Malang bagi AbdullahJones “Melukis” Gerakan Islam dengan ‘Berus Bulu Babi’


Lebai terbaca satu tulisan AbdullahJones seorang pelukis dan penulis dalam akhbar Malaysiakini yang memang sangat suka menyerang Islam dan gerakan Islam terutama PAS.

PAS tidak maksum, tidak sempurna tetapi tidak lah kerana itu mereka yang anti PAS boleh membuat fitnah sewenang-wenangnya atas penulisan atau syair atau pun atas perjuangan kebebsan. Kita kena batas dan etika agar orang pula tidak melihat kita 'bodoh dan buta' dengan fakta yang benar dan sahih.

AbdullahJones menulis pada awal tulisannya.
Malang besar bagi pas adalah bila ianya memusuhi semua.
Siapa sahaja yang tidak turut serta dalam perjuangan mereka adalah musuh nyata.
PAS beranggapan bahawa hanya mereka yang berkerja dalam jalur perjuangan suci. Hanya mereka yang berada di jalan yang lurus. Dan sorga adalah hak mutlak mereka sama ada mereka menang atau kalah pilihan raya.
Buka penulisan terus AbdullahJones membuat suatu kenyataan yang sangat buruk kepada dengan gambaran PAS adalah musuh semua orang, jumud, berasa dirinya betul dan ahli syurga dan seolah-olah-lah PAS mengawal pintu syurga.

Itu suatu kenyataan, lebai belum dapat lagi apa hujahnya.

Mari kita analisis tulisan 'hebat' AbdullahJones untuk baris seterusnya,
Bekas rakan sekerja yang ‘lari dari perjuangan’ adalah munafik yang disamakan dengan para fasik pada zaman dahulu. Dan balasan paling setimpal adalah neraka paling bawah yang tiada hujung penderitaan.
PAS jadi rugi apabila melepaskan peluang untuk sekurang-kurangnya mendapat undi simpati daripada bekas ahlinya apabila mereka sering memperlekehkan sesiapa yang tidak sekata.

Kemudian dari itu, PAS juga mungkin kehilangan undi golongan atas pagar apabila saban hari kerja mereka tidak lain adalah mencari salah semua orang.

AbdullahJones berhujah PAS label yang keluar parti sebagai munafik, fasik dan balasan neraka. Ini kepada geng Amanah (PAN) mudah cerita.

Sebelum lebai menjawab lebih jauh, kita lihat sejarah PAS ada tak yang keluar daripada PAS sebelum ini?

Zulkifli Nordin misalnya keluar PAS, masuk PKR. Ada PAS label dia munafik, fasik dan balasan nereka?

Mohamad Imran Abd Hamid ahli Parlimen Lumut. Jadi calon PKR juga ada PAS label dia munafik?

AbdullahJones, lebai boleh senarai lebih daripada 17 orang pimpinan besar yang keluar PAS tapi PAS tak memunafikkan mereka dan tak kata pun dia ni fasik.

Itu pimpinan, belum masuk yang berada di kawasan dan cawangan, ramai juga.

AbdullahJones anda boleh berfikir lebih matang kenapa??

AMANAH (PAN) ni kenapa PAS kata mereka ini munafik. Abdullah tahu tak 4 ciri munafik? Jadi tak perlu lebai perincikan bahawa mereka ini telah berjanji dengan sumpah setia tapi mereka membelakanginya. Selepas itu mereka fitnah PAS sehingga orang macam AbduillahJones boleh tertipu. Itu bukan cirik fasik? Munafik dan fasik sudah pasti balasannya neraka melainkan mereka bertaubat.

Apa yang tak betul?

Siapa kata PAS rugi? Adakah AbdullahJone boleh jamin mereka akan mengundi PAS? Jadi membuang terus mereka dalam 'culaan' PAS adalah sebaik-baiknya. Malah ada kawasan-kawasan PAS membuat culaan membuat anggapan bukan Islam tidak sokong PAS dan mereka berusaha untuk mencari undi untuk menyaigi undi bukan Islam yang ada di kawasan mereka. Jika ada sedikit sokongan dengan bantuan DHPP kawasan itu mendapat bonus. Itu gerakerja PAS yang sangat tinggi daya juangnya.

Untuk makluman AbdullahJones kerana anda tidak tahu daripada 32 unit dalam Jentera Piliharaya PAS ada satu unit Bilik Gerakan. Daripada pemantauan sepanjang akhir 2017 (Disember 2017) menunjukkan ada peningkatan sekitar 8.6 % undi atas pagar kepada PAS melibatkan 5 negeri dan 3.2% melibatkan 3 negeri. Ini suatu data menunjukkan PAS mampu bersaing untuk pertandingan 3 penjuru nanti.

Lebai nak bagi satu perbandingan agar AbdullahJones boleh berfikir lebih baik dalam membuat perbandingan. Misalnya AbdullahJones ada Galari Lukisan yang ada pekerja bekerja di situ. Jika pekerja nak berhenti dan bekerja dengan Galari lain. Adakah AbdullahJones marah dan maki dia??
Kata dia akan masuk nereka??

Tentulah tidak. Kalau Abdullah kata memang AbdullahJones seorang yang gila!

Katakanlah pekerja itu curi barang dalam galeri, ambil lukisan dan dia kata dia dah 30 tahun kerja perkakas tu macam dia punya.

Sudah tentu Abdullah kata dia ni munafik dan akan masuk neraka kerana curi barang AbdullahJones. Begitulah terjadi antara PAS dan AMANAH (PAN). PAS Tak marah yang sebelum kerana mereka tak curi harta PAS. Tapi yang oren ni banyak harta dia kata harta dia. Tok Guru Nik Abdul Aziz pun dia kata dia punya juga. AbdullahJones ada akal tak nak fikir ini semua??

AbdullahJones menulis lagi,
Hukum neraka sentiasa bermain di bibir mereka apabila memperkatakan mengenai sesiapa yang tidak memberi sokongan.
Kumpulan-kumpulan agama yang giat juga sering diperlekeh oleh PAS. Al-Arqam atau tabligh adalah dua kumpulan yang sepatutnya dengan jaminan akan memberikan undi kepada PAS, namun disebabkan sifat permusuhan yang seakan-akan menjadi amalan biasa, kedua-dua kumpulan terbabit menjauhkan diri.

Tabligh adalah musuh utama PAS kerana katanya kumpulan ini meninggalkan politik.

Itu tentu sekali tidak benar.

Daripada tinjauan, didapati sebahagian besar mereka yang tabligh juga merupakan ahli kepada banyak partai politik negara termasuk yang sangat aktif dalam PAS!


PAS sebagai partai yang berteraskan Islam sepatutnya lebih bijak mengatur strategi bagi memikat orang supaya mengundi mereka.

Buang sifat suka bermusuh dengan semua orang. Perjelaskan desus-desas. Berhemah dalam ceramah dan berhenti menyalahkan semua orang.
Lebai tak menulis pasal Al-Alqam kerana ada melibat tariqat dan aqidah. Bukan tak boleh menulis tapi tak cukup untuk memfokus jawapan tulisan si AbdullahJones.

PAS tolak tabligh?
Mana engkau dapat fakta ini?
Mungkin engkau ada ikut tabligh dan tidak cermat dalam membuat penitian sehingga mendapat sumber yang tak benar.

Abdul Hadi Presiden PAS telah membuat kunjungan dan bertemu pimpinan jamaah tabligh dan berbincang dengan mereka bagaimana untuk menegakkan Islam dan sama-sama berkerja dalam jalur perjuangan Islam ini.



Malah Tabligh yang dulunya dikatakan Jamaah yang tidak menghiraukan politik kini telah di dekati oleh PAS. Tuan Guru Abdul Hadi berjumpa dan berbual dengan barisan Majlis Syura Jemaah  Tabligh.


Bukan sahaja PAS, malah Pemuda PAS juga berbuat demikian. Kerena PAS ingin mengerakkan

jalur perjuangan Islam ini tanpa mengira apa jamaah mereka. Pasal itu antara pecahan seteru PAS dulu IRC, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam pecahan JIM yang pro kepada UMNO sebelum ini kini lebih pro kepada PAS. Sebahagian daripada mereka kini menguasai parti BERJASA dan menjadi rakan Block ke-3 bersama PAS dan akan bertanding di beberapa kawasan Melayu yang diwakili bukan Islam.

Jadi menuduh PAS memusuhi Jamaah Tabligh adalah suatu yang silap bersumber maklumat yang tidak sah. Memang PAS berbeza dengan dalam pendekatan dakwah, tapi dalam jalur gerakan PAS bersama Jammah Tabligh, sama-sama mencari kederahaan Ilahi.

Lebai hairan macam mana AbdullahJones cuba "melukis" PAS dengan pemikiran salah dan prasangka jahat?



Share this article :
 

+ comments + 39 comments

Anonymous
January 27, 2018 at 4:43 PM

PAS semmgnya tak sempurna. PAS adalah jamaah muslimin, tp bukan Al Jamaah spt yg disebut dlm hadis hadis ttg Al Jamaah, dan tak jadi bughat jika keluar PAS atau tak sokong PAS. Pimpinan PAS juga manusia biasa dan tidak maksum. Tp PAS adalah pilihan terhampir bg yg memilih Islam sbg pilihan. So, aku ttp mengundi PAS, insyaAllah.

January 27, 2018 at 6:46 PM

Pas parti ajaran sesat kata umno

Anonymous
January 28, 2018 at 10:17 AM

Org PAS mcm mcm fikrahnya, mcm mcm mazhabnya, begitu juga pimpinannya. Sesetghnya terlbh bersemangat. Aku, ASWAJA-Maturidi-Ashari, dan aku undi PAS insyaAllah.

Anonymous
January 29, 2018 at 10:29 PM

Penulis liberal kematian otak
siang dan malam sibuk menghina
memfitnah perjuangan Islam
memuliakan kepala bapak liberal
menjilat kafir harbi anti-Islam
Antara syurga atau neraka
penulis liberal cintakan dunia
lupa akhirat sedang neraka
rindu menantinya
jika ia enggan bertaubat,
maka jadilah ia orang yang rugi
kerana melihat kebenaran
selepas kematian
dimana mulut dan tangan kaku
tidak mampu menghina Islam.

Anon ASWAJA
January 29, 2018 at 11:12 PM

Selagi tidak meninggalkan solat solat fardhunya, masih saudara seIslam selagi tidak dihukumkan sesat atau murtad / kafir oleh pihak berkuasa agama. Maafkan sahaja dan berlapang dada, akhlak mulia. Urusan Akhirat, terserah Allah swt.

Anonymous
January 30, 2018 at 12:36 AM

Jika hati, lidah dan tangan sibuk menentang ajaran Islam dan menghina perjuangan Islam dan ulama Islam, tiada gunanya solat fardhu kerana beriman di waktu pagi, murtad di waktu petang dan beriman di waktu malam dan murtad di waktu pagi.

Anon ASWAJA.
January 30, 2018 at 1:26 PM

6 Kategori ahli Syahadah ;

1. Yg hanya tahu bersyahadah, hukum hakam agama lainnya tak diperdulikan, tak kisah, tak ambil kisah. Bnyk perkara kufur yg dilakukannya, tak kisah istighfar, tak kisah taubat. Solat tak dihiraukannya. Tp ttp mengaku Islam. Status sebenar, serah saja kpd Allah swt. Solat, tidak dikerjakannya. Secara zahir ttp dianggap Islam, jika mati, diurus sbg org Islam, terkecuali jika telah disahkan kafir dan murtad oleh pihak berkuasa agama (ulil amri). ASWAJA menghormati otoriti pihak berkuasa agama.

2. Umat Islam yg mencuaikan solat solat fardhunya, kadang solat kadang tidak, ikut mood, ikut sempat. Perkara perkara kufur juga bnyk yg dilakukannya, mungkin kerana kejahilan, atau mungkin kerana ketidakpeduliannya dlm beragama, tak rasa bersalah dan tak kisah taubat. Ketahuilah seringan ringannya perbuatan kufur, atau batasnya Islam dan kufur itu adalah meninggalkan solat solat fardhu dgn sengaja. Zahirnya ttp dianggap sbg org Islam, status sebenar, serah saja kpd Allah swt.


Dlm Quran dua golongan ini sering disebut dgn ungkapan "org org yg melakukan perbuatan perbuatan kufur", tanpa taubat, mrk dijanjikan Neraka, tp tak semestinya mrk kekal di dlmnya. Berdasarkan Hadis syafaat yg panjang tu, mungkin saja sebhgn mrk dpt dikeluarkan drnya, bila tamat tempoh hukumannya. Yg terakhir keluar dr neraka, tanpa suatu kebaikan pun pdnya, walau sebesar zarrah sekalipun, semata mata dgn rahmat dr Allah swt. So, lbh selamat kita elakkan diri dr menuduh nuduh kafir kpd golongan yg tidak sah kafirnya. Setiap kali seseorg muslim mengucapkan syahadah, mk dia memperbaharui ke Islamannya.

4 golongan lg, insyaAllah dijelaskan dilain kesempatan.

4 golongan yg sah kafirnya pula,
1. Kafir asal yg tak pernah bersyahadah.
2. Bekas org Islam yg mengaku dirinya murtad, tidak lg beragama Islam.
3. Bekas org Islam yg disahkan murtad oleh pihak berkuasa agama (ulil amri).
4. Golongan munafik aqidah, yg secara zahirnya ttp dianggap sbg org Islam, walau bnyk sekali sifat sifat munafik ada pdnya. Abdullah bin Ubai, bila mati ttp diuruskan jenazahnya sbg org Islam, walaupun diketahui beliau adalah pimpinannya golongan munafik.

Lebih selamat kita menahan diri dr bermudah mudah menuduh nuduh kafir terhdp golongan yg tidah sah atau belum sah kafirnya, ditakuti merbahayakan aqidah kita sendiri. Ingat selalu pesan Nabi kita saw, tiga sifat ahli neraka ; kasar (pd tingkahlaku dan kata kata), degil dan angkuh. Jauhilah kita dr sifat sifat sedemikian, sekali pun berilmu tinggi, ianya menunjukkan akhlak yg rendah dan rosak.

Moga ada manfaat.

Anonymous
January 30, 2018 at 3:05 PM

Jika hati, lidah atau perbuatan seseorang telah dengan sengaja menghina, memfitnah, mempertikai, menolak, menentang, memburuk-burukkan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah seperti Hudud dll, maka orang tersebut telah murtad walaupun dia solat, mengucap dua kalimah syahadah atau dia belum isythar murtad atau mahkamah belum isytihar murtad kerana dia telah melakukan kekufuran akidah kecuali dia bertaubat nasuha dan meninggalkan kesesatan.

Bukti:Surah Al-Maidah ayat 44.



Anonymous
January 30, 2018 at 9:11 PM

Orang yang solat dan mengucap dua kalimah syahadah tetapi pada masa yang sama dia sengaja menentang hukum Allah yang berasaskan AlQuran dan Sunnah, maka sesungguhnya dia belum beriman pada Allah dan RasulNya.

Maka orang tersebut telah kufur akidah dan murtad. Oleh sebab itu, orang tersebut wajib bertaubat, mengucap dua kalimah syahadah dan beriman pada Allah dan Rasul dengan menerima semua hukum Allah dan meninggalkan kesesatan.

Anon ASWAJA
January 31, 2018 at 12:37 AM

Umat Islam pelbagai tingkat iman dan pelbagai juga tingkat ilmunya. Dr serendah rendah iman hinggalah ke setinggi iman, dr sejahil jahil umat hinggalah sealim alimnya. ASWJ meyakini peranan ulama' dan pihak berkuasa agama dlm memandu dan membimbing umat agar sejahtera dan hidup teratur. Kerana itu rata rata ASWJ yg kurang berilmu spt kami sentiasa merujuk kpd para alim ulama', para guru dan pihak berkuasa agama dlm sesuatu permasalahan. Berhukum terus dr Quran dan Hadis, bukan layaknya org org spt kami yg rendah ilmunya ini. Kerana itu org yg terkenal antihadis pun ttp diurus sbg org Islam ketika matinya. Hakikat iman dan Islamnya diserahkan kpd Allah swt semata mata, walau dlm hati kecil meyakini golongan mrk ini telah pun terkeluar dr Islam. Bak kata Imam Al Ghazali, tidak kita kafirkan ahli Qiblat yg mengakui Lailaha illaAllah, MuhammadurRasullullah dan meyakini adanya Hari Akhir. Jika ada amalan dan kata katanya yg bercanggah syariat, yg jika perlu utk dihukumkan mrk itu kita serah saja kpd pihak berkuasa agama.
Dikisah seorg tabiin Yazid Al Faqir berserta golongannya, terpengaruh dgn fahaman khawarij, tp ada sesuatu yg tak kena dirasakan dgn fahaman mrk. Ketika mrk musafir utk berhaji, mrk melewati kota Madinah, dan mrk dapati sahabat Jabir Bin Abdullah r.a. pdnya, mk ditanyakan ttg perkara berkenaan kpdnya, mk disampaikan kpd mrk akan hadis syafaat berkenaan (rujuk sahih Muslim no 191). Kerana itu, selamatnya kita merujuk ulama' dan pihak berkuasa agama dr berhukum sendiri.

Anonymous
January 31, 2018 at 11:27 AM

Anon 12:37am,

Jika seseorang mendakwa dia percaya pada Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi pada waktu yang sama dia sengaja mengingkari perintah Allah dan RasulNya seperti mendakwa arak dan zina itu halal dan hukum faraid itu zalim, adakah dia telah murtad atau belum murtad kerana mengingkari hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah?

Anon ASWAJA.
January 31, 2018 at 1:26 PM

Sambungan ttg 6 tingkatan org Islam;

3. Golongan ketiga, muslim yg menjaga solat solat fardhunya, jika tertinggal diqadha'nya, perkara perkara kufur dijauhinya. Tp kefardhuan lain kurang diberi perhatian, bnyk juga yg wajib tak dikerjakannya, dan yg dilarang dibuatnya, dek kerana kejahilannya atau semmgnya kerana kelalaiannya cuai pula utk istighfar dan taubat. Inilah cirinya muslim yg lemah imannya, cacat atau tidak sempurna imannya.

4. Muslim mukmin yg sempurna imannya. Segala kefardhuan dilaksanakannya, segala yg dilarang dijauhinya. Jika terlanjur melanggar batasan agama, segera istighfar dan taubat, rajin membaca dan mentadabbur Al Quran, khusyuk dan sempurna solatnya, melazimi memakmurkan masjid, mengikuti pengajian pengajian agama. Segi akhlaknya pula ; ikhlas, jujur, amanah, sentiasa bersyukur, sabar dan bertawakkal kpd Allah swt.

5. Mukmin muttaqin. Mukmin soleh bersifat ihsan dan wara'. Sentiasa menjaga batasan batasan agama, sempurna baik akhlaknya, sentiasa dlm keadaan berzikrullah samada dlm keadaan duduk, berdiri atau berbaring, sentiasa istighfar dan taubat walau tak ketahuan salahnya. Dicirikan Nabi saw dgn sifat sifat tenang , tawaddu' dan penyantun. Dicirikan dlm Al Quran pula dgn sifat sifat pemurah, penyabar, pemaaf, penyantun, sentiasa zikrullah dan sentiasa bertaubat. Golongan ini sudah merasa nikmatnya ibadah, nikmatnya solat, sering memperpnjgkan solat solat sunatnya kerana merasa nikmat dgnnya.

6. Muttaqin siddiqin. Mendlm ilmu dan kefahamannya (arrasikhuna fil ilmi), sempurna syariatnya, sempurna akhlaknya bertepatan Quran dan Sunnah, sentiasa mencontohi sunnah sunnah Nabi saw segenap seginya, sering benar firasatnya, juga mimpi mimpinya. Bg golongan ini solat adalah nikmat terbesar bgnya, sbgmn org kehausan merasa minuman adalah nikmat terbesarnya, org mengantuk merasa tidur adalah nikmat terbesarnya.

Anonymous
January 31, 2018 at 4:11 PM

Anon 12:37 am,

Saya sedang menunggu jawapan dari tuan.

Anon ASWAJA
January 31, 2018 at 5:59 PM

ASWJ senantiasa mendoakan sesama saudara seagama agar sentiasa mendpt ampunan dan rahmat Allah swt. Bg yg tersasar kita doakan mudah mudahan mendpt petunjuk dan hidayah Allah swt. Atas rasa kasih sayang sesama seagama, tidaklah sampai dihati kami utk mengkafir, memurtadkan, atau menuduh sesat sesama ahli syahadah, atau mencari cari salah dan kelemahan sesama ahli syahadah. Jika ada keperluan yg sgt perlu utk dihukumkan seseorg itu mk kita serahkan kpd pihak berkuasa agama. ASWJ tidaklah sekali kali suka utk mengkafirkan atau memurtad seseorg. Ahli syahadah yg zahirnya spt menolak hukum hukum Tuhan, mungkin atas pelbagai sebab yg tidak kita ketahui, mungkin juga kerana kejahilannya. Kita doakan saja mudah mudahan diberi petunjuk oleh Allah swt jika tidak sekarang atau dlm masa terdekat, mudah mudahan satu masa nanti sebelum sakaratnya.

Anon ASWAJA
January 31, 2018 at 7:19 PM

Mungkin elok diceritakan satu kisah benar yg pernah berlaku di satu daerah di negeri kami. Seorg wanita Melayu, asal Islam, meninggalkan suami dan anak anaknya, mengikuti seorg lelaki kafir, tinggal bersamanya hingga usia tuanya hinggalah selepas matinya, lelaki kafir berkenaan menghubungi anak anak muslim yg ditinggalkannya dahulu utk mengambil dan menguruskan ibu mrk secara Islam, lu punya mak melayu, bukan cina katanya. Anak anak mrk menghubungi org kampungnya dan imam setempat. Org kg kurang selesa utk menguruskannya secara Islam, kerana diketahui wanita berkenaan tidak terlihat mengamalkan ajaran Islam, bahkan tinggal sebumbung dgn lelaki dan keluarga kafir. Waktu itu, sudah menjelang larut malam. Imam setempat yg dihubungi cuba menghubungi hakim mahkamah syariah yg dikenalinya, tp tak berjawab. Kadi daerah juga cuba dihubungi, juga tak berjawab. Memandangkan malam makin larut, imam berkenaan membuat keputusan sendiri utk meneruskan menguruskan jenazah tadi secara Islam.
Beberapa ketika kemudian, dlm satu forum agama, yg dianggotai oleh hakim mahkamah syariah yg cuba dihubungi tadi sbg ahli panel, imam berkenaan mengemukakan permasalahan dan keputusan yg dibuatnya. Hakim mahkamah menjelaskan jika tiada sesiapa yg bersaksi bahawa wanita itu pernah mengistiharkan dirinya keluar dr Islam, dan tiada sesiapa bersaksi bahawa wanita berkenaan menyembah berhala, mk tindakan imam berkenaan adalah tepat.

ASWJ sentiasa utk bersikap inklusif dlm beragama, dr bersikap eksklusif.

Anonymous
January 31, 2018 at 9:14 PM

Anon 12:37 am,

Saya masih lagi menunggu jawapan dari tuan dan saya mohon tuan menjawab sebagai 'reply' kepada soalan saya.



Anonymous
January 31, 2018 at 9:26 PM

Jika seseorang mendakwa dirinya beragama Islam dan mengerjakan solat tetapi pada waktu yang sama dia sengaja mempertikai, menafikan dan mendakwa Hudud tidak sesuai dengan zaman moden walaupun Hudud terkandung dalam AlQuran dan Sunnah,

(1) adakah dia masih beragama Islam jika perbuatannya disaksikan oleh ramai?

(2) Adakah dia masih beragama Islam jika tiada saksi melihat dia mengingkari Hudud kerana dia menggunakan pc dalam biliknya? Bukankah Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh hambanya?

Saya sedang menunggu jawapan yang jelas dari tuan bukan jawapan samar-samar.

Anonymous
January 31, 2018 at 9:37 PM

Sambungan....

Bukankah agama Islam telah menetapkan garis panduan tentang siapa yang Muslim, siapa yang murtad dan siapa yang kafir?

Tolobg jawab dengan jelas (straight to the point) dan jangan berokan jawapan yang samar.

Anonymous
January 31, 2018 at 9:40 PM

Pembetulan: jangan berikan jawapan yang samar.

Semua soalan saya di atas ditujukan kepada Anon 7:19 pm.

Anonymous
January 31, 2018 at 9:52 PM

Bolehkan alasan 'kejahilan' dijadikan alasan oleh manusia yang mengingkari perintah Allah dan RasulNya untuk melepaskan dirinya dari hukuman Allah di mahkamah Allah?

Jika Allah bertanya mengapa orang itu tidak belajar tentang hukum Islam semasa ia hidup didunia sedangkan terdapat pusat pengajian Islam di masjid, pondok, sekolah agama Islam, kolej dan universiti, apa nak jawab?

Anonymous
February 1, 2018 at 4:14 AM

Jika seseorang tersentuh najis anjing, adakah dia dianggap tidak tersentuh najis berat dan dia tidak perlu menyucikan najis berar itu sebab dia tidak membuat pengakuan terbuka atau tiada saksi melihat dia tersentuh najis anjing atau pihak berkuasa belum isytihar sebarang keputusan walaupun pada hakikatnta dia telah tersentuh najis tersebut?

Anonymous
February 1, 2018 at 4:19 AM

Bolehkan kejahilan dijadikan alasan untuk manusia mengingkari sedangkan umat Islam wajib mempelajari agama Islam?

Anonymous
February 1, 2018 at 4:24 AM

Jika seseorang telah mencuri sejumlah wang, adakah dia dianggap tidak mencuri dan tidak berdosa kerana dia tidak membuat pengakuan terbuka atau tiada saksi atau pihak berkuasa belum membuat sebarang keputusan walaupun dia telaj mencuri wang tersebut?

Anonymous
February 1, 2018 at 4:30 AM

Jika seseorang yang mendakwa dirinya beragama Islam dan mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama dia percaya tuhan mempunyai anak, adakah dia masih beragama Islam atau telah murtad?

Anonymous
February 1, 2018 at 4:36 AM

Jika seseorang yang mendakwa dirinya beragama dan dia memyembah tokong untuk mendapatkan nombor ekor, adakah dia masih beragama Islam kerana dia tidak pernah isytihar keluar dari Islam, tiada saksi dan mahkamah tidak mengetahui aktiviti dia?

Anonymous
February 1, 2018 at 4:37 AM

Pembetulan:

Jika seseorang yang mendakwa dirinya beragama Islam dan ....

Anon ASWAJA
February 1, 2018 at 7:21 PM

Saya tidak berminat samada utk berdebat atau jawab menjawab dgn sesiapa, kerana ianya tidak memberi manfaat pun pd keseluruhan umat, cuma ingin menyampaikan pegangan ASWAJA dlm isu isu berkaitan, mudah mudahan dpt dijadikan panduan.

Ingin saya menyentuh pegangan ASWAJA ttg ungkapan Al Jamaah yg sering cuba dibolot oleh kumpulan kumpulan tertentu sambil membughatkan org org yg tidak bersama mrk. Al Jamaah yg kami fahami adalah jamaah jumhur umat Islam atau disebut sawadul 'azam umat dgn aqidah yg benar dlm satu satu lokaliti negeri atau negara dgn pimpinan tertinggi umat Islam sbg ulil amrinya. Aqidah yg benar itu pula bg kami adalah aqidah Salaf/Tahawiyah-Asha'irah-Maturidiyah. Para imam berkenaan bukanlah mencipta ajaran baru, bahkan hanya menyusunnya secara bersistem agar mudah difahami dan dipelajari, agar umat tak keliru., sbgmn Imam AsSyafei' yg menyusun ilmu fikh, dan Imam Al Ghazali yg menyusun ilmu tasauf atau akhlak.
Di M'sia, kita semua umat Islam dlm negara inilah Al Jamaahnya dan Agong dan Sultan Sultanlah ulil amrinya, walau pun hakikatnya kita bukanlah al jamaah yg sempurna spt pd zaman Rasullullah saw dahulu, tp prinsip asasnya masih perlu kita patuhi. Ulil amri yg tidak melaksanakan tanggungjawab beragama, utk diri dan keluarganya dan dlm melaksanakan syariat bernegara, itu adalah tanggungjawab mrk. Tp jika kita melepaskan ketaatan terhdp ulil amri mk itu adalah beban kesalahan yg besar bg kita di Akhirat nanti.

InsyaAllah bersambung.

Anon ASWAJA.
February 1, 2018 at 8:08 PM

PAS bukanlah al jamaah dlm konteks ini, tp adalah salah satu jamaah umat yg berada dlm al jamaah atau boleh kita sebut dlm negara ini yg berusaha berikhtiar dlm lingkungan kemampuan yg lemah ini dr segi iman dan ilmu yg serba kekurangan, cuba utk menegakkan syariat agama semampu mampu yg dpt dilakukan, berjaya atau tidak, bukanlah itu ukuran kejayaan bg para mukminin, bahkan yg bakal dinilai sbg kejayaan adalah iltizam istiqamah dan kesungguhan kita melaksanakannya, walau pun kita meninggal tanpa melihat hasilnya. Jamaah jamaah lain juga sama sama dihargai, bahkan sgt sgt juga dialu alukan atas tujuan dan matlamat yg sama, baik ianya digelar jamaah tabligh atau lainnya. PAS dlm politik, tabligh memakmur masjid, ASWAJA meluruskan aqidah, salafi membenteras bid'ah, semuanya menyumbang kpd kebaikan ummah, bila kita tak saling menyalah dan tidak ta'asub dgn jamaah masing masing.

Moga ada manfaat.

Anon ASWAJA.
February 2, 2018 at 2:36 PM

Pertembungan sahabat r.anhum dlm perang jamal dan perang siffin.

Selepas kewafatan Saidina Othman r.a. ummat setempat mengangkat Saidina Ali r.a. sbg khalifah (ulil amri), namun pengangkatan beliau tidak diiktiraf oleh ummat di wilayah wilayah lain kerana menganggap beliau diangkat oleh pemberontak yg membunuh Saidina othman r.a. Ummat di wilayah wilayah lain mengekalkan pimpinan setempat sbg ulil amrinya, mk Al Jamaah umat Islam ketika itu telah terpisah pisah menjadi lebih dr satu, berdasarkan wilayah wilayah dan pimpinan pimpinan ulil amrinya masing masing. Kerana itu kita tidak menganggap bughat terhdp umat yg menentang Saidina Ali r.a. ketika itu, bahkan ianya adalah pertembungan antara Al Jamaah ummat yg berlainan atas dasar ijtihad masing masing sahabat r.anhum. ketika itu. Begitu juga hingga sekarang terdpt lebih dr satu Al Jamaah umat Islam di dunia berdasarkan wilayah lokaliti negari dan negera dgn pimpinan ulil amrinya masing masing.

Anonymous
March 6, 2018 at 9:58 AM

Pembetulan...kata mahathir...haha

Anonymous
March 6, 2018 at 9:59 AM

Maka anda adalah pemfitnah...

Anonymous
March 6, 2018 at 10:04 AM

Yg tak blh tahan tu...semua org yg tak sokong..semua masuk neraka..mcm dia tuhan plak..

Anonymous
March 6, 2018 at 10:09 AM

Walau pun iman di waktu pagi...insyaAllah masih beriman...
Walau pun seorang kafir juga berpeluang ke syurga jika pengakhiranya mendapat rahmat Allah..
Bolehkah dgn riaknya saudara menjamin saudara kesyurga...

Anonymous
March 6, 2018 at 10:12 AM

Walau pun iman di waktu pagi...insyaAllah masih beriman...
Walau pun seorang kafir juga berpeluang ke syurga jika pengakhiranya mendapat rahmat Allah..
Bolehkah dgn riaknya saudara menjamin saudara kesyurga...
Adakah saudara menafikan rahmat Allah...

Anonymous
March 6, 2018 at 10:17 AM

Nampak nya saudara begitu riak mahu berdebat...mahu menunjuk-nunjuk kepada khalayak yg saudara begitu bijak dgn hukum2...
Klw saudara ikhlas berdebat lah secara tertutup dan membuat keputusan secara kolektif...bukan hanya menurut akal saudara sahaja..

Anonymous
March 6, 2018 at 10:20 AM

Jahil juga sbg satu penyebab...
Adakah saudara begitu jahil...

Anonymous
March 6, 2018 at 10:26 AM

Jika seseorang telah mencuri sejumlah wang, adakah dia dianggap tidak mencuri dan tidak berdosa kerana dia tidak membuat pengakuan terbuka atau tiada saksi atau pihak berkuasa belum membuat sebarang keputusan walaupun dia telaj mencuri wang tersebut?..

Adakah saudara nampak "seseorang"itu mancuri...
Jika tidak..Allah kan ada...

Anonymous
March 6, 2018 at 10:31 AM

Terbaikkk...ada juga sahabat yg beriya-iya nak berdebat.
berdebat terbuka ada baik dan buruknya terutama hal2 agama..
Orang yg berakal pendek dan mengikut nafsu tidak mampu menilai perkara2 ini

Anonymous
October 21, 2018 at 8:26 AM

Sering nampak abdullah jones solat berjemaah di masjid saidina umar cenderawasih, masjid dikawal pas dan diceramahi ustaz2 pas yg suka fasikkan dan kafirkan bukan org kafir, tp org spt kami. Agaknya pengurusan masjid seronok dlm alam mereka dlm memilih ustaz. Tp alhamdulillah kami tetap hadir berkunjung menemui pencipta kami disitu

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger