Nasaruddin Mat Isa: Bagaimana Kita Menangganinya?

Akhir-akhir ini tak banyak isu-isu dalaman PAS terkeluar dalam media terutamanya media internet. Apa yang dilihat suatu yang baik dan subur terutamanya apabila hasrat untuk ke Putrajaya menjadi satu daripada misi pilihanraya ke-13 nanti.

Saya melihat ada sedikit kemantangan dalam menanggani isu-isu dalaman parti terutama jika melibat suatu perkara yang besar.


Malangnya telahan saya agak meleset sama sekali apabila, Harakahdaily menyiarkan suatu kenyataan daripada Pemuda PAS Kelantan berhubung dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Saya tak pasti kepada Harakahdaily begitu beriya-iya menyiarkan gambar tersebut, seolah memberi senjata kepada musuh untuk menikam PAS.

Saya tak nampak Ustaz Nasarudin Mat Isa menjadi kudis besar kepada PAS, malah saya pun beranggapan begitu kepada Dr Hassan Ali walaupun dia bergiat dalam pentas-pentas musuh. Tapi saya gusar dan kecewa apabila Harahdaily membuka ruang untuk perkara ini, sehingga blogger berlumba-lumba untuk membuat kecaman & komentar.

Syabas kerana kita telah berjaya mengalih isu. Malah kita juga sama-sama membantu Utusan Malaysia dalam penyebaran berita ini. Kita juga bangga boleh mengambil gambar daripada Utusan Malaysia yang kita kata sebelum ini 'suara dajal'.

Bila saya mengenang PAS zaman dulu, saya hampir menitis air mata. PAS dulu pun tak sebaik sekarang, ada banyak isu dalaman. Tapi cara penyelesaian cukup baik. Adab dan ukhwah dijaga.

Dulu Ustaz Nakhie Haji Ahmad pernah baling kertas kerja dalam mesyuarat Harian PAS Pusat kepada pimpinan PAS. Malah dia melarikan diri tidak hadir dalam Mesyuarat Agung PAS.

Berita dan peristiwa ini dijaga dengan baik, sehingga dalam Muktamar ketidak hadiran Ustaz Nakhie tidak begitu heboh. Saya sebelum mendapat maklumat sebenar hanya mengetahui kononnya Ustaz Nakhie pergi keluar negara untuk menyambung pelajaran. Ada rasa tak puas hati takkan masa ini nak sambung belajar.

Musyidul Am masa itu Yusuf ar-Rawa, Presiden PAS, Haji Fadhil Mohd Nor dan Timbalannya Ustaz Abdul Hadi Awang cukup bijak memainkan peranan.

Ustaz Hadi pada masa itu agak cemerlang dan hebat, sebagaimana budak-budak baru yang kagun dengan Ustaz Azhar Idrus. Walaupun ada percalonan untuk beliau menjadi Presiden tapi dia menolak, banyak tahun penentuan dalam PAS dibuat secara syura.

Tapi sekarang kita berlumba-lumba untuk mendedahkan pekung, malah ada yang bangga dengan pekung. Pekung sebenarnya kelemahan kita. Kita juga tidak segan silu menjatuhkan satu sama lain.

Percayalah isu Dr Hassan Ali dan Isu Ustaz Nasarudin Mat Isa adalah pekung. Pekung itu bermakna kita bodoh dalam menyelesaikan banyak masalah dalam parti. Kita kurang arif, emosi dan tidak bijaksana dalam semua tindakan tidak seperti kepimpinan PAS zaman dulu!!

Malu dan aib kalau dikatakan ada dikalangan kita suka sangat nak siar apa yang ada dalam mesyuarat, termasuk mesyuarat Harian PAS Pusat. Menjijikkan apabila semua telefon dalam mesyuarat Harian PAS pernah suatu masa terpaksa diambil kerana pimpinan Harian PAS Pusat sendiri tak faham apa itu kerahsian dalam parti.

Sangat-sangat dukacita kalau ada dikalangan kita akan rasa bangga dihadapan Allah s.w.t. nanti kerana usaha tulisan dan berita yang disampaikan di blognya Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa tergelincir daripada perjuangan Islam.

Saya kecewa dengan 2 orang ini sebagaimana saya kecewa kepada Ustaz Nakhie suatu masa dulu, tapi hati kecil saya masih menaruh harapan agar Allah menyelamatkan mereka. Sekali-sali saya tidak berniat untuk memarahi mereka, tidak sekali saya mengeji mereka. Malah bukan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin, hatta orang UMNO pun saya cuba dekati dan sentiasa berdoa kepada Allah agar mereka bersama saya dalam perjuangan ini.

Memang saya bodoh kerana tidak punya perasaan membenci kepada sesama Islam apatah lagi mereka suatu masa dulu adalah orang yang terbaik.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

August 16, 2012 at 9:07 AM

Boleh saya copy paste dan masuk dlm blog saya?

August 16, 2012 at 4:07 PM

Blog ini umum dan memang untuk umum. Copy jika boleh diberikan manafaat kepada pembaca.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger