Fitnah PAS Nak UG Dengan UMNO Bila Kalah Nak Ajak PAS Berpakat


Pakatan Harapan  mahu mempelawa Pas kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama. Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan partinya di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah signal di mana rakyat mahukan  gabungan parti pembangkang kembali utuh.

"Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.



“Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan Pas dan dari dulu lagi kita sememangnya sudah ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah Kuala Kangsar di sini, semalam.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming turut senada dengan Salahuddin selain terbuka untuk mempelawa Pas menyertai Pakatan Harapan.

Katanya, pertandingan empat penjuru jelas memberi kesan kepada pembangkang untuk menewaskan BN di Parlimen berkenaan.

Setelah hari-hari menyerang PAS nak UG dengan UMNO, tiba-tiba puak PAN dan DAP nak ajak UG dengan mereka pula. Mereka sangka setelah PAS keluar daripada PR PAS akan pupus dan tak bermaya lagi.

Seorang budak sombong PAN, Ahmad Maslan Versi PAN ada buat komen dalam facebook sebelum PRK. (sekarang pun Ahmad Maslan ni dah buat u-turn ajak PAS duduk semeja)


Tapi bila keluar keputusan PRK baru mereka sedar 3 gabungan parti mereka tidak mampu bersaingan dengan PAS walaupun berseorangan. Mereka baru sedar kemasukkan mereka dengan sombong menceroboh kawasan tradisi PAS yang dah bertanding berpenggal-penggal.

Mereka fikir mereka boleh singkirkan PAS daripada persada politik tanahair. Sebenarnya mereka silap. Merekalah menjadi tongkat kepada UMNO @ BN.

Ahli Majlis Syura IKRAM, Maszlee Malek pun nampak lain macam nadanya. Bukan nak bagi semangat kepada PAN tapi macam putuh asa aje.


 Jangan hairan selepas ini IKRAM akan membuat keputusan untuk masuk ramai-ramai menjadi ahli DAP.


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

June 21, 2016 at 9:21 AM

http://hajihassanomar.blospot.com/

Address ni salah tuan, atau mmg sengajakan. Saya dah lama nak folo tp bil aklik link, lain yang keluar.

Ejaan blospot missing huruf " g " tu pasal tak dapat. Mujur juga tidak redirect ke web lucah...

Mohon dibetulkan.

June 21, 2016 at 11:06 PM

Terima kasih

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger