Kajian “BOHONG” Rafizi menunjukkan PAS masih kuat


Bulan lepas saya mengulas mengenai kajian Survey Persepsi Rakyat Selangor 2016 dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE). Saya mengatakan daripada sumber-sumber dekat dengan IDE hasil kajian ini bertujuan untuk mengembalikan sokongan Anwar dengan membina persepsi baik dan memberikan persepsi buruk kepada PAS supaya PAS lebih akur kepada kehendak Pakatan Harapan.
Saya mendedahkan siapa sebenarnya di belakang IDE yang mengeluarkan kajian  itu sehingga semua cybertropper PAN dan PKR menjadi 'giler' menyerang PAS. Anda boleh baca artikel saya di sini.

Semalam Malaysiakini menyiarkan kaji selidik dijalankan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) menunjukkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh membentuk kerajaan jika keadaan memihak kepada pembangkang.

Rafizi 'mastermind' kepada I-CPI telah mengeluarkan satu simulasi yang menunjukkan HARAPAN dan BERSATU boleh memenangi 126 kerusi parlimen berbanding 96 oleh BN dan PAS pula diramalkan boleh kehilangan semua kerusinya di Dewan Rakyat.

Kata Rafizi, daripada 104,340 responden, 41 peratus menyatakan mereka akan mengundi BN berbanding 24 peratus memilih HARAPAN dan BERSATU. PAS pula memperoleh 21 peratus. 14 peratus lagi memberitahu mereka tidak akan mengundi sama sekali.


Jika mengikut apa yang diperolehi oleh kajian I-CPI menunjukkan undi untuk PAS (satu parti) 21% berbanding dengan HARAPAN + BERSATU (4 parti) mendapat 24%. Perbezaan hanya 3% sahaja.
Agaknya berapa peratuskah untuk PKR ? untuk DAP ? Untuk Parti Balaci PAN? dan Bersatu pula berapa?

Jika 24 dibahagikan sama rata (Prinsip HARAPANkan) ini bermakna
DAP = 6%
PKR = 6%
PAN = 6%
BERSATU = 6 %
PAS = 21%
BN (14 Parti) = 41%
ATAS PAGAR = 14%

Orang tak mahir kajian pun boleh tahu bahawa PAS MASIH KUAT berbanding dengan HARAPAN + BERSATU.

Daripada keputusan kajian tersebut menunjukkan 14% respoden tidak akan mengundi. Ini menunjukkan  bilangan 14% itu datang daripada HARAPAN. Rakyat dah boring dengan mainan politik yang jijik sama seperti UMNO/BN selepas mendapat kuasa.

PAS daripada kajian ini menunjukkan sedikit penurunan daripada 23% kajian-kajian sebelum ini turun kepada 21%. Kita boleh buat anggapan orang PAS masih kekal undi PAS. Hanya undi atas pagar sahaja PAS belum tentu memperolehinya.

 Kesimpulan yang boleh saya buat ialah RAFIZI bodoh mendedahkan data kajian NGOnya I-CPI yang kononnya membuat simulasi PAS akan hilang kuasa tetapi mendedahkan bahawa HARAPAN + BERSATU tiada HARAPAN jika PAS tak BERSAMA mereka.



Share this article :
 

+ comments + 7 comments

January 20, 2017 at 6:04 PM

Tu menunjukkan bodoh pas pun kuat.
Jika bergabung dengan ph, pasti bn dah kalah.

Anonymous
January 20, 2017 at 6:12 PM

X salah buat kajian skrg. Sebab masih sempat Nk improve. Takkan dh kalah mcm Kedah dan Terengganu baru nk buat kajian. Spesis xnk ngaku kelemahan sendiri = bodoh sombong = perasan bagus.

Anonymous
January 20, 2017 at 8:08 PM

Hasil Analisis puak bodoh.
Dia nak tunjuk kuat dan pandai ..rupanya menampakkan bangang dan kelemahan. ...mengharap PAS yg mereka serang dan fitnah...BODOH.

Anonymous
January 20, 2017 at 10:30 PM

Tak guna klu bn jatuh tpi yg naik mcm bn jgk. Kaki fitnah dn kelentong. 2x5.
Ph perasan baik konon sdgkan pemimpinnya dah ada yg tercalar kes rasuah. Rasa diri bijak tpi di mata rakyat nampak bodohnya. Mcm gila kuasa.

Anonymous
January 21, 2017 at 7:12 AM

PH dan BN tidak bertunjang kpd Islam. Bila2 masa boleh seleweng dan sesat. Kes di Penang sbg bukti dan haru biru kerajaan bawah pkr di sgor skrg. Kelantan wpun diperintah pas yg serba kekurangan tapi masih bertahan, tiada rasuah dan adu domba. Prasait atau pelampau pro PH mcm Huse Muse dh tersingkir.

Anonymous
January 30, 2017 at 12:53 AM

Kita kena faham rafizi ini ibarat seorang akauntan didalam sesebuah organisasi. Dia tidak akan menipu dengan figure. Im an accountant, I know.

Walaupun tidak setuju dengan sesuatu keadaan, akauntan biasanya akan memberikan actual fact/analysis walaupun fakta itu mungkin tidak menggembirakan ceo, md atau board. Namun keputusan tetap ditangan mereka.

Dalam kes rafizi ini, rafizi mungkin dah fedup untuk menyakinkan PR bahawa PR sepatutnya memilih Pas instead of Pan. Rafizi telah menjalankan tugasnya. Namun pihak tetinggi PR still bertegas memilih Pandap. PR sepatutnya yakin bahawa pengundi Cina akan memilih mereka instead of dap dan mca. Sbb sikap mca dan dap yg mempertikai agama Islam tidak membawa faedah jangkapanjang kepada kaum Cina. Jika dibiarkan cara mca dan dap berpolitik dgn memainkan sentimen agama penghuni majoriti, lama kelamaan penyakit terpendam ini akan menjadi barah.

Berbalik kpd kaitan rafizi dan peranan akauntan. Jika sesuatu analisa yg telah dibuat oleh akauntan itu tidak diambilkira oleh pengurusan tetinggi dan kemudian ianya merugikan syarikat. Mereka tidak bolehlah menyalahkan accountant sebab he already did his job. Senario yg sama berlaku kpd rafizi yg telah beberapa kali mengeluarkan sttmnt iaitu pembangkang sukar menang tanpa Pas. Tambah pula kita juga maklum akan edu background rafizi ini memang accounting.

Anonymous
January 30, 2017 at 1:12 AM

Maaf silap pembetulan diatas. PKR bukan PR

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger