Sebelum Berbicara Tentang Muafakat Pembangkang Azmin Perlu Lihat Apa Pakatan Harapan Buat Kepada PAS


Hari ini Timbalan Presiden PKR mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak melangkaui sempadan salahguna kuasa apabila memulakan dakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, Azmin menggesa pembangkang yang berpecah-belah untuk merapatkan barisan. Katanya “Pembangkang kini perlu bersatu dan kekal fokus kepada perjuangan tunggal kita".

 

PAN Hanya berpontesi Jika Dibantu Pakatan Harapan - Hisomuddin Bakar



Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar juga berkata parti PAN ada potensi, sekiranya  disokong oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan dalam forum dengan PSM mengenai masa depan Pembangkang untuk PRU-14 di mana dalam forum berkenaan parti PAN menjadi serangan hebat daripada ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PSM, S Arutchelvan.

Hisomuddin memetik kempen parti yang baru ditubuhkan itu di kedua-dua PRK, yang menerima banyak bantuan dari DAP di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


 

Dulu Ugut & Hina, Kemudian Pujuk PAS.. Dah Tak Boleh Akhirnya Meroyan


Kita tidak lupa pengerusi PAN Perak Asmuni Awi berkata, Pas kini betul-betul mengaplikasi slogan 'Pas Ganti Umno' (PGU) yang dilaungkan suatu ketika dahulu termasuk mengamalkan sikap buruk Umno-BN.

Malah Khalid Samad sendiri berkata parti PAN perlu bertanding untuk memastikan PAS tidak berikan kemenangan percuma kepada UMNO. PAN katanya mewakili Pakatan Harapan manakala PAS pula adalah parti mesra UMNO.

 

Parti PAN Kelirukan Bukan Islam Antara Berbuka Puasa dan Hudud


Suhaizan Kayat ada "share post" artikel MalaysiaDateline dalam facebooknya. Saya cuba membaca apa yang hendak disampaikan oleh Suhaizan, jolokan "Maslan versi parti PAN" ini.

 

Kerja Parti PAN Musnahkan PAS, Buat Lari Harta PAS... UMNO Dia Tak Kacau!


Sebelum ini tersebar mengenai kertas kerja IRC/JIM/IKRAM yang ada menjelaskan jika tidak boleh menguasai PAS, mereka akan hancurkan PAS dengan membuat parti baru sebagai alternatif. Tapi ramai orang tak percaya kerana puak-puak IKRAM ni 'nampak macam baik'. Warak, bercakap lembut daripada 'pondan'. Kalau berjalan pijak semut pun tak mati.

Itu tak masuk lagi puasa Isnin dan Khamis. Takkan mereka nak rosakkan Jamaah Islam lain?

 

Kalau Tak Fitnah Tak Dikatakan Parti PAN


Tiap-tiap hari bahan fitnah disebar di facebook dan media sosial lain seperti whatsapp dan telegram. Parti PAN melalui ARIF telah mengerakkan cybertroppernya untuk membuat persepsi buruk kepada PAS dan kepimpinan PAS.

Cybertropper parti PAN pula dibantu satu kumpulan yang dinamakan Jebonesta untuk memburukkan keadaan dimana fitnah ini disebarkan seolah-olah benar.



 

Yang Ni Lagi Banyak Langgar Disiplin Bila UMNO Nak Pecat Dia?


Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno menunjukkan parti itu memandang serius perbuatan anggotanya yang melanggar peraturan parti, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Keputusan ini dilakukan kerana parti memandang serius perbuatan anggotanya…apa tah lagi seorang Timbalan Presiden dan Ketua Perhubungan Negeri yang duduk bersekongkol dengan parti lawan untuk menentang parti dan kerajaan.

 

Penulis Upahan Parti PAN Buat Persepsi Jahat Kepada PAS


Siapa yang tak kenal Mohd Sayuti Omar (MSO) daripada seorang penulis yang baik akhirnya menjadi seorang penulis upahan dengan tulisan yang kotor dan jahat beremosi.

Dulu dia kawan rapat Husam Musa, tapi akhirnya dia serang Husam Musa dengan panggilan "Si Baju Petak-petak Merah". (Sila rujuk link berikut: "Hikayat Si Baju Merah")


 

Dulu DAP Tak Tentang Hudud, Tapi Bila Berkawan Dengan GHB (PAN) DAP Mula Tentang Hudud


27 Jun 2012 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat pada Majlis Wacana II "Benarkan Dasar DAP Mengacam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini .


Dalam program wacana itu, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu hudud kepadanya.


 

Mahathir Yang Banyak Kali Lupa


Saya lebih suka tajuk artikel ini ialah "Mahathir Sudah Nyanyuk" tetapi memandangkan ramai yang komen di blog saya supaya saya jangan menggunakan bahasa kasar, saya akur. Antara komen yang tidak dapat saya lupa ialah "Haji, ni bulan puasa.. jaga mulut (maksudnya tulisan)".

Saya setuju kalau ada yang kata Najib pecat Muhyiddin dan Mukhriz adalah sebagaimana Mahathir didik dia. Benarlah kata Presiden PAS kepada Tun Mahathir, siapa yang mula beri makan dedak dalam UMNO?

 

Rupanya Pemikiran Parti PAN Sama Dengan Pemikiran Artis Ini


Kit Siang menceritakan mengenai expedisinya ke Timur Tengah, berjumpa dengan beberapa pelajar Malaysia di sana dan bertukar-tukar fikiran atau pandangan.

Kit Siang menceritakan apa yg dia baca dan beberapa pandangan yg telah beliau dengar di sana, termasuk pandangan Ketua Kesatuan Ulama Dunia, Syeikh Yusof Qardhawi.

 

Cina DAP Setiap Hari Berbuka Puasa Berjamaah Mengalah Pimpinan Islam Lain


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diiringi Lim Hock Seng serta Abdul Malik Abul Kassim berkongsi juadah berbuka puasa dengan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Telaga Air. Sebelum itu Lim Guan Eng berbuka puasa dengan pimpinan PAN/IKRAM.

Sekarang setiap hari jadual Lim Guan Eng dan pimpinan Cina DAP lain akan berbuka puasa dengan umat Islam. Maka tersebarkan Lim Guan Eng seorang pimpinan DAP yang CINTAI ISLAM dia tu nak masuk Islam hanya tunggu bapaknya Lim Kit Siang mati aje, kononnya cerita ini pernah disebut oleh Mat Sabu bos besar parti PAN.

 

30% Pengundi Cina Beralih Kepada BN Kerana Tolak Parti PAN?


DAP mengakui kekalahan parti cawangannya (Parti PAN) di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar disebabkan sokongan masyarakat Cina yang kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Lim Kit Siang, Tony Pua dan Nga Kor Ming selari dalam membuat kesimpulan ini.

 

IKRAM (IRC) Ini Adakah Punca Kekuatan Atau Punca Kelemahan Parti PAN? - Zaidi


Mejar Zaidi Ahmad sebelum terdedah mengenai penyelewengan penggunaan dakwat kekal oleh SPR pada PRU-13 adalah ahli biasa PAS. Apabila namanya telah terkenal kes ini dan ada perbezaan pandangan dalam PAS, Mejar Zaidi telah mendaftar sebagai ahli PAN. Dia dilantik sebagi Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.

Itu kelemahan PAS. Macam Isu
Datuk Fauzi Abdul Rahman juga telah lama berjinak dan mendekati PAS, tetapi Anwar Ibrahim semasa dia datang ceramah ke Pahang dia kata nak buang air di rumah Datuk Fauzi. Bila dia di sana dia bermalam di situ... Itu satu kehebatan Anwar (Ramai pimpinan PKR sekarang masuk PKR dengan cara Anwar mendekati mereka termasuk Saifuddin Nasution yang dah jadi ahli PAS 'Sepanjang Hayat')
 

Mejar Zaidi Serang Presiden PAN Dalam Surat Terbukanya


Mejar Zaidi bekas ahli PAN yang kini bersama DAP telah menghantar surat terbuka kepada Mat Sabu Presiden parti PAN. Katanya dia nak tulis sudah lama tetapi tunggu sehingga PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar selesai.

Mejar Zaidi mempertikaikan penyertaan parti PAN di dua PRK berkenaan dan hanya mengsyorkan PAN hanya bertanding di satu sahaja memandangkan jentera PAN yang lemah. Lagi pun jika berlaku pertembungan 3 penjuru sudah pasti BN akan menang.

 

Parti PAN Tolak Kaedah Politik Islamik - Mujahid



Parti PAN @ Amanah tidak perlu menjadi lebih Islamik daripada PAS atau Islamik macam PAS untuk muncul sebagai juara politik baru kata Mujahid Yusof Rawa.

Sebaliknya, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu hanya perlu bersikap inklusif.

 

Semasa Kempen Kutuk Calon Bila Kalah Kutuk Pengundi



Dalam muktamar PAS baru-baru ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah membawa pendekatan politik baru iaitu "Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)".

Abdul Hadi dalam ucapan menyebut ini adalah sebuah budaya berpolitik  yang berasaskan kepada kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan, berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, sesuai dengan realiti masyarakat, bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan keredhaan Allah swt.

 

Tun Mahatahir Dedah Kononnya BN Menang Kerana Taburan Wang Kepada Pengundi..



Selepas aje BN menang dalam PRK Kuala Selangor dan Sungai Besar, Tun Mahathir mengeluarkan satu artikel di blognya dengan menunlis "Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang peguam negara supaya dapat diganti dengan peguam negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA)."

 

Berita Pecah Perut, Parti PAN Bukan Sahaja Buat Lari Kerusi Parlimen....



Ketua Dewan Muslimat selangor dalam ceramahnya menyebut bahawa parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) tidak layak dipanggil ‘Amanah’ sebaliknya lebih layak dipanggil PAN.

Menurutnya, parti itu telah mengkhianati perjuangan ketika bersama PAS sebelum ini.

 

Apabila Boss Besar Pakatan Harapan Keluar Kenyataan, Agaknya PAN dan PKR berani Angkat Muka?


Pakatan Harapan tidak berhasrat menjalin sebarang kerjasama dengan blok baharu pembangkang antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika menegaskan perkara itu berkata, asas kerjasama dengan PAS sudah tidak wujud lagi apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.


 

Masih Ingat Serangan The Malaysian Insider Kepada TSKI dan Presiden PAS?


Semalam bekas ketua pegawai eksekutif dan editor Jahabar Sadiq dan bekas editor Bahasa Melayu Amin Shah Iskandar mengaku artikel dalam The Malaysia Insider (TMI) berdasarkan khabar angin, dan membuat akujanji tidak akan mengulangi tuduhan itu lagi.

Cara mereka bergerak ialah "Lepas FITNAH, kamu aibkan dia.. Kamu hina dia.. Kamu caci maki dia.. Kamu jaja FITNAH merata burukkan dia... dan geng Kamu PECAT dia.. geng Kamu ROMPAK jawatan dia.."

 

Fitnah PAS Nak UG Dengan UMNO Bila Kalah Nak Ajak PAS Berpakat


Pakatan Harapan  mahu mempelawa Pas kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama. Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan partinya di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah signal di mana rakyat mahukan  gabungan parti pembangkang kembali utuh.

"Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.

 

PAS Masih Releven Dan Mampu Menonjol Walaupun Berhadapan Dengan 1 Kerajaan Pusat & 2 Kerajaan Negeri


Mohd Sayuti dalam blognya menulis sebaliknya PAN, boleh berpuas hati dengan kejayaan meraih undi sebanyak (7,609) di Sungai Besar dan (4,883) di Kuala Kangsar.

Katanya lagi, sebagai penyertaan sulung dalam pilihan raya di Semenanjung, PAN harus berbangga dengan pencapaian itu. PAN berjaya juga meletakkan dirinya di persada politik tanah air.

 

Selepas PRK Yang Menyaksikan Kekalahan Calon PAN, Syeikh Lapuiji Al Kemamangi Menyampaikan Pesan Buat PAS


Ramai yang menulis menyatakan pandangan bahawa PAS perlu bergabung kembali di dalam Pakatan Harapan. Itu dari awal telah dibincangkan dengan wakil pimpinan PAS - dijemput untuk menyertai Pakatan Harapan malah dirunding sehingga ke peringkat akhir untuk satu lawan satu dalam kedua-dua pilihanraya kecil.


 

Kini Baru DAP Dan PKR Sedar Bahawa Selama Ini PAS Memberikan 48-54% Undi Kepada Pembangkang (PR)



Jumlah undi yang dimenangi pembangkang (PAS dan PAN) di Kuala Selangor adalah 10,499 berbanding BN yang mendapat 12,332, dan majoriti adalah 1,833 undi, tidak begitu jauh berbeza dibandingkan dengan margin BN 1,082 pada pilihan raya umum lepas. Undi peratusan pula adalah 46% berbanding 54% pada PRU lepas .

Daripada 46% tersebut PAS memperolehi 53.5% undi pembangkang manakala gabungan PAN, DAP dan PKR pula mempunyai 46.5%.

 

DAP Meroyan, Semasa PR PAS Salah PAS Keluar PR Pun PAS Salah!


Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping memberikan analisis umum  berhubung kekalahan calon Pakatan HARAPAN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar semalam berpunca pertandingan 3 penjuru.

Jumlah undi yang dimenangi pembangkang adalah 10,499 berbanding BN yang mendapat 12,332, dan majoriti adalah 1,833 undi, tidak begitu jauh berbeza dibandingkan dengan margin BN 1,082 pada pilihan raya umum lepas katanya.

 

Wan Saiful Wan Jan Mengulas Secara Emosi dan Dangkal


Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menyaksikan PAS telah 'dimalukan' oleh parti serpihannya sendiri, Parti Amanah Negara (AMANAH), menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Katanya PAN @ AMANAH kini wajar dilihat sebagai pencabar yang serius buat PAS dan kesan buruk tersebut akan turut dirasai oleh parti pembangkang lain kerana akan menghadapi masa yang sukar pada pilihan raya umum akan datang jika PAS terus 'memaksa' pertandingan tiga penjuru dengan PAN.

 

Keputusan PRK: Tanda Awal Selangor Dan Pulau Pinang Akan Tumbang Kepada BN



Keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menunjukkan BN telah meningkat majoriti sehingga 23 kali ganda. Malah BN juga meningkat undi Cina dihampir semua kawasan termasuk Jerlun kubu kuat DAP.

BN menang di kawasan Jerlun, yang mempunyai 85 peratus pengundi Cina.BN mendapat 568 undi (52.3 peratus) manakalah PAN@ AMANAH hanya menerima 415 undi (38 peratus) daripada 1,086 undi. PAS hanya mendapat 88 undi.

 

Melayu Tidak Lupa.... Dosa Mahathir Membuatkan Rakyat Tolak Pembangkang


Sebelum ini saya terbaca kajian ILHAM Centre yang pengerusinya Hisommuddin Bakar pro parti PAN berkata menjelang saat-aat akhir fasa kempen pilihan raya yang akan berakhir jam 12 tengah malam ini, kajian firma penyelidikan bebas ILHAM Centre terhadap dua kawasan Pilihan Raya Kecil P067 Kuala Kangsar dan P093 Sungai Besar menunjukkan dinamika perkembangan pola undian yang dramatik.

Katanya lagi perubahan pola kesan daripada kempen agresif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit sebanyak menggoncang titik kekuatan UMNO di kawasan pedalaman yang mempunyai nilai sentimental dengan negarawan itu mengheret kami membuat analisa sehingga saat akhir tempoh pengundian.

 

Mencari Muka Melayu Pada Ceramah Akhir PAN Kuala Kangsar



Hampir semua pimpinan utama DAP turun ke Kuala Kangsar dalam ceramah akhirnya. Mat Sabu juga ada di sana. Boleh kata PH agak rasa gusar untuk PRK di Kuala Kangsar berbanding dengan Sungai Besar kerana pengundi Cina hanya 24% berbanding 31% di Sungai Besar.

Saya teringat pernah terbaca artikel daripada blog Nordin Ali bertajuk "Mencari Muka Melayu Pada Ceramah Pakatan Harapan Di Kulai Johor"
 
 

Penyokong UMNO Cedera di Kepala dan Lengan Setelah Menyerang Penyokong PAS


Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar hari ini dicemari pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan sekumpulan penyokong Pas (Tak sempat nak UG.. kata puak PAN)


 

Selapas Mat Sabu Kacau Markaz PAS, Kini UMNO Pula Kacau...



Sehari sebelum ini sekumpulan kempen bergerak PAN diketuai Presiden PAN, Mohamad Sabu sengaja berceramah di hadapan Markas PAS membuktikan parti itu mensasarkan PAS sebagai lawan utamanya. Malah tindakan itu dikatakan sengaja untuk membuat provokasi kepada penyokong PAS supaya ada tindakbalas yang tidak baik supaya mereka boleh jadikan berita. Sudah pasti PAS tidak mampu menerangkan dalam masa yang singkat dan ini akan memberikan keuntungan kepada mereka.

 

DAP Kuliah Agama Kepada Pengikut Parti PAN @ IKRAM



DAP tidak anti Islam, tapi bantah hukum hudud dilaksanakan di negara kita. Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Agung, DAP, Lim Guan Eng kelmarin, lapor Sin Chew Jit Poh.

“Ini kerana dalam sesebuah negara, dalam masa yang sama tidak boleh mempunyai dua undang-undang jenayah yang berbeza, iaitu undang-undang sivil dan undang-undang Islam,” kata pemimpin DAP itu.

 

Facebook Ustaz Ahmad Awang Supporters buat fitnah solat dua imam



Semenjak menjadikan DAP sebagai boss besar, puak parti PAN berpolitik secara kotor dan jahat. Macam-macam fitnah dilempakkan kepada PAS.

Semalam, Facebook Ustaz Ahmad Awang Supporters telah mengeluarkan satu fitnah jahat kepada Ustaz Mohd Nor Hamzah kononnya wujud solat 2 imam oleh parti PAS.

 

Kalau Dibetulkan RUU 355 Mahunya di Sokong Oleh PAN?


Parti Amanah Negara (PAN) hari ini berkata rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang penuh dengan kecacatan dan perlu pembetulan.

Ketua AMANAH Perak, Asmuni Awi berkata demikian ketika disoal sama ada parti itu akan menyokong rang undang-undang yang bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.


 

Masih Ingat Hatta Ramli Yang Bakar Kereta Sendiri?



Dulu ita dikejutkan semasa dekat pemilihan Muktamar PAS kereta Dr Hatta Ramlee di bakar. Yang pelik dibakar hanya depan sikit dekat tayar. Taklah terbakar keseluruhan. Hari ini kita juga dikejutkan dengan seorang ahli perniaga ditembak dengan 6 das semasa memandu Villfire semuanya kena pada tubuh ahli dan polis mengklarifikasi bahawa dia ditembak oleh penembak profesional.

Akhirnya ramai membuat keputusan bahawa kereta ini mungkin dibakar sendiri berdasarkan Dr Hatta Ramlee adalah ketua Saraf PAS.

 

Ramadan Hilang Seri Dek Fitnah Berlegar Di Facebook Parti PAN



Makin menghampiri tarikh pengundian PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, makin agresif puak-puak parti PAN membuat fitnah. Sebaran fitnah terutama kepada Presiden PAS yang dibuat serentak di semua media, tyermasuk media pro pembangkang seperti Malaysiakini.

Strategik sebaran fitnah membina persepsi buruk yang dipelajari daripada pakar strategi DAP telah membuatkan puak PAN hilang harga diri dan agama.

 

Ni Seorang Lagi Mabuk, Hari-hari Merepek



Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, berkata Pas dan Umno masih mempunyai masa untuk menjalinkan kerjasama politik.
Oleh itu, kata Mahfuz sebagai permulaan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai ‎Besar dan Kuala Kangsar boleh dijadikan sebagai medan permulaan untuk Pas dan Umno memulakan kerjasama tersebut.

 

Lim Kit Siang Kalau Tak Nyanyuk Mesti Mabuk!



Ketua ahli-ahli parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadi Perdana Menteri tatkala Pakatan Rakyat menuju pilihan raya umum tahun 2013.

Justeru, apabila DAP dan PKR tidak menyokong keinginan beliau itu, adalah tidak mengejutkan apabila Abdul Hadi menyebelahi Umno walaupun jika itu bermakna menutup mata kepada salah laku yang didakwa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

 

Nizar Putar Belit Isu Gabung UMNO-PAS 2008 - Ini Cerita Sebenar


Mohamad Nizar ketika berceramah di hadapan 50 orang mendakwa kononnya PAS Pusat meminta PAS Perak bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan di negeri ini tetapi Ustaz Ahmad tegas enggan menerimanya.

Katanya lagi PAS memang secara sulit ada perancangan bekerjasama dengan UMNO sejak 2008 lagi dan usaha itu bertambah ‘kuat’ selepas Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP pada 2015 dan digantikan oleh Pakatan Harapan.

 

Nurul Izzah Perjelas Ketidakhadiran Azmin Dalam Kempen PAN... Anda mesti Terkejut!




PKR hari ini cuba mempertahankan Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak pernah ‘tunjuk muka’ di Sungai Besar dengan memberi alasan Menteri Besar itu mempunyai komitmen terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Kata Nurul Izzah kepada Bernama, “Selain itu, sudah tentu beliau perlu mengiringi Sultan Selangor dalam program harian dan ini sudah disepakati oleh pimpinan Pakatan Harapan.


 

Sangat Lucu, Parti Lari Kerusi Ikrar Tak Akan Lompat Parti!



“Selagi Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara), Khalid Abd Samad (Pengarah Komunikasi Amanah) dan tidak kira mana-mana pimpinan dalam masih berada dalam Amanah, saya akan terus berada dalam parti ini”, demikian ikrar calon Amanah PRK Sungai Besar, Azhar Ab Shukor.

“Sebelum ini saya dibisikkan jika menang adakah akan masuk Pas. Sebab ada cerita-cerita yang kata Amanah ini serupa dengan Pas yang akhirnya nanti akan balik kepada Pas juga.

 

Marah Islam Kacau Minum Arak, Hak Bukan Islam, Dia Kacau Hukum Hudud Tak Apa. Puak PAN Diam Diri Makan Dedak DAP!



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP marah betul isu dia nak meraikan jika AMANAH@PAN boleh undi lebih daripada dengan pesta arak.

"Jadi, jika Saya (Ng Suee Lim) mahu minum arak sampai pecah perut, jangan ganggu," ujar Ng, kerana dia bukan Islam.


 

Selepas ini Puak Parti Pan Bolehlah Jemput Lim Kit Siang Jadi Imam Tarawih




Semalam pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengatakan bahawa Rang Undang-undang (RUU) anggota persendirian mengenai Akta 355 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rang undang-undang buatan manusia yang cuba diperlihatkan seolah-olah ia adalah daripada Allah Taala.

"RUU hudud oleh Abdul Hadi adalah dicipta oleh dirinya sendiri, ia bukan undang-undang Tuhan. Ia adalah undang-undang buatan manusia. Itulah sebabnya ia boleh dipinda ," katanya pada sidang akhbar.

 

Dulu Siapa Tak Kenal Dia Ni Kaki Bohong, Tapi Cakap Dia Dah Jadi Benar.. Boleh Percaya Ke??



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS cuba melamar Umno kerana ia memerlukan sokongan selepas ditinggalkan keseorangan. Beliau mendakwa PAS tidak akan mengkritik Najib kerana sebagai sebuah parti yang keseorangan tanpa ada sokongan, ia perlu mendapatkan bantuan Najib.

"Bantuan dalam bentuk apa, saya tak tahu," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di forum anjuran DAP di Sekinchan.

 

DAP Mengesahkan Undi PAN = Undi DAP, Nak Cakap Apa lagi?



Sebelum ini pimpinan parti PAN @ AMANAH cukup marah dengan kenyataan jika undi parti PAN = dengan Undi parti DAP.

Mereka menyelar kenyataan yang dibuat oleh Cikgu Pa, Pengerusi Lajnah Pilihanraya PAS. Tapi hari ini apabila DAP mengantikan billboard barunya dengan menyeru masyarakat Cina untuk membantu AMANAH bagi memberikan sokongan kuat kepada DAP.

 

Jika PAN mendapat undi lebih baik daripada PAS, kita akan raikan dengan Carlberg, Tiger dan Guinness Stout



DAP bersungguh-sungguh dalam Pilihanraya kecil kali ini kerana ini seolah-olah mereka yang bertanding. Semua pimpinan DAP turun dan bekerja kuat lebih berbanding semasa Pakatan Rakyat dulu.

Mereka sanggup pakai baju oren setiap masa. Itu suatu yang sangat luar biasa. Bagi mereka yang berfikir mendalam pasti tahu apa sebenarnya DAP nak daripada parti PAN @ AMANAH ini.

 

Sebelum ini hina PAS berpakaian Pahlawan, Sekarang Mengaku Keturunan Pahlawan pulak!



Sebelum ini beberapa orang pimpinan parti PAN @ AMANAH menghina PAS berpakaian seperti pahlawan pada muktamar PAS baru-baru ini. Khalid Samad dan Mujahid Yusof Rawa mengatakan PAS mabuk.

Ada yang mengelarkan PAS pendekar Mustor.

 

Gambar Tak Berbohong DAP Bos Parti PAN@AMANAH



Ramai orang mengatakan bahawa DAP adalah Boss Besar Parti PAN @ AMANAH.  Tapi perkara ini dinafikan oleh ahli-ahli PAN @ AMANAH.

Kata-kata PAN @ AMANAH ini bertuankan DAP berdasar beberapa peristiwa, antaranya


 

Patutlah Presiden PAS Kena Saman Bekas Peguamnya Bodoh!



Masih ingat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan, selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan terhadapnya.

 
 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger