Konvesyen PAN Selangor Tak Bermaya & Gagal



PAN Selangor mengadakan Konvensyen pertamanya hari ini di Dewan Kemajuan, Tingkat 4, Kompleks PKNS Shah Alam. Konvensyen ini sepatutnya dihadiri oleh 120 perwakilan, pemerhati dan jemputan tetapi yang hadir hanyalah sekitar 80 orang kurang sikit daripada konvesyen PAN Johor.

Setelah pendaftaran tutup, perwakilan masih lagi belum hadir menyebabkan majlis perasmian tertanggung sedikit daripada masa yang ditetapkan.


Majlis terpaksa dimulakan walaupun ada bahagian yang tiada langsung perwakilan menunjukkan kerusi kosong. Ada juga bahagian tidak mampu untuk menghantar 5 wakil kerana berhadapan masalah kepimpinan di bahagian masing-masing.

 
Tidak ada apa-apa yang menarik untuk saya panjangkan sepanjang konvesyen PAN Selangor sekadar omong-omong kosong untuk kuat bahagian masing-masing bagi menghadapi PRU-14 dengan meletakkan target 22 kerusi DUN Selangor.


Ketua Pemuda PAN Selangor pula menyedari kelemahan penyertaan pemuda dalam parti PAN berbanding dengan PAS malah dengan parti BERSATU yang baru ditubuhkan. Kelamahan ini ketara daripada Himpunan Bersih5 baru-baru ini yang mana PAN kekurangan tenaga sukarelawan ARIF malah tak mampu memenuhi kouta AJK Keselamatan yang diminta oleh JK BERSIH5. Oleh itu satu pelancaran ARIF telah diadakan di Sabak Bernam selepas Konvensyen ini untuk mengatasi masalah kelemahan yang ada.



Kesimpulan yang boleh saya buat ialah konvensyen PAN Selangor sangat hambar, ucapan perasmian sekadar macam ucapan mesyuarat agung cawangan aje tiada yang baru sekadar minta kerja bersungguh-sungguh tanpa pelan strategi dan rancangan kehadapan.

Perbincangan di Konvensyen ini hambar, tak bermaya dan gagal sebagai parti altenatif untuk PAS.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 28, 2016 at 11:28 PM

Parti yg paling hebat cakap besar. Cakap mcm nak tawan putrajaya tpi ahlinya blh bilang dgn jari.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger