Plat kereta www 1 punya pasal

Susulan pembelian nombor WWW 1 oleh Sultan Johor yang berharga RM520,000 beberapa pertikaian tentang perkara ini telah wujud iaitu bagaimana kerabat raja yang menggunakan wang rakyat untuk membeli plat semahal itu, sedang banyak perkara manafaat boleh dibuat.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim berkata bahawa kerabat Diraja Johor tidak pernah ambil satu sen pun duit kerajaan malah peruntukan wang disalur kepada Yayasan.


Ulasan ini adalah menjawab sindiran tajam DS Nizar Jamaluddin dalam twitternya yang mempertikaikan kegunaan wang oleh orang-orang besar membidal plat WWW. Kenyataan DS Nizar dilihat secara umum walaupun membidas beberapa pimpinan Barisan Nasional adalah menyingong perasaaan kerabat di Raja.

Ekoran daripada kenyataan itu DS Nizar telah sahkan oleh Polis Johor sedang menyiasat kenyataan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di bawah Akta Hasutan. Ramai yang mempertikai bagaimana begitu cepat polis bertindak?

DS Nizar dalam kenyataannya berkata itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian. Kenyataan ini adalah menjawab pertanyaan pemberita akhbar Sinar Harian semalam.

Adakah membuat teguran kepada sultan atau kerabat diraja boleh dikatakan menghina? Sultan tidak maksum dan penghormatan kepada Sultan adalah sebagai simbol bukan dalam bentuk sembahan. Itu itipati daripada twitter Dr Mohd Asri.


Sebab itu setiap kenyataan tentang sultan haruslah diselami dengan baik. Jika pihak yang terbabit terutama kerajaan menggunakan perkara ini kepentingan politik, bukan sahaja kerajaan, malah polis dan intitusi raja juga akan tercemar.

Odahlah bermain politik, pandanglah positif setiap teguran rakyat.









Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger