Berbuka Puasa Untuk Diperkudakan oleh DAP


Lebai telah menulis sebelum ini artikel bertajuk "Orang Islam Sibuk Berpuasa DAP Sibuk Berbuka Puasa".  Ini kira 'Chapter 2' daripada artikel sebelum ini. Setiap artikel di blog adalah merupakan suatu pandangan peribadi penulis, jika tidak setuju anda boleh kemukan hujah balas atau artikel balasan. Kenapa pilih cerca maki. Mana sifat parti AMANAH (PAN) yang dikatakan profesional?

Mana akhlak IKRAM yang kini cuba menguasai AMANAH (PAN)?

Lebai rasa bertanggungjawab untuk membetulkan fakta dan maklumat yang diselewengkan oleh puak-puak AMANAH (PAN) sehingga ada yang buta maklumat membuat tuduhan yang tidak sepatutnya. Ok kalau tak setuju sila berikan hujah anda kita lihat fakta siapa sebenarnya yang betul dan siapa yang sebar fitnah sehingga porak peranda berlaku dalam PAS. Fitnah seperti kata Saidina Umar akan membakar sesiapa yang menghidupkannya. 


Lihat bagaimana dirasai oleh Ahmad Awang apabila dia menghidupkan fitnah kepada pimpinan PAS pada muktamar PAS ke-55 yang akhirnya membakar dirinya sendiri. (Anda boleh baca di sini). 


Semalam DAP menganjurkan “Bicara Buku Becoming Hannah” oleh Sasterawan Negara, Datuk Samad Said, di Galeri Sejarah KKB, Kuala Kubu Bharu, Selangor.











Lebai setuju dengan kenyataan Dr. Kamarul Azman yang mengatakan tindakan DAP memperkudakan Datuk Samad Said untuk mempertahankan Hannah Yeoh ini sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan negatif ke atas dakwaan dia, malah memperkukuhkannya pula bahawa DAP akan membuat apa sahaja demi mencapai matlamatnya.



A. Samad Said menyertai DAP pada 13 Jun 2015 dan diumumkan sendiri oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, di Gua Musang. Sehari selepas penyertaan beliau ke dalam DAP, portal berita The Malaysian Insider terus sahaja mengeluarkan kenyataan Datuk Samad Said bahawa “saya bersedia jadi hamba bukan jadi pemimpin” dan “terpulang kepada parti sebab saya jadi hamba kepada parti”. (anda boleh baca di sini kerana Malaysian Insider telah ditutup dan artikel TMI ini diarkibkan oleh Tranungkite)

Ada yang mengatakan orang-orang sastera macam A. Samad Said ini tindakan dia orang berbentuk kiasan dan sinis. Pak Samad masuk DAP & nak jadi hamba DAP sebab nak memberitahu kekecewaan yang amat sangat dengan kondisi semasa yang sedang melanda bangsa Melayu. Lebai rasa ada sedikit betul tapi takkan nak jual agama menjadi pembela agenda kristianisasi.

Lim Kit Siang pula yang berpengalaman lama dalam politik akhirnya dapat menjinak dan memperkudakan JAGUH BANGSA MELAYU, sasterawan negara ini untuk agenda DAP terutama agenda Kristianisasi.


Kita bukan tak suka orang bukan Islam berbuka puasa dengan orang Islam. Malah Kuil Buddha Dharmarajika, Bangladesh menyediakan makanan untuk berbuka puasa bagi orang Islam miskin di sana. Ketua Sami kuil berkenaan Shuddhanando Mohathero berkata projek itu adalah menolong masyarakat miskin Islam dan menguatkan hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam.

Itu kita tak tentang, malah bersetuju. Tapi pasal DAP kita tak percaya sebab banyak bukti.



DAP juga sebelum ini yang cuba menguasai PAS dengan memberikan sokongan kepada kumpulan PASMA dan GHB akhirnya DAP memperuntukkan wang yang besar bagi menjayakan parti AMANAH (PAN) yang ada kenal sekarang.

Memang kalau ada berbicara dengan rakan-rakan AMANAH (PAN) mereka berkata mereka nak menguasai PAKATAN dan DAP sekadar 'anak tangga' sahaja. Selepas berjaya menawan Putrajaya dan memerintah nanti kita akan buat Islam. Tapi hakikatnya DAP lebih bijak, AMANAH (PAN) sekadar kuda tunggang. Mereka akan hentikan DEDAK bila hampir PRU-14 nanti. Akan lihatlah AMANAH (PAN) 'menyembah' DAP dan tercatatlah sejarah mereka sekadar 'kuda-kuda tunggangan' DAP.

Apa komen anda??

Lebai juga setuju dengan pendapat kawan-kawan Dinsman "kemasukannya dalam DAP itu akan merosakkan pengiktirafan awam bahawa kedudukan atau statusnya adalah di atas dan mengatasi mana-mana parti politik".

A. Samad Said seperti Tun Mahathir yang menjilat ludahnya sendiri. Baca di bawah...

HAI MELAYU..
(Pengarang : A Samad Said)

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi Jaga,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,
kau cuma tahu bergaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....




Share this article :
 

+ comments + 11 comments

Anonymous
May 29, 2017 at 10:00 PM

Hanya pengkhianat dan munafik liberal yang sanggup berkerjasama, bersekutu dan bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin parti kafir harbi yang amat memusuhi agama Islam dan umat Islam.

Ini bererti pengkhianat dan munafik liberal sanggup menjual maruah diri mereka sendiri semata-mata untuk mengejar seguni dedak cap roket. Maka kita tidak merasa hairan melihat mereka merelakan diri mereka diperkudakan oleh Lm Gone End dan kuncu-kuncunya.

Puak kafir harbi tersenyum riang melihat kebodohan badut dan pelawak Melayu 'Islam' menjadi sanggup balaci mereka untuk menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous
May 29, 2017 at 10:05 PM

Pembetulan komen May 29, 2017 at 10:00 PM:

Puak kafir harbi tersenyum riang melihat kebodohan badut dan pelawak Melayu 'Islam' yang sanggup menjadi balaci mereka untuk menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous
May 29, 2017 at 10:15 PM

GHIROH (RASA CEMBURU) OLEH HAMKA

Ghiroh dalam konteks beragama
adalah konsekuensi dari Iman itu sendiri.

Orang yang beriman akan tersinggung
jika agama (Islam)nya dihina.

Bahkan agama (Islam)nya itu akan didahulukan
daripada keselamatan dirinya sendiri.

Ini petanda masih adanya ghiroh
di dalam dirinya.

Jika agama (Islam) mu, nabi mu, kitab mu dihina
dan engkau diam sahaja,
jelaslah ghiroh telah hilang dari mu.

Jika ghiroh telah hilang dari hati,
gantinya hanya satu iaitu kain kafan
sebab kehilangan ghiroh sama dengan mati.

May 30, 2017 at 7:26 AM

dahi hitam hati pun hitam sama. agaknya berapa orang yang tertarik nak masuk islam dengan dakwah Pis tu. yNg si Bala yang kata pernah mimpi jumpa nabi banyak kali pun tak langsung taertarik masuk islam. agaknya kenapa lebai.

Anonymous
May 30, 2017 at 8:00 AM

Berbuka puasa@iftar adalah ibadah...kita nak tunjukan ibadah kepada Allah atau kepada DAP

May 30, 2017 at 8:02 AM

Ikan
Bapa saudara nabi tak masuk Islam
Kenapa Nabi tak pandai dakwah ke?
kenapa anda tak hidayah itu hak Allah??

Anonymous
May 30, 2017 at 3:00 PM

Masa pas dlm PR ada tak majlois bebuka mcm skrg ni bagi non muslim. Masa tu dikira apa ya. ada komen apa2 tak masa tu. Kemunafikan manusia akhir zaman semakin terdelah. Jgnlah menulis hanya utk menutup kebenaran. Adake dlm ajaran islam yg kata tak bole bebuka besama non muslim. Jgnlah jadi khadam tunggangan dajal demi habuan duniawi. Nauzubillah.

May 30, 2017 at 5:03 PM

Anonymous May 30, 2017 at 3:00 PM
faham tak artikel itu?? Berbuka tak salah yang salah kamu pergi bela agenda kristinasasi sebelum majlis berbuka. Tolong rasional dan terbuka fikiran anda

May 30, 2017 at 10:49 PM

Nak berbuka dgn org kafir x jd masalah jika mereka lunak dgn Islam. Bkn kafir harbi yg terang2 berpura2 berbaik2 dgn Islam. Semoga tuan bkn dari kalangan org yg Allah matikan hati atau munafiq.

May 31, 2017 at 3:12 PM

spekulasi dan masih dlm pandangan penulis sahaja... Imam Al Ghazali pnh ckp kamu tidak akan tahu sesuatu jemaah itu betul atau tidak selagi kamu tidak menyettai jemaah tersebut... spekulasi dan pandangan ini masih jatuh kpd perkara yg tidak pasti... klu benar selamatlah klu tk benar jatuh fitnah lah...

Anonymous
June 3, 2017 at 2:49 PM

Klu tak puasa bukan berbuka namanya. Itu makan biasa. Klu makan dn ada niat nk sokongan politik itu makanan org politik. Berpolitik klu tak disandar kpd agama akan berkecai akhirnya.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger