Kini Ahli UMNO boleh Hadir Ke Program & Aktiviti PAS
Ramai penganalisis yang cenderong kepada Pakatan Harapan menulis dan membuat analisis kononnya PAS sudah berubah. Begitu juga bekas Ketua Editor Harakah pun membuat analisis yang sama.
Persoalannya adakah PAS berubah?
Saya melihat ramai penganalisis walaupun bertaraf profesor membuat kesimpulan dan analisis tanpa hujah dan fakta yang kukuh. Mereka bercakap atas dasar persepsi dan kekecewaan kerana PAS tidak bersama Pakatan Harapan. Mereka rasa ini masa dan peluangnya UMNO boleh dijatuhkan. Malangnya PAS bersama. Mereka sangat marah kepada PAS. Analisis dan kesimpulan bersifat 'menghukum' membuatkan penganalisisan dan penulis mereka menjadi 'kaku dan basi'
Saya juga pernah berhujah dengan penulis buku. Mereka menjadikan persepsi sebagai 'tuhan' kepada cara penulisan politik mereka sedang Islam mengajar kita bagaimana Islam seharusnya didahulukan dalam semua aspek. Penulis ini masih belum memahami Islam itu adalah "Akidah dan Kaedah". Laillah ha illallah itu ialah penghayatan termasuk dalam gambaran pemikiran. Malang bagi kita kalau gambaran pemikiran kita masih belum Islam.
Siapa tak kenal Rasulullah s.a.w. seorang yang digelar al-amim. Beliau pernah mendamaikan pemimpin Quraisy yang berbalah tentang hajarul aswad. Beliau dia puji mempunyai daya fikir yang cerdas dan bernas menyelesaikan masalah.
Malah semasa di kepung ketika hijrah Rasulullah s.a.w. beliau sempat meminta Saidina Ali menjaga barangan yang disimpan oleh orang Quraisy untuk dipulangkan. Baginda dikenali sebagai seorang yang amanah. Baginda tak bawa lari barangan itu kerana ini peluang dan kesempatan seperti ada pempinan yang kononnya Islam membawa lari kerusi dan jawatan atas dasar itu hak 'mutlak' mereka.
Sifat Rasulullah s.a.w. dipuji. Tapi apa persepsi yang dibina oleh penduduk Quraisy kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah penipu, pembohong, gila kuasa, ahli sihir dan bermacam-macam gelaran yang sangat buruk. Ini dipanggil POLITIK JAHAT BERASASKAN PERSEPSI.
Kita juga tahu cerita bagaimana Nabi Nuh a.s. dimana tidak mendapat sokongan masyarakat kerana ada masyarakat (bukan penganalisis atau penulis) yang cipta persepsi buruk kepada Nabi Nuh a.s.
Pada masa itu, bagaimana ibubapa mengajar anak kecil bahawa orang tua ini adalah pendusta, gila dan bermacam-macam tuduhan sehingga anak-anak kecil mengejek Nabi Nuh a.s. sebagai orang tua yang gila. Tidak hairan Nabi a.s. hidup hampir 1000 tahun hanya mendapat sokongan sekitar 80 orang sahaja.
Bagi saya persepsi buruk PAS bukan ciptaan masyarakat tetapi ciptaan penganalisis, penulis dan mereka yang tidak sependapat dalam pendekatan dakwah dengan PAS. Mereka menghukum PAS dengan tulisan-tulisan dan analisis yang sangat bias dan jahat. Pasal itu kita kena faham persepsi ini ciptaan siapa, penulis atau masyarakat?
PAS tidak berubah, tapi pendekatan PAS berubah dan ada kelainan dengan sebelumnya. Pendekatan politik bergantung kepada keadaan semasa seperti masa, masyarakat, budaya soisla dan sebagaimana. Jadi tidak hairan pendekatan politik PAS berbeza setiap negeri.
Saya pernah mendengar daripada almarhum Ustaz Harun Taib dalam satu program parti mungkin 20 tahun yang lalu, beliau ada mencerita bagaimana untuk mendekati orang-orang UMNO yang sangat taa'sud yang mana orang PAS tak boleh menjijaki tanah rumahnya. (dulu PAS dan UMNO sangat bertentangan terutamanya di Pantai Timur)
Beliau berkata, ahli PAS perlu peka dengan ahli UMNO. Melihat dan mengkaji di mana boleh dimasuki. Dia memberi contoh bagaimana dia mendekati orang UMNO yang keras. Dia kata dia melihat di rumah orang UMNO itu ada beberapa pokok nangka sedang berputik. Dia datang dan memberitahu nak beli buah nangka kerana melihat pokoknya sangat baik (puji).
Orang UMNO bila datang nak membeli dia tak marah dan cakap pokok masih berputik. Ustaz Harun cakap tak apa, saya "cok dulu" (bahasa Terengganu yang bermaksud membuat tempahan buah yang putik itu). Ketika itu dia bercakap sekadar di luar pagar sahaja.
3 atau 4 hari kemudian dia datang lagi. Orang UMNO tanya nak buat? Dia cakap nak lihat putik nangka tu, besar mana dah sekarang? (kerana dah tempah nak beli). Masih bercakap di luar pagar.
Seminggu kemudian datang lagi untuk melihat putik nangka tadi. Tapi kali ini orang UMNO itu ajak masuk dan duduk di tangga (rumah kampung) serta berbual sambil dihidangkan dengan teh 'o' kosong tanpa kuih. Semasa ini jangan bercakap isu politik sekadar bertanya khabar.
Saya tak nak panjangkan cerita ini. Pembaca boleh tahu kesudahannya. Pasal itu Ustaz Harun Taib bertanding di Manir tidak pernah kalah. Siapa tak kenal Ustaz Harun Taib seorang yang dikatakan lebih keras daripada Ustaz Abdul Hadi Awang. Itu persepsi yang dibina oleh orang yang tak suka Ustaz Harun Taib samada dia UMNO atau dikalangan PAS sendiri yang kini telah sudah menjadi PAN.
Perkara yang sama juga dengan isu "Sembahyang Dua Imam" dan "AMANAT HADI". Ada orang PAN kata Presiden PAS tak ikut Amanat dia sendiri. Ini mesti tak faham. Kalau nak jawab hujah bodoh ini saya boleh dikata yang buat amanat ini adalah penjual CD, dia kini dah jadi UMNO. Dulu buat amanat jual dapat untung kemudian dia sendiri jadi UMNO.
Sebenarnya, isu ini perlu difahaman bagaimana pendekatan PAS pada masa itu yang menekankan tentang akiqah dan batas-batas iman dan kufur kerana pada masa itu orang Islam boleh bercakap mudah tentang agama seperti politik tidak ada dalam Islam. Kalau buat hudud nanti boleh makan sup tangan dan sebagainya. PAS mengambil pendekatan yang lebih keras pada masa itu bersesuai dengan kefahaman agama yang sangat sempit.
Saya mendengar Wan Rahim bos parti PAN Kelantan mengatakan dia cuba sekat penyebaran solat dua iman masuk ke Kelentan kerana Tok Guru Nik Aziz tak nak perkara ini berlaku di Kelantan. Dia ni walaupun lama dalam PAS tapi cetek tentang pendekatan Islam, tentang cara dan gaya PAS berpolitik mengikut Islam.
Politik mengikut setempat. Pendekatan juga berbeza bagi setiap negeri. Misalnya Tok Guru Nik Aziz mengeluar kenyataan jika diberi gula kita kacau, diberi kain kita pakai. Cara Tok Guru Nik Aziz untuk mengatasi masalah serangan rasuah UMNO di Kelantan.
Tapi pendekatan ini tidak boleh diamal di Terengganu, Tok Guru Haji Abdul Hadi membuat kenyataan tertutup untuk tidak menerima pendekatan ini di Terengganu kerana bila seseorang mengambil apa yang dirasuahkan oleh UMNO mereka makan benda yang tak betul (haram). Perkara ini boleh merosakkan hati dan akhirnya mereka terlali dan boleh 'lari serta cenderong kepada UMNO'. Orang Terengganu berbeza dengan orang Kelantan. Jadi apa yang nak dihebohkan kerana itu adalah pendekatan politik negeri masing-masing.
Takkan Wan Rahim tak tahu Khalid Samad membuat pendekatan ba'aih TALAK ISTERI 3 dalam PRU-12 di Selangor sedangkan PAS Pusat tak setuju dan negeri-negeri lain tak buat pun. Khalid Samad membela diri dan menulis dia seperti Tariq Ziaq yang membakar kapal. Apa salahnya.
Si Husam Musa pula mengambil idea Khalid Samad di bawa ke Kelantan untuk PRU-13 kerana Kelantan genting pada masa itu hanya tinggal perbezaan satu adun sahaja. Tok Guru Nik Abdul Aziz setuju.
Kini Husam Musa mengatakan Sumpah Bai'ah TALAK 3 ISTERI tak betul. Kan itu namanya SASAU dia yang bawa kepada Tok Guru dia pula kata tak betul.
Sekarang dunia makin maju. Maklumat boleh sampai kepada kita terus melalui media sosial. PAS perlu pendekatan yang berbeza dengan UMNO bagi PRU-14 nanti.
Kalau dulunya PAS terpaksa masuk ke program UMNO tapi kini orang UMNO boleh datang ke program PAS. Malah ada UMNO negeri memberikan kebenaran secara umum kepada ahli UMNO dan disiarkan dalam media mereka bahawa ahlinya boleh hadir dalam program-program tertentu PAS.
Adakah ini politik PAS yang bodoh? Tolong jawab.
Penganalisis, penulis dan sesiapa sahaja yang membuat tuduhan PAS dan UMNO akan bergabung akan kecewa kerana fitnah mereka semenjak 2008 lagi tidak akan berlaku.
Kini 2017 hampir 9 tahun berlalu UMNO-PAS masih berperang dan Insya-Allah, PAS akan bertanding lawan UMNO lagi pada PRU-14 nanti. Kebodohan mereka mempercayai cerita-cerita persepsi tanpa fakta dan bukti yang kukuh akhirnya membuat mereka akan terpinggir dalam PERJUANGAN ISLAM dan menegakkan hukum Allah.
Apa mereka nak jawab dihadapan Allah s.w.t. nanti? Adakah solat dan sedekah mereka mampu menghapuskan fitnah dan tuduhan yang tidak benar yang mereka sebar secara sedar atau tidak sedar itu. Adakah mereka juga akan tergolong dikalangan orang muflis di akhirat nanti?
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”
Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadis Riwatay Muslim 6522)
Blog Archive
-
▼
2017
(151)
-
▼
March
(34)
- Jangan kamu bersedih dengan RUU 355 kerana Allah B...
- Puak PAN + PH kini Sanggup Berbohong Dengan Petik...
- Ingat Syaitan aje Suka... Rupanya ada turut sama..
- Nazri Berjaya “Ganggu” Mahathir
- Patut, PAN Keluar PAS Buat Seminar Pemikiran Asri!
- Kajian Invoke Rafizi Kencing Lagi!
- Aku Ingat Cerdik Hanipa Maidin, Rupanya Bodoh!
- RUU 355, Rafizi PKR & UMNO sama aje!
- Bila parti PAN nak buat Seminar Pemikiran “Tok Gur...
- Bila Pulak Lim Guan Eng jadi jurucakap parti PKR?
- Bersatu Pecah Lagi? Syed Saddiq Akan Letak Jawatan?
- Adakah Mahathir Kini Menghidupkan UMNO Baharu lagi?
- Kenapa PAS Sekarang Tak Berkawan Dengan DAP?
- Parti Ezam Nak Serta PAKATAN HARAPAN? PSM yang lam...
- Pelik, Kenapa DAP Begitu Prihatin dengan PAS
- Pakatan Harapan Memaksa PAS Bertanding bersendirian
- Ahli Panel NUNJI’17 Tapi Kaki Penyebar Fitnah
- Fitnah dah Jadi Darah Daging cybertropper, facebo...
- Jangan berpimpin Peluk Terus Tak Apa!
- PAS-BERSATU, Dia langgar Perjanjian, Dia Salahkan PAS
- Kalah Jawatan Timbalan YDP Nik Abdul Tak Keluar Pa...
- Saya setuju BERSATU sertai Pakatan Harapan
- Siapakah Pimpinan PAN Yang Paling Awal Keluar Part...
- Rupanya Presiden PKR tak tahu apa dia RUU 355
- Sejak Bila Puak PAN dah percaya dengan sebaran fit...
- Kini Ahli UMNO boleh Hadir Ke Program & Aktiviti PAS
- Apa yang Husam buat selama menjadi exco yang boleh...
- Belum apa-apa lagi Mujahid buat kesimpulan menyala...
- Komen santai berkenaan cabaran Dr. Rozaimi Mengena...
- Hindraf Tak Iktiraf pun parti PAN, parti Islam
- Mohd Amar Kalah Tapi Tak Tubuh Parti Baru dan Jaja...
- Pertemuan Dr. Asri, Dr. Khairuddin: Syaitan Menang...
- Dr Asri Jenis Melayu Mudah Lupa Ke?
- Mufti mana pilihan anda?
-
▼
March
(34)
+ comments + 5 comments
"politik PAS yang bodoh?"
Kalau dah SUKA berkawan dengan perasuah, bebankan rakyat(cukai) sedangkan mereka berpoya2, barang harga naik, boros, buat projek(kunun manfaat rakyat, tapi rakyat kene bayar harga tinggi.... kroni untung atas angin), galakkan maksiat, ...
Yang senang... nampak pemimpin2 PAS dengan pakaian blazer dan kereta beso.
Bodoh atau Cerdik ?
Politik bodoh....
PAS takut melayu sama melayu gaduh kaum lain perintah malaysia. Ni kata2 hadi awang. Hadi rujuk pd situasi kini nampak DAP lebih menyerlah dan lebih bnyk kerusi dlm pembangkang. Kalu PAS lwn UMNO, melayu juga yg menang. DAP lwn tempat cina, lawan MCA, cina juga yang menang. DAP dpt bnyk kerusi sbb PAS dan PKR kalah kpd UMNO di bnyk tempat. Sekarang ni UMNO dah lemah, pecah dua, nak pergi bg tongkat lagi. Najib tak salah atas gejala rasuah sbb tdm yg mulakan dulu. Hadi awang sendiri kata tak pe pemimpin rasuah asal dia tak amal sex bebas, minum arak. Lembutnya dgn UMNO tapi dgn parti lain bukan main keras. Nak tanya tuan blog, quran larang gelar org dgn nama yg tak disukai, tak rasa gentar ke panggil parti Amanah, PAN, nama yang tak disukai mereka?
Pusing la selagi boleh haji..dosa sendiri bukan nampak pun..org lain semua salah..tuhan pun nak tipu ka..
Usah layan fitnah Pan. Pas perlu teruskan agenda Islam. Pan hanya parti yg ditubuhkn oleh mereka yg kalah dlm pemilihan parti. Tak dpt jdi pemimpin terus buat parti baru nak balas dendam. Takkan ke mana parti yg macam tu. Tengoklah nanti.
TGHH dah kata, kalau UMNO serahkan 5 negeri untuk diperintah oleh PAS dan lain-lain negeri biarlah UMNO/BN pegang, itu sudah cukup baik. Itulah bentuk fikiran yang menggambarkan PAS memang dengan nyata ingin berkompromi dengan UMNO/BN. Sebenarnya pemimpin PAS sedang kemaruk kemabukan kuasa termasuklah TGHH sendiri yang hanya dapat menjadi MB Terengganu hanya sepenggal. Bukankah bodoh namanya tu, minta pada UMNO/BN 5 negeri. Itu bukannya angan-angan Mat Jenin tetapi adalah angan-angan Mat Tengin!!!
Post a Comment