Golongan 'kopiah putih' dalam PAS


Saya terbaca artikel "Politik buruk golongan 'kopiah putih' dalam PAS" oleh Hafiz Ahmad. Malangnya saya baca artikel ini di blog pakatan rakyat dan sebahagian mereka adalah PAS. Macam gembira benar untuk menyiarkan artikel tanpa fakta yang benar dan sahih.

Memang ramai blogger Pakatan Rakyat yang PAS bercakap pasal ukhwah melebihi malaikat tetapi hati hitam lebih buruk daripada syaitan.

Saya berkawan dengan ramai blogger Pakatan Rakyat, terutama yang bukan PAS... perjumpaan di pub, kelab, café bercakap soal kebebasan, hak bersuara.. kelangsungan politik Malaysia... mereka mahir dan tersusun tapi perangai... ya Allah.. arak minuman macam kita minum teh.

Inilah rujukan kawan-kawan kita blogger PAS.. idola.

Golongan yang saya sebut tadi tak suka PAS berkupiah atau berserban besar. Ini menjadi mangsa kiasan dan sinis dalam tulisan-tulisan mereka.

Berbalik pasal isu Kajang. Kenyataan-kenyataan awal PAS yang diwakili oleh golongan Pemuda, Selangor dan Ulama itu adalah masej yang jelas tentang hal ini sekurang-kurangnya PKR tidak sedap muncung dalam tindakan tanpa mengambil kira rakan pakatan yang lain.

PAS terpaksa mengikut dan kepimpinan PAS pula terpaksa menjadi 'suara' mereka meredakan keadaan.

Isu sebenar di Kajang adalah isu MB. Isu pasal pengurusan kewangan. Tahukah kita bahawa Selangor itu kaya??

Hafiz Ahmad jurusan ekonomi penulis artikel faham tak perkara ini. PKR sekarang memerlukan kewangan yang besar untuk "menyabung nyawa". Oleh kerana PKR tak ada grasswood PKR perlukan dana dalam pengendalian parti. Khalid Ibrahim dilihat tidak membantu, bukan tak cekap.

Kita diberikan omong-omong kosong dengan pelbagai teori kononnya seperti kata Aziz Bari kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.

Kata Aziz Bari lagi khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.

Betul ke?? Orang bodoh boleh di kencing dulu kita kena kencing oleh UMNO tapi sekarang kita kena kencing dengan rakan kita sendiri.

Saya boleh tunjuk satu persatu kenyataan Rafizi dan lain-lain semuanya tak logik.. tapi ruang artikel ini terbatas.

Apa yang saya nak nyatakan disini menyerang PAS dalam isu ini terutama mengaitkan golongan kupiah putih sangat kurang ajar. PAS sudah banyak membantu PKR dalam isu Kajang.

Pemuda PAS Selangor juga terganggu dengan projek kempen kenaikan harga barang dan turun ke jalanraya untuk isu kenaikan harga barang akibat daripada PRK Kajang hanya semata-mata menyelesaiakan masalah perebutan kuasa dan dana kewangan di Selangor.

Tolong hormat PAS. Yang jadi ahli PAS jangan bodoh politik tanpa merujuk kepimpinan dalam menyiarkan berita.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
February 2, 2014 at 5:06 PM

saya sangat menyokong artikel hafiz ahmad kumpulan kopiah dalam PAS memang berpolitik buruk contohnya pemuda pas Selangor sangat tidak berdisiplin ketika buat kenyataan boikot prk kajang sedangkan pusat belum buat apa-apa kenyataan rasmi kenapa kita nak tahu rumahtangga orang ketika mereka sedang berusaha menangani masalah mereka dah selesai barulah inform secara resmi pada rakan. masa Pas ada masalah di Kedah dulu tiada siapa nak tahu apa yang dirancang pas sehingga masalah diselesaikan sekarang prk diumumkan dan sebab musababnya adalah taktikal seperti yang diberitahu mat sabu. saya ahli Pas sejak awal tahun 80an disaat Dato Asri meninggalkan parti .saya menjadi ahli kopiah putih sejak muktamar pertama kepimpinan Ulama . Pimpinan yang sebelumnya bersongkok hitam bertukar ke kopiah putih. saya mkioni mengerti apa yang dikata jumud sebahagian ahli kita yang fanatik tetapi saya tetap bersama harakah ini sehingga hari nin dengan harapan geng kopiah dapat berubah lebih terbuka.

Anonymous
February 2, 2014 at 8:41 PM

Weh geng lebai malang dalam PAS...cerita banyak tak mau...RAMPAS BALIK KEDAH DARI TANGAN BN...JANGAN BANYAK STORY MAU TUNJUK HEBAT...GUA PUN PEMBANGKANG TAPI TAK LE SETAMAK MACAM LU ORANG...

February 3, 2014 at 9:02 AM

Baru nk post isu Ni tp hang dah pos dulu, bila pas Kedah bergolak takdak pulak pkr kecoh n masuk campur. Sapa perangai lebih huduh ni?

Anonymous
February 3, 2014 at 9:57 AM

Betuii....kami org Kedah..Kami Tau apa masaalah kat kedah...Masaalah org PAS Kedah kebanyakan tamak gak.. Kalau Selangor diperintah oleh PAS..alamat bungkus mcm Kedah la jawabnya..sebab tu DAP x mau bagi kat PAS..takut jadi mcm Kedah..Masa perintah Kedah..semua jawatan PAS nak..tapi haram x blh bt keja..mula2 kata PKR Kedah tamak dan gila jawatan..Allah tu maha kaya..tup..tup..PAS Kedah lagi dasat. semua lapaq duit..dari unit amal sampai ke kawasan..bagi duit..apa pun tak pa...lagu mana pun dapat kat hampa...

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger