Haji Hadi tak ikut nabi, kata ‘lebai’ penceramah PAN demi membela DAP


Percaya atau tidak parti PAN membuat ceramah setiap hari di Kelantan. Bukan satu tapi 2 atau 3 ceramah serentak. Ini dipanggil program gempur yang dipimpinan oleh Husam Musa panglima perang mereka.

Semua ceramah tersebut bukan bertujuan untuk menyerang UMNO atau BN tetapi menyerang PAS. UMNO Kelantan sekarang ini boleh goyang kaki kerana semua kerja mereka telah dilakukan oleh puak IKRAM dan PAN.

UMNO tak payak selongkar mana-mana isu tentang PAS kerana semuanya telah dibuat oleh puak PAN. Mereka menyelidik, menyelongkar dan mencari mana-mana salah silap pentadbiran PAS. Kalau ada salah, jawabnya satu Malaysia akan diwar-warkan. Jika salah itu kecil akan dibesar-besarkan sehingga nampak terlalu JAHAT PAS ini.

Kalau tak ada salah, mereka akan bina persepsi buruk dengan bantuan cybertropper yang dibayar untuk menampakkan seolah-olah perkara itu salah dan PAS MEMANG JAHAT tak pandai tadbir negeri.

Saya tak kata semua pimpinan PAS itu baik dan tak membuat salah dan silap. Kita rasional dalam semua hal. Manusia akan ada kesilapannya. Zaman Rasulullah s.a.w. yang mana sahabat yang pergi bersama Nabi s.a.w dalam perang Badar yang Allah jamin syurga pun ada membuat kesilapan yang salahnya boleh dihukum pancung.

Tapi kenapa PAN memilih menyerang PAS dan membantu UMNO untuk menjatuhkan kerajaan PAS itu menjadi persolaan kita?

Semasa berhujah dengan kawan-kawan IKRAM dan PAN saya tak pernah mengatakan PAN Kelantan kuat pengaruhnya. Malah banyak tulisan saya sebelum ini menyelongkar dan menyebut bahawa PAN tidak begitu berpengaruh di Kelantan.

Malah ahli PAN Kelantan sehingga sekarang masih belum mencapai 1500 orang. Gerak gempur dibuat oleh Husam Musa dalam OGOS 2016 sehingga JANUARI 2017 hanya mampu meningkatkan ahli PAN daripada 823 orang kepada 1458 orang sahaja. Peningkatan lebih kurang 600 sahaja.

Peningkatan 600 orang dengan pembelanjaan hampir RM2 juta (maaf saya tak dapat nilai tepat dan jika saya ada nilai berkenaan saya akan dedahkan dalam tulisan saya akan datang) tidak berbaloi.

Mungkin pembaca ingin bertanya di mana datangnya duit sebanyak itu? Jangan hairanlah Husam ada 'tokong besar'.

Kenapa PAN giler-giler serang PAS di Kelantan?
Soalan ini menarik untuk dibahaskan.

Semasa saya berhujah dengan kawan-kawan IKRAM dan PAN saya menyatakan walaupun PAN membuat pelbagai aktiviti di Kelantan sehingga ceramahnya 2 hingga 3 tempat setiap hari, sebenarnya PAN sangat lemah tidak kuat pun. Ini semata-mata untuk MENEKAN PAS supaya akur untuk BERSAMA dengan PAKATAN HARAPAN.

Macam ugutlah.

KALAU PAS TAK BERSAMA, kami akan jatuhkan PAS Kelantan untuk pertandingan 3 penjuru. Kalau PAS BERSAMA PAKATAN HARAPAN kami bantu PAS KELANTAN untuk kekal di Kelantan.

Jadi nak buktikan UGUTAN ini benar maka puak-puak PAN dan IKRAM pun BUATLAH KERJA UMNO untuk menjatuhkan PAS Kelantan bersungguh-sungguh sehingga ada yang tinggal anak bini dan membelanjakan wang untuk "BERJIHAD MENJATUHKAN KERAJAAN ISLAM PAS".

Ok. Rasanya dah jelas.

Berbalik kepada lebai PAN. (Ingat PAS aje ada lebai ke?)
Penceramah PAN berkata Nabi s.a.w. walaupun diludah oleh seorang kafir semasa pergi dan balik mengajar, tapi Nabi s.a.w. tetap pergi berjumpa si kafir tersebut ketika sakit. Tapi HADI AWANG pada satu ketika dulu mengakui DAP lebih baik berbanding dengan Umno, tapi sekarang Hadi AWANG memerangi DAP dan bersetongkol dengan UMNO.
Inilah hujah-hujah dimainkan oleh cybertropper PAN untuk menyerang PAS dan Presidennya Abdul Hadi Awang.

Puak PAN dan IKRAM ini tahu tak bahawa UMNO tu Islam dan DAP tu ramai bukan Islam, kira tak Islamlah? Sejahat-jahat UMNO dia masih Islam dan mengucap Syahadah. Adakah kita tak berjumpa dia. Kalau dia sakit pun tak boleh jumpa, kena jumpa DAP. Kalau jumpa UMNO nak UG?

Penceramah PAN dan IKRAM ni tahu tak data pilihanraya yang mana undi PAS di 4 negeri Melayu sangat rapat dengan undi UMNO?

Kalau kita pulau UMNO sampai bila undi PAS tak akan berkembang. Kita kena rapat dengan ahli-ahli UMNO kerana mereka sasaran kita, disebut dalam konteks dakwah madu'u.

Abdul Hadi Awang banyak kali menyebut kepada kita bahawa PAS bermusuh dengan UMNO bukan dengan ahli-ahli UMNO. Manakalah puak-puak PAN dan kaki fitnah mereka melalui media sosial banyak kali menyebut PAS nak UG dengan UMNO tapi sampai sekarang masih belum belaku kerana mereka membuat persepsi dan tuduhan palsu tanpa asas yang benar. Tuduhan palsu memang tak akan berlaku. Yang mereka yang buta maklumat akan menelan tuduhan ini. Mereka ini saling tidak tumpah macam macam UMNO yang menelan dan mempercayai UMNO betul.

Islam mengajar kita menyelidik maklumat. Apa salahnya tiap-tiap malam kita berdoa kepada Allah untuk Allah berikan kita pertunjuk mana yang benar dan mana yang salah.


Share this article :
 

+ comments + 11 comments

Anonymous
February 9, 2017 at 11:27 PM

Bila dendam membara, maka PAN menjadi khadam kepada Taiko Penang, walaupun Taiko Penang memang anti Islam.

Mari kita baca komen dari Website Isma

http://www.ismaweb.net/2017/01/kata-pedang-dap-lim-kit-siang-takkan-berani-saman-pas-kerana-memang-betul-dia-anti-islam/

KATA PEDANG: DAP, Lim Kit Siang takkan berani saman PAS kerana memang betul dia anti-Islam

PEDANG menyokong 200 peratus kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang mencabar pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Eloklah, saman sahajalah. Memang Lim Kit Siang anti-Islam.

“Kita cabar Lim Kit Siang bawa ke mahkamah. Sila saman. Nanti kita akan sebut banyak lagi tindakan DAP yang menentang Islam.

“Ini peluang kita untuk mendedahkan kepada orang Islam bahawa DAP dan Lim Kit Siang memang anti-Islam,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Nah, apa lagi DAP dan Lim Kit Siang tunggu?

Dia mengharapkan PAS cair dengan pujuk rayunya bagi menyertai pakatan harapan tapi sebaliknya yang dia dapat.

PAS tidak macam parti serpihannya PAN, tegas dan berpendirian. Kita harap begitulah sampai akhirnya.

PAN pula taat setia dan sanggup ikut apa sahaja arahan parti rasis dan cauvinis itu. Tapi sayang, DAP tak mempercayai kemampuannya membina kekuatan menumbangkan kerajaan BN.

PAN tak ada jentera sekuat jentera PAS. Sebab itu Lim Kit Siang dengan tebal muka sanggup menghulur salam perdamaian dengan musuhnya, PAS.

Isu DAP anti-Islam ini adalah isu yang benar, bukan rekaan.

DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng boleh buat kenyataan bahawa mereka bukan anti-Islam.

Tapi, cakap, semua orang boleh cakap.

Orang menilai tindakan.

Terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Sama seperti yang diberitahu oleh Datuk Khairuddin. Jika PAS disaman, inilah peluang untuk mendedahkan betapa anti-nya DAP dan Lim Kit Siang terhadap Islam.

Dan Pedang yakin, Lim Kit Siang tak akan berani menyaman PAS.

Dia bersama puak rasis dan cauvinis yang lain masih memerlukan undi orang Melayu dan jika tindakan saman dilakukan, ia akan menguatkan lagi sentimen Melayu anti-DAP.

Turut disertakan di bawah adalah artikel Kata Pedang mengenai DAP anti-Islam. Baca dan nilai sendiri.

Kata Pedang: Tengok, Pedang dah sebut DAP anti-Islam dengan disertakan bukti-bukti. Tapi belum lagi menerima surat cinta daripada peguam parti rasis dan cauvinis itu. Tak ada te*** barangkali.

Anonymous
February 9, 2017 at 11:29 PM

https://hajihassanomar.blogspot.my/2017/02/haji-hadi-tak-ikut-nabi-kata-lebai.html?showComment=1486654070868#c4518625556464964369

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous
February 9, 2017 at 11:31 PM

Sori Salah copy paste.

Artkel diatas dikupas dari Kata Pedang dari Ismaweb

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Anonymous
February 10, 2017 at 12:27 AM

Memang benar pun Parti Amanah Negara kelihatannya seperti menyerang PAS, pada hal ia adalah tindak balas terhadap serangan oleh PAS terlebih dahulu terhadap Parti Amanah Negara. Bukankah mereka yang menjadi pemimpin yang berada di dalam Parti Amanah Negara itu adalah bekas ahli/pimpinan PAS juga asalnya, tetapi telah ditendang keluar dari PAS secara berjamaah secara cai? Dan lagi sejak mutakhir ini pasca kematian TGNA, langsung tiada satu pun serangan oleh PAS terhadap UMNO. Bersedondon dan bermesra antara PAS dan UMNO teramat jelas dan tidak boleh disangsikan lagi.

Anonymous
February 10, 2017 at 3:10 PM

Pemimpin Pan yg jdi tukang angguk Dap tu ikut Nabi ke? Tak payah kelentonglah. Rakyat dah semakin tahu siapa pan sebenarnya.

February 10, 2017 at 4:54 PM

Tak perlu merendahkan pemikiran org PAS yg memilih utk menyingkirkan G18. Malah Pengarah PAN negeri Perak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bhw peraturan cai tidak salah dari segi peraturan pemilihan saf kepimpinan. Aku rasa kalau senarai cai mengandungi nama2 G18 pun org PAS tak kan teringin memilih pemimpin yg tunduk layu kpd DAP. Ada faham?

Anonymous
February 10, 2017 at 9:42 PM

Ki ki ki...PAS sudah berbau hancing kena kencing oleh UMNO, padan muka. Dulu semasa ada rakan seperjuangan korang labelkan broker, barua dan macam-macam lagi. Dalam pada itu rela pula bermanja berdakap mesra dengan UMNO sedondon lagi, woi! Amanat Hadi Awang sudah dibatalkah?

Anonymous
February 11, 2017 at 4:18 PM

itu je yg ko mampu cakap cai?

Anonymous
February 11, 2017 at 11:36 PM

cuba gtau apa yg umno bt yg bertentangan dgn Islam yg PAS sokong? Cai komen takda otak

May 2, 2017 at 10:07 PM

Kita nak tengok juga PERLEMBAGAAN Parti PAN dan parti Mahathir. Parti Bebas Rasuah juga.

May 12, 2018 at 9:21 AM

Saya tertarik untuk bertanya lebai. Adakah zuhudnya seorang ahli tertinggi PAS yang mempunyai 5-6 buah kereta? Ini pengakuan dari sepupu kepada ahli tertinggi PAS itu sendiri. Mungkin lebai tahu sia tuan empunya badan. Mungkin betul PAN bermatian-matian mengutuk PAS dan kelebihan PAS adalah di kalangan orang Kelantan masih berpegang kepada dasar PAS. Tapi tidakkah PAS tidak teringin untuk menawan Putrajaya? Untuk merebut hati orang luar Kelantan/Terengganu PAS haruslah menerapkan unsur lebih 'friendly' dalam berkempen bagi saya. Biar orang kutuk kita, janji kita lakukan kerja/amanah yang dipertanggungjawabkan. Hampir 60 tahun lebih PAS ditubuhkan, pucuk pimpinan PAS di Kelantan masih tetap sama dari dulu kecuali ATGNA. PAS masih boleh memerintah Kelantan kerana anak muda luar Kelantan yang balik mengundi (fakta) sedangkan orang tua yang menetap di kampung mahukan pembangunan dan kesenangan bagi mereka. Dan kenapa IKRAM tidak di gembar gemburkan kepada orang ramai?

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger