Latest Post

HARAPAN Terdesak, Umum Cuti 2 Hari


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 10 dan 11 Mei akan diisytiharkan sebagai cuti umum sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Saya tak suka cuti tapi saya sedar orang lain suka cuti. Tapi ini kali, ini kali sahajalah," kata bekas perdana menteri itu dalam taklimat kepada calon HARAPAN di Petaling Jaya malam tadi.

Yang peliknya dia tak suka tapi terpaksa buat demi meraih undi. Ini dinamakan sebagai POLITIK TERDESAK.

Kalau Najib memberikan BONUS kepada kakitangan awam, Najib menaikkan BR1M Mahathir kata itu adalah politik terdesak dengan menawarkan dedak kepada pengundi.

Habis bagaimana dengan cuti?
Adakah ini bukan DEDAK?
Belum lagi memerintah dah tawar DEDAK.

Samada Mahathir sama spesis dengan NAJIB
Atau Mahathir makin terdesak kerana sokongan kepada HARAPAN menurun dan ramai yang keluar UMNO bukan bersama BERSATU tetapi bersama PAS.

Lebai hanya ingin melihat sejauh mana politik TERDESAK ini dapat diteri oleh rakyat.


 

Mampukah HARAPAN Menarik Ahli PAS Dengan Fitnah & Cerita Bohong?


Selepas PAS keluar daripada PAKATAN RAKYAT. Serang kepada ulama sangat besar, apatah lagi geng GHB menubuh parti AMANAH (PAN). Ramai pimpinan atasan setiap kawasan PAS menyertai parti PAN ini sehingga PAS "kering" penceramah untuk ceramah umum. Ustaz Nasharudin Daud sebelum ini sangat susah untuk keluar kawasan akhirnya terpaksa menjajah Malaysia kerana tak ramai penceramah dalam PAS.

Ahli PAS, keliru pasal UG kononnya PAS nak bergabung dengan UMNO. Kalau ahli keliru, penyokong PAS terdiri orang awam, yang kebanyak tak mendaftar ahli lagi keliru. Golongan profesional dan akedmik pun sama. Banyak pertanyaan tentang hubungan PAS dengan UMNO tidak dapat dijawab. Kalau dijawab pun tidak memuaskan hati mereka. Apatah lagi fitnah sebaran dimedia massa tidak mampu dijawab.

lebai sendiri pernah bersolat di sebuah markaz PAS, selepas solat Isya' ada beberapa ahli PAS (orang tua di situ) bertanya macam PAS nak bergabung dengan UMNO? Hebat fitnah UG UMNO-PAS dimainkan semenjak 2008 lagi kerana nak jatuhkan ulama nak naik kumpulan mereka, fitnah ini semata-mata untuk merebut jawatan AJK PAS Pusat tidak lebih daripada itu.

Persepsi UG UMNO-PAS dimainkan dengan mencari jalan cerita yang akhirnya membinasakan PAS. Merosakkan silaturrahim yang kian bertaut lama.Ukhwah tidak lagi menjadi sadaran utama dan PAS menjadi medan mengutuk ulama.

Semasa ahli PAS keliru, PAS diambang genting, tiba wujud Pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. AMANAH (PAN) gah ingin menujukkan kekuatan dan ini masa PAS akan mendapat malu besar kerana menolak PAKATAN RAKYAT yang kini diberi nafas baru dengan HARAPAN.

Lebai masih ingat lagi ceramah HARAPAN  macam ceramah dan rapat umum Tun mahathir sekarang. Ramai orang datang berpusu-pusu sehingga ramai pendokong PAS merasai risau akan perkara ini.

Ceramah terakhir di Kuala Kangsar HARAPAN sangat gah. Rakyat berpusu-pusu hadir. Penganalisis politik, termasuk penulis Zul Solong meramalkan PAS akan hilang wang pertaruhan dan malu besar.




 
 
 
 

Lebai sendiri mengikut ceramah ini, tidak bohong ada rasa 'gementar' dan bimbang dengan dengan nasib dan masa hadapan gerakan Islam, PAS.


 



HARAPAN dengan truck besarnya... PAS yang diserang di segenap sudut. Ahli PAS ada yang keliru. Siapa tak risau dengan masa hadapan PAS.




Pengerusi Eksekutif ILHAM Centre, Muhamad Hisommudin Bakar pula dengan kajiannya kononnya PAS juga tak akan mendapat undi 30%.


Kajian Dr Mazlan Ali sebagai sandaran kononnya Amanah (Pan) boleh menang jika bertanding kerana ada sokongan ahli Amanah (Pan) yang masih ada dalam PAS.

Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan kecil berkenaan.


Pakar strategik PAS membuat keputusan PAS mesti bertanding di Sungai Besar dan Kuala Selangor walaupun ada usaha Azmin cuba mewujudkan kerjasama antara pembangkang dengan mencadangkan PKR bertanding di Sungai Besar dan PAS bertanding di Kuala Selangor sahaja. AMANAH akan beri laluan kepada PAS. PAS tolak.

Kenapa PAS perlu bertanding 2 PRK ini?

PRK ini adalah indikator untuk menentukan masa hadapan PAS, 10, 20 tahun akan datang. Ini dikira sebagai hidup mati perjuangan PAS. PRK ini adalah pengukurnya. PAS perlu pengukur untuk membina strategi.

Hasil keputusan PRK Kuala Kangsar boleh dianalisis untuk PAS mengatur strategi baru.



Beberapa rumusan didapati daripada keputusan ini.

1.  Walaupun PAS keseorangan, dihentam pelbagai sudut. Ahlinya keliru dan keceramuk tetapi "ahli PAS teras" masih utuh dan mengikut maklumat gerakan PAS tidak sampai 200 orang sahaja hilang berbanding PRU lalu.

2.  Kajian ILHAM Centre dan Dr Mazlan Ali boleh dibakul sampahkan. Jika pendapat sekadar dengar dan tonton 2 - 3 ceramah di Kelantan seperti Prof. Agus lagi boleh dibakul sampah.

3. Pengundi Cina hampir 100% tidak menyokong PAS. lebai tak sempat nak geladah PC cari maklumat ada satu lokaliti PAS tak dapat satu undi pun. Untuk perbandingan ini lebai masukkan untuk Sekinchan, Sungai Besar. Hampir semua saluran PAS kalah kerana tiada undi Cina. Tapi masih ada undi India.


4. Selepas PRK ini DAP mula "membuang" parti AMANAH (PAN) kerana mereka tahu AMANAH tak guna satu duit pun untuk membantu DAP mendapat undi Melayu. Kita tak hairan kenapa DAP beralih kepada BERSATU dan Tun Mahathir.

Bayangkan PRK semua jentera HARAPAN dan BN tertumpu di sana PAS masih boleh dapat undi 5.6k lebihbaik daripada HARAPAN 4.9k. PAS ada istimewa dan kekuatan luar biasa.

Pakar Strategi PAS mengatur langkah daripada keputusan 2 PRK ini. Antaranya

Tahaluf (bergabung) adalah terbaik, tetapi PAS tak boleh bertahaluf dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua ini telah mengkhianati perjanjian tahaluf. pengkhianat macam AMANAH (PAN) lagilah tak boleh. Jadi apa PAS perlu buat?

PAS mesti bertanding sendiri. Nak bertanding sendiri??
jadi macam 2 PRK ini?? Kalah teruk.

Jadi PAS kemukakan 2 strategi (strategi bukan dasar dan matlamat tetapi untuk mencapai matlamat) iaitu;


1.  King Maker
2.  Gagasan Sejatera (GS)





Ramai orang gelak dengan strategi PAS "King Maker" kerana mereka bodoh (bahasa kasar sikit) memahami apa itu strategi... tak semua lebai akan menulis di sini kerana membocor strategi bukan suatu yang bijak. tapi lebai akan menulis sedikit supaya pembaca memahaminya..

Begitu juga ramai orang gelak dengan GS. Memang awal nampak macam PAS aje ada dalam GS. GS adalah tapak awal. Tapak awal ini kira bekas yang akan mengisi. Kita kena sediakan tapak. Bila dan ketika yang sesuai, terisilah dia. Hanya bersabar dan tunggu masa itu.


Macam nak tubuh PKR dahulu juga. Beberapa mesyuarat awal Mohd Sabu tidak terlibat. Bukan itu sahaja malah dia sendiri lari daripada agenda ini kerana dia panggil Anwar sebagai "JUBORI". Mahfuz Ketua Pemuda tetapi tidak hadir juga kerana dialah yang lantang hentam Anwar dalam ceramah-ceramah PAS.


Tapi PKR kan hidup 18 tahun. Mahathir yang kata PKR tak lama pun semat/pin logo PKR, sehingga Waan Azizah hilang ingat tentang suami kerana terlalu gembira dengan Mahathir pin logo PKR. Dia tak tahu selepas PRU-14 nanti Mahathir akan sembelih dia dan PKR sekali lagi!

Ada undi India semasa PRK tersebut memberikan satu info kepada PAS supaya mengerakkan kaum India dalam DHPP. Strategi ini berjaya dan keahlian DHPP disaring semula dengan memberikan penekanan bahawa dasar PAS Islam. keahlian terkini adalah 10k. Anda boleh ikut temuramah Sinar Harian di sini.
Rupanya strategi PAS ini dihidu oleh AMANAH (PAN). Mereka pun baru terhengeh-hengeh nak tubuh sayap India Muslim.

Pakar Strategi PAS berkata jika PAS boleh mengerakkan semula 10% sokongan orang bukan Islam (Cina + India) PAS boleh menawan Selangor. Daripada maklumat yang etrakhir PAS telahmenjaya menarik 5% sokongan bukan Islam. Ini bermakna PAS kena kerja kuat lagi sebelum PRU-14 tak berapa hari lagi. TS Khalid Ibrahim ada mendedahkannya. Anda boleh ikuti di sini.

Kesimpulannya HARAPAN tak boleh gugat PAS.
Jadi mereka nak tarik ahli PAS pun tak boleh.
Mereka tukar strategi walaupun ahli PAS tapi Undi HARAPAN.
kalau ahli PAS undi HARAPAN memang bodoh kena tipu bulat-bulat oleh HARAPAN dan Mahathir.

Untuk tipu ahli PAS mengundi HARAPAN
Mereka sebar fitnah, kononnya itu dan ini.
HARAPAN fikir dengan sebar FITNAH mereka berjaya. Sedangkan Allah janji orang yang kena fitnah ini doanya tiada hijab antara dia dengan Allah. HARAPAN dan AMANAH (PAN) pengkhianat pasti akan dibinasakan kerana kerja jahat mereka sama seperti UMNO.

Saya tanya pembaca dengan sebar fitnah mampukah kamu menang PRU nanti?
jawabnya tidak.

Jangan kamu sangka PAS yang daif ini akan kalah.
PAS tetap menang!!

Melihat kesungguhan PAS,
orang atas pagar akan mengundi PAS dan Insya-Allah orang bukan Islam akan meletakkan kepercayaan kepada PAS. hanya kita minta bersabar dan berdoa dengan banyak siolat malam.

lebai akan menulis MEMBAZIR UNDI PAS
tunggu...


 

Demi Maruah Mahfuz kena nafi UMNO bagi RM60k untuk Dana PRU dan RM40k untuk Perkahwinan Anaknya


Beberapa hari lalu, lebai ada menceritakan bagaimana Mahfuz Omar cuba mengaibkan Presiden PAS dengan menyebar maklumat palsu kononnya Presiden PAS ada membuat akurjanji dengan satu syarikat untuk projek di Kelantan sebaanyak RM10k.

Tuduhan palsu oleh Mahfuz bersama 2 orang blogger alHussyen dan Greenboc akhirnya lenyap kerana tiada fakta yang jelas dan maklumatnya sangat bercanggah dengan fakta sebenar seperti juga tuduhan daripada Sarawak Report yang berdasarkan anggapan dan khabar angin sahaja. (Anda boleh baca di sini)

Kemudian Mahfuz membuat tuduhan baru pula PAS menerima duit UMNO RM1.5 juta dan RM1 juta melalui akaun dana Amanah dan Dana Plilihanraya suatu akaun bank public yang orang ramai boleh sumbang melaluinya tanpa perlu berjumpa atau behubung dengan PAS. Akaun ini pula ada iklan dalam akhbar HARAKAH.

Tuduhan ini akhirnya tidak menjadi isu. Orang PAS sudah lali dengan sikap puak-puak HARAPAN terutamanya puak AMANAH (PAN) yang buruk sikap mereka dan busuk hati mereka.

Memang adat dunia, bila kita cuba buat fitnah dan mengaibkan orang, maka tidak lama kita akan diaibkan oleh orang lain pula. Mahfuz kena "karma' ini.

Lebai mendapat maklumat dan ingin pengesahan daripada mulut Mahfuz berkenaan ada pemimpin Umno yang menaja dana kempen beliau di Pokok Sena bernilai RM60 ribu? Mengikut sumber yang sama semasa perkahwinan anak perempuan beliau pada 2016, pemimpin Umno yang sama menaja sebanyak RM40 ribu? Duit-duit ini dibayar kepada akaun peribadi beliau tanpa dilaporkan pada parti.

Jika Mahfuz Omar seorang yang berintegriti dan ada maruah diri, Mahfuz kena bersihkan namanya. Takkan kamu hebat berceramah kata kepada orang tapi bila kena atas batang hidung kamu kamu nak diam aje?

Mana Maruah KAMU WAHAI MAHFUZ?
Atau memang sudah jadi perangai parti kamu hanya suka tuduh kepada orang lain dan membuat fitnah memburuk-burukkan demi nak jatuh mereka kerana dendam?


 

Patutlah Emak Nik Omar Tak izin Dia Cebur Politik


Terbaca berita daripada Malaysiakini yang cuba menonjolkan Nik Omar Nik Abdul dalam perebutan pengaruh Tuan Guru Nik Abdul Aziz diantara PAS dan parti pengkhianat AMANAH. Malaysiakini cuba ketengahkan kononnya Nik Omar adalah cadangan menjadi calon AMANAH (PAN) di Dun Cempaka, Kelantan.

Beberapa kenyataan Nik Omar disiarkan di Malaysiakini antaranya;

Nik Omar berkata beliau mengambil keputusan itu selepas ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak melarangnya menyertai politik.


“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan. Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,” katanya

Untuk pengetahuan pembaca, bukan sekarang setelah bapanya meninggal Nik Omar tak dibenarkan berpolitik tetapi semenjak bapanya TG Nik Abdul Aziz masih hidup lagi TGNA tidak benarkan anak sulongnya ini berpolitik. Tapi TGNA benarkan Nik Abdul untuk membantu PAS dan menjadikan dia sebagai galang ganti beliau.




Kalau kita kaji sirah para sahabat, bagaimana anak-anak mereka diinfakkan untuk meneruskan perjuangan yang telah dilalui. Ini jelas bagaimana TGNA menginfakkan Nik Abdul untuk PAS tapi bukan Nik Omar.

Kenapa?
Nik Omar telah menyeleweng daripada landasan perjuangan yang benar dengan mengikut IRC. TGNA mengambil pendekatan suruh Nik Omar tumpu aje kepada persekolahan swasta.

Mari kita lihat apa kata Nik omar.

"Tidak dinafikan dari segi dasar, kepemimpinan sekarang ini sudah meneruskan legasi `Tok Guru', tetapi ada beberapa kelemahan yang hendak diperbetulkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) dan rakan sekutunya," katanya

Celarukan, dia juga kata Husam menerusi lagasi TGNA (ayah dia). Takkan dia tak tahu ketika hampir meninggal apabila Husam datang ayahnya berpaling terus buat tidur sehingga hampir satu jam Husam tunggu pun ayah dia tak berpaling. PALING PUN TIDAK JANGAN BERCAKAP!

Nik Omar Ni Abdul Aziz seorang yang CELARU. Bila celaru patutlah emnak dia kena jaga dia, apa tah lagi semasa ayahnya tiada. Dia tak boleh berpolitik. Orang macam ini kalau berpoltik akan dipergunakan terutamanya PANTI AMANAH (PAN).

TGNA memang hebat, hayatnya dia masih jaga anak sulong dia ini agar tak rosak. Nik Abdul pula dibiarkan kerana dia boleh memahami perjuangan Islam.

Imam Syafi'i ditanya: "Bagaimana kita mengetahui Pengikut Kebenaran di zaman yang penuh fitnah?"
Beliau menjawab: "Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa), maka akan menunjukimu Siapa 'Pengikut Kebenaran'"

Imam Syafi'i pernah berkata: Nanti di akhir zaman akan banyak Ulama yang membingungkan Umat, sehingga Umat bingung memilih mana Ulama Warosatul Anbiya dan mana Ulama Suu' yang menyesatkan Umat.

Lantas murid Imam Syafi'i bertanya: "Ulama seperti apa yang kami harus ikuti di akhir zaman wahai guru?"
Beliau menjawab: "Ikutilah ulama yang dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik. Dan jauhilah ulama yang disenangi kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik, karena ia ia akan menyesatkan mu, menjauhi mu dari Keridhoan Allah".
Jadi tak hairan kalau ada yang mengutuk dan menghina Nik Abdul. Lebai taklah kata Nik Abdul ulama tetapi petikan Imam Syafie adalah cara kita memahami siapa yang benar.

Ada kata, terutama cybertropper HARAPAN kononnya Nik Abdul dimarah ayahnya sebagai anak derhaka.

Lebai tanya cybertropper, tahukah kamu apabila Nabi Musa a.s. bila pulang daripada Munajat kepada Allah dilihatnya kaumnya sesat. Dia terus marah Nabi Harun a..s. adiknya. Malah ada riwayat mengatakan dia memukul. Adakah itu bermakna Nabi Harun a.s. tidak benar? Itu cara didikan... kasar dan lembut bergantung situasi dan keadaan... bukan pokok perbahasan isu.

Ini bermakna puak-puak HARAPAN tak ada isu dalam nak mengutuk Nik Abdul.



Lebai rasa kita bagi lagi masa kenapa Nik Omar sekurang-kurang dengan bimbingan ibunya  Tuan Sabariah Tuan Ishak dia boleh belajar politik dan mengenali musuh Islam yang bertopengkan Islam Progresif menjual perjuangan dengan matlamat yang singkat!



 

Ingat Mahfuz Aje Bodoh, Rupanya Dr Mujahid Pun Bodoh Juga


Lebai telah menulis "Tak Cerdik Mahfuz Fitnah PAS Terengganu, Sepatutnya Katalah PAS Selangor ambil duit UMNO" antara menyebut bahawa “Innocent until proven guilty” Pihak yangg menuduh (Mahfuz dan geng HARAPAN) yang perlu tunjukkan bukti untuk yakinkan tuduhan mereka berasas. Otherwise it’s just a slander (fitnah).

Anda boleh baca lagi pada tulisan lalu. Lebai tak kisah kerana Mahfuz bukan orang pelajaran tinggi. Dulu dia kata ada bukti PAS dapat duit 90 juta, takkan Sarawak Report nak buat berita palsu. Ok clear... Kemudian dia pula tanya bagaimana PAS boleh dapat duit untuk bertanding 160 kerusi? Macam mana PAS ada duit banyak itu? 

Siap Mahfuz buat kira-kiraan dan buat kenyataan media 10 pagi 18 April 2018 dengan tajuk "Tahniah PAS bertanding 160 Kerusi Parlimen dengan anggaran perbelajaan Minima RM18.40 ke RM34.40 juta"

Lebai baca terus tergolek... Bukan terkejut tapi gelak lihat lakonon badut sarkis yang dulu engkau hari-hari ceramah PAS dapat duit RM90 juta, kemudian engkau ceramah lagi kata UMNO bagi 2.5 juta. Tiba-tiba engkau tanya macam mana PAS ada duit??

Betullah apa yang Mat Sabu cakap. Jika aku keluar PAS, jangan ikut aku. Pasai pada masa itu aku sudah tak betul (gila). Kini bukan sahaja Mat Sabu dah gila tapi semua pengikut dia dah gila. Mahfuz pun jadi giler sama. Tergolek lagi lebai.

Si Dr Mujahid pun nak ikut sama jadi giler.

Harapan Parlimen Parit Buntar mendedahkan satu bukti bergambar berupa sekeping cek bernilai RM25,000, didakwa disalurkan bakal calon BN Parlimen itu kepada orang Pas yang menjadi tular dalam media sosial sejak awal pagi tadi.


Calon Harapan Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, berdasarkan pendedahan akaun Facebook 'Ana Tahu', terdapat gambar didakwa sekeping cek di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri(SSI) ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan bertarikh bulan Februari lalu.

Beliau difahamkan cek itu disalurkan kepada seorang individu yang merupakan seorang pengerusi sebuah Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) milik Pas di sini bagi tujuan pembangunan sekolah itu dan disertakan bersama sepucuk surat permohonan.


PAS ada lebih daripada 1000 pasti seluruh Malaysia. Sudah tentu PASTI memerlukan banyak dana untuk pembangunannya dan ramai orang akan menderma.

Soalan lebai,
Orang UMNO solat tak?
Solatnya sah atau tak?

Kalau orang UMNO menderma
Adakah dia mendapat pahala?

Dr Mujahid..
Orang UMNO (bukan parti UMNO) yang faham bahawa 3 amalan kita berkekalan setelah kita mati antaranya ialah "sedekah yang berpajangan". Apa maksud sedekah berpanjangan?

Takkan Mujahid bodoh juga dengan perkara ini.

Orang UMNO daripada dia habiskan duit ketempat lain lebih baik dia bantu PASTI, Sekolah swasta yang kebetulan banyak dibuat oleh PAS. Sekurang-kurangnya ada juga doa dariipada anak-anak sekolah untuknya.

Misi PAS kita tak boleh tarik ahli UMNO, sekurang-kurang kita minta dia buat perkara baik. Dalam ertikata tak boleh buat semua jangan tinggal semua.

Ini Politik BPMS (Budaya Politik Matang Sejahtera)

Tapi Dr Mujahid walaupun pendidikan agama sampai PhD tapi malangnya hatinya tak sampai ke situ. Kenapa lebai kata macam tu?

Jiwa dia menghalang dia tunjuk Islam demi politik dan keduniaan...


Parti PAN @ Amanah tidak perlu menjadi lebih Islamik daripada PAS atau Islamik macam PAS untuk muncul sebagai juara politik baru kata Mujahid Yusof Rawa.

Sebaliknya, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu hanya perlu bersikap inklusif.

Tambahnya, politik di negara ini perlu keluar daripada mentaliti perkauman sempit, pemikiran agama dogmatik dan taksub kepartian kepada politik advokasi dasar serta penyertaan pembentukan negara.

Bagi Mujahid masyarakat Cina mengundi atas ketidaksetujuan mereka kepada kebejatan tatakelola kewangan negara manakala pengundi Melayu mengundi atas ‘kebimbangan’ kuasa Melayu akan ‘terhakis’ jika undi pembangkang, walaupun mereka tahu salah tadbir kewangan yang berlaku. Jadi bagi Mujahid PAN @ AMANAH tak perlu nak bawah kaeadah Islam macam PAS atau lebih daripada PAS.

Bukan jiwanya tidak mahu Islam...
Amalan Mujahid pun menyimpan daripada Islam...


Ayuh kita keluar dari kegelapan rasis dan fikiran agama dogmatik yang sempit kepada cahaya kemanusiaan dan agama yang Rahmatan Lil Alamin. Kepada penganut agama Hindu "Deepavali Valtagal" dari saya sekeluarga dan dari Parti Amanah Negara (AMANAH) kata Mujahid Yusof Rawa ULAMA BESAR Parti PAN.

Mujahid pegang tangan wanita Hindu dan memeluknya bagi menunjukkan parti PAN adalah parti Islam Leberal. Isterinya di sebelah.

Kita kena bersangka baik.

1. Mungkin wanita itu isteri kedua Dr Mujahid jadi tak kisah di pegang tangan dan peluk.
2. Mungkin juga emak saudaranya, sebelah Hajah Kamariah Abdullah yang baru meninggal.
3. Mungkin juga Mujahid pakai sarung tangan yang sangat nipis sehingga tidak dapat difokus oleh kamera.
4. Mungkin juga gambar ini adalah 'superimpose' untuk mengkhianati Dr Mujahid yang suci murni.

Tapi bukan Mujahid sahaja macam itu
Bila dah jadi PAN ni perangai Islamnya tercabut bersama kristian DAP...


Ada pepatah Cina mengatakan ikan kalau busuk bermula daripada kepala. Kalau kepala tidak dapat membezakan halal dan haram, maka yang lain pun turut sama akan menjadi busuk sampai ke usus.


Bila pimpinan parti PAN ni keluar ajer daripada PAS maka dia dah rasa bebas nak lakukan apa sahaja yang bertentang dengan Islam.
Inilah PARTI ISLAM PROGRESIF SEPERTI YANG DITULIS OLEH bekas pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman.


 

Sah Mahathir Tanding Langkawi Sah Maklumat PAS Benar


[KEMASKINI] Kali ini lebai akan menulis ringkas tapi ada masej yang besar. Lebai nak maklumkan bahawa PAS ada beberapa unit kajiannya selain daripada Lajnah Penyelididkan PAS Pusat. Ada juga bahagian yang membuat kajian sendiri atau mendapatkan maklumat daripada sumber luar, misalnya IT, Ulama PAS dan PGS (saraf).

Mohd Amar dalam pertemuannya dengan anak Kelantan di Sabah sebelum ini mendedahkan PAS ada banyak maklumat dan data berkenaan kajian daripada sumber luar PAS yang PAS jadikan rujukan. Antaranya Mohd Amar menyebut bahawa kedudukan parti BERSATU terutama Presidennya TS Muhyiddin mengalami masalah besar dalam parti kerana tidak turun padang. Nasib baik ada Mahathir walaupun tua tetapi memainkan peranan sangat aktif untuk membantu BERSATU.

Antara yang menarik Mohd Amar juga mendedahkan daripada maklumat PAS bahawa Tun Mahathir jika bertanding di mana-mana kawasan akan kalah melainkan di Langkawi sahaja Tun boleh menang (penyataan percakapan dalam youtube).
Bila lebai rujuk kepada sumber, kajian tersebut menyebut perluang Mahathir hanya di Langkawi sahaja iaitu dengan kedudukan 50-50. Kenyataan Mohd Amar pada 29 Mac 2018 boleh diruju di bawah.


Tun Mahathir suka sangat menyerang PAS dengan kenyataan yang dangkal seperti "dedak UMNO" dan sebagainya. Tapi dia tidak sedar bahawa PAS boleh bertindakbalas dan jika PAS bertindak balas ini akan menyusahkan Tun sendiri.

Misalnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan meletakkan calon bertenaga untuk menentang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Barisan Nasional di kerusi Parlimen Langkawi. Dengan penyertaan PAS di Langkawi yang sebelum ini Dato' Ir Nawawi Ahmad memperolehi undi 21,407 berbanding calon PKR Dato' Hj Ahmad hanya 9,546 undi sahaja akan membuatkan Tun Mahathir makin tersempit.


PAS ada banyak maklumat tentang kedudukan pengundi di Langkawi. PAS akan pastikan calonnya akan mengalahkan BN dan Mahathir. Jika PAS tak boleh menang PAS ada beberapa pilihan...

Untuk jadi "King Maker"
Jika kamu tak boleh menang..
Kamu bunuh musuh kamu supaya musuh kamu juga tak boleh berdiri melainkan dia memerlukan kamu...
Itu makna KING MAKER
Tak boleh kalah Mahathir
"Bunuh" Mahathir di Langkawi sehingga dia akan memerlukan kamu.
Itu pun strategi.. mungkin orang tak fikir...


 

Zaid Ibrahim Kena belajar Bagaimana Jadi Barua DAP dengan AMANAH



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melabelkan DAP sebagai 'parti Cina' selepas setahun menyertai parti itu.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun twitter peribadinya, Zaid mendakwa 'parti Cina' dalam Pakatan Harapan telah mengumumkan dua bakal menteri sementara parti Melayu pula berdiam diri dalam perkara ini.

Kenyataan Zaid itu dibuat selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming akan dilantik sebagai menteri jika Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambi alih pentadbiran kerajaan pusat.



Kekecewaan  Zaid Ibrahim kerana dia tidak disenarai sebagai calon DAP. Zaid silap dan tidak emmahami bagaimana ingin menjadi macai dalam DAP. Dia kena belajar dengan parti AMANAH (PAN), apa sahaja kata DAP mesti angguk dan taat. Untuk memahaminya pembaca boleh baca tulisan lebai yang lalu berkenaan DAP dan Melayu pada artikel "Masuk DAP Memang Tak Jadi Kapir..... Tapi jadi Bodoh"


Aspan Alias


Nasib Zaid Ibrahim sama dengan penulis terkenal Aspan Alias bekas ahli UMNO yang menyertai DAP pada 2012. Pada 19 Jun 2013 (sila baca di sini) Aspan bertindak mengkritik parti DAP kerana hanya meletakkan sebilangan kecil ahli bukan Cina sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Aspan sendiri merupakan antara yang tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya. Malah beliau yang juga bekas Veteran Umno Negeri Sembilan membidas DAP kerana mempunyai terlalu sedikit orang bukan Cina memegang jawatan penting dalam parti.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Jika anda mengatakan bahawa anda sedang berjuang untuk rakyat berbilang kaum, anda mesti menunjukkan bahawa parti ini sememangnya diwakili Melayu, Cina dan India," katanya kepada The Star.

Aspan menyertai DAP bersama Adun Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Aspan menulis dalam blognya memuji PAS. Katanya PAS sahaja yang memberikan ruang kepada orang lain yang menyertainya untuk bertanding. Ahli-ahli PAS sangat berdisipilin serta taat dan tahu mana yang patut dibuat demi untuk sesuatu kerjayaan.

Asapan ada menulis "Justeru itu, kita menyedari sekarang yang PAS secara tidak disedari oleh parti itu sendiri, pimpinan mereka bukan lagi bertuankan kepada pucuk pimpinan PAS, disebaliknya ramai diantara pemimpin PAS rupa-rupanya lebih memberikan ‘allegiance’  Anwar dan betul lah tuduhan setengah pihak yang PAS dipenuhi dengan apa yang dikatakan sebagai ‘Anwaris’ di dalamnya."  - 21 Ogos 2014

Dharmala NS


Lebai setuju dengan pendapat kawan-kawan Dinsman dalam penulisan Dinsman berkenaan kemasukkan A Samad Said kedalam DAP. "Kemasukannya dalam DAP itu akan merosakkan pengiktirafan awam bahawa kedudukan atau statusnya adalah di atas dan mengatasi mana-mana parti politik".

Sajak A. Samad Said yang lalu sebagai panduan jangan dia meludah tapi ludahan itu terpencik ke muka sendiri. (Sajak ini telah diulas oleh penulis Nordin Ali anda boleh baca di sini)


Sama dengan Dinsman, kemasukkan A. Samad Said bukan orang baru dalam dunia sasterawan dan budayawan berada dalam DAP. Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud (gambar sebelah) meninggal dunia 12 Ogos 2009 akibat sakit jantung. Beliau mengendalikan blog Warga Prihatin Malaysia (Prima). Apa Pak Dharma buat dalam DAP, dia macam Aspan Alias insan yang dipinggir oleh DAP setalah DAP memeras mereka untuk menarik undi MELAYU.


Melati Rahim



Kita masih ingat lagi gadis Jamila Rahim (lebih dikenali nama pena/samaran Melati Rahim) yang berpurdah masuk parti DAP yang kononnya parti DAP lebih dekat dengan keadilan serta meletakkan dasar kemanusiaan sebagai tunjang dan teras utama, yang juga merupakan salah satu asas dalam ajaran agama Islam katanya. Mungkin ini juga alasan geng PAN & IKRAM sanggup memperHAMBAkan (pinjam pakai ayat A. Samad Said) diri kepada DAP.


Wanita Islam dikehendaki membatasi diri dengan bukan mahram. Wanita yang memakai purdah pula biasa lebih lagi bertujuan menjaga dirinya daripada bukan mahram. Tapi bila masuk dalam DAP akhirnya DIPERBODOHKAN dengan amalan Islam liberal, yang sebenarnya DAP anti-Islam secara tersembunyi.

Apa terjadi dengan Melati Rahim setelah kejadian berbuka dengan bukan mahram dan makan setalam pula... Setelah kejadiaan "BODOH" ini Melati Rahim sudah macam menghilangkan diri.

A. Samad Said


Awal Ramadan baru-baru ini A. Samad Said telah dipergunakan oleh DAP untuk membela Hannah Yeoh setelah didedahkan gerakan kristianisasi oleh Dr Kamarul Azman Yusoff pensyarah UUM.

Pada majlis sebelum berbuka A. Samad Said diminta mengulas tentang Hannah Yeoh oleh Lim Kit Siang. Kalau anda lihat keadaan A. Samad Said pada masa itu banyak tutup muka dengan tangan yang mengambarkan keadaan di'perbodoh'kan. Ini sesuailah bila dia mahu menyertai DAP dia kata dia hanya mahu jadi hamba DAP sahaja. "Hamba" dalam bahasa klasik Melayu moden ialah diperbodohkan...

A. Samad Said ada menulis...
“Yang disorot hanya bahagian terkhusus kerana kebetulan Hannah seorang mubaligh Kristian yang sangat padu dan cekal dan kini dalam dunia siasah tanah air.”

“Yang dinampak—atau diserang—tampaknya sengaja tertumpu kepada pergerakan agamanya untuk sesuai mendakwa DAP mempunyai hasrat, kononnya, berazam menafirkan Melayu.”


“Pendeknya, yang dinampak atau sengaja ingin dinampakkan, ialah hajat siasah Hannah Yeoh, lebih-lebih lagi DAP, untuk mengembangkan agama Kristian.”
Hanya mereka yang memahami bahasa tersirat boleh membaca apa yang tersirat dalam hati seseorang yang sudah tersilap langkah.

Dr. Ariffin Omar


Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian. Beliau mengatakan demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, yang menimbulkan perbahasan mengenai aktiviti evangelisme dalam negara.

Rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Dr Ariffin adalah pengasas pergerakan NGO bukan politik, ALIRAN masuk DAP tahun 2011 dan sekarang adalah Naib Presiden DAP setelah bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah digugurkan daripada jawatan senator seterusnya keluar DAP kerana wujud banyak penyelewengan dalam organasasi DAP.

Kalau anda melihat kepada pendidikan dan penglibatan Dr. Arifin Omar sudah pasti anda akan dapati dia bukan sebarang orang, tapi malangnya DAP memperbodohkan dia dengan agamanya sendiri walaupun pendidikan sudah sangat tinggi.

 Pertubuhan IKRAM



Lim Guan Eng hari ini mengumumkan rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai RM15 juta. Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah itu adalah langkah yang tepat  untuk kemajuan Islam.

Betul ke? Selepas dapat peruntukkan RM15 juta apa yang anda fikir?

Mereka akan Jaja DAP Tak anti Islam. Lihat peruntukkan diberikan untuk Islam lebih baik daripada UMNO.  Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009. Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Tapi malangnya blogger PAN mewar-warkan kononnya DAP bukan ANTI-ISLAM. Memang orang Melayu bodoh semenjak penjajah british lagi. Melayu macam PAN @ AMANAH yang buta mata hati.

Anda tahu apa akan terjadi bila IKRAM yang menguasai parti PAN dapat pruntukkan sekolah agama? Mereka akan jadi kuda DAP untuk mempertahankan apa sahaja yang DAP buat termasuk menolak hukum Hudud dan menolak undi RUU Memperkasa Undang-undang Syariah yang bakal dibahaskan nanti.

Ahli IKRAM akan menguatkan parti PAN @ AMANAH untuk memastikan PAS akan hancur. Jangan hairan nanti pelajar Islam di sekolah IKRAM akan mendaulatkan DAP sebagai wira!!
Rekod bacaan lebai setakat ini hanya PAN @ AMANAH sahaja yang boleh jadi macai/barua DAP yang taat. Tapi biasalah perkara ini tidak lama setelah DAP dapat apa yang dikehendaki DAP akan "sembelih" seorang demi seorang pimpinan parti AMANAH untuk dijadikan sajian pemujaan mereka.

Kita tunggu dan lihat...
Hanya Islam sahaja pilihan kita tidak boleh tidak melainkan ISLAM
Sesiapa yang mengenepikan Islam akan menunggu masa untuk "binasa"



 

Mohd Shamsul sepatutnya saman Azan Ismail pasal Pil Kuda


Semua orang tahu bahawa Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi selepas mendakwa Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, pada 22 April 2013.

Dalam ceramah berkenaan Abdul Hadi mendakwa ada colan PKR berfahaman kominis dan mengambil pil kuda.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu merujuk kepada dia dan telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pilihan raya dan ahli perniagaan.

Walaupun PAS ada bukti atau saksi penangih bersama, takkan penangih nak jadi saksi di mahkamah saya dengan dia makan pil kuda bersama.

Sama juga dulu Tun Mahathir menuduh Anwar liwat dan juga bersama pelacur. Tapi tuduhan pelacur digugurkan atas dasar tak ada yang nak jadi saksi. (Sekarang boleh tulis fakta ini... ahh luka kecil ajekan!!)

Bagaimana pun Mahkamah Tinggi ketika menolak saman Mohd Shamsul itu memutuskan plaintif (Mohd Shamsul) gagal membuktikan bahawa kata-kata yang didakwa diucapkan oleh Abdul Hadi sebenarnya merujuk kepada beliau. Dia kena bayar kos guaman sebanyak RM10,000.00

Mohd Shamsul diwakili peguam A. Vasudevan dan V. Saravanan manakala  peguam Datuk Takiyuddin Hassan mewakili Abdul Hadi.

Semalam bernama menyiarkan kenyataan Azan Ismail yang mengesahkan kebenaran kenyataan Presiden PAS dalam ceramah menjelang PRU-13 lalu.




Azan Ismail, Pengerusi PKR Negeri Terengganu berkata PKR mahu calon yang bertanding kali ini bebas daripada sebarang perlakuan negatif yang boleh menimbulkan kesangsian pengundi terhadap kredibiliti calon itu sebagai wakil rakyat mereka.

"Kita tidak mahu lagi ada calon kita yang didapati menyokong fahaman komunis ataupun yang mengambil pil kuda.

"Calon yang bertanding juga adalah dari kalangan mereka  yang berpengalaman dalam politik," katanya.

Jika benar Mohd Shamsul tidak bersalah dan tidak mengambil pil kuda, Mohd Shamsul sepatutnya saman Azan Ismail sebagaimana dia saman Presiden PAS.

Melainkan sebelum ini PROJEK SAMAN PRESIDEN PAS adalah mainan politik menjatuhkan Presiden PAS. 

Masih ingat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah.





Lebai tak kata ini betul tetapi ada kaitan dengan bekas peguam Abdul Hadi dulu Asmuni Awi. Lebai ingin penjelasan Asmuni Awi dalam hal ini. Harap jawab dengan betul.Logiknya kalau Hadi jawab saman itu perkara ini selesai tetapi kenapa lambat jawab sehingga kena saman 2 juta. (Lebai ada menulis di sini)



Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan, selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan terhadapnya.

Kena saman kerana tidak jawab perintah mahkamah. Peguam Presiden PAS semasa itu adalah Asmuni Awi sekarang ini Pengerusi Parti PAN @ AMANAH Perak.

Lebai tak nak tuduh si Asmuni bersubahat dengan PKR untuk jatuhkan Hadi dan geng ulama sebab aku tak ada bukti sekadar syak aje. Kalau tidak bersubahat boleh jadi dia bodoh tak jawab pertuduhan yang sepatutnya boleh selesai begitu mudah. Kan pelik!!

Ikut sifir AMANAH (PAN) Asmuni kena jawab sama dulu dia ada tak niat nak khianat Presiden PAS? Kena jawab tu!!

Itulah cara bodoh pemikiran penyokong HARAPAN dan AMANAH.



 

Belum Bertanding Dah mengaku kalah, tarik diri


Ketua Amanah Kawasan Marang, Miqdad Zakaria menarik diri daripada mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kerusi Parlimen Marang. Entah mungkin datang perasaan bersalah kerana menipu mengatakan dia anak saudara Presiden PAS.

AMANAH (PAN) ni kalau tak menipu bukan nama parti AMANAH. Lebai tak tahu kenapa ahli-ahli mereka bodoh tak boleh berfikir bahawa Miqdad ini adalah anak saudara kepada isteri Presiden PAS bukan anak saudara Presiden PAS. Nasib baik Presiden PAS ada 2 isteri kalau ada 4 isteri makin ramai lagi yang akan jadi mangsa puak-puak AMANAH(PAN) untuk menghasut supaya menyertai PAN dan lawan PAS sebagai hari-hari buat cerita itu dan ini tentang Nik Omar anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Ahli-ahli PAS hendaklah bersabar dan memohon kepada ALlah s.w.t. atas tipudaya dan fitnah parti AMANAH (PAN) serta puak HARAPAN. Insya-Allah kita akan lihat mereka akan hancur berkecai hanya tunggu masa dan ujian kepada kita hendaklah kita sempurnakan dengan solat dan sabar.


 

Kenapa susah payah hantar London, Syed Azman & Sepupu Nik Abdul Kan ada..



Jika kita menonton filem 'Catch Me If You Can' mengisahkan bagaimana seorang ahli pemalsu cek yang menyamar berbagai watak, berkahwin dan akhirnya dia menjadi agent kerajaan membantu memastikan cek tidak boleh dipalsukan. Ini kisah benar dan jalan cerita penipuan sangat menarik, nampak 'real' tidak bodoh dan kaku macam puak-puak PAN mereka cerita pasal isu duit UMNO.

Cerita macam 'kartun' (bukan cerita kartun), bajet murah, pelakon pula bodoh, script entah datang daripada mana?

Macam Mana Boleh Datang Cerita Ambil Duit UMNO??


Umno kuat rasuah untuk membeli undi. Jadi untuk mengatasi masalah ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengemukan strategi “Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS."

Kalau UMNO bagi duit ambil ajelah. Bukan kita pangkah mereka. Ini suatu yang 'simple' tapi cuba diputar belit puak yang hati busuk.

Oleh kerana FITNAH UG semenjak 2008 lagi tak boleh dibukti akhir mereka yang hati busuk ini membuat script cerita yang akan lebai hurai nanti.

Dulu kata jika ulama menang dalam Muktamar PAS, PAS akan bergabung dengan UMNO. Ulama menang dan sapu bersih, sehingga hari ini tak ada UG DENGAN UMNO. Mereka hilang akal.

Mereka fitnah pula PAS akan UG dengan UMNO menjelang PRU. Sekarang nak PRU, sampai Hari ini tak ada UG. Nak mengundi tak sampai seminggu lagi, ahli-ahli PAS ghairah pasang bendera tak sabar nak pelingkupkan UMNO dan PAN/HARAPAN sekali.

Mereka FITNAH pula PAS akan UG selepas PRU. Jika selepas PRU tak UG juga jangan bimbang puak hati busuk ketagih FITNAH akan FITNAH LAGI PAS AKAN UG semasa PRU-15 NANTI!!

Mereka tak puas fitnah selagi tidak "makan tanah" (mati)

Kemaruk tak ada bukti mereka, reka cerita dengan audio Nik Abdul. Audio ini diedar dengan sekerat. Langkah pertama mereka gagal. Orang PAS releks aje. Dia yang fitnah dia juga yang percaya.. kan bodoh namanya macam kisah bapak Nabi Ibrahim yang buat berhala, dia ukir kemudian dia sembah.

Mereka tukar langkah kedua, siar sepenuhnya. Puak PAS gelak lihat mereka yang bodoh ini. Maka bertaburan audio Anwar Ibrahim, dan macam orang lain dengan lawak jenaka. Fitnah Nik abdul menjadi joke.



Bukan itu sahaja skandal Mat Sabu dengan Normah terbongkar semula. Audio asmaradana mereka sehingga perceraian Normah didedah semula. Mereka yang tak tahu cerita ini sekarang mengetahui. Mat Sabu PERSIDEN PARTI KONONYA ISLAM PROGRESIF sudah tercemar dengan amoi BERSIH kini makin bermuluran lumpuh, nanah dan kehak!!

Mana puak IKRAM nak letak muka??



Pengerusi HARAPAN Kelantan, Husam Musa berkata siasatan itu dilakukan seorang profesor yang pakar dalam bidang siasatan fonetik atau pengecaman suara bernama Allen Hirson.

"Saya difahamkan audio ini telah dihantar ke makmal City Universty di London, dikaji oleh seorang profesor di sana. Seorang pensyarah bahagian fonetik, bernama Allen Hirson

"Dia telah mengendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan dengan mengecam suara orang," katanya dalam ceramah di Kota Bharu


Nak siasat buat apa?
Buat habis duit aje.
Baik engkau bagi kepada Syed Azman Syed Nawawi dia tahu dia sah 100% Suara Nik Abdul. Dia dan Sepupu Nik Abdul, Mohd Sabri Salleh telah buat kajian dalam studio mereka dibelakanmg rumah rumah mereka tepi reban ayam. Mereka ni pakar... PAKAR FITNAH!!!


Allah SWT berfirman yang artinya;

“Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Q. S. Al-Hujarat : 12).

Mereka semua Islam, tahu pasal dosa fitnah tetapi kerana nafsu politik merebihi akal mereka sanggup buat fitnah sedangkan mereka sendiri ragu dan pasti baru dalam proses membuat analisis di London, tapi mengedar... UNTUK APA? Untuk menepah api nereka.

Bila jiwa kita kosong dengan kekuatan Islam kita mula ambil ringan tentang amaran Allah. Adakah semua ini kerana mereka melanggar sumpah setia kepada perjuangan Islam dan langgar baiah dengan Allah s.w.t.

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu.

 
 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger