Ingat Syaitan aje Suka... Rupanya ada turut sama..



Apabila Datuk Seri Najib Razak berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.


Saya terus mendapat whatsapp daripada kawan IKRAM yang kini menjadi pengerak utama parti PAN.

Saya jawab mudah aje. "INGAT SYAITAN AJE SUKA..."

Dia terus membalas "Bahasa politik matang, cantik sungguh budi bahasanya.. membarua, membroker dan entah apa lagi sudah jadi normal..."

Saya membalas lagi "SORRY RUPANYA ADA YANG TERASA.."

Saya memberikan perbandingan jika kita berhasrat untuk membuat sebuah masjid contohnya di suatu tempat. Tiba-tiba ada ketua perompak datang memberitahu kita untuk tidak payah bersusah payah, dia ada tempat dan jalan mudah untuk mempercepatkan cadang untuk membina masjid tersebut. Dia juga berkata dia sedia membantu memudahkan masjid itu dibina dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan.

Kita tahu perompak ini bukan boleh dipercayai kerana dia perompak yang licik yang suka berputar belit kata-katanya.

Adakah kita menolak?

Kita juga ingat bagaimana Khalid Al Walid membunuh musuh yang mengucap kalimah syahadah bila tewas dengan mengganggap musuh itu berdalih atau cuba menipu. Khalid pancung musuh tersebut.

Perbuatan tersebut dimarahi oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah berlepas diri atas perbuatan Khalid ini. Rasulullah s.a.w berkata adakah kamu tahu apa ada dalam hati mereka itu?

Cerita ini bagi puak IKRAM yang dah jadi PAN tidak ada-ada apa-apa.
Puak PAN tidak boleh membezakan  antara ORANG KAPIR dengan UMNO yang dah mengucap syahadah. Mana kita perlu utamakan dalam membuat keputusan.

Kalau Ketua perompak nak tolong bantu kita mempercepatkan proses pembinaan masjid adakah kita tolak?

Tidak timbul kita akan diperbodohkan oleh perompak.

TIBA-TIBA
Ketua perompak mengatakan mereka tidak bersedia membantu mempercepatkan pembinaan masjid itu kerana dalam konsensus perompak-perompak mereka membuat keputusan tak setuju.

ADAKAH KITA RASA TERTIPU.

Adakah berita ini boleh digembirakan.
Kalau perompak nak buat baik tiba-tiba tak jadi. YANG BERGEMBIRA adalah SYIATAN.

UMNO Tak jadi nak bentang RUU 355 atas tiket BN kerana dalam konsensus mereka tak bersetuju. PAS bersedia memberi ruang kepada UMNO atas dasar perkara ini lebih mudah.

Adakah PAS tertipu?
Adakah PAS rugi?

Kalau UMNO tak buat PAS sudah pasti akan mengikut apa yang telah lama dirancangkan. Tak timbul gopoh atau sebagainya. Itu semua alasan dan mencari kesilapan untuk membenarkan diri yang tidak suka akan RUU 355. Sebenarnya mereka ini pun sama 2 X 5 dengan UMNO walaupun pada dasarnya menentang UMNO.

Perkara ini bukan perkara yang patut kita suka dan bergembira, sebab Tok Guru Nik Aziz sebut banyak kali dalam kuliahnya kalau UMNO nak buat Islam tak akan wujud lagi PAS. Kita tentang UMNO kerana UMNO tak jalankan Islam.

Kita sedih bila UMNO yang Islam tidak mahu Islam.
Kita juga sedih puak-puak Islam dalam PAKATAN HARAPAN termasuk IKRAM kini telah lari daripada landasan Islam semata-mata mengejar PUTRAJAYA.

Saya sangat sedih bila puak-puak IKRAM antara mereka yang bergembira dengan berita Najib tak jadi nak bentang RUU 355. Merekalah orang pertama memenuhi media sosial dengan copy & paste berita ini.

Adakah IKRAM akan berasa senang hati bila RUU 355 gagal?



Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
March 31, 2017 at 9:13 AM

Laaaaaa.bodohnya komen admin

Anonymous
March 31, 2017 at 9:35 AM

Walaun hanya pandai melabel orang . Pekung sendiri bau mengaum, kata orang plak. Dasar melacurkan agama demi dunia. Tak ada pendirian dan selalu berubah mengikut keuntungan peribadi. Siapa yg kata ye yg hukuman hudud ni adalah 0.0001% dari tuntutan agama. Nampak tak mengkarung berubah bila terancam.

Anonymous
March 31, 2017 at 11:46 AM

Kau tu yg bodoh..

March 31, 2017 at 4:22 PM

Anonymous March 31, 2017 at 9:13 AM
Itu aje anda tahu tulis.

Anda sebenarnya menunjukkkan kebodohan.
Wanita tak suka perangai orang tak ada nama dan suka komen melkarikan diri. Tak ada kejatanan..

March 31, 2017 at 4:23 PM

Anonymous March 31, 2017 at 9:35 AM
Faham tak kepentingan hudud 0.001% (ini kenyataan betul) dengan RUU 355. Rasa kena banyak membaca lagi

March 31, 2017 at 4:23 PM

Anonymous March 31, 2017 at 11:46 AM
itu aje lah boleh tulis.
Dangkal

Anonymous
March 31, 2017 at 9:35 PM

Yang nampak beriman tpi dlmnya tak suka dgn agama itu munafik namanya. Wujud sejak zaman nabi hingga kiamat.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger