Parti Balaci: Nak Bertanding Kena Tanya Bos, Nak Pilih Calon Pun Bos Tertentukan!



Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu adalah antara nama yang disenaraikan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. Selain itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar  kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata kepada Bernama di lobi Parlimen pada 23 Mei 2016 lalu.

Khalid Samad berkata DAP telah bersetuju Amanah @ PAN akan bertanding.

Apabila PAS meletakkan Dr Rani bertanding, nama seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayud dan Nizar tenggelam macam kura-kura mentorot kepala.

Sepatutnya orang macam Mat Sabu, Salahuddin diusahakan untuk ada satu parlimen untuk dia.

PKR semasa projek Kajang pun letak Dr Wan Azizah sebagai MP. Itu baru Presiden. PKR sanggup suruh MP lain letak jawatan walaupun semua parti PR semasa itu tak setuju. Ini pelik Presiden tak berani bertanding minta ahli bertanding.

Dulu beri alasan kononnya calon adalah terbaik. Bila ada orang berhujah Presiden PAN tak layak sekarang beri alasan lain pula.

Mohamad Sabu malam tadi mendedahkan rahsia mengapa beliau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar walaupun namanya disebut-sebut akan menjadi calon Amanah di kawasan Parlimen berkenaan kerana parti DAP tak setuju. Memang sah balaci DAP rupanya parti PAN @ AMANAH ini!!

Cuba anda fikir seorang Presiden tak boleh bertanding walaupun namanya disebut, malah diumum untuk bertanding. Presiden apa macam ini. Kalau macam ini serupa macam BALACI, diri sendiri walaupun Presiden orang lain yang atur! 

Lagipun aku rasa antara juga sebab ialah PAN sekarang dikuasai oleh IKRAM atau IRC. IKRAM memang sedang menguasai parti berkenaan dan dalam proses menyingkirkan Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub. Malah aku berpendapat Husam Musa pun cuba disekat daripada menyertai PAN kerana Husam ni jenis suka melawan.

IKRAM bukan jenis boleh lawan semuanya kena taat macam 'hamba abdi'!



Share this article :
 

+ comments + 3 comments

June 7, 2016 at 1:24 PM

Asslmkm Tn.Hj.Admin, penggunaan ayat "Lagi pun aku rasa" " Malah aku berpendapat" menunjukkan pandangan Tn.Hj.sahaja..Tuan Haji ini dah jatuh MEMFITNAH.benda yg x pasti/direka2 disebarkan. Mereka2 yg beriman yg bernaung di bawah parti yg menggunakan nama ISLAM sepatutnya tidak mmpunyai sikap begini..kita sepatutnya tahi DOSA N PAHALA nya.

Maaf teguran utk kebaikan betsama...

June 7, 2016 at 1:24 PM

Asslmkm Tn.Hj.Admin, penggunaan ayat "Lagi pun aku rasa" " Malah aku berpendapat" menunjukkan pandangan Tn.Hj.sahaja..Tuan Haji ini dah jatuh MEMFITNAH.benda yg x pasti/direka2 disebarkan. Mereka2 yg beriman yg bernaung di bawah parti yg menggunakan nama ISLAM sepatutnya tidak mmpunyai sikap begini..kita sepatutnya tahi DOSA N PAHALA nya.

Maaf teguran utk kebaikan betsama...

June 10, 2016 at 1:45 AM

PAN memang dikuasa ikram bukan fitnah cuba lihat data keahlian PAN

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger