Sebelum ini aku dah pening bagaimana sikap Kerajaan Malaysia khusus Najib Razak bila menangani Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah. Aku pening pasal banyak sangat kenyataan kononnya mereka bukan pengganas.
Najib bercakap, Sepupunya si Hishamuddin pun bercakap. Si Nazri yang keras tu pun bercakap lembut gigi daripada Lidah bahawa yang datang tu bukan nak buat masalah pun.
Bukan aku reka cipta, tapi di siarkan dengan jelas dan besar oleh akhbar kebanggaan kita bersama Si Utusan Malaysia.
Aku jadi lagi pening bila mendengar dan melihat kenyataan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.
Beliau berkata Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.
"Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.
Kan bodoh rasa aku ini, tak faham apa itu Perjanjian Geneva!!
Bila aku terkenang pula peristiwa di Memali. Penduduk Memali khususnya yang berada di Pondok Ustaz Ibrahim Libya dikatakan pengganas. Seban hari RTM menyebut dan menyumbat teliga penonton bahawa mereka semua pengganas yang nak menawan negara kita Malaysia tercipta.
Ini Protokol Geneva?
Mereka adalah pengganas yang amat membahaya, bayangkan dengan bertudung labuh, sudah tua, bersenjatakan buluh runcing, perempuan pula itu... ada yang kata dia ini "latah". Kan amat membahaya jika dibandingkan penceroboh di Lahad Datu. bandingkan senjata mereka???
Mana ada bahaya?? Senjata biasa aje.. pelancar roket pun biasa aje!!
Pelik, bila di Memali kerajaan guna kereta kebal dan kereta perisai! tapi di Lahad Datu, berjalan kaki aje.. ti sebab kena 'ambus'!!
Bila lihat gambar ini aku terasa bahawa Kerajaan sekarang banyak sangat SANDIWARAnya.. Kerajaan yang lemah mezalimi rakyat harus di tukar, kalau tak bertapa bodohnya tak boleh faham apa yang terjadi dengan mudah.
itu aku belum lagi cerita pasal SAUK!!
Kalau kita biarkan Barisan Nasional menerajui negara di masa akan datang, entah apa terjadi pada anak cucu kita?
+ comments + 2 comments
Setelah saya baca dan lihat hingga ke peristiwa Memali dan akhirnya ke isu Sauk (sekerat jalan je Tuan tak tulis habih pasal Sauk) maka saya terpaksa berkata:-
Ya. Tuan memang benar-benar Tak Faham apa itu Geneva Convention dan kaitan dengan pencerobohan ini. Juga Tuan memang tak faham apa isu yang Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim katakan jika Tuan melihat pernyataannya di TV. Tuan juga mungkin bukan orang tentera atau mungkin juga bukan orang yang tahu sedikit sebanyak berkenaan perundangan antarabangsa.
Walaupun saya mengucapkan tahniah dan syabas sebab Tuan sudah mengaku awal-awal lagi dah. Bukan senang hendak menepis keegoan sendiri.
Walaubagaimanapun jika Tuan teringin juga ingin tahu sila taip perkataan "Kenapa POlis dan bukan tentera" di google tapi jangan baca kat harakah daily versi bm tu. baca had lain ye. yang harakah daily tu tak ada jawapannya.(saya tak fahamlah Harkah Daily ni. Orang lain dah faham dah apsallahh Harakah daily tak faham-faham juga) Apa yang Tuan akan baca akan lebih kurang sama dan di dapati di bebarapa malahan banyak juga laman-laman yang membincangkannya. Semuanya lebih kurang maksud Mejar jenral tu. Pasal taraf tentera dan penceroboh extradisi tawanan Perang etc.
Ok selamat belajar. Terimakasih. Semoga ilmu yang Tuan pilih diberkati Allah dan gunakanlah untuk kebaikan bukan untuk memecah belah dan menyakiti hati orang lain.
kalau perjanjian geneva tu kena faham sgt lak..
tapi kalu melibatkan agama dan melibatkan islam semuanya diputar belit..
macai2..
Post a Comment