Betul ke Azmin Jadi PROXY Mahathir untuk rundingan luar mahkamah saman Sarawak Report?


Kita tahu Abdul Hadi, Presiden PAS memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2017 kerana ada usaha menekan PAS untuk bersama PAKATAN HARAPAN, jika tidak mereka akan cuba  mengambarkan PAS akan bersama UMNO dengan menerima bantuan UMNO.

Usaha ini dikatakan didalangi oleh beberapa pimpinan parti pembangkang dan NGO. PAS terpaksa menghabiskan kiraan RM400,000 untuk memulakan saman berkenaan.

Sarawak Report telah membuat 5 permohonan interlokutori bagi menghalang saman Abdul Hadi dibicarakan. Mengikut sumber SR telah mengemukan 50 muka surat dalam interlokutori mereka yang 40 muka surat melibatkan 1MBD dan 10 muka surat lagi berkenaan dengan kekayaan pimpinan dan ahli biasa PAS seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Antaranya kononnya anak Presiden PAS Ustaz Khalil Abdul Hadi mempunyai motorsikal mewah hasil duit pemberian UMNO RM90 juta.


 Rupanya SR sama "bengong" dengan Husam Musa. Itu motor hanya bergaya "selfie" semasa XPDC aje.. rupanya kaki fitnah tak boleh tengok puak lebai pakai barang mewah. Dia nak ustaz Khalil pakai motor buruk aje..



Ini sebahagian serangan dibuat oleh cybertropper PAKATAN HARAPAN untuk membunuh watak (character assassination) Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang merupakan anak Presiden PAS.



 Nasib baik Sarawak Report tak jumpa gambar ini, kalau tak dikatakan Ustaz Khalil kaya ooi...



 25 Jun 2017 Malaysiakini menyiarkan berita portal Sarawak Report berjaya mengumpul GB£30,000 (RM160,000) bagi dana guamannya untuk menangkis saman fitnah yang dikemukakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jumlah itu berjaya dikutip dalam masa tiga hari melalui platform dana awam - Crowd Justice. Ketika berita ini ditulis, sebanyak GB£ 30,452 berjaya dikumpulkan menerusi 615 penyumbang.

Pada 11 Oktober 2017 dalam tuntutan balasnya yang difailkan, Brown menuduh Hadi berkomplot dengan Najib atau ejennya untuk mengeksploitasi kes itu untuk kepentingan mereka.

“Mereka mahu mencemarkan nama baik saya dan Sarawak Report dalam kempen sah kami untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya dan membawanya ke muka pengadilan kerana dakwaan salah laku rasuah dan jenayah."



Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menamakan bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan pemimpin utama PAS menerima wang dari Perdana Menteri Najib Razak.

Menurut kenyataan pembelaan terhadap tuntutan balas yang diberikan kepada The Malaysian Insight, Rewcastle-Brown berkata beliau ada bercakap dengan Ambiga yang juga bekas Pengerusi Bersih itu mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.

"Ambiga beritahu kepada defendan, yang menurutnya sumber itu sebagai boleh dipercayai, jumlah yang diberikan itu sekitar RM90 juta," kata Rewcastle-Brown dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober itu.

Seminggu lalu Free Malaysia Today (Malaysikini cuba sembunyi isu ini) Clare Rewcastle Brown memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, antara lain atas alasan intimidasi saksi.

Mereka cuba menghalang kes ini menjadi lebih lanjut dan tidak dibicarakan pada 30 April 2018 (semalam). [Baca di di sini]

Malaysiakini
menyiarkan Rewcastle-Brown sudah memohon kepada mahkamah untuk mengkaji semula pembelaannya susulan bukti baru yang dikemukakan dan diarahkan membayar £40,000 (RM215,867) untuk kos guaman Abdul Hadi untuk itu. [Baca di sini]

Semalam peguam Abdul Hadi Wan Rohimi Wan Daud mengisytiharkan kemenangan awal dengan mengumumkan bahawa anak guamnya menang kesemua lima penghakiman interlokutori (keputusan yang tidak menyelesaikan kes sepenuhnya) terhadap Rewcastle-Brown.  "Sarawak Report diarahkan membayar kos £28,900 (RM156,017)."

Duit £30,000 Sarawak Report daripada 615 penyumbang telah habis. Kena bayar lagi. Kini Sarawak Report sangat tersempit jika pembicaraan yang berlanjutan sehingga April 2019. Bayangkan mereka terpaksa bawa saksi dan RAKAN FITNAH di Malaysia.

Berapa kosnya??





Mereka yang rapat dengan Clare Rewcastle-Brown mula tergugat jika perbicaraan sebenar berlaku. Menang  Kemenangan awal dengan menang kesemua lima penghakiman interlokutori (keputusan yang tidak menyelesaikan kes sepenuhnya) terhadap Rewcastle-Brown ialah kemenangan moral setelah bertahun-tahun HARAPAN memainkan fitnah ini.

Walaupun ini bukanlah bermakna Pas dah menang saman, Pas hanya berjaya menghalang permohonan afidavit SR yang cuba difailkan tidak lama duhulu. Namun ini adalah langkah yang sangat besar untuk memastikan kemenangan Pas menentang SR.

Kata sorang facebooker "Ibarat kita berjaya menghalang musuh dapat reinforcement. Kita berjaya memaksa musuh bertarung dgn kita tanpa senjata."
Itu cerita yang semua kita tahu.
Lebai nak buka cerita sebalik tabir pula.

Beberapa hari lalu, Presiden PAS ada menyebut seorang pimpinan kanan datang bertemu untuk penyelesaian kes ini luar mahkamah. Video ini ada disiarkan dalam Malaysiakini.



Lebai cuba cungkil sumber PAS. Tapi semanjak PAN/IKRAM tak ada ni agak sulit nak dapat maklumat dalaman. Lebai cuba dapat sumber PKR. Maklumatlah PKR sedang berperang, mudah sikit...

Kebetulan pula Azmin Ali sibuk dengan "team Daim" menyusun strategi...

Nak tanya.
BETUL KE AZMIN MENJADI PROXY UNTUK PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH KES SAMAN SARAWAK REPORT??

BETUL MAHATHIR NAK BAYAR TUNTUTAN TERSEBUT??

Minta penjelasan, supaya rakyat tahu kebenaran dalam kes ini?
lebai tunggu ni.


Share this article :
 

+ comments + 10 comments

Anonymous
May 1, 2018 at 6:03 PM

Eloklah semua pemimpin pakatan roket pergi ke UK untuk menjadi saksi SR supaya mahkamah UK boleh menghantar mereka semua ke penjara UK kerana membuat kenyataan palsu @ fitnah dalam mahkamah.

Besar kemungkinan mereka enggan pergi ke UK untuk menjadi saksi SR kerana mereka tahu sukar mempertahankan fitnah apabila disoal oleh lawyer hebat yang mewakili PAS.

50 mukasurat kertas pembelaan SR mengandungi cerita-cerita dongeng ciptaan pakatan wayang roket menyebabkan SR hilang intetgriti di hadapan hakim UK.

Mr Who Sang Moses yang pernah mendakwa konon PAS terima rasuah RM90 juta pun sudah ketakutan terketar lutut lalu buat u-turn konon dia tidak pernah buat dakwaan rasuah tersebut.

Anonymous
May 1, 2018 at 6:07 PM

BERITA BAIK: PAS MENANG KES SAMAN KE ATAS SR YANG MENJADI PROKSI PAKATAN WAYANG ROKET

(Quote) BANGI, 15 Syaaban 1439H, Selasa – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenangi semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Peguam mewakili PAS, Wan Rohimi Wan Daud dalam kenyataan ringkas di Facebook rasminya memaklumkan perkara itu lewat malam tadi.

“Alhamdulillah. Sarawak Report menggelupur. TGHH menang semua lima permohonan interlokutori.

“Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791),” katanya.(Unquote)

Sumber: ismaweb

Nota: Nampaknya balaci-balaci ternakan pakatan wayang roket tidak tahu malu kerana masih cuba menegakkan benang basah.

Anonymous
May 1, 2018 at 6:33 PM

Cantik.
Kasi sebarkan kebenaran..

Jg jgn jadik "mengkritik 1mdb secara tertutup"
Kikiikikiki

Anonymous
May 1, 2018 at 7:30 PM

Drpd 50 mukasurat pembelaan SR, 40 ms cerita pasal imdb?? Baki 10 msurat pulak cuma hujah logik knp pas boleh terima? Mana page yg tunjukkan bukti duit dah transfer ke akaun? SR tertinggal page tu kt opis husam kot. Klu tk dpt 1 page, setengah page pun jadila

Anonymous
May 1, 2018 at 8:17 PM

Barangkali SR ingat najib yg file saman kot. Tu yg 40 pg citer imdb

Anonymous
May 2, 2018 at 11:33 AM

KEBODOHAN BARUA TERNAKAN DA-Pig MENGALAHKAN KEBODOHAN HAIWAN TERNAKAN.

Tindakan puak munafik yang memimpin parti sekular liberal menjadi khadam parti kafir harbi DA-Pig pimpinan puak evangelis yang telah menentang, menfitnah , memburuk-burukkan ajaran Islam seperti Hudud dll dan perjuangan Islam dan menafikan hai umat Islam dan mempromosi kemungkaran dan kesesatan seperti pesta arak terbuka, murtad, atheis, LGBT dll adalah di antara tindakan paling bodoh di dunia ini kerana:

1. tindakan sesat ini menyebabkan puak munafik ini tergolong kepada puak evangelis.

2. puak munafik ini menentang Allah dan Rasulnya.

3. puak munafik ini telah membatalkan iman mereka sendiri.

4. Fakta 1, 2 dan 3 menyebabkan puak munafik ini sama seperti haiwan ternakan bahkan mereka lebih buruk dari haiwan ternakan.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
(Al-A'raaf 7:179)

Anonymous
May 2, 2018 at 11:46 AM

PEMBETULAN:


Tindakan puak munafik yang memimpin parti sekular liberal menjadi khadam parti kafir harbi DA-Pig pimpinan puak evangelis yang telah menentang, menfitnah , memburuk-burukkan ajaran Islam seperti Hudud dll dan perjuangan Islam dan menafikan HAK umat Islam dan mempromosi kemungkaran dan kesesatan seperti pesta arak terbuka, murtad, atheis, LGBT dll adalah di antara tindakan paling bodoh di dunia ini kerana:

Anonymous
May 2, 2018 at 12:31 PM

Politik matang dan sejahtera PAS tidak perlu terikut ikut dengan sentimen rasis kerana semua orang maklum dap,umno,mca dan mic semuanya parti perkauman. Rakyat yang matang patut menolak dakyah serta wayang perkauman oleh BN dan DAP. Malaysia sudah lebih separuh abad merdeka dan Islam yang mengajarkan kesejahteraan serta kasih sayang patut diberi tempat dalam masyarakat majmuk tanpa mengira bangsa. Sudah semestinya PAS adalah yang paling relevan dan versatile dalam politik negara,bebas rasuah,konsisten dan berbeza dengan PH dan BN yang hanya memikirkan keuntungan tembolok pemimpin sahaja

Anonymous
May 2, 2018 at 12:34 PM

Dr Ridhuan Tee: DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam?

Sumber : mynewshub

ertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

May 5, 2018 at 6:08 AM

Belum menang lagi setahun Dari sekarang macam macam boleh jadi jangan seronok dulu,

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger