Berbondong tu maknanya 230 sebulan jadi ahli...


Lebai terbaca akhbar parti PAN, Amanah pada muka hadapannya memberikan tajuk "BERBODONG SERTAI PARTI PAN". Akhbar 'sponsor' Khalid Samad ini cuba untuk memberi keyakinan kepada masyarakat kononnya parti PAN sekarang mendapat sambutan hangat oleh masyarakat.


Lebai telah menulis dengan angka yang hampir 'detail' mengenai kedudukan keahlian PAN dan lebai khususkan kepada negeri Kelantan bermula 2016 sehingga sekarang 2017. Anda boleh baca di sini.

Lebai menunggu komen ilmiah daripada mana-mana pembaca yang ber'mazhab' PAN untuk menafikan penulisan tersebut dengan HUJAH dan FAKTA, tetapi sehingga sekarang tak ada... yang ada komen bodoh dengan emosi yang rasa tak perlu lebai layan.

Lebai beri angka tepat April 2017, pejabat PAN Pusat menjalaskan melalui ahbar PAN online MalaysiaDateline yang mengatakan bahawa keahlian Kelantan adalah 49% keahlian PAN pada April 2017 dengan membawa maksud bahawa keahlian PAN keseluruhan negara bagi April 2017 adalah 230 orang sahaja. Dalam pen'detail'an angka berkenaan negeri Terengganu pada April 2017 tiada seorang memohon menjadi ahli berbanding dengan Sarawak hanya ada seorang.

Itu fakta sangat lucu untuk Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu, Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Jadi untuk menjelaskan maksud berbondong yang diwar-warkan oleh akhbar Amanah yang kini Zul Solong jadi peneraju dibantu oleh Taufek dan Lutfi, lebai suka membawa beberapa gambar berfokus kepada aktivivi PAN Terengganu (pasal angka keahliannya menarik) untuk pembaca berfikir secara rasional.



Gambar-gambar di atas adalah operasi menyalin maklumat daftar pemilih di pejabat SPR Negeri Terengganu untuk urusan semakan daftar pemilih RDPT 1/2017 pada 14 Mei 2017. PAN terpaksa bawa komputer dan "scanner" sendiri untuk dapatkan salinan akibat tindakan terbaru SPR dengan tidak mengedarkan salinan RDPT.

Lebai ada menulis mengenai Jentera Pilihanraya parti PAN yang keahliannya 20 orang sahaja dimana Dr. Hatta Mohd Ramli yang sebelum ini mengetuai Jentera Pilihanraya PAS yang ada 30 keahlian mengecilkan bilangannya kerana kekurangan tenaga kerja termasuk ahli. Anda boleh baca di sini dalam artikel "
Dengan Ahli 1458 orang Mampukan Parti PAN bertanding 40 Dun di Kelantan?"

Salah satu unit penting dalam Jentera Pilihanraya ialah "DAFTAR PEMILIH". Unit ini membantu parti untuk membuat semakan daftar pemilih, membuat bantahan, menyemak senarai pemilih atau pengundi bagi setiap lokaliti. Mendaftar pemilih baru dan beberapa tugas lagi.

Keahlian sesuatu Unit Daftar Pemilih bergantung kepada Peti Undi yang ada pada satu-satu DUN. Paling baik bagi setiap DUN memerlukan sekurangnya 20 keahlian yang pakar dalam menganalisis data serta mahir komputer. Bilngan minimum ialah 10 orang. Oleh kerana kita fokus Terengganu dalam artikel ini, lebai memberikan angka berdasarkan DUN di Terengganu.

Terengganu ada 32 DUN yang memberi maksud sekurangnya parti itu memerlukan sekurang-kurangnya 320 orang yang akan membuat anlaisis daftar pemilih bagi setiap DUN (ini angka paling menimum).

Agaknya PAN Terengganu mencapai 'target' minimum? Ahli PAN Terengganu 484 orang (itu pun hampir semua ahli IKRAM di Terengganu diwajibkan menjadi ahli PAN). Kalau 320 digunakan untuk Unit Daftar Pemilih. Ada 19 lagi Unit Jentera Pilihan Parti PAN, agaknya siapa nak isi?

Tak hairan Raja Bahrin, Pengerusi PAN terpaksa bersila membuat kerja-kerja 'pejabat' ini. Tak apa sekurang PAN boleh jaja lihat bertapa hebatnya Raja Bahrin bersama turun ke bawah dalam kerja-kerja menjayakan PAN Terengganu... Ini pemimpin contoh dan boleh menutup PAN tak ada orang nak buat kerja.

Cuba engkau orang bayangkan tempat Raja Bahrin itu engkau tukar dengan Dato' Husin Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru. Bersila sedang 'scanner' daftar pemilih... ini mungkin tanda-tanda awal baru dunia nak kiamat!

Kalaulah keahlian PAN berbondong-bondong

Tak mungkin Raja Bahrin bersila buat kerja yang bukan kerja seorang Pengerusi parti. Hadir bersama, untuk tunjukkan sikap kepimpinan itu normal tapi buat kerja kerana tak orang itu UNNORMAL. Makna parti tak lama akan mampus!


Dulu UMNO yang suka buat kerja bohong kononnya ahli PAS keluar parti masuk UMNO. Kini kerja UMNO ditiru oleh PAN. Cakap lawan UMNO tapi perangai jahat UMNO ditirunya.

Jadilah buat kerja bodoh, masyarakat Malaysia sekarang bukan macam 10 tahun lalu yang sangat 'buta' maklumat. Apa yang disogok semuanya mereka percaya. Dunia sekarang kalau PAN KENCING RAKYAT hari ini, esoknya seluruh negara tahu PAN kaki PENIPU!



Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
May 18, 2017 at 8:51 AM

Dulu kita hairan mcmana puak2 arab boleh tidak bersatu menghadapi ancaman Israel...skrg fenomena sama melanda org Melayu...dulu kita hairan mcmana org arab boleh bersekongkol dgn yahudi...skrg kita pulak yg menghadapinya.
Skrg arab dipecahkan mengikut arab dan bkn arab...sunnah dan syiah...sunnah arab sunnah turki sunnah kurdish...tgkla nanti mcmana kita dipecahkan demi.jurang antara sesama.kita dibesar2kan...pokoknya bukan memcari kebenaran tetapi perpetual state benci membenci...membentuk bara...api dalam sekam...tgk syria...hanya beberapa siri letupan disebelah sini dan sana utk menukar bara menjadi letusan gunung berapi...semoga Allah terus memelihara Tanah Melayuku

May 18, 2017 at 6:57 PM

PAN datang cakap pada kita: "MARILAH bersama kami, PAN... bila dah menang, kita buat negara Islam".

PAS cakap terus: BERJUANG TEGAK NEGARA ISLAM.

BEZA perjuangan berSYARAT dengan TANPA SYARAT.

Anonymous
May 27, 2017 at 8:25 AM

Pan bukan parti yg menegakkan Islam. Klu dah ikut telunjuk dap dn dapat dedak lgi mana berani sebut pasal Islam. Tumpang semangkuk dgn dap ada.

Anonymous
May 27, 2017 at 8:26 AM

Pan bukan parti yg menegakkan Islam. Klu dah ikut telunjuk dap dn dapat dedak lgi mana berani sebut pasal Islam. Tumpang semangkuk dgn dap ada.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger