Plat kereta www 1 punya pasal

Susulan pembelian nombor WWW 1 oleh Sultan Johor yang berharga RM520,000 beberapa pertikaian tentang perkara ini telah wujud iaitu bagaimana kerabat raja yang menggunakan wang rakyat untuk membeli plat semahal itu, sedang banyak perkara manafaat boleh dibuat.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim berkata bahawa kerabat Diraja Johor tidak pernah ambil satu sen pun duit kerajaan malah peruntukan wang disalur kepada Yayasan.


Ulasan ini adalah menjawab sindiran tajam DS Nizar Jamaluddin dalam twitternya yang mempertikaikan kegunaan wang oleh orang-orang besar membidal plat WWW. Kenyataan DS Nizar dilihat secara umum walaupun membidas beberapa pimpinan Barisan Nasional adalah menyingong perasaaan kerabat di Raja.

 

Tubuh Ikatan, Apa motif Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir?

Menurut sumber yang hampir dan boleh dipercayai bahawa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden NGO AMANAH dan akan tubuhkan parti baru yang dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). Saya tak pasti sejauh mana benar berita ini tapi itulah yang di war-warkan.

Sebelum kita pergi lebih lanjut adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit mengenai AMANAH itu sendiri.

Pertubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ialah mengamalkan pendekatan politik sebagai platform dalam menyuarakan pandangan yang dibangkitkan rakyat. Ini yang dinyatakan oleh Presiden AMANAH Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau juga menjelaskan penubuhan NGO ini untuk perjuangan menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman dan ideologi.

Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah dilantik menjadi Timbalan Presiden AMANAH.


 
 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger