Apa Rasionalnya, Kesilapan Teknikal Dr Norlela Ariffin Sehingga DAP Menyiksa RAKYAT?


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyekat peruntukan ADUN PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin sebagai denda kegagalan beliau menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lalu.


Perkara itu disahkan oleh Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad.

“Pada hari berkenaan telah berlangsung satu majlis rasmi yang amat penting bagi negeri Pulau Pinang iaitu Istiadat Mengangkat Sumpah Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Sudah tentu dalam majlis penting seumpama ini kehadiran anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri terutama Adun-adun adalah amat penting lebih-lebih lagi Adun dari kalangan parti pemerintah." Kata LGE.





Dr. Norlela Ariffin ada mmebuat keenyataan mengenai perkara ini dalam facebooknya. 
Dr Norlela menulis di laman sosial Facebooknya melahirkan rasa bimbang apabila peruntukan untuk kawasannya telah ditahan atau ditarik balik sehingga September 2017 atas alasan gagal menghadiri majlis istiadat itu.

Dr Norlela berkata keputusan itu dimaklumkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Negeri pada 12 Mei lalu yang dipengerusikan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Katanya, beliau bukan sengaja untuk tidak hadir sebaliknya mengikut arahan pimpinan parti supaya Adun PKR negeri hadir pada Konvensyen PKR yang kebetulan berlangsung pada tarikh yang sama.


“Saya ikut arahan pimpinan untuk kekal di Konvensyen PKR Pulau Pinang dan hanya Exco, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Presiden PKR yang pergi ke majlis rasmi berkenaan.


“Sebab pimpinan-pimpinan PKR seperti Naib Presiden, Nurul Izzah, Rafizi dan naib-naib presiden akan berucap selepas perasmian dan kami wakil rakyat biasa yang tak ada jawatan diminta kekal sebagai hos supaya masih ada Adun PKR Pulau Pinang yang berada di konvensyen berkenaan,” tulisnya.


Dalam tulisannya juga, Dr Norlela bimbang disebabkan tiada lagi peruntukan di kawasannya akan mengganggu semua perancangan yang dilakukan untuk program Ramadan dan sambutan Hari Raya kerana perlu simpan duit yang terhad untuk kecemasan sahaja.


“Saya tak ada peruntukan untuk memberi bantuan kecemasan kepada mangsa bencana seperti kebakaran, ribut dan banir sekiranya berlaku selepas ini malah saya juga tidak ada peruntukan untuk memberi wang ihsan atau pendahuluan sekiranya ada penduduk di kawasan saya mengalami kemalangan, sakit ataupun kematian.


“Disebabkan peruntukan ini ditahan, saya tidak dapat menyalurkan bantuan kecemasan kepada orang susah, tidak dapat memberi sumbangan untuk aktiviti yang diadakan di dalam kawasan selain membantu mereka yang ingin membuat majlis berbuka puasa, moreh dan lain-lain,” katanya.


Lebai pelik juga, kesilapan teknikal macam ini DAP ambil suatu yang besar dan hukuman ini bukan memberi kesan yang besar kepada Dr. Norlela tetapi adalah lebih berkesan kepada rakyat di DUN Penanti. Ini menyusahkan rakyat.

Betul ada penjilat DAP kata rakyat boleh memohon melalui pejabat Ketua Menteri, peruntukkan ini hanya tak disalurkan kepada Dr. Norlela sebagai denda.

Lebai fikir ini pemikiran UMNO, dulu UMNO sekat royalti tukar jadi wang ehsan dan kena ambil melalui pejabat perhubungan UMNO. Rupanya DAP ni lawan UMNO secara luar tapi kepala hontak mereka sama aje!!

Atau??
DAP dah lama nak buli Dr. Norlela yang banyak mengkritik perjalanan kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP yang nampak elok tetapi berulat di dalam.





Ada juga maklumat lebai terima ini bukan permainan DAP sahaja tetapi dibantu oleh "The Three Stooges" dalam PKR sendiri yang terdiri Rafizi serta Saifudin Nasution. Apa taknya mereka nak kerusi ADUN Penanti.


DAP dan PKR mengamalkan politik kotor saling tak tumpah seperti UMNO. Mereka mencantas mana-mana pimpinan yang tidak serasi dengan mereka.



Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 19, 2017 at 1:25 AM

And depa kata dalam PH takdak big bro small bro

Anonymous
May 27, 2017 at 8:21 AM

Nama je berbeza tpi perangainya sama. Bukti politik yg tak bertunjangkan agama tidak membawa kebaikan.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger