Rupanya Presiden PKR tak tahu apa dia RUU 355


Dua hari lepas, Dr. Wan Azizah membuat kenyataan dia tak tahu apa itu RUU 355. Dia kata lagi PAS tak memberikan penjelasan tentang RUU 355.

Kalau Dr. Wan Azizah tak tahu tentang RUU 355 habis macam mana kedudukan edaran Risalah PKR yang menampilkan sebuah buku risalah mengenai pendiriannya berkenaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. Buku risalah setebal 34 muka surat berkenaan merupakan terbitan Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.

Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu memuatkan pendirian parti itu berhubung pindaan akta tersebut, berasaskan kepada pendirian presidennya pada 20 Oktober 2016 (Kena jelas bukan berasaskan keputusan ulama dan sebagaianya).

PKR juga akan mengedar buku risalah berkenaan melalui saluran PKR negeri dan cabang PKR seluruh negara terutamanya kepada masjid-masjid, surau dan madrasah.

Saya ada menulis perkara ini di sini. Sila baca.

Habis Wan Azizah sekadar boneka sahaja yang dipergunakan nama oleh 'seseorang' dalam PKR? Patutlah DAP dah awal-awal cadang Dr. Wan Azizah sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan Menang. DAP MEMANG SUKA BONEKA. DAP tak perlu tanding banyak hanya 50 atau 60 kerusi sudah cukup sebab yang jadi PM boneka. DAP hanya minta TPM sahaja seperti kata Tun Mahathir.


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 18, 2017 at 8:47 AM

Kan hadi dah kata ruu355 tu draf je. Dia kata tu sbb ramai yang komplen, usul tu mcm ditulis oleh org yg bukan ahli dlm undang2. Akta 355 bukan takat zina, minum arak je. Banyak lagi spt ceramah tanpa tauliah, poligami tanpa kebenaran. Bila dibentang dan dibahas akan keluarlah detailnya. Mungkin juga dibuat pindaan. Barulah undi. Masa undi tulah dibuat keputusan setuju ke tidak. Bukan undi babi buta mcm geng BN. Depa setuju je ruu kerajaan tanpa bahas. Masa bahas tak dtg. Time undi, sambil masuk dewan angkat tangan kata kami setuju je apa2 yg kerajaaan bentang. Cakap pasal ponteng ni, hadi selalu gak ponteng. Anyway tak kisah la zahid hamidi dah kata kerajaan putuskan utk bentangkan ruu355 tu sendiri. Swpa boleh uaulkan dr dulu,tapi dah strategy nak pecahkan PR, disuruhlah lebai marang. Tu yg nampak usul ruu355 ditulis oleh org yg tak reti perundangan.

Anonymous
March 20, 2017 at 11:21 PM

Alahai kak wan buat2 tak faham. Dah la nak berucap dlm sidang dewan tergagap gagap. Itulah pemimpin yg diangkat cara trpaksa sbb suami kena hukuman. Kesian.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger