Kita ‘mungkin’ boleh maafkan Tun Mahathir Jika dia menyesal dan minta maaf



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalannya yang beliau pernah memecat 2 dekad yang lalu dan kemudian menjalani hukuman penjara.

Mahathir, yang kini merupakan pengerusi PPBM menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu “kejadian masa lalu” dan tidak berkaitan dengan hukuman penjara semasa Anwar atas tuduhan yang popular disebut sebagai “Liwat II”, semasa kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang.


Bercakap dalam satu temu bual dengan SBS, sebuah agensi penyiaran Australia, pemimpin berusia 91 tahun itu berkata, pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang bersedia untuk melupakan kes-kes masa lalu dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib.

“Saya tidak menghantar beliau ke penjara (kali ini) dan tidak melihat apa-apa sebab mengapa saya tidak boleh mesra lagi dengan beliau, terutamanya kerana kami mempunyai matlamat yang sama iaitu menggulingkan rejim ini,” kata beliau dalam wawancara yang disiarkan hari ini.

Ditanya sama ada beliau memohon maaf kepada Anwar, yang juga timbalan perdana menteri di bawah era Mahathir dari 1993 hingga 998, semasa pertemuan mereka 5 September tahun lalu, Dr Mahathir berkata, “tidak.”

“Tidak, tidak, tidak. Saya tidak meminta maaf untuk apa-apa. Ia sesuatu yang berlaku masa lalu. Kita tidak boleh meminta maaf atas apa yang berlaku pada masa-masa lalu,” kata beliau.

Bekas presiden Umno menyifatkan pertemuan itu yang pertama sejak Anwar dipecat dari kerajaan dan sebagai ahli Umno pada tahun 1998, sebagai “baik”.

“Ia adalah pertemuan yang baik,” katanya sambil mengakui, Anwar pertama kali dipenjarakan apabila beliau berkuasa dan dibebaskan selepas beliau meletak jawatan (dan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri pada tahun 2004).

“Sekarang beliau berada dalam penjara bukan kerana saya. Ia adalah kerana kerajaan sedia ada. Jadi saya tidak mempunyai masalah dengan itu,” kata Dr Mahathir.

Pada tahun 1998, Dr Mahathir memecat Anwar dari Kabinet dan kemudian dari Umno, dengan menuduh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai homoseksual dan menyalahgunakan kuasanya.

Pada bulan Januari 2006, BBC melaporkan Anwar menyaman Dr Mahathir kerana mendakwa beliau sebagai gay sebanyak 2 kali, pertama pada tahun 1998 dan sekali lagi pada September 2005.

“Bayangkan mempunyai seorang perdana menteri yang gay. Tiada siapa yang akan selamat,” kata Mahathir pada September 2005, sambil menambah, beliau memecat Anwar bagi mengelakkan Malaysia terutamanya Islam daripada mempunyai pemimpin homoseksual, menurut laporan itu.

Sementara itu, merujuk kepada Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata, pakatan pembangkang terdiri daripada orang yang pernah mengkritiknya, tetapi semua telah membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada “isu yang amat penting” iaitu menumbangkan kerajaan semasa yang “kleptokratik”.

“Untuk itu, kami bersedia untuk melupakan masa lalu,” kata beliau.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

Dr Mahathir bertemu Anwar 2 kali dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila muncul semasa perbicaraan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada 5 September tahun lepas mereka bersalam dan berbual ringkas, dan pada 10 Februari lalu mereka bercakap selama kira-kira 40 minit.

Sikap Keluarga Anwar


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pernah ditanya mengenai hubungannya dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang ingin ditumbangkannya.

Pada akhir ucapannya, Nurul mula menerima soalan dan turut bertanya kepada Nazir sama ada beliau mempunyai sebarang soalan yang mendorongnya untuk bertanya: "Bolehkah anda berkongsi sedikit mengenai pertemuan pertama anda dengan Mahathir selepas segala-galanya, adakah begitu mudah untuk memaafkannya?".

Nurul Izzah menjawab dengan mengatakan bahawa kali pertama matanya bertentang dengan Mahathir adalah detik yang amat sukar.

"Anda bercakap tentang hampir 20 tahun yang berlalu, bertahun lamanya berulang alik ke penjara untuk melawat ayah saya.

"Tetapi, saya fikir kita harus memahami bahawa anda mungkin membenci lelaki itu kerana tindakannya, kini anda perlu sedari kewujudannya.

"Bagi saya, saya mengalu-alukan semua untuk menjadi sebahagian daripada agenda reformasi selama mana mereka jelas bahawa tidak ada justifikasi untuk apa-apa jenis diktator atau autokrasi," tambah ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Ramai yang berkata, hebat Puteri Reformasi kerana boleh melupakan apa yang berlaku demi agenda kepentingan rakyat.

Lebai terfikir...
Jika ada orang merompak rumah kita, mencederakan ayah kita.
kemudian dia datang untuk bersama kita tanpa rasa bersalah dengan apa yang pernah dia lakukan. Kita terimanya... Hebatkah kita?

Kalau kita terima dia setelah dia meminta maaf.. mungkin suatu kehebatan yang diluar dugaan. 20 tahun dihina boleh maaf atas permintaan maaf.

Tapi kalau 20 tahun dihina boleh maafkan walaupun sampai sekarang Mahathir tak rasa bersalah. ITU HEBAT KAH?? Lebai lebih berpendapat suatu yang bodoh..

Luar kotak lebai nak fikir!


Lebai pun hairan dengan kumpulan yang mengelarkan dirinya OTAI REFORMASI. Mereka ini dibelasah polis, ada yang kena lokap dan tidak kurang ada yang dipenjara. Mereka pun sama boleh terima Tun Mahathir yang tak pernah meminta maaf dan tak rasa bersalah atas apa terjadi. Lagi mengharukan Tun Mahathir pula dijadikan pemimpin mereka.

Suatu diluar kota pemikiran juga!

Satu lagi lebai nak bawa pembaca berfikir. Ada kawan-kawan lebai dikalangan penyokong kuat PAKATAN HARAPAN berkata lihat Mahathir umur 91 tahun masih bersama untuk jatuhkan Najib yang kleptokrasi (istilah ini yang mungkin Mahathir terselamat dikaitakan). Kawan lebai berkata, Mahathir boleh memilih untuk berada ditempat selesa dengan apa yang dia ada tanpa perlu fikir pasal rakyat dan Najib. Tapi Tun memilih untuk rakyat

Hebatkan Mahathir!!!


Kalau apa yang dibawa Mahathir ini benar, dia pun 'istiqamah' apa yang dia kata kepada Najib. Kita anggap Tun Mahathir tidak ada agenda lain melainkan jatuhkan Najib demi rakyat.

Bolehkah kita anggap apa yang Mahathir buat kepada Anwar itu benar dan Mahathir 'istiqamah' apa yang dikatakan kepada Anwar sehingga hari ini dan dia rasa dia tak perlu minta maaf kerana dia benar. Kanapa orang benar perlu minta maaf?

Jadi 20 tahu kita diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim??
Anda penyokong Pakatan Harapan boleh terima??

Atau anda sendiri keliru dengan PAKATAN HARAPAN?
Kenapa anda tak boleh bersama PAS memabawa agenda Islam kerana dengan Islam sahaja kita selamat.


Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
May 14, 2017 at 1:48 AM

Ni blog Lebai Malang Dam Haji mana ni???. PAS ni Islam ke bana apa kalau terang terang memilih bersekongkol dengan musuh yang terbukti perasuah dan penyeleweng sekian lama?. Mana lesap dan tenggelam nya Amanat Haji Hadi Awang anda itu?. Hanya kerana belum tentu dapat laksanakan hudud, Lebai Malang & Dam Haji lebih rela kerajaan perasuah dan perompak hak rakyat terus berkuasa?. Memang Lebai Malang betullah. Lebih Malang Lebai ini, orang yg teraniaya secara terus oleh Mahathir boleh memaafkan musuhnya yang beliau yakin kini tidak seburuk sebelumnya. Lebai Malang yang tak terkesan secara langsung pula nak lebih lebih pula. Dari sudut ni aku nampak berkali ganda baik Anwar Ibrahim yang bukan Lebai pun berbanding hanga yang mengguna title Lebai dan Haji. Elok hang buang title ni lah, buat buruk dan kotor nama lebai dan haji haji lain yang tak seburuk perangai hang. Kesian la aku tengok Lebai Malang jenis Dam Haji macam hang ni.

May 14, 2017 at 2:23 AM

Lebai tu kan korang yang suka cakap, pak asan nak buktikan yang lebai tu wujud :D Ape cite ni bersekongkol dengan perasuah & penyeleweng ? baru keluar gua ke. pru14 masih lawan umno/bn. Tetiba nak ungkit amanat tghh pulak..

May 14, 2017 at 10:36 PM

Anonymous May 14, 2017 at 1:48 AM
Rasanya baru kenal politik setelah lama berada dalam UMNO. Politik ini ada banyak sepak teranjang yang perlu kepada 'permainan' bagi menyerat musuh.

Anonymous
May 14, 2017 at 11:49 PM

Alkisah,asal usul pkr kebanyakan dari umno yang sudah biasa bergelumang dgn najis dan tahi,bila ditendang keluar oleh Mahathir dari Tong Najis sbb Mahathir tak sanggup berkongsi najis lalu tertubuhlah PKR,kononya bersih dari najis,PAS cuba bersihkan najis yg ada pd PKR tp malangya ia sudah sebati dan menjadi darah daging akhirnya mereka kembali bersama Mahathir utk menjilat sisa najis dan tahi yg bakal ditinggalkan Najib

Anonymous
May 16, 2017 at 10:03 PM

Madey buat kerja utk kepentingan diri dan kroni. Dah banyak kerosakan yg berlaku semasa berkuasa dulu sampai ada yg panggil mahafiraun. Sekarang tak perlu anggap mahafiraun jdi baik dan dah taubat.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger