Ulas Pasal Kenyataan Ustaz Ahmad Awang berkenaan Resolusi Multaqa Ulama

Aku terbaca satu kenyataan Ustaz Ahmad Awang berkenaan dengan Multaqa Ulama Se-Malaysia (PAS) di laman Tranungkite yang bertajuk Muafakat untungkan Pas.
Daripada apa yang aku baca aku buat kesimpulan Ustaz Ahmad Awang tidak faham Resolusi Multaqa Ulama (PAS). Aku bukan nak kurang ajar dengan bekas AJK Ulama' PAS berkenaan tapi itu hakikatnya.

Berbeza dengan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memahami maksud resolusi dan memberi perhatian tentang pandangan daripada Dewan Ulama walaupun bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama sebelum PRU-13. Syabas dan tahniah kepada Ustaz Tuan Ibrahim. (Tulisan Tuan Ibrahim di rujuk)

Manakala tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula merujuk kepada apa yang tulis oleh akhbar Sinar Harian dan ulasan Tuan Guru berfokus kepada Tahaluf Siyasi yang telah diputuskan sebelum ini bukan berkaiatan resolusi Multaqa. Aku sebenarnya tak setuju dengan artikel FB Tuan Guru berkenaan.  Ini aku akan bahaskan kemudian. (Tulisan Tuan Guru di rujuk)

Ustaz Ahmad Awang ada membuat kenyataan berkenaan.
“Jika dilihat dari sudut politik, Pas sebagai parti mempunyai tujuan untuk mengembangkan pemikiran, meraih kuasa dan salah satunya adalah melalui sistem pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau Dun.

“Saya kira jika Pas tiada dalam PR, kita tidak mampu untuk meraih lebih banyak kerusi, seperti di Selangor, kita sudah menjadi sebahagian dalam pentadbiran,”


8 Resolusi Multaqa Ulama tidak pun menyebut keluar daripada Pakatan Rakyat. Rasanya Ustaz mungkin 'emosi' dalam membuat kenyataan tanpa merujuk maklumat yang sahih. Aku nak sedap hati mungkin pemberita salah tanya.

Kenyataan Ustaz Ahmad Awang lagi

Beliau melihat langkah kaji semula Tahaaluf Siyaasi seperti yang diutarakan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib itu seolah-olah memberi kata dua, sama ada membuat keputusan untuk terus kekal dalam Pakatan atau menarik diri.

Bila aku baca kenyataan ini, aku rasa Ustaz Ahmad Awang buat kesimpulan sendiri tentang keluar Pakatan Rakyat. Jadi tak betullah pemberita silap tanya. Yang betul Ustaz Ahmad Awang silap faham.

Lagi kenyataan Ustaz Ahmad Awang

“Untuk tujuan ini, gabungan PR adalah salah satu alternatif untuk perubahan itu, walaupun diakui ada kalanya wujud perselisihan, tetapi itu hanyalah masalah kecil yang boleh diselesaikan.


Ustaz Ahmad Awang dalam kenyataannya mengakui ada masalah dan perlukan penyelesaian. Jadi Resolusi Multaqa Ulama untuk mengkaji perlaksanaan menepati apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Ahmad Awang. Ini juga telah disebut jelas oleh Tuan Ibrahim.

Aku simpulkan bahawa sebenarnya Ustaz Ahmad Awang mengiyakan petikan resolusi ke-5 seperti berikut "bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah"

Oleh itu sepatutnya perkara ini tak perlu disensasikan.

Ustaz Ahmad Awang membuat kenyataan

“Jadi saya anggap apa yang diutarakan beliau (Harun Taib) itu, tidak lebih kepada pandangan peribadi,”

Ini lagi kesilapan Ustaz Ahmad Awang, resolusi Dewan Ulama bukan kenyataan peribadi Ketua Dewan Ulama. Tak ada kaitan dengan Ustaz Harun Taib. Hanya mungkin kita boleh buat tohmahan Ustaz Harun adalah nadi kepada tercetusnya resolusi ini.

Kenyataan Ustaz Ahmad Awang lagi

“Ini bukan masa kita buat keputusan atau cari jalan seolah-olah mahu undur kembali ke belakang,”

Membuat kajian semula keputusan bukan bermakna undur kebelakang. Konsep kajian semula harus difahami lebih daripada post-morterm. Saya nampak ada ramai dikalangan kita cuba menyempitkan pemikiran ahli-alhli PAS dan penyokongnya seolah-olah ini semua adalah kerana nak menolong UMNO yang tersempit... habis tak payah buat kajian, tak payah buat kertas kerja... tak payah ada pendapat yang bercanggah semuanya kena sama pendapat.

Aku rasa Dewan Ulama PAS kena buat resolusi baru SEMUA AHLI PAS DAN PENYOKONG PAS KENA SEPENDAT DENGAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, TAK BOLEH BEZA WALAUPUN SEPERKATAAN!!







 





Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 5, 2015 at 11:58 AM

Sekarang..ada yang berbeza pendapat dengan ustaz hadi dikatakan xwalak...jebon...barua...apa komen tuan admin?terbaru..ustaz hadi kata perlu kerajaan perpaduan dgn umno..dr khairudin pun gesa perkara yg sama..nampak benar jasad bersama pakatan tp hati bersama umno..semnjak TGNA tiada...makin terbongkar kemunafikan golongan ini...

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger