Wan Saiful Wan Jan Mengulas Secara Emosi dan Dangkal


Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menyaksikan PAS telah 'dimalukan' oleh parti serpihannya sendiri, Parti Amanah Negara (AMANAH), menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Katanya PAN @ AMANAH kini wajar dilihat sebagai pencabar yang serius buat PAS dan kesan buruk tersebut akan turut dirasai oleh parti pembangkang lain kerana akan menghadapi masa yang sukar pada pilihan raya umum akan datang jika PAS terus 'memaksa' pertandingan tiga penjuru dengan PAN.

Saya rasa Wan Saiful ini terlalu emosi kerana parti PANnya tidak mendapat tempat pada pengundi Melayu.

Mengulas PAN mempunyai kekuatan itu suatu yang dangkal. Wan Saiful sedar tak bahawa pilihan raya kecil banyak dibantu oleh orang luar untuk mengerakkan parti PAN. Cuba Wan Saiful bayangkan nanti jika PRU-14 semua akan bergerak di tempat masing-masing menjaga kawasan masing-masing.

Adakah Wan Saiful fikir bahawa Lim Kit Siang akan mengiring calon PAN setiap masa? Wan Saiful fikir Tony Pua akan keluar belanja untuk belikan bendera untuk PAN?

Jangan kerana emosi akhirnya Wan Saiful membuat satu rumusan yang dangkal dan menunjukkan dirinya seolah-olah tidak memahami realiti politik Malaysia semasa.



Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger