Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam facebooknya memaklumkan dia telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran diperingkat Sarjana dalam bidang Polisi Awan di Universiti Oxford.
Dia diura-urakan bakal meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan alasan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
“Ini merupakan satu keputusan yang sukar, membincangkang sama ada untuk meninggalkan bidang politik buat sementara waktu di saat (parti) berdepan dengan saat yang paling penting tahun ini. Atau menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Oxford,” tulisnya di status berkenaan.
Syed Saddiq mempunyai pemikiran politik yang berbeza dengan spesis yang lahir daripada 'usus UMNO'. Politiknya matang berbanding mereka yang keluar daripada UMNO kerana benci Najib.
Februari lalu Syed Saddiq, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), mencadangkan supaya pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mengatur pertemuan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediaman presiden Pas itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya "Bukan sekadar keluar kenyataan contohnya ajak mereka (Pas) datang ke sini (dewan The Clubs, Petaling Jaya). Pergi ke rumah dia sendiri ke rumah (Abdul) Hadi."
Pandangan Syed Saddiq dilihat tidak selari dengan Tun Mahathir oleh sesetengah mereka yang berada dalam parti BERSATU.
Pada Februari lalu juga Syed Saddiq menyebut bahawa ada halangan dikalangan parti BERSATU dan juga PAKATAN HARAPAN untuk dia berceramah di Kelantan di atas pentas PAS.
Mengikut sumber dalaman BERSATU memang ada wujud percaturan politik untuk menukar Syed Saddiq kepada timbalannya Mohd Aizad Roslan untuk menerajui ARMADA.
Adakah BERSATU bakal mengalami krisis lagi selepas Khairuddin dan Ainina Saadudin?
Kita lihat ajelah...
+ comments + 3 comments
Kita akan menawan Selangor kata seorang ketua yang asyik dengan FB tapi tak jarang bercakap dalam Parlimen sambil tersengih sebab mungkin untuk suka-suka.
Tengoklah siapa yg kuasai ppbm tu. Org yg pernah berkuasa dgn rekod buruknya hingga rakyat menolak umno/bn. Skrng nak bercakap pasal keadilan kununnn.
Post a Comment