Saya lebih suka tajuk artikel ini ialah "Mahathir Sudah Nyanyuk" tetapi memandangkan ramai yang komen di blog saya supaya saya jangan menggunakan bahasa kasar, saya akur. Antara komen yang tidak dapat saya lupa ialah "Haji, ni bulan puasa.. jaga mulut (maksudnya tulisan)".
Saya setuju kalau ada yang kata Najib pecat Muhyiddin dan Mukhriz adalah sebagaimana Mahathir didik dia. Benarlah kata Presiden PAS kepada Tun Mahathir, siapa yang mula beri makan dedak dalam UMNO?
Suka saya mengambil satu petikan berita MStar bertarikh 1 Jun 2015 lalu (ada video sekali dalam berita ini. Sila rujuk ke link berikut http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/06/01/tun-m-gambar-pm-pecat-menteri-kabinet/)
PUTRAJAYA: Mana-mana menteri Kabinet yang tidak sehaluan dengan kepimpinan yang diterajui Perdana Menteri patut disingkirkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga bertindak sedemikian apabila menteri-menteri di bawah pentadbirannya dahulu tidak setuju dengan apa yang beliau putuskan dalam sesuatu isu.
Justeru, beliau menggambarkan Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan melakukan tindakan sama dengan memecat mana-mana menteri yang tidak bersetuju dengan cara beliau mengendalikan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Saya kalau jadi Najib saya buang sajalah orang yang tak suka dengan saya...saya buang.
"Dulu pun saya buang banyak orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto 2015 anjuran Yayasan Maybank dan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai beberapa menteri dan pemimpin parti yang mengkritik cara Najib menangani isu 1MDB dan terus mendesak agar beliau memecat ahli lembaga pengarah 1MDB.
Antara yang membuat gesaan dan memberi pandangan sedemikian termasuklah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata Perdana Menteri tidak harus mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dalam isu ini kerana ia akan dijadikan modal politik pembangkang dan menyebabkan pentadbiran kerajaan tumbang.Akhirnya Najib guna apa yang Mahathir ajar untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz. Maka terlomponglah Tun Mahathir.
Mahathir ni banyak kali lupa apa dia cakap. Dia sebenarnya sudah nyanyuk. Orang nyanyuk bercakap merapu. Yang pelik ada parti PAN dan Pakatan Harapan menjadikan orang nyanyuk ini sebagai idola baru mereka. Pelik tapi benar.
Post a Comment