Nik Omar antara spesis terakhir parasit IKRAM dalam PAS



Kebimbangan lebai mengenai kedudukan IKRAM dalam PAS bermula apabila Datuk Ustaz Yahya Othman meninggal dunia pada 14 Jun 2012. Semasa itu tokoh-tokoh ulama dalam PAS sebahagian besar uzur dan sakit. [Sebelum baca atikel ini ada baiknya baca artikel sebelum ini "IKRAM Perancang Utama Penubuhan Parti AMANAH (PAN) bagi menjatuhkan PAS" kerana artikel ini sambungan artikel tersebut yang anda akan faham kenapa ada pergolakan dalam PAS, siapa sebenarnya parasitnya?]

Tokoh-tokoh pelapis pula terdiri daripada mereka yang berfikrah IKRAM yang menyusut masuk dengan begitu ketara. Malah "post-post" penting dalam PAS telah diambil alih oleh mereka ini. Kesedaran bahaya IKRAM adalah ancaman kepada PAS sebagaimana pengalaman dengan IRC dahulu macam tak diendahkan.

Pernah seorang sahabat membangkit perkara ini semasa kami berjumpa untuk muktamar PAS. Di warung kopi sebelah Taman Melewar kami membuat beberapa rumusan dan menjangkakan beberapa pimpinan akan menyusul meninggalkan (mati) dan kami rasa nasib perjuangan PAS bertukar haluan.

26 September 2013 Dato' Seri Azizan Razak Meninggal dunia. Kemudian diikuti dengan Datuk Harun Taib 25 Januari 2014. Kehilangan Ustaz Harun Taib ini adalah pukulan hebat kepada Presiden PAS kerana dialah rakan seusrah dengan Said Hawa menantu Imam Hassan Al-Banna.

Dia juga antara orang yang boleh berhujah dengan IRC-IKRAM dan amat ditakuti oleh puak-puak IKRAM.

Lebai masih ingat lagi apabila Saari Sungip masuk PAS setelah keluar daripada PKR, Ustaz Harun Taib bertanya sinis kepada Saari "enta nak buat rosak apa lagi dalam PAS?" Rupanya memang terjadi Saari Sungip antara "2 barua" dalam krisis MB di Selangor mengkhianati PAS.

Ada cerita menarik ialah apabila di bertanding melawan Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk jawatan Timbalan Presiden. Dia meletak jawatan Ketua Dewan Ulama dan bertanding untuk jawatan itu. Para wartawan lebih suka Ustaz Harun kerana dia ada 'karisma' berbanding dengan Ustaz Nasha. Tapi mereka bimbang Ustaz Harun tak ikut protokol jika menjadi pemimpin.


Tidak ada yang tahu kenapa dia bertanding. Kenapa lebai kata begitu...
Sebab..

Ada seorang anak buah Ustaz Harun Taib membawa 'handphone' (hp zaman dulu) meminta lebai convert kepada video yang boleh dilihat  melalui CD. Jadi lebai lihat video itu, rupanya sesi penerangan tertutup oleh Ustaz Harun Taib di rumahnya kepada pengikutnya kenapa dia bertanding. Sesi penerangan ini dibuat selepas Muktamar. Sebab itu lebai kata Dato' Harun Taib bertanding hanya diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja dan semasa itu perwakilan Terengganu sendiri mengundi Ustaz Nasha. Dia kalah.

Antara sebab dia bertanding ialah cuba menghalang penguasaaan IKRAM dalam PAS melalui penggunaan & manipulasi Ustaz Nasha.

Pada masa dulu Majlis Syura Ulama menentukan bahawa 2 jawatan penting tidak dipertandingkan di syurakan walaupun dalam perlembangaan memang boleh bertanding.

Tradisi ini dipecahkan apabila Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar membuat unsur mewujudkan pertandingan. Mereka berdua bukan IKRAM tapi dipergunakan oleh IKRAM sebagaimana mereka menggunakan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.



Dulu wujud pertandingan antara Ustaz Nasha melawan Ustaz Hassan Shukri, sedangkan Syura lebih memberikan ruang kepada Ustaz Hassan Shukri kerana beliau antara tokoh lama, tetapi ditentang oleh golongan IKRAM dalam AJK PAS Pusat. Ustaz Nasha mangsa permainan politik IKRAM dalam PAS. Kumpulan yang menaja Ustaz Nasha melawan Ustaz Hassan Shukri tidak lain tidak bukan 10 budak hitam.

Tapi apabila Ustaz Nasha telah menyedari, Ustaz Nasha menjadi mangsa permainan politik ini sehingga dia tercicir daripada PAS atas tuduhan nak UG dengan UMNO. Sama juga Dr Hassan Ali pernah juga dipergunakan tetapi apabila Dr Hassan Ali mula menyedari mereka menyerang Dr Hassan Ali dengan isu UG juga. 


Pada 23 Jun 2014 Datuk Abu Bakar Chik pula meninggal dunia. Lebai lihat Presiden PAS masa itu sangat hiba. ABC adalah orang yang paling lantang dalam mana-mana perjumpaan pertahan Presiden. Jangan main-main kutuk... Dia pernah serang Dr Aziz Bari dalam majlis sedangkan pada awalnya PAS Pusat membuat arahan jangan tegur apa-apa komen.

Serangan kepada Presiden makin lantang dalam AJK PAS Pusat kerana tak ramai nak pertahan. Bayangkan 17 daripada 27 AJK adalah kumpulan serasi fikrah IKRAM.

Sebelum Muktamar ke-61 iaitu muktamar pemilihan kepimpinan, lebai ada berjumpa dengan kepimpinan PAS Terengganu. Lebai luah perkara ini dan mereka berkata kalau boleh kalahkan 4 daripada 17 sudah cukup baik. Lebai tanya kenapa 4 orang ini sahaja (buat masa ini lebai hanya dedahkan satu iatu Hanipa Maidin). Mereka kata yang ini mulut sangat celupar dalam menyuarat AJK PAS Pusat. Semasa arwah Ustaz Abu Bakar Chik ada dia orang tak berani bercakap kurang ajar, tapi bila ABC tak ada menjadi-jadi malah menyanggah hujah ayat Al-Quran yang diberikan oleh tok Guru.



Selepas Muktamar, hubungan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz makin baik. Banyak pencerahan dibuat. Apatah lagi setiausaha politiknya Anual Bakri dipecat antara yang menulis kenyataan TGNA melebihi daripada yang benar.

Sebelum ini sangat malang bagi TGNA ada 2 orang ini Husam dan Anual. Nik Abdul ada menulis didalam blognya dalam sindiran sebagai "pembantu-pembantu yang sesat".

Jika berlaku krisis pendapat antara ayahnya dengan Presiden PAS, bila solat subuh orang melihat kereta Nik Abdul sudah ada di Masjid Rusila. Dia menjadi tali penyambung silaturrahim antara 2 tokoh ulama ini. Dia cuba menjernihkannya. Dia mencari punca kenapa ayahnya mendapat maklumat tidak benar.

Dimana abangnya Nik Omar??
Dia pemberi berita daripada Husam Musa & Annual Bakri
Dia bukan menjalin tetapi merenggangkan lagi pendapat kedua-dua tokoh ini.
Itu lah dia sifat sebenar IKRAM

Kuasa ALLAH siapa tahu?


Muktamar PAS ke-61, lebai sendiri tak jangka tiba-tiba ulama mendapat sokongan sapu bersih hanya tinggal Mazlan Aliman sahaja. PAS tawar jawatan kepada Salahuddin dan Mahfuz mereka tolak.

Krisis makin membuak. Tapi masih ada Tok Guru Nik Abdul Aziz. Mereka tak berani sehingga Allah tarik Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 11 Feb 2015.

19 September 2015 mereka menubuh parti baru AMANAH (PAN), 7 bulan selepas TGNA meninggal.

Mereka sangka mereka boleh dapat sekitar 25-30% ahli PAS seluruh Malaysia hampir 1 juta itu berdasarkan populariti sokongan mereka di muktamar sekitar 300-500 undi. Tapi sangat menakjubkan mereka hanya dapat 17,000 orang sahaja. iaitu tak sampai 0.02% Fakta ini sangat mengejutkan lebai. Macam tak percaya tapi sebab lebai ada orang sangat rapat dengan kepimpinan utama AMANAH (PAN). Jangan main-main dengan lebai... Kalau tak tak kan lebai tahu keahlian Dr Mazlan Ali penganalisis yang selalu nak kutuk PAS.

Daripada 17,000 orang ahli hanya 6,000 ++ orang lebih sahaja ahli PAS (yang mendaftar sebagai ahli yang boleh dikesan melalui kp) bertukar menjadi ahli AMANAH. Selebihnya dijangkan adalah ahli IKRAM, orang luar atau ahli PAS yang tak pernah mendaftar sebagai ahli PAS (kerana tak ada maklumat kp dia).

Tiba-tiba PAS dibersihkan oleh IKRAM dalam sekelip mata sahaja. Siapa sangka?? Untuk nak bersih PAS daripada IKRAM jika dilakukan melalui muktamar, nak 4 atau 5 kali Muktamar pun tak boleh...

Teringat doa Ustaz Harun Taib pada Muktamar ke-60 di Johor supaya Allah membinasakan musuh-musuh di luar dan di dalam PAS. Orang tertanya-tanya siapa musuh dalam PAS?? Kecoh juga masa itu...

Jawapannya IKRAMlah.

Nik Omar adalah antara spesis penyamaran IKRAM dalam PAS


Bila dia tidak sefikrah dengan PAS, Ayahnya tak libatkan dia dengan politik sekadar mengurus sekolah tidak lebih daripada itu. Dulu ada yang nak mencadangkan dia terlibat dengan politik, TGNA tak bagi melainkan benarkan Nik Abdul  sahaja kerana TGNA tahu siapa anaknya Nik Omar yang orang sanjung hebat!!.

Mari kita berhujah secara rasional. Lebai tak berhujah secara emosi, komen-komen melambung kononnya Nik Omar mewaris bapanya itu semua permainan politik semata-mata... lihat nanti selepas PRU-14 tahulah anda dimana tempat duduk Nik Omar. Lebai tak 'bodoh' itu untuk POLITIK PERSPSI YANG DIMAINAKAN OLEH GENG PAKATAN HARAPAN.

Tolong berikan gambar atau apa-apa aktiviti PAS yang Nik Omar datang memberikan ucapan, membantang kertas kerja atau apa-apa sahaja yang boleh membuktikan Nik Omar ini "hebat' membawa legasi ayahnya?? Atau dia ganti ayahnya kerana ayahnya ada musyakah.

Tak ada.
Kalau ada pun Nik Abdul adik memang ada.

Bagaimana orang berhujah Nik Omar kononnya mewaris perjuangan ayahnya??
Yang lebai nampak hanya mengkhianati perjuangan ayah dan ibunya... nanti lebai akan huraikan.

Kenyataan Nik Omar disiarkan di Malaysiakini antaranya; Nik Omar berkata beliau mengambil keputusan itu selepas ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak melarangnya menyertai politik.

“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan. Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,” katanya.



Nik Abdul Nik Abdul Aziz mendapat izin bondanya untuk bertanding. Nik Omar kata "Apa jua kita lakukan hendaklah dapat izin ibu". Tapi dia tinggalkan rumah sehingga isterinya sendiri tak tahu terpaksa tanya mak mertua mana pergi suaminya?

Mak dia hantar masej dia tak jawab. Mak dia kata kalau tak tarik percalon anak derhaka?? Apa maknanya ini semua. Mamang kita tak nak hirau rumah tangga mereka tapi itu yang terjadi yang menjadi isu kena kita bahas juga.

Ramai calon dalam PRU-14 ini bertembung keluarga misalnya Shahrir dan Khalid (Geng Amanah juga) dah lama pun tak jadi isu. Bergitu juga Azmin dengan Azwan.. Calon Sabah pun ada. Tak jadi isu kerana tak ada pengkhinatan. Tak ada menyalahkan parti Ayahnya. Ada dengar Khalid Samad sebut dia bawa legasi ayahnya??

Lebai nak tekankan bahawa sikap IKRAM dalam PAS ialah suka berbohong yang diistilahkan 'taqqiyyah' macam Syiah. Lebai tak kata IKRAM ni SYIAH tapi cara mereka bergerak sama dengan Syiah apabila berjumpa Sunni.

Sebelum Ini Nik Omar Kata PAS dah Bawa Lagesi Ayahnya

Mari kita lihat apa kata Nik Omar. "Tidak dinafikan dari segi dasar, kepemimpinan sekarang ini sudah meneruskan legasi `Tok Guru', tetapi ada beberapa kelemahan yang hendak diperbetulkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) dan rakan sekutunya," katanya.

Dia sendiri kata PAS dah bawa legasi ayahnya. Nak betul apa lagi? Kenapa perlu parti AMANAH kena betul? Kalau ada kelemahan kenapa PAS tak boleh betul? Kenapa dia tak bantu PAS betulkan jika dia rasa dia boleh betulkan?

Semuanya menunjukkan hujah Nik Omar sekadar nak putar belit aje.. Dia sangat keliru tentang perjuangan ayahnya.



Celarukan, dia juga kata Husam menerusi lagasi TGNA (ayah dia). Takkan dia tak tahu ketika hampir meninggal apabila Husam datang ayahnya berpaling terus buat tidur sehingga hampir satu jam Husam tunggu pun ayah dia tak berpaling. PALING PUN TIDAK JANGAN BERCAKAP! Takkan Ni Omar tak faham perangai ayahnya dan kenapa ayahnya buat kepada Husam macam tu??

Kalau benar bawa Legasi Ayah kenapa Husam dan AMANAH meminta Nik Omar perlu menipu Ibu dan Isteri?




Semasa HARAPAN umum calon bertanding, Husam guna strategi menipu ibu Nik Omar dengan mengumumkan calon lain sebagai calon Dun Chempaka. Semasa pengumuman tersebut HARAPAN mengumumkan nama "Mohamad Omar" sebagai calon Dun Cempaka. Siapa Mohamad Omar?

Ibunya lega..
Kerana anak harapannya masih taat kepada ibu.

Bila hari penamaan calon tiba-tiba Nik Omar menjadi calon. Ibu tak tak boleh nak buat apa-apa kerana dah jadi calon. Hanya sekadar hantar masej, itu ibu berkata telefon tak balas.. telefon dia berada ditangan orang lain. Hanya menangis dalam hati mengenangkan nasib anak kesayangannya.
Ibu mana tak saya anak....

Tapi..
Itu lah TOKOH YANG KINI DIJAJA DIPELUSOK NEGARA KONONNYA MEMBAWA LEGASI TOK GURU NIK AZIZ DENGAN memula langkah dengan menipu.

Tokoh ulama dulu, emak mereka jahit duit dalam seluar untuk elak dirompak. Bila perompak tanya mana duit dia cakap ada dalam seluar dalam lipatan jahitan. Perompak tanya kenapa beritahu.. tokoh ulama ini jawab kerana ibunya pesan jangan bohong.

ADAKAH TOKOH ULAMA INI BODOH??
Lebai nak tanya ahli-ahli IKRAM yang ada seluruh negara yang baca artikel ini, ITU IKRAM ajar ke? Tapi kenapa IKRAM memilih politik yang sangat jijik dalam perjuangannya?

Nik Omar telah memulakan politiknya dengan satu titik hitam yang sangat 'durjana' dalam memahami isu kekeluargaan dan penghormatan kepada ibubapa. Adakah dengan lemah lembut dan kononnya sabar itu boleh mengikis titik hitam ini?

Hujah dangkal Dr Rozeimi dan Dr Asri Membela Nik Omar dan Mahathir



Seorang lagi, lebai tak tahu apa penyakit dia ni hidapi, sehingga apa sahaja PAS buat dia akan cari hujah nak perkenakan PAS walaupun dia tahu PAS bawa perkara yang berazam untuk mencapai cita-cita Islam walaupun masih lemah. Bila ada penyakit memang susah kita nak jadi "buah buku". Bercakap pasal hadis bagus, tapi setiap kuliah asyik orang ini tak betul, orang itu salah... ulama ini lemah, daif... seolah-olah orang lain semuanya tak tahu Islam.

Dia kata Nik Omar bukan derhaka. Alasannya Saidina Ali lawan Aisyah Ibu Mukmin dari segi politik dan itu bukannya derhaka.

Lebai nak cakap.
Alasan tu betul tapi penghujah itu salah.

Engkau ingat Saidina Ali bersama Yahudi nak tolak hudud ke?
Engkau ingat Saidina Ali bersama DAP nak tegakkan Islam?
Engkau pecaya ke? Mahathir akan bawa Islam.

Yang lebai hairan mulut Dr Rozeimi terkunci bila Dr Mahathir kata undang Islam zalim kerana hukum potong tangan dan rotan 100 rotan boleh bawa mati. Engkau ni ulama apa??


Ini seorang lagi yang lebai pun hairan, membuat komen terpilih (politik selamat diri kot). Katanya Memali tu macam orang sakit cedera kepala yang cedera yang kena mandi wajid, ada nasihat supaya dia kena mandi sehingga bila dia mandi cederanya makin parah dan dia meninggal dunia. (lihat kenyataan Dr Asri di sini)

Dia kata fatwa salah??

Dr Asri ni tahu tak, bawa Ustaz Ibrahim Libya macam Dr Asri juga bekerja dengan kerajaan sebagai pegawai agama. Dia berhenti dan buka pondok di kampungnya Memali. Dia penentang kerajaan yang zalim. Dr Asri berbuih mulut kuliah bahawa sebaik-baik jihad ialah menentang kerajaan zalim. Tapi dia tahu ke bahawa Ibrahim Libya tu menentang kerajaan Mahathir yang zalim?? Ingat Ibrahim Libya suka-suka nak lawan Mahathir kerana tak dapat subsidi baja percuma?

Dia sepatutnya kena ISA. Tapi dia tak boleh tangkap kerana dia tak keluar rumah lebih daripada sebulan. Orang kampung pula mempertahankan dia daripada ditangkap di bawah akta ZALIM ISA.

Mahathir arah polis dengan kereta perisai serang perkampungan Ibrahim Libya. Tetapi Ibrahim Libya bukan macam Dr Asri hanya sekadar berkuliah bahawa duduk di rumah dan mempertahankan diri dan maruah perjuangan adalah sebaik-baik jihad selain jihad akbar!!



Ibrahim Libya bukan cakap sahaja akta ISA zalim. Dia tunai apa yang dia cakap!!
Dia korbankan dirinya untuk menunjukkan sikap bahawa akta itu ZALIM.
Sangat jauh apa yang dibuat oleh Ibrahim Libya dengan Dr Asri. Dimana Asri dalam hal ini nak memperendahkan Ustaz Ibrahim Libya sebagai khilas mandi untuk cedera di kepala??

Dr Asri membisu, kunci mulut bila Mahathir becakap...
Adakah dia mampu korbankan nyawa untuk menentang kezaliman... hanya Allah sahaja yang tahu.

Tapi kini Nik Omar yang kononnya bawa legasi ayahnya panggil Mahathir "AYAHANDA".
Itu sikap IKRAM dalam berpolitik.

Saya Masih Ahli PAS & Keluar PAS Bukan Keluar Islam 



Ini satu, perangai Nik Omar yang agak mengelirukan. Dia kata dia ahli PAS tapi bertanding atas tiket HARAPAN. Tak ada tujuan lain untuk menarik undi ahli PAS supaya sokong dia. Sepatutnya bila bertanding atas parti lain automatik dia bukan lagi ahli PAS kerana itu ada beberapa cara nak keluar sebagai ahli yang tercatat dalam perlembagaan PAS.... licik juga politiknya.

Untuk mengatasi perkara ini, sepatutnya tak perlu buat kenyataan PAS terpaksa umum dia dipecat. Sebenarnya tak payah pecat memang terpecat.



Kemudian dia keluarkan kenyataan saya keluar PAS bukan keluar ISLAM. Apa hal pula keluar Islam?? Macam mana dia boleh fikir dia keluar Islam?? Ini pun lebai pening cara Nik Omar berfikir.

Rupanya dia tak faham surat terbukan Abdul Hadi Awang kepada ana-anak pemimpin PAS yang meninggalkan perjuangan ayahnya. Abdul Hadi ada menulis;
KAMU juga seperti anak-anak saya,

Selamat bersama bahtera PAS dan Gagasan Sejahtera. Bacalah Al-Quran, jangan baca Facebook sahaja.
Al-Quran mengisahkan anak Nabi Nuh A.S yang memperlekehkan bahtera ayahnya dan lebih yakin kepada bukit yang dapat dilihat gagah boleh menyelamatkannya daripada taufan terbesar, maka bahtera ayahnya ditinggalkan.
Sangat lucu, bila pimpinan PAS memberikan perumpamaan seperti anak Nabi Nuh, mereka terus mengganggap PAS kata mereka keluar ISLAM. Bodoh sangat seorang ustaz anak Tok Guru yang mengajar dan menjadi mudir sekolah untuk memahami perumpamaan itu.

Ini dipanggil politik terdesak...
Tuduh PAS bukan ISLAM, Pas adalah parti
Keluar PAS bukan keluar Islam..
Sangat bodoh pemikiran kita jika itu ungkapan kita. Sangat daif kita tentang perjuangan PAS dan perjuangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang membina legasi PAS di Kelantan.

INI ORANG KATA DIA ADALAH MEBAWA LEGASI AYAHNYA..
Sangat dusta atas nama ayah kita..
Mana kita nak letak muka kita kita nak berhadapan dengan ibu dan adik-beradik serta keluarga kita. Apa kita nak cakap kepada anak-anak kita?

Nik Omar sekadar buih Pepsi Cola sahaja 


Malaysiadateline (akhbar parti AMANAH yang mengumpulkan penulis Harakah dulu yang berpaling tadah untuk menyerang PAS) menyiarkan berita, antaranya..
Bukan sahaja Wardina Safiyyah, bahkan pelakun Gerak Khas Abby Abadi juga bersama Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Kalau Wardina menulis sokongannya dalam Facebook, Abby pula datang ke Pengkalan Chepa bersama suami beliau untuk mengikuti ceramah Nik Omar.

Itulah gelombang yang berjaya dicipta oleh Pakatan Harapan (PH) melalui penyertaan Nik Omar dalam PRU 14 ini.
Gambar di atas itu adalah gambar yang disiarkan oleh Malaysiadateline yang lebai meneliti tak ramai pun hadir, banyak kerusi kosong.

Lebai tak nafikan semasa dia bersama Tun Mahathir ada ramai orang datang lautan manusia. Itu aura Mahathir dan tsunami China. Lebai dah menulis perkara ini dalam tajuk "Mencari muka-muka Melayu dalam Tsunami Mahathir

Lagi pun tak banyak yang diutarakan dalam ceramah Nik Omar sekadar mengulangi kata-katanya seolah itu rakaman yang akan diulang siar.."ambo tak ajar lawan al Quran dsbnya"

Perjuangan Hudud Agenda Ayahnya 



Nik Omar Nik Abdul Aziz, enggan memberi kata putus sama ada beliau akan meneruskan agenda hudud selepas meninggalkan PAS dan menyertai pakatan pembangkang.

Beliau berkata, agenda hudud yang diperjuangkan arwah bapanya sejak 20 tahun lalu hanya akan dilihat semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).









"Kita tengok selepas ini (PRU-14) macam mana, kita tengok," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program anjuran PKR Shah Alam, di sini, hari ini.


Bagaimana dia nak menjawab DIA SEBENARNYA PEMBUNUH LEGASI AYAHNYA TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

Penglibatan Ibunya dalam kempen PAS di Chempaka untuk menentang Nik Omar


Apabila ibunya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak membuat keputusan berkempen untuk calon PAS, ustaz Ahmad Fathan Mahmood di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sekali gus memberi tamparan hebat kepada Nik Omar Nik Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi bertanding atas tiket PKR.

Kenyataan Nik Abdul dirujuk;
“Namun disebabkan ada sedikit gangguan daripada keluarga kami terhadap PAS di DUN Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk turut bersama jentera muslimat PAS di sana.
Tapi ada pengikut IKRAM berhujah kononnya ibu sepatut berada di rumah. Mereka kata Al Quran kata begitu. 
33. Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Apabila lebai tanya kena Wan Azizah boleh keluar rumah berkempen, malah jadi calon. Kenapa Nurul Azizah boleh? Ibu Nik Omar tak boleh kerana Al Quran melarang?? IKRAM-ikram??


Nik Omar budak baik, dia hormat apa kata emak dia. Tapi IKRAM menghasut kononnya demi negara dan cita-cita IKRAM untuk menguasai politik ISLAM... akhirnya terjadi apa yang terjadi.

Nik Abdul menulis "Ini adalah tembakan kedua yang terpaksa ditanggung bonda selepas tembakan pertama yang meranapkan jiwanya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad lebih 15 tahun lepas apabila salah seorang anaknya di-ISA-kan (Nik Adli).
Tun Mahathir dan IKRAM hari ini bersama-sama bersatu bekerja keras meruntuhkan kerajaan Islam Kelantan di bawah pemerintahan PAS."
Itulah IKRAM yang patut anda kenali.

Ada yang bertanya kenapa lebai marah sangat kepada Pertubuhan IKRAM, dia banyak membantu Islam dan membuat kebajikan. Ahli-ahli mereka sangat warak tidak tinggal solat dan masjid.

Lebai ingin bertanya adakah ahli-ahli IKRAM ini lebih warak dan zuhud dengan lelaki yang membunuh Saidina Ali? Bayangkan semasa orang ramai mengkapnya dan nak potong dia, dia berkata jangan dipotong lidahku, kesianilah aku kerana aku ingin berzikir kepada Allah s.w.t.


...to be continued


Share this article :
 

+ comments + 35 comments

Anonymous
May 5, 2018 at 2:44 PM

Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam telah menjadikan AlQuran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan dasar dan garis panduan perjuangan politik PAS untuk memperkasakan dan memartabatkan agama Islam dan membela hak umat Islam yang sedang diancam oleh puaj munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.

Malangnya perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS telah menimbulkan hasad dengki beberapa ostad dan mofti.

Seorang ostad yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'pakar hadis' sibuk memburuk-burukkan orang lain dan PAS seolah-olah dia seorang saja yang betul.

Seorang lagi mofti pula berkawan dengan puak liberal dan duduk bersama dengan tokoh islam liberal yang sesat dalam forum sesat anjuran puak liberal.

Kedua-dua ostad dan mofti ini mempunyai penyakit hati yang membawa kepada sombong, riak dan ujub.

Sepatutnya mereka ini menentang krmungkaran dan kesesatan yang dipromosi, dibela dan diperjuangkan oleh parti munafik sekular liberal dan parti kafir harbi.

Bertaubatlah sebelum terlambat.

May 5, 2018 at 2:52 PM

salam alaik..

saya setuju dgn apa yg lebai katakan.. berkenaan sikap ikram yg suka berbohong macam syiah yg lebai istilahkan sebagai taklik tu tak betul lebai.. yg sebenarnya taqqiyyah.. kedua bukan pembunuh saiyyidina umar yang meminta agar lidahnya tidak dipotong, tapi yg membunuh saiyyidina ali iaitu abdul rahman bin muljam seorang khawarij.. sedangkan yg membunuh saiyyidina umar adalah abu lu'luah seorang hamba parsi.. wallau'alam..

Anonymous
May 5, 2018 at 3:00 PM

Tapi kalau pas memburukkan malah mengkafirkan org lain tidak ada masalah pula?

Bertaubatlah sebelum terlambat

May 5, 2018 at 3:18 PM

Terima kasih pembaca bernama admin (mungkin penulis blog). Insya-Allah saya akan betulkan artikel ini. Semoga Allah rahmati tuan.

Anonymous
May 5, 2018 at 5:57 PM

Anon 3:00 pm,

Mana bukti PAS mengkafirkan orang lain?

Anonymous
May 5, 2018 at 7:44 PM

Orang ramai telah mengetahui pakatan wayang pimpinan parti kafir harbi DA-Pig telah menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menafikan hak umat Islam.

Maka tindakan anak pemimpin parti Islam bersekutu dengan musuh Islam adalah satu pengkhianatan ke atas perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam pimpinan ulama Islam.

Dia telah mengkhianati amanah ibu dan bapanya sendiri maka kita tidak akan terkejut jika dia mengkhianati amanah umat Islam dan rakyat.

Anonymous
May 6, 2018 at 8:25 AM

Betulkan nama nik abdul ke nik mohamad abduh

May 6, 2018 at 8:30 AM

PAS mengkafirkan org lain Tu sekadar spin dari musuh2 PAS, lebai2 PAS sekadar membacakan ayat2 Al Quran berkenaan sifat2 org kafir. Siapa makan cili dia rasa pedas.

May 6, 2018 at 8:34 AM

IKRAM ni syiah ker?

Anonymous
May 6, 2018 at 9:08 AM

ikram bleh disamakn dgn wabak...alahai ikram...

Anonymous
May 6, 2018 at 9:22 AM

Macai PH dan BN sering wirid bertahun tahun isu kafir mengkafir,solat dua imam dan isu memali..Yang dituduh angkara TGHA. Tapi yang pelik semua perkara itu tiada bukti dan tidak pula berlaku di Marang tempat TGHA bertapak memberi kuliah. Tiada bukti tarikh ,hari dan masa segala ucapan mengkafirkan itu berlaku. Tiada mana mana klausa perlembagaan PAS yang menyebutkan itu. Jika analogi ini diambil kira ..adakah kita menyalahkan nabi atau Islam bila ada orang Islam yang membunuh,berzina,minum arak,tidak solat. Untuk pencerahan lihat keperipadian para pemimpin utama PAS..mereka tidak gila tembolok sendiri sepertimana para pemimpin PH dan BN... RORA dan MAZA adalah orang yang tidak ikhlas dengan ilmu. Dua ustaz ini seperti mamak penjual rempah...semua nama rempah mereka tahu atau jual..tapi bila diminta mengadun dan mengulai mereka tidak tahu...hanya syok sendiri dan semua orang lain salah

Anonymous
May 6, 2018 at 2:38 PM

Dashat akhlak org pas ni dlm menulis. Semoga syurga

May 6, 2018 at 3:40 PM

Penjelasan yg mantab dari lebai..
Lebai educated

May 6, 2018 at 3:41 PM

Penjelasan yg mantab dari lebai..
Lebai educated

Anonymous
May 6, 2018 at 7:55 PM

Terbaik ahh lebai , sudah lama sangat pas berdiam dengan. Sek2 JIM nih. Saya menanti artikel lebai yg seterusnya. Kalau ahli yang jarang ikut usrah pun bahaya jugak nih. Takut mereka tak faham tindakan Presiden pas , tghh. Takbir!!!

May 7, 2018 at 6:56 AM

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Semoga Allah mengampuni dan menurunkan pertolongan-Nya kpd org2 yang dizalimi dan difitnah, serta mengurniakan ganjaran pahala yg besar atas kesabaran mereka, aamiin ya Rabbal'alamiin

May 7, 2018 at 12:32 PM

Kita semua mukmin insyaAllah. Ingin kan kebsikan dan rahmat Allah pada semua. Agar semua kita dapat redha Allah dan syirga Allah. Memang kita ada pemikiran yg berbeda...untuk itu harus adakan pendebatan terbuka tanpa emosi bersandarkan Quran dan Hadis..Moga Allah membantu kita dalam pemahaman yang benar. Moga Allah ampunkan kita semua dan masukkan semua dalam rahmatnya. Amin

Anonymous
May 7, 2018 at 1:31 PM

Ya benar.

Anonymous
May 8, 2018 at 12:14 AM

Macam mn nk tau keikhlasan seseorang yea? ana nk tau juga apa kaedahnya,..maza ada pandangannya sendiri,jgn kerana pandangan berbeza, disalah ertikan kerana faktor kepartian. Alquran itu Allah kurniakan untuk sama2 bersatu, jgn kerana fahaman politik berbeza, kita labelkan org spt mamak jual rempah..hormat pandangan orang, InsyaAllah org hormat pandangan kita..

Anonymous
May 8, 2018 at 7:22 PM

Setuju.

Double standard.

Anonymous
May 8, 2018 at 7:28 PM

Apa la sanggup kata org. Ini sangkaan anda dari jauh dari bacaan berat sebelah.

Kalau salah tafsir dah kena minta maaf nnt tak senang d kubur dan padang Masyar. Jgn le cepat sangat jadi keyboard warrior.

Anonymous
May 8, 2018 at 8:16 PM

As Salam

Rasa lebai dah keterlaluan mengata Nik Omar sebab tak sehaluan dan macam lagi di kaitkan d atas. 4’Imam yg besar Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi tak sependapat tentang rantingnya TAPI sependapat dari segi pokok dasarnnya Islam. Nik Omar tak sependapat dari segi perjuangan Islam cara PAS dan dia nak buat cara dia. Takkan tak bolih. Tak kan dah derhaka. Saya rasa blog tuan banyak pecah belahkan Melayu Malaysia. Saya rasa tuan tak dpt bezakan fikiran tuan dan hasutan syaitan kerana fine line antarabdua. Tuan dah interview Nik Omar one to one ke. Tanya dia semua soalan yg berbuku dbhati tuan. Kalau jawapan dia memang seperti sangkaan tuan dgn itu tulis lah yg benar saja jgn sekali buat andaian. Tuan kena juga tanya Husam direct, tanya mahathir direct, tanya anuar direct, tanya Mahfuz dan Khalid direct dan kemudian comment d sini. Itu baru investigative reporting. Bsru ada bukti dgn mata kepal sendiri si oolan sipolan cakap begini. Baru nnt tuan semua lapisan respect tapi yg penting tahu Allah Azajawalla tahu your Reporting is impartial n for the best to everyone. Jazakumullah Khayran Kathira

Anonymous
May 8, 2018 at 8:22 PM

Kenapa mesti beberapa org ostad dan mufti itu dengki.

Ini andaian. Sudah tanya ke mereka kenapa mereka comment. Atau tak faham sebab tidak dengar dengan fikiran terbuka hujah nya

Anonymous
May 8, 2018 at 8:44 PM

Kalau spin takkan lah Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan kenyataan yg Hadi memfatwakan amanat tersebut menyeleweng dan sesat.

Nak comment cari fakta dulu jgn buat andaian atas comment blogger. Cari d Majlis FatwabKebangsaan

Anonymous
May 8, 2018 at 8:52 PM

Pasti ke dua ustaz tu tak ikhlas atau ilmu awak masih cetek. 4 Imam setuju pada dasar islam tapi tidak pada rantingnya dan mereka masih baik baik. Kunjung mengunjung dan solat mereka ikut yg d kunjungi tidak mencaci.

Anonymous
May 8, 2018 at 8:59 PM

Ada banyak educated tapi tak pakai common sense. Lebai comment berat sebelah. Lebai andaian dari jauh. Lebai patut step up sikit. Interview terus tokoh tokoh yg lebai tak suka cara 1st hand dan comment lepas itu baru le padu

Anonymous
May 9, 2018 at 7:40 AM

Dr MAZA dan Dr Rozaimi komen berpandukan syariah Islam. Kalu nak komen mereka beri hujah yang bernas dan mantap berpandukan nas nas yg sahih. Bukan beri komen tak berkualiti bertaraf sampah dan longkang

Anonymous
May 9, 2018 at 5:11 PM

Klu sokong parti yg nak liberalkan Islam tu tarafnya apa pulak yer 7.40?

May 10, 2018 at 8:03 AM

hanya prejudis yang mengundang dosa ,tak satu pun rasional,suka melabel,fitnah,tanpa bukti,tak takut api neraka ka?

May 13, 2018 at 10:28 AM

Tahniah levai...orang2 makan lada dia rasa pedas..biarkan mereka faham sendiri

Anonymous
May 20, 2018 at 11:27 PM

Tabir yg banyak lebai buka betapa berlikunya perjalanan PAS. Musuh luar dan dalam. Namun jalan masih panjang, tapi sekurang2nya para pengkhianat telah terdedah unum. Kipidap lebai. Takbir!!

May 23, 2018 at 6:40 AM

Bila masa penulis cerita tentang pembunuhan Saidina Umar? Hebatnya Ikram membelit tulisan...memang betul la

Anonymous
June 17, 2018 at 10:04 AM

Den dah lama geli ngan ikrom. Jaga diri ye anak anak yang belajar universiti tu. Ikrom bukan syiah tapi ala ala syiah. Den pernah masuk usrah ikrom. Tapi lama2 rasa geli. Matlamat ikrom menghalalkan semua cara. Fitnah menipu derhaka asalkan matlamat tercapai. Ustaziyatul alommmm..

July 4, 2018 at 12:36 PM

bila lagi nak buang spesis -spesis lobai2 ma'uunah mokhtar senik dalam PAS dan lebai pembohong nik abduh tak ngaku audio "ana tahu" bukan suara dia,skrg peguam hjhadi akui memang suara nik abduh ,macamana ini perasit yang sebenar dalam PAS,yang melingkup PAS.

October 10, 2018 at 4:57 PM

lebai ketinggalan zaman,orang bawa islam lebih inklusif dia masih tak boleh terima profesional kerana puak lebai nak kedepan tapi tak mampu bawa satu anjakan baru perjuangan mereka ,bila lihat profesional progresif mereka tendang keluar pas kemudian tuduh fikrah lainlah,eloklah PAS begitu dan akan terus disingkir rakyat dari arus poilitik negara,PAs untuk orang kampung di kawasan hulu sahaja

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger