Ni Seorang Lagi Mabuk, Hari-hari Merepek



Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, berkata Pas dan Umno masih mempunyai masa untuk menjalinkan kerjasama politik.
Oleh itu, kata Mahfuz sebagai permulaan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai ‎Besar dan Kuala Kangsar boleh dijadikan sebagai medan permulaan untuk Pas dan Umno memulakan kerjasama tersebut.

"Oleh itu bagi saya masih belum terlambat sebelum hari mengundi awal pada selasa 14 Jun atau hari  mengundi pada 18 Jun untuk kedua dua parti Pas dan Umno/BN membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini.

"Contohnya Pas membuat pengisytiharan menarik diri dan melepaskan kerusi Sungai  Besar untuk Umno/BN terus berlawan dengan Amanah dan menggerakkan pengundi Pas untuk mengundi dan menangkan calon Umno/BN.

"Umno/BN menarik diri serta melepaskan kerusi Kuala Kangsar kepada Pas untuk berlawan dengan Amanah dan mengerakkan pengundi BN  mengundi dan menangkan calon Pas," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Malas aku nak ulas, kalau dah kepala masuk air macam si Mahfuz ni.
Dia nak keluar PAS dia takut baiah.
Dia cari jalan agar PAS pecat dia macam Husam.
Tapi orang PAS pun malas nak lawan dia ni. Lihat pun sebelah mata. Dia ada atai dia tak ada tak ada orang peduli. Dia ni dah jadi macam kera sumbang.
Untuk nak jadi releven, dia cari jalan untuk buat berita, nak suruh PAS ulas kenyataannya. Ni jenis macam Khalid Samad juga pantang jumpa mic terus nak serbu..

Aku harap tak ada pimpinan PAS layan Si Mabuk ni
Biar dia mabuk bersama Kit Siang!!


Share this article :
 

+ comments + 6 comments

walaun
June 13, 2016 at 10:54 PM

blog walaun ka ni..?

June 13, 2016 at 11:01 PM

Tuan Haji, politik PAS sekarang macam mafia, duit punya pasal kawan pun mereka terajang. Fikir elok-elok kenyataan saya.

June 13, 2016 at 11:06 PM

Engkau memang bodoh. Cakap tak ada fakta. Kalau setakat baca dari internet memang patut kau pun mabuk juga

June 14, 2016 at 12:38 AM

Kalau setakat nak bodek DAP tak payah la

June 14, 2016 at 12:41 AM

Patutlah dia dipanggil Mr Bean gelagat dia dan Mr Bean sama aja. Pandir. Kalau tak suka gelaran ni jangan tunjuk pandir depan orang nanti dicakap macam macam lagi susah

June 14, 2016 at 12:51 AM

Ha ha macam DAP cakap kepada PAS PAS nak perjuang Islam salah, nak hudud salah apa yang PAS nak berkaitan dengan Islam semua tak boleh, PAS mesti ikut mereka itulah perangai DAP. Ingatkan berkawan dengan DAP selama 8 tahunPAS boleh mentarbiah mereka tarbiah untuk faham Islam rupanya Allah tidak makbul. Ini bukan kerana PAS gagal tetapi Allah tidak perkenankan.Lihat Rasullah berdakwah kepada Pak Cik kesayangan nya tetapi Allah tidak perkenankan permintaan Rasulllah. Kita yang telah diberi Imam oleh Allah jagalah elok-elok kerana Allah akan tarik bila-bila dari kita. PAS for All

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger