Komen Tulisan Agus Yusoff

Prof. Dr Muhamad Agus Yusoff  telah membuat komen di FBnya berkenaan resolusi Multaqa Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013.

Antara lain Prof Agus berpendapat resolusi menunjukkan kepadanya betapa pemikiran ‘mereka’ yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara.

Antara tulisan Prof Agus ialah:

Sekiranya PAS bertanding bersendirian tanpa sokongan dan kerjasama dengan parti lain, saya yakin PAS akan hanya mendapat sokongan dari segelintir orang Melayu yang totok pemikirannya seperti kumpulan ulamak ini sahaja. Bagi orang Melayu yang sederhana pemikirannya, mereka lebih cenderung menyokong UMNO dan BN kerana kelebihan UMNO ialah tidak memandang serong kepada lebai atau tidak lebainya seseorang.

Satu yang menarik dari resolusi ulamak ini ialah “mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat.” Saya ingin sekali cadangan ini dipersetujui oleh kepimpinan PAS dan kita tengok sejauh mana PAS boleh pergi jauh dalam politiknya. Saya rasa PAS akan meroyan beragam selepas itu kerana tidak ada lagi sokongan kepadanya.

Aku berpendapat Prof Agus mengulas dalam FBnya tanpa memahami resolusi tersebut secara mendalam. Sepatutnya Prof Agus seorang pengulas politik yang agung dan terkenal perlu memahami maksud sebenar apa yang hendak disampaikan oleh resolusi berkenaan.

Apa yang tidak difahami oleh Prof Agus ialah maksud resolusi ke-5 iaitu

5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.

Kekeliruan Prof Agus dapat dilihat pada tulisannya sendiri iaitu
Yang menghairankan saya ialah kenapa pula kumpulan Ulamak ini tidak mencadangkan juga supaya PAS menghentikan kerjasamanya dengan DAP dan sebagai gantinya mencadangkan PAS supaya menggerakkan penyatuannya dengan UMNO. Saya fikir kenyataan seperti itu lebih jelas supaya penyatuan dengan UMNO dapat disegerakan. Ini satu cadangan yang lebih praktikal jika betullah kumpulan ulamak ini mahu PAS terus mendapat tempat perdana dalam politik negara.

Buka sahaja Prof Agus keliru tak faham malah Prof menunjukkan sikap prajudis dalam membuat komen tentang penyatuan dengan UMNO sedangkan resolusi itu bukan nak keluar PR. Resolusi itu juga lebih kepada memngkaji hubung dengan PR bukan dengan DAP walaupun kajian perlu dibuat kepada semua komponen PR.

Kalau Prof Dr yang hebat dalam analisis pun boleh terkeliru aku rasa setakat pembaca, kaki hentam dan yang berada pinggiran parti akan lebih lagi.

Buka mata, buka minda buka hati, fahami maksud kajian semula tahalul siyaasi berkenaan. Jangan mudah label sebab Multaqa itu bukan dibuat oleh seorang dua ahli PAS tapi dihadiri oleh ramai ahli yang berada pada akar umbi.

Multaqa itu aku rasa yang beri komen pun tak faham maksudnya...



Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 17, 2013 at 6:37 AM

... Prof Agus seorang pengulas politik yang agung dan terkenal...??

KAH...KAH...KAH....!

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger