPAN.




Dalam sistem mahkamah "seseorang itu tidak bersalah selagi dia tidak dibuktikan bersalah" (one is innocent until proven guilty). Misalnya dalam kes tuduhan kepada Lim Guan Eng. PAS mengambil sikap tidak menyerang dan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan samada Lim Guan ENG bersalah atau tidak. Presiden PAS sangat jelas dalam perkara ini sepatutnya menjadi tauladan kepada Rafizi.

Ada juga dalam mahkamah kes "seseorang itu dianggap bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah" (one is guilty until proven innocent). Biasanya kes begini melbatkan pembunuhan. Lebai bagi satu contoh di China, sila baca di sini "China suspects presumed guilty until proven innocent "


Satu perkara yang pelik, puak-puak macai PH ini menyerang dengan alasan kalau betul kenapa tak saman? Ini satu lagi hujah dangkal. Baik kita beberapa kes misalnya bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali penyelewengan duit dll (sila baca di sini). Kenapa DAP tak saman Razali??

Begitu dengan Dr Zuhdi membuat pendedahan wang yang diperolehi DAP? Kenapa DAP tak saman?
 



Bagaimana pula dengan Nurul Izzah, Rafizi sendiri, Husam Musa, Saifuddin Nasution, Zaid Ibrahimn (peguam pulak tu!) yang dituduh oleh Raja Petra mendapat duit daripada Genting sehingga hari ini hanya Rafizi jawab melalui SD tetapi tidak saman?? Malah Husam yang suka menjawab pun tidak mengulas... menikus!

Islam telah mengajar kita bagaimana untuk penyelesaian isu tuduh menuduh. Setiap tuduhan mesti dibuktikan bermaksud orang orang menuduh mesti membawa bukti.

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

لو يُعْطَى الناسُ بدعواهُم لادّعَى قومٌ دماءَ قومٍ وأموالهُم ، ولكنّ البيّنَة على المُدّعِي ، واليمينُ على من أنكرَ حديث
حسن رواه البيهقي وغيره هكذا وبعضه في الصحيحين
“Jika semua orang diberi hak (hanya) dengan dakwaan (klaim) mereka (semata), niscaya (akan) banyak orang yang mendakwakan (mengklaim) harta orang lain dan darah-darah mereka. Namun, bukti wajib didatangkan oleh pendakwa (pengklaim), dan sumpah harus diucapkan oleh orang yang mengingkari (tidak mengaku)”.

Hadits hasan, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan yang lainnya. Sebagian kandungan teks semisal tercantum dalam kitab Ash-Shahihain.

Kalau kita ikut cara jahiliyyah sangat mudah kita tuduh orang itu. Sudah kena tuduh orang itu terpaksa mencari duit dimahkamah kononnya nak bukti tidak bersalah untuk menyaman. Saman bukan guna "air liur", kena guna duit. Buka fail pun guna duit.

TAPI itulah macai-macai PAKATAN HARAPAN nak agungkan. CARA JAHILIYYAH. Solat, zakat, puasa tetapi Cara Hidup Islam tak mahu diikuti!


Share this article :
 

+ comments + 10 comments

Anonymous
April 16, 2017 at 6:26 PM

PAS adalah anak butir taik UMNO, itu adalah hakikat.

Anonymous
April 16, 2017 at 6:48 PM

Saya lebih percaya " sumpah laknat" kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Menghakimi.

Anonymous
April 16, 2017 at 8:15 PM

maaf lebai,berilah berapa hujah sekalipun..puak2 ph ni mmg dh busuk dari usus higga ke luar,akibat trlalu mgagugkn pemimpin yg munafik n kafir..fitnah menjadi mainan mereka..sy brharap agar ahli prti islam semalaysia trus istiqamah..semoga puak2 ph ni smpat brraubat sblm Allah trunkn bala kerna meghina para Alim Ulamak..

Anonymous
April 16, 2017 at 10:32 PM

PAN tu anak taik sapo...DAP ko...atau anak haram

Anonymous
April 16, 2017 at 11:48 PM

Macam mane rafizi nak bagi bukti kalau bagi nanti menyalahi akta rahsia rasmi dan BAFTA. Kalau nak sangat bukti, saman lah dia. Hika dah jadi kes dlm mahkamah barulah dia boleh subpoena akaun Nasharuddin, Najib dan report on 1MDB. saman je lah. Kat Msia je pun. Murah. Tak payah nak hire lord lord ape ntah. Pemimpin PAS kn dah kata PAS kaya. Ahli2nya akan keluar duit diaorg.

April 17, 2017 at 1:23 PM

Bila kata bodoh, dia tersengih.
Bila kata "kau ni bodoh!", baru dia terasa.
Manusia zaman terkini.

April 18, 2017 at 12:28 AM

Kenapa rafizi tak saman chegu bard kalau dah RPK jauh kat england.. Dah baca article kat atas pon tapi masih bodoh bangang lagi...

Anonymous
April 18, 2017 at 1:18 PM

Yg tuduh RPK, akan disaman,vdah dilantik peguam. Chegu bard hanya mengiakan saja dan kata PKR yg dpt duit. So....

Anonymous
April 18, 2017 at 9:37 PM

Zaman fitnah sana sini. Yang selamat hanya yg berpegang kpd ajaran Allah dan RasulNya sahaja.

Anonymous
April 22, 2017 at 9:35 PM

Ala haji hadi fitnah pil kuda elok aje....

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger