Abdul Hadi Dan Dr Rozaimi Ramle Satu Renungan



Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menceritakan sepanjang hayat dia bersama dengan Presiden PAS dia tidak pernah melihat bagaimana Ustaz Hadi begitu bergembira ketika masuk dalam kereta selepas RUU 355 dibentangkan pada tahun lepas. Katanya Ustaz Hadi semasa itu agak letih tapi wajahnya cukup bergembira dan dia menitis air mata atas kegembiraan apabila RUU 355 dapat dibentangkan di Parlimen.

Kedudukan RUU 355 pada masa itu masih kabur selepas beberapa kali tidak berjaya dibentangkan. Jika dapat dibentangkan pun tidak menjamin RUU 355 berjaya di parlimen. Tapi Presiden PAS telah menitis air mata menunjukan dia bersungguh dengan Allah s.w.t. dalam hayatnya yang makin pendek untuk berjumpa dengan al Rabb. Kita tidak dapat merasai bagaimana beliau merasai kerana masing-masing diantara kita ada hubungan dengan Allah secara peribadi.

Orang yang rapat dengan Presiden PAS tahu bahawa Presiden tidak sihat. Menitis air mata atas usaha ikhlas yang hanya Allah s.w.t. sahaja tahu isu hati beliau atas usaha beliau mendaulatkan Islam di atas muka bumi Allah.

Dr Rozaimi Ramle adalah seorang Ustaz yang banyak menyampaikan kuliah. Dengan kelebihan ilmu hadisnya dia banyak kali mempertikaikan RUU 355. Dia juga banyak membuat penerangan mepertikaikan akan RUU 355 dan tidak bersetuju dengan RUU 355 berkenaan dengan alasan tiada keadilan dalam kes yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam.

Ramai penyokongnya rasa bangga kerana dia mampu mempertikaikan dan mencari kelemahan yang ada pada RUU 355 yang dikatakan masih tidak syarie.

Saya lebih suka bersama Presiden PAS dalam 'road map' Hudud di Malaysia. Dia dikencang daripada segenap penjuru atas usaha ini. Dia mendapat halangan daripada bukan Islam dan orang Islam daripada yang jahil sehingga yang mahir tentang agama.

Saya ingin menumpang kegembiraannya atas RUU 355 ini di hadapan Allah sebagaimana seekor burung yang mengunakan paruh kecilnya memandang api yang membakar nabi Allah Ibrahim a.s.



Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
November 5, 2016 at 9:23 PM

Pundek

Anonymous
November 8, 2016 at 11:57 AM

Saya juga ingin menumpang kegembiraannya atas RUU 355 ini di hadapan Allah sebagaimana seekor burung yang mengunakan paruh kecilnya memandang api yang membakar nabi Allah Ibrahim a.s.

Anonymous
November 15, 2016 at 7:44 PM

Anehnya bila ramai pakat2 bhujah utk melambat,mengganggu dan menimbulkan resah khalayak kpd RUU 355.Payah nk fham gni dan rasa sakit hati.Kenapa hal2 mungkar,tdak pulak pakat2 nk tunjuk hero menentang

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger