Tragedi berdarah, Lubuk Merbau 1985 Lambang Kerakusan Politik Mahathir



Mengimbau kembali tragedi berdarah yang berlaku kira-kira 33 tahun lalu di Lubuk Merbau pada 1985. Tragedi ini bermula apabila dua petugas jentera pilihan raya PAS telah dibelasah oleh kumpulan yang tidak dikenali. Penyokong PAS percaya dua petugas terbabit di serang oleh penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Padang Terap 1985.

Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil Nor,dalam masa yang sama dipihak UMNO, turut berceramah di situ ialah Ketua Pemuda UMNO ketika itu, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kini Perdana Menteri kempen ceramah itu diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.dalam kesibukan kempen piliharaya tersebut, petugas jentera PAS telah di beritahu bahawa dua angota jentara PAS telah di pukul semasa Memasang poster dan bendera parti, dari itu satu kumpulan telah datang untuk membantu mangsa tersebut, kumpulan tersebut mendapati dua petugas bergelimpangan di dalam longkang.




Kumpulan petugas tersebut telah membawa mangsa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah.ekoran dari kejadian tersebut Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Selepas peristiwa tersebut Suhaimi Said telah menulis sebuah buku

Buku tersebut bertajuk ‘Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau‘ dan ‘Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau‘ belum sempat di edarkan secara meluas kerajaan bertindak mengharamkan buku tersebut dan penulisnya Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA. Di bawah adalah draf asal buku tak siap tersebut diberikan oleh seorang hamba Allah apabila bapa angkatnya meninggal dunia kepada lebai.











Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
1. Ibrahim bin Tahir – ditetak dengan senjata tajam
2. Nasir bin Muhammad - dipukul dengan besi di kepala
3. Shamsuddin bin Sulaiman – ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
4. Ayub Mat Shah – dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
5. Ahmad bin Tahir – dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
6. Osman bin Talib – retak di kepala dan terbunuh.



Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.

Susulan dari kejadian tersebut siri-siri gangguan telah berlaku menambahkan lagi kusutan apabila ceramah oleh PAS telah diganggu oleh pemuda-pemuda UMNO. Pada hari itu polis PDRM telah merampas 30 bilah parang yang di bawa ke Felda Lubuk Merbau yang dibawa oleh pengikut atau penyokong parti terutamanya UMNO.

Pembunuhan pertama dalam sejarah piliharaya dan PAS mengganggap Pergorbanan Ustaz Osman Talib adalah Jihad ke atas kerajaan yang zalim di bawah pimpinan Dr Mahathir

 
Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pula minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebab-sebab yang menghalang pihak polis tidak bertindak mencegah peristiwa serangan liar oleh segolongan samseng di Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah pada 18 Januari 1985 terhadap petugas-petugas Pilihanraya PAS sehingga berlakunya beberapa orang luka parah dan seorang darinya mati akibat kejadian itu,oleh kerana sehari sebelumnya laporan (report) telah dibuat kepada petugas di Balai Polls Naka iaitu sebagaimana Naka PC. Report No. 98 j 85 dengan disertakan satu salinan surat ugutan bertulis oleh orang-orang yang bercadang untuk melakukan tindakan itu telah ada dalam pengetahuan pihak polls sama ada pihak polis telah diarah sesuatu menyebabkan pihak polis tidak berani untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku.

Pada 1985, TG Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewa kerana pihak polis lambat bertindak sehingga Ustaz Othman Talib terbunuh dan Pak Ayub cedera di Felda Lubuk Merbau. Orang ramai semakin gelisah terhadap kecekapan sistem keadilan di negara ini. Menteri Datuk Radzi Sheikh Ahmad menjelaskan bahawa penyiasatan ‘Inquest‘ telah dijalankan pada 30 Mac 1986.


Ustaz Othman Talib adalah simbol perjuangan PAS yang tak boleh digalang ganti dalam menentang kezaliman dan kerakusan UMNO. Bodoh kalau ada orang kata PAS nak bergabung dnegan UMNO tanpa sebarang alasan kukuh.





Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
May 8, 2018 at 5:11 PM

Percaya pada tun taik dan ahli politaik bn dan ph... seperti percaya tahi itu emas...macai tokong lagi percaya dan telan bulat bulat

Anonymous
May 8, 2018 at 6:05 PM

Lambang kerakusan mahathir atau najib?

Anonymous
May 8, 2018 at 11:13 PM

Apakah PAS mampu memiliki majoriti?

UMNO yg gah selama ini pun tidak mampu memilik majoriti sehingga perlu bergabung.

Jika tidak mampu memiliki majoriti, PAS mahu bergabung dgn BN atau PH?

Tidak wujudkah kerjasama?

Kukuh mana alasan diperlukan lagi?

Yg memerintah msia sedari merdeka hingga kini parti mana?

Yg harus ditentang adalah yg memerintah atau membangkang?

Tulisan lebai sejak gendang pru 14 dipalu diarahkan ke siapa?

Boleh kata semua tulisan lebai ditujukan kpd PH, adakah PAS bersahabat dgn BN atau menjadi budak suruhan BN?

Adakah lebai berpijak dibumi yg nyata?

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger