Lelong... Ada 4 lagi kosong. Cepat Siapa Nak?


Lebai malas nak layan kawan-kawan daripada IKRAM yang asyik nak minta lebai ulas berkenaan perlantikkan Husam Musa sebagai Naib Presiden parti PAN. Nanti kalau lebai kutuk dimarahnya pula.


Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata adalah mengikut usul dipersetujui dalam Konvensyen Nasional PAN pada Disember tahun lalu bagi melengkapkan lima jawatan naib presiden parti berkenaan. Tiga daripada jawatan itu dipilih perwakilan manakala selebihnya adalah melalui lantikan.

Perlembaagaan PAN hanya memperuntukkan hanya 3 sahaja. Oleh kerana parti PAN ini adalah berasal daripada PARTI PEKERJA-PEKERJA MALAYSIA maka sebenarnya PAN masih belum ada perlembagaan Muktamad.



Lebai gelak bila Ahmad Lutfi Othman menulis berkenaan parti PAN ini adalah parti Islam berdasarkan perlembagaannya. Ahmad Lutfi semacam ragu-ragu dalam penulisannya untuk menegaskan bahawa PAN ada perlembagaan. Ahmad Lutfi merujuk kepada Aris Awang yang membawa kononnya perlembagaan parti PAN.


Sama ada Ahmad Lutfi dikelentong oleh Aris Awang atau tidak lebai tak pasti, tetapi apa yang dibawa oleh Aris Awang itu adalah draf perlembagaan parti PAN yang di'print' dengan printer warna untuk beberapa salinan bukan untuk edaran umum kerana perlembagaan ini masih dalam pemerhatian ROS. Yang ada untuk parti PAN adalah perlembagaan asal Parti Pekerja-pekerja Malaysia dalam Bahasa Inggeris. ROS menerima pindaan beberapa perkara secara umum iaitu nama parti, logo, lencana, simbol, bendera, JK Kuasa dll.

Jadi kesimpulan PAN tak ada perlembaagaan Muktamad lagi. Jadi PAN bukan PARTI ISLAM diwar-warkan. PAN masih lagi parti Pekerja-Pekerja Malaysia.

Ini sebenarnya di sukai oleh Mat Sabu kerana jawatan masih selamat!

Jika perlembagaan itu diluluskan oleh ROS barulah PAN boleh edar perlembaaannya.

Sebelum ada pemilihan sebenar, maka PAN boleh buat apa-apa usul untuk jawatankuasanya. Tak hairan nanti Presiden pun ada 2 jawatan.


Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger