Mahathir Daripada Mahazalim kini “Maha Alim” tak perlu minta maaf atas dosa lalu!


Hari ini lebai terbaca artikel Tun Mahathir, bekas Presiden UMNO 22 tahun yang kini membina parti baru BERSATU mengutuk PAS kononnya tak ikut ajaran Islam dan menyeleweng agama.

Kata Mahathir terpulanglah kepada ahli PAS sama ada mengikut ajaran Islam atau terus membaiah dan taksub kepada parti dan pemimpinnya yang berjuang untuk nafsu di dunia.

Oleh kerana ada beberapa pimpinan yang nampak menggunakan kereta mahal dan mewah, itu dikira ikut nafsu dunia. Sedangkan Islam ada menyebut "kuda perang yang baik". "Unta Merah"... ini tidak difahami oleh Tun Mahathir, sebagaimana dia tak faham berjangut tu kerana tak ada gillate (pisau cukur).

Maaf lebai tak nak letak gambar kereta..
pasal lebai rasa tak mewah mana kereta berkenaan

Mereka tak nak tahu kenapa Nik Abdul Abdul misal ada kereta mewah disebabkan pecahnya syarikat Jus Tok Guru dan dia dapat sedikit imbuhan dengan kereta itu. Bagaimana bisnis Dr Khairuddin yang boleh diberikan kereta mewah kepada keluarganya. Mereka tak faham perniagaan kereta terpakai menyebabkan menantu Tok Guru boleh menggunakan kereta yang nampak macam mahal. Mereka juga tak faham bagaimana anak yang belajar luar negara boleh beli kereta mewah yang akhir mereka menuduh Mursyidul Am PAS mempunyai kereta mewah. Mereka tidak faham bagaimana Ketua Penerangan PAS Pusat yang kadangkala perlu perjalanan melebih 1000 km sehari dan dia perlukan pertukaran pakaian dan rehat dalam kereta yang menyebab Nasruddin Tantawi ada kereta macam mewah.

Ini dimaksudkan "kuda perang yang baik"dan "Unta Merah"

Mereka berfikir lebai PAS perlu pakai kereta buruk, basikal atau motorsikal. Baru nampak ISLAM. Ini pemikiran 'profesional' dalam PAKATAN HARAPAN yang dulu tuduhan ini UMNO yang bawa  tapi kini dimainkan oleh PAN yang kononnya lawan UMNO tapi perangai dah macam UMNO.

Lebai tak hairan dengan Mahathir kerana dia ini 'kepala penyamum umno' 22 tahun. Jadi bila dia kuar UMNO dia masih ada tabiat UMNO.

Umur 91 tahun ni sesetengah orang dah nyanyuk. Tapi Mahathir rasa tak nyanyuk... Dia mana ada cakap berbelit atau u-turn. Tak percaya??? Cuba dengar cakap Mahathir zaman dulu.




Kan sama dengan sekarang, DAP dan Lim Kit Siang tu tokoh politik yang akan membantu ISLAM di Malaysia!

Mahathir sekarang sudah MAHA ALIM, dia akan mengajar cara politik Islam. Macam Lim Kit Siang mengajar Islam dalam ceramah G18 (sekarang jadi PAN) di Kelantan.

Mahathir tak perlu minta maaf atas apa kesalahannya duhulu, sebab Mahathir tahu puak-puak PAKATAN HARAPAN boleh diperbodohkan semacam dia perbodohkan rakyat 22 tahun ketika menjadi PM dan Presiden UMNO.

Kesian nasib Otai Reformasi...
Lebih 18 tahun korban diri untuk reformasi akhirnya dicucuk hidung oleh Tun Mahathir...



Share this article :
 

+ comments + 3 comments

May 17, 2017 at 5:31 PM

Melayu mudah lupe..

Anonymous
May 18, 2017 at 10:47 PM

Pembangkang ni pelik lah...klw tak sokong dorang..walau pun pas atau apa2 parti pun..walau bersendirian tetap akan mereka fitnah macam2...

May 19, 2017 at 6:47 AM

KEMUNGKINAN BESAR, PAS akan memerintah Malaysia lepas pru14.
Tanda2nya SEMUA PEMBANGKANG kutuk PAS yang juga pembangkang. Sepatutnya SEMUA pembangkang kutuk UMNO BN.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger